Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 1 I) Mengapakah anda memilih model ASSURE berbanding MODEL ADDIE sebagai rekabentuk pengajaran anda?

Model Assure telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell(1989). Mode ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam komponen, iaitu: analyse learner / analisis pelajar, State objective / nyatakan objektif, select method, media, and materials / pilih kaedah, media dan bahan, Utilise media and materials / gunakan media dan bahan, require learner participation / dorong penglibatan pelajar dan evaluate and revise / nilai dan semak Manakala Model Addie telah diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ini menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ini meliputi fasa-fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Tujuan model ini adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model ini terdiri dari lima fasa atau tahap utama, iaitu Analysis / Analisis, Design / Desain, Development / Pengembangan, Implementation / Implementasi dan Evaluation / Evaluasi. Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985) yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan ianya perlu disusun secara berperingkatperingkat. Dalam menyediakan reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah

berdasarkan model ASSURE, semua guru perlu mengambil kira proses penyampaian pengajaran. Ini adalah kerana proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh

membawa kepada pencapaian matlamat. Model ASSURE ini antara lainnya menumpukan kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dengan kata lainnya, model ASSURE ini sangat berguna kepada guru dalam proses menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar (RPM) atau Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap mata pelajaran.

Jawapan soalan 1

assure Assures learning Lebih tekankan kepada proses P&P dalam kelas.

addie Instructional design Lebih tekankan kepada rekabentuk bahan, pembelajaran kendiri atau penerbitan.

More emphasis on media related object Lebih tekankan kepada pemilihan bahan media dan bahan

Identifying and solving Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah

pembelajaran. Lebih kepada penghasilan bahan Lebih kepada penghasilan bahan

pengajaran dalam kelas Analyze learners

komersial Identifies a performance deficiency

More applied placing and emphasis on Addie is the basis of instructional design the earner themselves Procedural guide for planning and Anayse the process of defining what is to be learned Contoh CDR (compact disk readable)

delivering instruction Contoh pembinaan rph untuk sesuatu

ii) terangkan bagaimana MODEL ASSURE ini diaplikasikan dalam proses P&P anda?

Model Assure dapat diaplikasikan dalam proses P&P di sekolah dengan merancang P&P di sekolah menurut 6 langkah yang terdapat dalam Model Assure. Dalam fasa 1 iaitu Analyse Learner, sebelum sesuatu produk dibangunkan, guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan produk yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya produk yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Sebagai contoh : Topik yang akan diajar ialah iklim empat musim. Guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. Tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik iklim. Proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan produk yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Produk yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah di samping mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Dalam fasa kedua iaitu State Objective pula, sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada produk yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang

ingin dicapai. Sebagai contoh dalam topik bearing, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Pembangunan produk seperti Flash Protractor yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan produk berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru. Dalam fasa ketiga iaitu select method. Media & materials, Media yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Sebagai contoh dalam Topik aktiviti gunung berapi, guru perlu memilih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai. Guru harus mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. Bahan video ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar. Dalam fasa keempat pula iaitu Utilise media & Materials, berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan amat penting untuk dilaksanakan oleh guru. Penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu pengajaran. Pembelajaran Dalam fasa kelima iaitu require learner response, pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah antara jenis pembelajaran yang paling sesuai. Aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. Pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara handson. Produk yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. Pembangunan produk yang kreatif dan mampu

melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Dalam fasa terkahir iaitu evaluate & revise materials pula, Penilaian prod boleh dilukakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan produk secara menyeluruh. Beberapa aspek yang harus difikirkan adalah adakah objektif pembelajaran tercapai, adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran, adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul, adakah suasana pembelajaran selesa dan adakah peluang pemerhatian individu diberi. Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan courseware dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan courseware akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jawapan soalan 2
1. analisis pelajar Perkara penting ciri-ciri umum = latar belakang pelajar, umur, jantina, tahap sosioekonomi kompetensi kursus peringkat masuk Stail pembelajaran

2. menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran Contoh pelajar dapat senaraikan 6 drp 8 perkara yang diterangkan oleh guru 3 memilih media 3 langkah Tentukan kaedah