Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, siap sudah kini Majalah WAHANA yang dinantikan oleh semua pelajar dan guru.

Saya juga turut tumpang gembira dengan kejayaan menyiapkan majalah sekolah ini..Terima kasih tidak terhingga kepada semua Ahli Sidang Redaksi Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali kerana dapat menyediakan dengan baik dan efisien. Dengan adanya Majalah WAHANA,para pelajar dan guru akan dapat mengimbau kenangankenangan yang berlaku ketika di sekolah. Pada pandangan saya,Majalah WAHANA kali ke-40 ini adalah yang terbaik yang pernah saya lihat. Isi kandungannya juga begitu menarik dan berwarna-warni. Di dalam menempuhi alam persekolahan,kita kena akur dan perlu mempunyai sifat tabah dalam menempuhi pelbagai dugaan dan halangan. Contohnya yang berlaku kepada para pelajar,saya dapat perhatikan bahawa pelajar senior perlu menjadi contoh dan idola kepada para pelajar junior. Perkara ini juga akan berlaku secara berterusan daripada generasi ke generasi. Jadi,para pelajar perlu mempunyai akhlak yang baik untuk menjadi contoh kepada para pelajar yang lain. Akhir kata daripada saya,saya mewakili PENGAWAS 2011-2012 & SEMUA PELAJAR ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Sidang Redaksi WAHANA. Saya juga berharap agar majalah ini akan terus dilaksanakan. Dan kepada para pelajar,saya ingin mengambil kesempatan ini agar kamu semua menjadi pelajar yang cemerlang, berjaya di dunia dan di akhirat. Sumbanglah jasa mu kepada sekolah agar sekolah menjadi sekolah yang cemerlang,gemilang dan terbilang. INGATLAH ALLAH…

Ucapan tulus ikhlas dari saya, Putera Zharif Zhulkarnain Bin Abd Razak (KETUA PENGAWAS Sek. Men. Keb.Raja Ali) SESI 2011/2012