Anda di halaman 1dari 6

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai


kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan hafal definisi nilai atau kata kunci kaitkan definisi dengan situasi soalan

Contoh soalan:

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)


a) b) c) d) Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita. (1 markah) Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia. (1 markah) Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja. (2 markah) Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)


a) b) c) d) Nyatakan maksud nilai yang di atas. (2 markah) Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah) Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a). (4 markah) Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas. (2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan nilai (2/3 markah)


a) Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita. (2 markah)
Jawab dalam 2 ayat sahaja. ( <Ka + N> ; <Gn + kk + T/I> )

b) Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia. (3 markah)
Jawab dalam 3 ayat. ( <Ka + N> ; <Gn + kk + T/I> ; <How/contoh> )

c) Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja. (4 markah)


Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. ( {<Ka + N1> ; <Gn + kk + T/I>} ; {<Ka + N2> ; <Gn + kk + T/I>} )

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5


menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti: Akta Dasar Nama-nama pertubuhan Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah

Contoh soalan:

Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll


a) b) c) d) e) Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah) Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah) Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah) Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah) Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......


a) b) c) d) Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah) Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah) Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah) Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....


a) Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
[Cara<How/Why>]

b)

Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah) [Kesan 1<How/Why>] ; [Kesan 2.<Cara/Why>]

c)

Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah) [Kepentingan.<How/Why>]

d)

Terangkan dua punca pencenaran amal. (4 markah) [Punca 1<How/Why>] ; [Punca 2<How/Why>]

3. Latihan menjawab soalan struktur


Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti karektor (Ka) dan tindakan (T). Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan tindakan. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)

Formula:

2 markah = <Ka + N> ; <Gn + kk + T> 3 markah = <Ka + N> ; <Gn + kk + T> ; <How>

Contoh 1: 2 markah ( <Ka + N> ; <Gn + kk + T> ) Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang. Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole.
Ka: Gn: T: N: kk: Nicole dia menyelamatkan anak kucing kasih sayang perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas

Ayat 1: Ayat 2: Jawaban:

Nicole mengamalkan nilai kasih sayang. Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing. Nicole mengamalkan nilai kasih sayang. Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing.

Contoh 2: 3 markah ( <Ka + N> ; <Gn + kk + T> ; <How> ) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini.

Ka: Rakyat Malaysia Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami) T: berusaha menaikkan nama negara N: Cinta akan negara kk: perasaan sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1: Ayat 2: Ayat 3: Jawapan:

Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara. Kami berperasaan sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara. Contohnya menyertai & memenangi pertandingan peringkat antarabangsa. Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara. Kami berperasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara. Contohnya menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Bahagian B: Soalan Esei


Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut. Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat. Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

1. Cara menjawab {<Ka + N1> ; <Gn + def (N1) + t> ; <How/contoh> ; <Why>} Seterusnya {<Ka + N2> ; <Gn + def (N2) + t> ; <How/contoh> ; <Why>} Akhir sekali {<Ka + N3> ; <Gn + def (N3) + t> ; <How/contoh> ; <Why>} Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.

Formula:

Ayat 1 (1 markah): <Ka + Nn> Ayat 2 (2 markah): <Gn + def (Nn) + t> Ayat 3 (1 markah): <How/contoh> (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Ayat 4 (1 markah): <Why> (mengapa/sebab bertindak demikian)

Contoh: Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka. Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah): <Ka + Nn> Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Ayat 2 (2 markah): <Gn + def (Nn) + t> Kita/mereka perlu membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Ayat 3 (1 markah): <How/contoh> (bagaimana mengamalkan nilai/definisi) Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Ayat 4 (1 markah): <Why> (mengapa/sebab bertindak demikian) Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti. Jawaban nilai nombor ke-'n': Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Kita/mereka perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti.
I: N: T: Ka: kk: def: Gn: How: Why: isu nilai tindakan karektor (character) kata kunci definisi nilai ganti nama bagaimana melaksanakan kk mengapa melaksanakan kk

Anda mungkin juga menyukai