Anda di halaman 1dari 23

GHAZAL

1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH GHAZAL
Perkataan „ghazal‟ dipercayai berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud „bahasa kasih‟. Ia dikatakan sejenis puisi yang popular pada zaman Jahilliah untuk masyarakat Arab. Menurut kajian, ghazal yang datang dari Parsi ini dikatakan sebagai sejenis nyanyian dalam kalangan pemuda yang sedang bercinta. Berdasarkan buku „Rangkaian Rubait‟ yang dihasilkan oleh Prof Dr. Syed Naquib alAttas, ghazal dikatakan sebagai sejenis seni yang iramanya mirip 22 kepada irama di dalam Rubaiyat yang dinamakan „Hajat‟. Kebiasaannya, ghazal mempunyai 20 atau 40 baris(10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang. Muzik ghazal adalah seni yang datang dari Tanah Arab sekitar abad ke- 18. Raja- raja Bani Umaiyah dihiburkan oleh penyanyi Ghazal dari Parsi dan Greek yang dibawa ke Tanah Arab. Dari tanah Arab, ia dikembangkan ke Parsi, Turki, India (Hindustan), termasuk Johor (Malaysia). Kesenian ini juga bersoalkan tentang pemujaan terhadap raja, negara keramat dan lain- lain. Di Johor(Malaysia), Dato‟ Bentara Luar(Mohd. Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan lagi muzik ghazal ini. Hal ini kerana, seni ini akan diperkenalkan olehnya kemana sahaja dia pergi. Secara ringkasnya, susur ghazal datang ke Malaysia adalah dari Tanah Arab, Parsi(dimainkan di istana), India(di istana dan ubahsuai), Riau-Lingga, Teluk Belanga(istana, tidak diubah), Tanjung Puteri(di istana dan sedikit diubahsuai), Batu Pahat(dimainkan di rumah penghulu dan ketua kampung dan berlaku pengubahsuaian) dan daerah – daerah lain di Johor. Di Johor, Dato‟ Bentara Luar(Mohd Salleh Perang) telah membuka Batu Pahat pada tahun 1893 dan beliau juga telah menubuhkan Wayang Bangsawan. Wayang ini merupakan sejenis hiburan yang berbentuk nyanyian lagu- lagu Melayu. Alatan yang digunakan adalah seperti gambus, biola, harmonium, tabla atau

dol(gendang). Pada tahun 1900, ghazal mula dipelajari oleh anak- anak Melayu Johor yang dimana gurunya adalah berketurunan India bernama „Alpa‟ iaitu seorang ustaz. Lagu- lagu yang dimainkan adalah lagu Parsi dan Hindustan tulen. 23 Rentak ghazal pula adalah daripada „langam‟ iaitu rentak hindustan tetapi disesuaikan dengan jiwa masyarakat Melayu. Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar, harmonium dan tabla serta kemudiannya sitar digantikan dengan gambus dan sharinggi ditukar kepada gitar. Lama- kelamaan, alatan ini diperbanyakkan dengan penambahan alatan seperti biola, kecapi Jepun atau mendolin. Pada masa itu, secara kebetulannya, alatan seperti mendolin dan biola ini pandai dimainkan oleh orang Melayu. Tidak lupa juga kepada Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak Lomak(Musa bin Yusof) yang menceburkan diri dalam bermain harmonium, tabla dan menyanyi syair bahasa Parsi dan Hindustan. Selain itu juga, beliau telah mula belajar lagu2 Melayu dengan Encik Besar bin Md. Salleh. Pak Lomak telah memasukkan lagulagu ini dengan laram- laram(stail) Parsi. Kesannya, lagu- lagu ini bertambah baik dan sesuai dengan penggemar permainan atau kesenian ghazal Melayu. Beliau pula telah mempelajari gitar dan menyesuaikan alat ini ke dalam permainan ghazal. Akhirnya, telah ramai yang mendekati seni ghazal.

PERKEMBANGAN GHAZAL DI TANAH MELAYU
Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai asal usul ghazal di Tanah Melayu. Pendapat pertama ialah daripada: i) Dato Abdullah bin Mohamed Beliau merupakan seorang peminat ghazal sebelum perang dunia ke-II. Beliau mengatakan bahawa ghazal mungkin dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagangpedagang India pada abad ke-19 dan telah diperkembangkan di kawasan RiauLingga oleh orang-orang bangsawan Melayu. Selepas kerajaan Temenggong Abu Bakar berpindah dari Telok Belanga (Singapura) ke Johor Bharu, ghazal turut dibawa bersama. Di Johor Dato Bengara Luar (Mohamed Salleh bin Perang) telah memainkan peranan penting untuk memperkembangkan muzik ghazal dengan lebih

Colonel Yahya dan Major Lomak yang begitu tertarik dengan muzik ghazal itu telah mempelajari alat-alat muzik harmonium dan tabla daripada kumpulan Parsi itu.meluas bila beliau diarah oleh Sultan Johor supaya membuka bandar-bandar baru seperti Muar. lima atau lebih. Keseluruhan kuplet dan setiap baris dalam setiap kuplet mesti berkongsi ukuran yang sama. .0 CIRI-CIRI MUZIK GHAZAL   Ghazal digubah dalam bentuk kuplet. 2. Mereka menyanyi melodi ghazal dengan senikata pantun asli. Beberapa pegawai tentera seperti Colonel Musa.   Tiada enjambement sepanjang kuplet dalam ghazal ketat. kedua-dua baris berakhir dengan rima dan baris ulang supaya skima rima ghazal adalah AA BA CA dan seterusnya. Dalam kuplet pertama yang memperkenalkan tema. setiap kuplet mesti adalah satu ayat lengkap (atau beberapa ayat) dalam dirinya sendiri. Pendapat ke-2 ialah daripada: ii) Adibah Amim Beliau mengatakan bahawa perkembangan ghazal di Malaysia telah dikaitkan dengan kedatangan wayang Parsi dari India ke Johor pada awal abad ke-20. namun apa yang dapat dipastikan ilah bahawa ghazal telah dibawa ke Tanah Melayu dari India. Baris kedua bagi setiap kuplet (atau sher) dalam ghazal berakhir dengan pengulangan baris ulang (refrain) bagi satu atau beberapa perkataan yang dikenali sebagai radiif (walaupun radiif pada hakikatnya adalah ciri pilihan). didahului oleh rima yang dikenali sebagai qaafiyaa. Batu Pahat dan Endau. Adibah Amim juga berpendapat bahawa ghazal sangat popular di kalangan orang bangsawan dan orang berpangkat tinggi terutamanya pada dekad 1930-an. Alat-alat muzik seperti gambus dan biola ditambahkan. Walaupun tarikh dan cara sebenar ketibaan ghazal ke Malaysia tidak dapat ditentukan.

seperti qasidah yang lain. sesetengah ghazal tidak mempunyai sebarang radiif. Dalam bahasa-bahasa Asia Selatan. Ini dipanggil musalsal ghazal (ghazal berkait atau bersambung).0 FUNGSI MUZIK GHAZAL     Memperkenalkan kebudayaan bangsa dan negara di mata dunia.0 JENIS GHAZAL Ghazal Johor  Pada abad ke-19. Bagaimana pun ini adalah sesuatyang jarang. 4. 3. Ghazal sebegitu dipanggil "ghair-muraddaf" ghazal. ghazal adalah nama bagi satu bentuk dan bukan spesifikbahasa. Terdapat unsur lawak jenaka dan tarian ala Arab bagi tujuan menarik orang ramai untuk turut bersama-sama dalam majlis tersebut. ghazal itu sendiri tidak mempunyai radiif.  Walaupun setiap sher itu sendiri mungkin adalah puisi bebas yang berasingan. adalah mungkin bagi semua sher mempunyai tema yang sama malahan kesinambungan pemikiran yang sama.  Secara mudah. Qasidah Arab pra-Islam berima tunggal. beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor sering berulang alk ke Riau. Menunjukkan warisan seni muzik ini sebagai warisan Melayu tradisional Johor Memeriahkan majlis dan memberi hiburan kepada mereka yang hadir ke majlis tersebut.  Mereka sering dihiburkan dengan persembahan ghazal . kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga.

kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada Sultan. Puteri Ledang. Ada diantara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini di istana sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga. dan banyak lagi. perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Datuk Bentara juga turut memperkenalkan seni muzik ghazal. Seni kata lagu ialah pantun dan juga digunakan syair apabila membawa lagulagu rancak. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor. Tiga komponen penting dalam susunan lagu ghazal ialah Khasidah. Musa bin Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Lomak merupakan orang yang mempopularkan kesenian ini. kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor. Gunung Banang. Beliau banyak mencipta lagu dan menubuhkan kumpulan-kumpulan ghazal di seluruh negeri Johor. pembesar-pembesar negeri dan golongan istana. tetapi bezanya terletak pada cara lagu-lagu itu dinyanyikan. Allahyarham Hj.    Bermula dari Istana Teluk Belanga. Lagu-lagu ghazal Melayu termahsyur seperti Seri Mersing. Generasi tua di Johor menganggap Pak Lomak adalah ghazal dan ghazal adalah Pak Lomak. Bahasa yang digunakan adalah mengikut loghat Johor-Riau.        Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allahyarham Datuk Benara Luar. Mohd Salleh bin Perang. Parsi dan Hindustan. Ciri-ciri Ghazal Johor    Merupakan lagu Melayu asli juga. Justeru itu. Singapura. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri. Embun Menitik. Muzik ghazal ini sering dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu. . Seri Banang.

Peti harmonium digunakan sebagai alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu ghazal. Peti Harmonium  Iaitu sejenis alat muzik yang berasal dari India. Lagu-lagu yang dibawa juga bukannya tertumpu kepada lagu Melayu asli sahaja.     Intro dan penutup lagu ghazal boleh diubah atas kreativiti tetapi tidak boleh diubah sehingga menghilangkan identity Muzik Ghazal. tetapi juga membawa lagu seperti irama Joget. Masri dan sebagainya. Pemain Ghazal bermain secara “By Heart” mengikut kemahiran masingmasing. . Tatatertib penting terutamanya cara keluar masuk serta pakaian Dipersembahkan secara duduk  Pemain secara bertimpuh  Penyanyi secara bersila  Pakaian seragam ialah baju Teluk Belanga Johor bagi lelaki dan Baju Kurung Cekak Musang bagi perempuan Alat-alat Muzik Ghazal Johor 1. Zapin. Dipersembahkan di dalam ruang rumah. Ia merupakan alat muzik erofon.

Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin.2. Biola/Violin  Violin biasa disebut biola. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin adalah lebih sesuai. Alat ini berasal daripada Barat. Tebela/Tabla  Sepasang gendang kecil yang berasal dari India. 3. Yang kecil dinamaakan Din dan yang besar dinamakan Bam. Ia merupakan alat muzik membranofon. . Alat ini digantikan dengan alat muzik sharinggi India. Ia merupakan alat muzik kordofon. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga tempo. Jepun dan negeri China.

Gambus  Sejenis alat muzik yang berasal dari nergara Arab. Gitar  Sejenis alat muzik dari Negara Barat. Ia merupakan alat muzik kordofon. Alat ini juga perlu ada bagi memainkan melodi dan rentak muzik ghazal Johor. . 5. juga dikenali dengan sebutan Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Ia merupakan alat muzik kordofon.4. Alat muzik ini juga perlu ada dalam permainan muzik ghazal Johor.

Marakas  Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. 7. Tamborin  Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan (India). .6. Alat ini juga berperanan sebagai alat tempo. Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo. Ia merupakan alat muzik Idiofon. Ia merupakan alat muzik Idiofon.

Pada tahun 1970 an. Ciri-ciri Ghazal Parti 1. Fungsi tarian ala wanita diadakan untuk meramai dan memeriahkan setiap persembahan ketika itu. Sebuah persembahan yang menggabungkan muzik. Terdapat di daerah utara Pantai Barat Semenanjung seperti di Pulau Pinang dan Kedah. “Ahbabinna”. ia membawakan lagu-lagu berirama padang pasir. wanita tidak dibenarkan menjadi penari. “Ifrah Ya Albi” dan banyak lagu. lelaki yang menjadi penari gelek kepada lagu-lagu berirama padang pasir yang memerlukan merka memakai pakaian wanita. lagu. penari sudah tidak digalakkan ada persembahan Ghazal Parti. lawak dan tarian.  Lagu-lagu yang disampaikan adalah berunsur cinta da nada jugga berunsur dakwah/nasihat. . “Yaana”. ulama ketika itu iaitu haji Ahmad Badawi telah melarang wanita menari.    Kesannya. Pada waktu itu. Penari Ghazal Parti  Pada akhir tahun 1940 an. “Anawintal Wahdina”. „Mak Nyah‟ atau pondan hanya muncul pada tahun 1950 an. kain batik dan baju kurung. Lazimnya.Ghazal Parti        Perkataan „Parti‟ bermaksud keramaian Persembahan ghazal ini adalah bagi hiburan rakyat. “Wai Ya”. Hal ini demikian kerana. Gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara iaitu dialek Kedah dan Pulau Pinang Lagu-lagu yang popular ialah seperti “Alabaladi”. pakaian wanita yang dipakai ialah tudung. “Ya Gamil”. “Istak nay a albi”. “Ah-Yazid”.

Lagu sampingan yang turut dipersembahankan seperti lagu Hindustan dan Dangdut.   Lawak yang disampaikan bukan berunsur seliptik tetapi berbentuk verbal. penari-penari akan masuk mengiringi persembahan. . Tarian yang ditarikan akan dilakukan secara bebas mengikut rentak lagu tersebut. inang.   Ghazal Parti turut menylitkan lakonan berunsur lawak jenaka/sketsa pendek yang biasanya disampaikan dipertengahan persembahan. Contohnya:  Lagu „Albaladin‟ – alunan bayati sahaja  Lagu „Irfah Ya Albi‟ terkandung alunan bayati dan hijjaz (di awal dan akhir lagu) dan hijjaz (dipertengahan lagu). beberapa lagu akan didendangkan dan disampaikan oleh seorang penyanyi sambil berdiri. hijjaz. Penari-penari adalah terdiri daripada kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita.  Selepas itu. Lagu utama yang dimainkan adalah lagu yang berunsur Arab. samba. dangdut. Cara Persembahan  Pada awal persembahan.  Semasa lagu dimainkan. nahwan dan rast. Lagu Arab yang disampaikan mempunyai alunan taranum antaranya bayati.2. Lawak jenaka bertujuan memberi masa kepada pemuzik untuk berehat seketika kerana persembahan ghazal ini memerlukan masa yang panjang untuk satu-satu persembahan.  Tempo lagu – rentak masri. Ghazal Parti akan memainkan instrumental yang berentak Arab sebagai pembuka lagu yang menjadi pengenalan kepada sesebuah kumpulan yang membuat persembahan.

Jepun dan negeri China. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin adalah lebih sesuai. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin. Alat ini digantikan dengan alat muzik sharinggi India.Alat-alat Muzik Ghazal Parti 1. Alat ini berasal daripada Barat. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Violin  Violin biasa disebut biola. Gambus  Sejenis alat muzik yang berasal dari nergara Arab. . Ia merupakan alat muzik kordofon. 2. juga dikenali dengan sebutan Od. Alat muzik ini juga perlu ada dalam permainan muzik ghazal Johor. Ia merupakan alat muzik kordofon.

Alat ini juga berperanan sebagai alat tempo. Ia dimainkan dengan cara memampatkan atau mengembangkan peti suaranya sambil menekan butang atau kekunci. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon. Ia merupakan alat muzik Idiofon.3. . Marakas  Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. 4. Akordion  Merupakan satu alat muzik yang berbentuk seperti kotak.

dengan ketinggian 2 1/2 kaki. ialah sejenis alat muzik bertali bebusur besar. Tamborin  Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan (India). 6. Double Bass  Dabal bes atau double bass. Double bass merupakan alat muzik keluarga kordofon. Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo. Ia merupakan alat muzik Idiofon.5. Ia dalam keluarga biola dan merupakan alat biasa dalam orkestra simfoni moden. juga dipanggil kontrabes. .

Bongo  Bongo berasal dari Negara Cuba dan dikenali sebagai „Oriente‟.satu kecil dan satu lagi yang lebih besar. 8. Seruling ini biasanya dijumpai di Sunda. . Bongo merupakan alat muzik keluarga perkusi. Maluku. Ia biasanya digunakan dalam permainan gamelan. Seruling merupakan alat muzik erofon.7. Ia terdiri daripada dua buah drum yang berlainan saiz . Seruling Flut  Seruling flut berasal dari Indonesia. Jawa. Bongo merupakan alat muzik membranofon. dan Bali di Indonesia dan Mindanao dan Sulu di Filipina.

akordian. tamborin dan double bass Penyanyi menyanyi secara duduk/ tiada lawak Ada 7 alat muzik – iaitu harmonium. gitar. seruling flut. Siti Payung. tamborin dan marakas Alat Tarian Ada tarian Tiada tarian . violin. „Ah-Yazid‟. yaana dan Ifrah Ya Albi Cara Persembahan Penyanyi menyanyi secara berdiri/ ada lawak Ada 8 alat muzik – iaitu gambus. gambus.Perbezaan Antara Ghazal Johor Dan Ghazal Parti Ghazal Parti Lagu Banyak membawakan lagu-lagu Melayu Asli seperti Sri Mersing. „Wai Ya‟. tabela/table. „Ya Gamil‟. marakas. Patah Hati dan Seri Banang Ghazal Johor Membawa lagu-lagu berirama padang pasir seperti lagu „Alabaladi‟. „Anawintal Wahdina‟. „Istak na ya albi‟. „Ahbabinna‟. violin.

muzik ghazal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti.0 Kesimpulan Keunikan muzik ghazal menjadi akar tunjang yang kuat menjadikan ghazal masih mampu bertahan hingga kini. bilangan alat yang digunakan dan juga jenis lagu yang dibawa. Perbezaan kedua-dua jenis ghazak ini dapat dilihat dari segi cara persembahan. Lagu Ghazal Johor tidak mengandungi tarian dan jenaka manakala lagu Ghazal Parti mengandungi unsur lawak jenaka dan diiringi oleh tarian. Yayasan Negeri Johor telah memperkenalkan muzik ini sebagai salah satu matapelajaran kokurikulum di sekolah-sekolah rendah di Johor Bharu. Pelbagai cara telah dilakasanakan untuk memperkembangkan muzik tradisional ghazal di Malaysia supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Kedua-dua ghazal ini mempunyai alat muzik tradisional yang tersendiri dan bertujuan untuk memberi hiburan kepada pendengar. . Sebagai contoh. Selain itu. Hal ini adalah untuk menggalakkan pelajar dari generasi muda memahami dan sekaligus meminati muzik tradisional ini. adalah penting untuk kita mengekalkan muzik tradisional ini supaya ia tidak pupus ditelan zaman kerana muzik tradisional ini mampu menggambarkan adat dan tradisi rakyat Malaysia. Kesimpulannya.5.

6. untuk mengatasi masalah ini. Selain itu. Seterusnya. Selain itu. saya telah menggunakan „broadband‟ sendiri. Saya juga berpeluang untuk mengetahui jenis-jenis alat muzik yang digunakan dalam muzik Ghazal. Tanpa bantuannya. sejarah dan perkembangan muzik ini di Malaysia.0 REFLEKSI HEW JING TING. Bukan itu sahaja. masalah internet yang menyukarkan saya untuk mencari bahan maklumat. pelbagai aktiviti maktab yang dijalankan telah menyebabkan saya perlu merangka jadual waktu supaya masa saya lebih terancang dan kerja kursus dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. rangkaian internet yang dbekalkan oleh pihak maktab juga telah menyekat scrib dan ini menyukarkan penvarian maklumat yang lengkap. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang telah membantu saya dengan berkongsi maklumat dan bersama-sama menyiapkan kerja kursus ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Oleh itu. Antara manfaat yang saya peroleh hasil daripada pelaksanaan kerja kursus ini ialah saya dapat mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam lagi tentang muzik tradisional Ghazal. terdapat banyak cabaran yang saya hadapi. Begitu juga kepada ibu bapa saya yang telah membantu saya dengan memberi saya sokongan sepanjang masa saya menyiapkan kerja kursus ini Akhir kata. saya bersyukur kerana dapat belajar dan memperoleh banyak maklumat . saya juga telah mampu mengenalpasti perbezaan antara Ghazal Johor dengan Ghazal Parti. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah Pendidikan Muzik saya kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan kerja kursus ini. MICHELLE 920229-08-6060 Terlebih dahulu. Antaranya. saya berasa amat bangga dapat melaksanakan kerja kursus ini kerana saya dapat memperoleh pelbagai manfaat hasil daripada kerja kursus ini.tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

terima kasih. Sekian.serta pengalaman sepanjang membuat tugasan ini yang mampu saya aplikasikan dalam pengajaran saya sebagai seorang guru muzik pada masa hadapan. .

. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya dan pensyarah subjek Pendidikan Muzik kami. Terutamanya sebagai seorang guru muzik. tugasan ini telah membantu saya memahami muzik Ghazal ini dan saya boleh menerapkannya dalam pengajaran saya di dalam kelas kelak. Saya akan mencuba untuk mengaplikasikan segala pengetahuan yang saya peroleh dari tugasan dalam keadaan sebenar. Pn Hanizah Abdul Bahar. saya telah belajar untuk menghargai muzik tradisional kita seperti Ghazal. Melalui tugasan ini. Melalui tugasan ini saya dapat memahai muzik tradisional Ghazal dengan lebih mendalam dan terperinci. kerana membantu dan memberi sokongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini. Melalui tugasan ini. tugasan ini mengajar kami untuk bekerja secara sistematik dan berkumpulan dalam mengumpul sumber maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Saya juga memperoleh banyak faedah. berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan dan kerjasama mereka tugasan ini tidak mungkin dapat disiapkan dengan begitu jayanya. Saya mempunyai tanggungjawab untuk terus mengembangkan muzik tradisional dan memastikan ia tidak pupus. saya telah memperoleh banyak pengetahuan yang berguna serta dapat memantapkan lagi pengetahuan saya terutamanya mengenai kepentingan muzik tradisional Ghazal. Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masa dan dengan jayanya. Oleh itu. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menerapkan apa yang telah saya belajar dalam Pendidikan Muzik ke dalam pengajaran saya di kelas kelak agar muzik tradisional ini tidak akan pupus di kalangan generasi masa depan. Selain itu. Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini kerana saya dapat menambahkan pengetahuan saya dalam bidang muzik Ghazal ini. pengalaman dan pengetahuan melalui tugasan ini. Jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang lain kerana telah memberi kerjasama yang baik dan berusaha keras dalam penyiapan tugasan ini.YVONNE HEW JING PEI 930604-08-5748 Saya. Yvonne Hew Jing Pei.

seterusnya membolehkan saya membuat tugasan ini dengan sempurna. Ghazal merupakan salah satu muzik yang popular di Malaysia. Antaranya. masalah internet yang menyukarkan kami untuk mencari bahan maklumat. Selain itu.tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Sungguhpun begitu. saya berasa amat bangga dan rela hati untuk membuat kerja kursus ini.kami menghadapinya dengan sabar dan tabah. kami seharusnya tahu sedikit sebanyak tentang muzik ini. melalui tugasan ini.ALIAA IRYANI BINTI MD.W.Sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Hal ini kadang-kadang menyebabkan diri masing-masing terlalu tertekan. Sebagai rakyat Malaysia. kami dapat menklasifikasikan alat-alat yang terdapat dalam ghazal. Masalah ini menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk meminjam ‟broadband‟ dari rakan kami yang lain ataupun pergi ke pusat internet yang berdekatan. saya telah merangka jadual waktu supaya pengurusan masa saya lebih tersusun dan sistematik. ZELAN 930118-02-5336 Pertama sekali. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Puan Hanizah binti Abdul Bahar kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. terdapat banyak kekangan dan cabaran yang kami hadapi. kami juga mengalami masalah dalam pembahagian masa kerana terdapat banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan dihantar pada masa yang sama ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti di maktab ini yang padat.Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan sekumpulan saya iaitu Yvonne dan Michelle kerana memberikan kerjasama yang sangat baik semasa menjalankan tugasan ini. walaupun terdapat pelbagai kekangan sepanjang penghasilan tugasan ini. saya bersyukur kepada Allah S. Rentetan itu.Mereka juga banyak membantu saya dalam memahami . Oleh itu. Saya faham bahawa kami perlu tahu dan bijak untuk mengatur dan menguruskan masa kami. Hal ini kerana rangkaian internet yang kadang-kala tidak memuaskan.Tanpa bantuannya. Tambahan pula. Di samping itu.T kerana dengan izinNya akhirnya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus Pendidikan Muzik ini. Hal ini kerana melalui tugasan ini saya dapat mempelajari banyak input-input baru berkenaan muzik Ghazal dengan lebih mendalam. ada juga bahan maklumat dari internet telah disekat.

perkara-perkara baru yang tidak saya ketahui. . saya bersyukur kerana dapat belajar dan memperoleh banyak maklumat serta pengalaman sepanjang membuat tugasan ini. Akhir kata.

org/wiki/Genre_musik . Royal & Sinkretik.wikipedia.com/2010/09/ghazal-johor. 1997 oleh Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng.com/2010/09/perbandingan-jenis-ghazal.html Muzik Ghazal Johor. Diakses pada 1 Oktober 2012 daripada http://ghazalsmp2252.7. Muzik Malaysia : Tradisi Klasik.blogspot.html Genre Muzik. Diakses pada 1 Oktober 2012 daripada http://ghazalsmp2252.blogspot. Diakses pada 1 Oktober 2012 daripada http://id. Perbandingan Jenis Ghazal.0 RUJUKAN Diperolehi daripada.