Anda di halaman 1dari 5

ORGANISASI JABATAN SAINS DI SEKOLAH RENDAH

GURU BESAR

KETUA PANITIA SAINS

GURU KANAN MATA PELAJARAN SAINS

GURU MATA PELAJARAN SAINS

STAF SOKONGAN BILIK SAINS

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Ahli Guru Besar Tugas dan tanggungjawab Menyelia pengurusan berkaitan Membuat keputusan berkenaan apa-apa perkara selepas berbincang dengan Ketua Panitia Sains Ketua Panitia Sains Mengendalikan program kurikulum dan ko-kurikulum daripada segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Bimbingan profesional kepada guru sains dan staf / LPS Menyelia dan memastikan guru, staf dan murid mematuhi peraturan di bilik sains Merancang dan menyediakan senarai tugas dan waktu kerja / jadual waktu Mengurus dan memastikan penyemakan stok dibuat enam bulan sekali Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan Menyemak dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains yang diterima Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa Guru Kanan Sains Membantu Ketua Panitia Sains terutama daripada segi pentadbiran Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa Guru Mata Memberi maklumat keperluan Mata Pelajaran Sains Pelajaran Sains Memastikan murid mematuhi peraturan di bilik sains Memastikan bilik sains sentiasa kondusif Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains digunakan secara selamat dan berhemah Membantu Ketua Panitia Sains merekod, menyemak dan mengemas kini stok Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa Staf Sokongan Membuka pintu dan tingkap bilik sains pada awal pagi persekolahan Mengawas murid supaya mematuhi peraturan di bilik sains Memastikan bilik sains sentiasa kondusif 1

Menyediakan peralatan dan bahan sains yang dipesan guru melalui borang pesanan Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali / Taman Sumber Sains Mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan / buat laporan Memastikan meja/papan tulis/sinki bersih selepas kerja amali terakhir setiap hari, tutup bekalan gas/air/elektrik, menutup tingkap dan mengunci bilik sains Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

BELANJAWAN I. Kontrak Pusat dibeli daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Syarikat lain perlu mendapat kelulusan KSU Kewangan Malaysia melalui JPN.

II. Bukan Kontrak Pusat i. Pembelian Terus bagi bekalan dan perkhidmatan kurang RM10,000 setahun bagi satu item / kelas jenis item dari mana-mana pembekal (berdaftar atau tidak) atau bagi bekalan dan perkhidmatan antara RM10,000 RM50,000 setahun bagi satu item / kelas jenis item dari pembekal Bumiputera berdaftar. ii. Sebut Harga bagi bekalan dan perkhidmatan antara RM50,000 RM100,000 setahun, sekolah perlu mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya dari 5 pembekal Bumiputera berdaftar. Jawatankuasa Sebut Harga Sekolah terdiri dari sekurang-kurangnya 3 ahli dengan dipengerusikan oleh Guru Besar. Kriteria pembekal terbaik ialah (a) spesifikasi, (b) kualiti, (c) khidmat selepas jualan, (d) mudah diperolehi, (e) reputasi syarikat dan (f) keupayaan syarikat membuat pembekalan.

III. Sumber lain sekolah digalakkan berusaha sendiri untuk menambah bekalan kegunaan mata pelajaran sains.

Cara bayaran 1. Panjar wang runcit 2. Pesanan tempatan (LO local order)

Rajah carta pembelian barang/peralatan Sains Wang peruntukan Sains adalah untuk perbelanjaan berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) i) Membeli alat dan radas sains Membeli bhn kimia yg diperlukan Membeli carta, model, ABM Membeli bhn rujukan utk kegunaan guru dan murid Memberi upah penceramah jika bermanfaat kepada murid Membeli bhn runcit utk p&p sains garam, minyak, telur, ikan Subsidi utk Persatuan Sains spt bayar tambang bas ke Olimpiad Sains Perbelanjaan membina Taman Sumber Sains Subsidi utk kakitangan makmal menghadiri kursus tertentu jika kursus yg dihadiri menguntungkan murid dan pendidikan sains

PENYELENGGARAAN STOK 1. Daftar Harta Modal (KEW. PA-2) bahan lebih RM1000 seunit (bahan yang memerlukan penyelenggaraan) 2. Daftar Inventori (KEW. PA-3) bahan kurang RM1000 seunit (langsir, pinggan mangkuk, perabot) 3. Daftar Stok Bekalan Pejabat (KEW. PS-4) - untuk bahan habis guna (alatulis, dakwat pencetak)

4. Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW. PA-6) untuk merekod pergerakan harta modal / inventori Peralatan / bahan sains

Bahan habis guna

Bahan tidak habis guna

Bekalan pejabat

Inventori

Harta modal

Selain 4 buku daftar di atas, sekolah juga perlu mengadakan Buku Rekod Kerosakan / Pecah dan Buku Rekod Pelupusan Peralatan Sains. KEW. PA-2 diikuti KEW. PA-4 iaitu Senarai daftar harta modal. KEW. PA-3 diikuti KEW. PA-5 iaitu Senarai daftar inventori.

Cth melabel aset: KPM/IPGKPT/JS/I(T)/11/1 KPM- Kementerian Pendidikan Malaysia IPGKPT Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik JS Jab Sains H Harta Modal / I jika Inventori (T) - tumbuhan 11- tahun pembelian 1- No. siri

PELUPUSAN satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Tindakan pelupusan diambil untuk peralatan atau bahan yang tidak ekonomi dibaiki, usang, rosak, luput tarikh, keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum, tiada alat ganti, pembekal 4

tidak lagi memberi khidmat sokongan, disyor oleh pemeriksa, tidak lagi diperlukan Jabatan, perubahan teknologi dan melebihi keperluan. Setiap sekolah perlu melantik 2 org ahli Lembaga Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung dengan stor. Tempoh pelantikan tidak melebihi 2 thn. Perbendaharaan bertanggungjawab untuk pelupusan aset melebihi RM200,000 atau jumlah keseluruhan melebihi RM 1 juta. Juga aset yg diterima sbg hadiah, pindahan dsb. Kementerian/Jabatan bertanggungjawab untuk pelupusan aset tidak melebihi RM200,000 atau jumlah keseluruhan tidak melebihi RM 1 juta. Juga utk aset yg dipindahkan antara Jabatan bagi nilai perolehan asal tidak melebihi RM50,000 jumlah keseluruhan tidak melebihi RM 500,000. Permohonan dibuat menggunakan Borang Perakuan Pelupusan KEW.PA-16 dan Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17 Pelupusan dibuat sebaik sahaja kelulusan diperolehi dengan mengambil kira sekiranya bahan kimia, pencairan hendaklah dilakukan terlebih dahulu atau jika bukan bahan kimia, cara yang sesuai dibenarkan.

KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA KEHILANGAN aset yg tiada lagi dlm simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam. HAPUS KIRA proses untuk membatalkan rekod aset yg hilang. Ringkasan Proses Kerja Hapus Kira: a) b) c) d) e) f) Mendapatkan maklumat aset hilang melalui Daftar Harta Modal / Inventori Mendapatkan laporan awal KEW.PA-28 daripada Ketua Jabatan Mengemukakan laporan awal dan salinan laporan polis kepada KSU Menguruskan pelantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan format KEW.PA-29 Jawatankuasa Penyiasat mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30 KSU boleh meluluskan Hapus Kira dengan nilai perolehan asal kurang daripada RM200,000 atau jumlah keseluruhan tidak melebihi RM 1 juta, bukan melibatkan aset ICT dan tidak melibatkan soal kecurian, penipuan atau kecuaian. g) Perbendaharaan pula meluluskan Hapus Kira dengan nilai perolehan asal melebihi RM200,000 atau jumlah keseluruhan melebihi RM 1 juta, melibatkan aset ICT dan melibatkan soal kecurian, penipuan atau kecuaian. h) Sijil Hapus Kira Aset Alih Kerajaan KEW.PA-31 dikeluarkan, catatkan kelulusan Hapus Kira pada Daftar Harta Modal/Inventori dan makluman kedudukan tindakan surcaj/tatatertib. i) KPM memaklumkan kelulusan Hapus Kira kepada Perbendaharaan dalam tempoh 1 bulan.

Anda mungkin juga menyukai