Anda di halaman 1dari 3

ANSUR MAJU KEMAHIRAN MENGAWAL BOLA

MENGGUNAKAN KAKI DALAM(BOLA LERET) Jika kamu menggunakan kaki dalam,kamu berada dalam posisi yang baik untuk terus membawa bola sesudah kamu menyerapnya.

1. Perhatikan bola ketika ia semakin menghampiri dan aturkan kaki kamu selari dengannya.Berdiri dengan satu kaki dan hulurkan kaki yang menerima bola 2. Semasa kamu menerima bola dengan kaki dalam,kendurkan ototnya supaya ia bergerak ke belakang bersama bola 3. Bola itu sepatutnya jatuh di depan kaki kamu.Perhatikan persekitaran kamu lalu bawa bola ke kiri atau ke kanan sepantas boleh.

MENGGUNAKAN KAKI LUAR(BOLA LERET) 1. Jika kamu ingin menggunakan kaki luar,lakukannya dengan pantas dan pusingkan badan kamu menghadap ke arah bola 2. Angkat kaki kamu untuk menerima bola dengan kaki luar.Kendurkan otot kaki kamu dan turunkan kaki. 3. Tolak bola keluar dengan kaki yang sama seperti dilihat di sini atau melintangi tubuh dengan mana-mana kaki.

MENGGUNAKAN KEKURA KAKI(BOLA LERET) 1. Untuk mengawal bola dengan kekura kaki,pastikan kamu menghadap bola dengan tangan terdepang untunk keseimbangan. 2. Angkat kaki tetapi pastikan tapak kaki rata.Jika kamu mendogakkan tapak kaki,bola mungkin melantun jauh 3. Semasa kamu menerima bola,turunkan kaki dan biarkan bola jatuh di depan kamu.

KAWALAN KAKI (BOLA TINGGI) Apabila bola dating dari sudut yang tinggi,ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan.Kamu boleh menyambut bola dengan kaki,paha atau dada bergantung kepada posisi dan ketinggian bola itu.Walau apa cara pun yang kamu pilih.Kamu mesti menggunakan teknik menyerap untuk menghilangkan kelajuan bola tersebut.

MENGGUNAKAN PAHA 1. Perhatikan bola dengan cermat supaya boleh mengagak di mana ia akan jatuh. 2. Jika kamu menyerap bola dengan sempurna,kaki kamu tidak akan sakit 3. Bengkokkan kaki kamu untuk menyambut bola dengan tangan terdepang sebagai imbangan.Apabila bola menyentuh paha,luruskan kaki dengan perlahan agar bola itu melurut turun daripada paha dan jatuh di depan kaki kamu.

MENGGUNAKAN KAKI 1. Depakan tangan kamu sebagai pengimbang. Angkat kaki kamu untuk menyambut bola.Sambut bola dengan kaki dalam kamu 2. Tanpa mencangkukkan kaki dii bahagian bawah bola sepenuhnya,jatuhkan kaki ke padang sambil menyeret bola itu bersama.

MENGGUNAKAN DADA 1. Luruskan tangan ke belakang dan kembangkan dada semasa bola semakin mendekati 2. Apabila ia sampai serapbola dengan mengendurkan badan kamu. 3. Gerakkan bahu ke depan dan lengkungkan dada supaya bola itu melurut turun 4. Bola meluru turun ke bawah dengan lembut dan kamu boleh mengambil langkah seterusnya.