Anda di halaman 1dari 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR T6 MINIT MESYUARA PANATIA PENDIDIKAN ISLAM. BIL 2 / TAHUN 2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 09 Februari 2012 : 12.30 tgh : Bilik j-Qaf : Ustzh. Norhafizan bt. yasin.

Kehadiran(Bilangan) : 12 / 15 orang Turut Hadir (Jika ada) : -

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah. 1.2 Bacaan doa oleh Ust. Taufiq b. Mohd Rohani. 1.3 Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir.
2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. 2.1. Dibentang oleh Ketua panatia Pendidikan Islam, Ustzh. Norhafizan bt. Yasin. Dicadang untuk disahkan oleh Ust.Taufiq b. Mohd Rohani Disokong untuk pengesahan oleh Ustzh. Norlilywaty bt. Abd. Rahman. 3 PERKARA BERBANGKIT: 3.1. Perlantikan Jawatankuasa 2012. 3.1.1 berlaku rombakan pada jawatakuasa 2012,berikut adalah Jawatankuasa terbaru bagi Panatia Pendidikan Islam. Pengerusi: Pn. Norhafizan bt. Yasin. Setiausaha : Pn. Azeliha bt. Abd. Alim Siddiqui. Bendahari : Pn. Norlilywaty bt. Abd. Rahman. Tindakan: JawatanKuasa 2012 3.2. Program Kecemerlangan Tahun 2012. 3.2.1 Pn. Hilyati menjelaskan Program Mahir jawi yang pada mulanya dicadangkan untuk berlangsung pada hari Jumaat tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa memandangkan banyak program lain yang dijalankan pada hari tersebut. Beliau mencadangkan agar program tersebut dijalankan pada hari biasa dalam sesi P&P secara tidak langsung. 3.2.2. Kuiz bulanan belum dapat dijalankan memandangkan Pn. Azeliha selaku penyelaras program tersebut baru sahaja kembali bertugas. Beliau menyatakan akan melaksanakan program tersebut dalam bulan April. Tindakan: Penyelaras program.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.3 Rancangan Pengajaran Harian. 3.3.1 Pn. Norhafizan meminta agar semua Gpi dan Guru J-qaf membuat rph secara seragam. Beliau meminta agar semua guru pendidikan Islam supaya dapat menyediakan rph yang betul berdasarkan format yang ditetapkan. Tindakan: semua guru PI.

PERBINCANGAN ISU SEMASA : 4.1. Post Mortem Majlis Maulidur Rasul 2012. 4.1.1 Makanan yang dimasak terlalu berlebihan. Perkara ini turut berlaku pada tahun lepas. Ust. Taufiq mencadangkan agar makanan untuk murid dan guru ditempah sahaja pada tahun hadapan. 4.1.2. Ust. Ame Nordin memberi respon positif terhadap cadangan Ust. Taufiq kerana kos memasak sendiri makanan dan makanan yang ditempah adalah tidak begitu berbeza. Sedangkan jika makanan ditempah, semua guru tidak terlalu penat dan tidak berlaku pembaziran makanan. 4.1.3. Ust Shihan selaku peyelaras program bacaan Yassin menyatakan kekurangan kitab yassin. 4.1.4. Gangguan pada P.A. sistem adalah tidak dapat dielakkan memandangkan semua peralatan telah diperiksa pada malam sebelum majlis. 4.1.5. Guru yang terlibat dengan kawalan murid tidak begitu berfungsi memandangkan keadaan murid yang begitu bising dan tidak terkawal semasa keluar dari majlis ceramah untuk pergi ke jamuan makan.pada tahun hadapan, diminta agar sedikit penambahbaikan dilakukan iaitu guru diberi tugasan mengikut tahun dan bukan secara rawak seperti tahun ini. 4.1.5. cadangan dari Ustzh. Hilyati agar pada tahun hadapan agar murid diberi makan terlebih dahulu sebelum memdengar ceramah agar semua tumpuan dapat diberi kepada penceramah.

Tindakan: semua guru PI. 4.2. Perbentangan kewangan Panatia 4.2.1 Bendahari Unit Dakwah telah menbentangkan perbelanjaan Majlis Maulidur Rasul. 4.2.2 Ustzh. Orhafizan meminta agar Ustzh. Norlilywati agar menerima wang lebihan tersebut untuk dimasukkan ke dalam tabung Panatia. Tindakan: Bendahari Panatia. 4.3 Majis Tilawah Al-Quran 2012. 4.3.1 Ustzh. Norhafizan telah membuat agihan tugas untuk melatih murid yang terlibat dalam MTQ 2012.( rujuk Edaran ) 4.3.2. Terdapat guru guru yang tidak dapat pergi ke Sk LKTP Belitong kerana terlibat dengan Majlis Mesyuarat Pibg sekolah. Tindakan: semua guru PI 4.3.3. Ustzh. Norhafizan meminta S/usaha panatia iaitu Pn. Azeliha menyediakan surat memohon sumbangan Pibg sebanyak Rm 50. Tindakan: S/Usaha panatia 4.3.4 Semua guru dan peserta diminta agar berkumpul pada pukul 7.00 pagi. Tindakan: semua guru PI

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

HAL-HAL LAIN 5.1. Pesanan Dari Ppd Kluang. 5.1.1. Sila pastikan Rph dibuat setiap hari. 5.1.2. Pastikan semua fail dapat dilengkapkan kerana lawatan dari PPd akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja (secara mengejut ) 5.1.3 Program Pafa berjalan seperti biasa walaupun dalam KSSR. Tindakan: semua guru PI 5.2. Taklimat Kem Bestari Solat 2012. 5.2.1 Ustzh. Hilyati mengucapkan tahniah kepada guru sesi Petang kerana telah berjaya mengadakan Kem bestari pertama bagi tahun 2012. 5.2.2. Bagi sesi pagi Kem Bestari Solat belum dapat dijalankan. Tindakan: semua guru PI 5.3. Pertandingan Bilik J-Qaf 5.3.1 Bilik j-Qaf Skbt6 telah dipilih untuk bertanding dengan Bilik J-Qaf Sk Kg. Melayu untuk mewakili Daerah Kluang ke peringkat negeri. 5.3.2.Ustzh.Norhafizan meminta agar penyelaras J-qaf dapat menyediakan jadual kerja bagi semua Guru. Tindakan: semua guru PI

PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 petang.

Disediakan oleh, .......................................... ( Azeliha bt. Abd. Alim Siddiqui.) Tarikh : 10 Februari 2012

Disemak Oleh, ................................ ( Norhafizan bt. Yasin ) Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai