Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan

yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Sejarah
Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak. Untuk memahami asal-usul Bahasa Rojak Malaysia, seseorang mungkin perlu membaca sejarah Malaysia terutama Melaka sewaktu Parameswara. Dalam awal 1500-an, pelawat Portugis Tome Pires menjumpai di Melaka "mur dari Kaherah, Makkah, Aden, Abyssinia, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, orang Kristian Armenia, Gujaratee, lelaki Chaul, Dabhol, Goa, dari negara Deccan, Malabar dan Kling, pedagang Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, lelaki Kedah, Melayu, lelaki Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China, Cina, Lequeos, lelaki Brunei, Lucoes, lelaki Tamjompura, Laue, Banka, Linga, Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Java, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta, Menangkabau, Siak, Arqua (Arcat?), Aru, Bata, negara Tomjano, Pase, Pedir, Maldives...". Orang-orang ini datang ke Melaka dengan kapal dan pangjava. Menjelang 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk 50,000 termasuk komuniti pedagang yang bertutur 84 bahasa.

Isu Bahasa Rojak


Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Barubaru ini kerajaan Melaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai. Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)


Kau memang terror (hebat) la! Tempat makan ni best (bagus) sangat!

[sunting] Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)


Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)? Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa! Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?

Kontroversi penggunaan
Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka bimbang bahawa siswa-siswi akan kekurangkan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya amalan ini terus berlaku. Satu cadangan untuk membendung gejala ini adalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu tulen dalam satu ayat tanpa campuran bahasa lain. Akan tetapi untuk pelajar-pelajar sekolah luar bandar satu-satunya cara untuk melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka adalah untuk menggunakan bahasa itu dalam perbualan seharian. Dengan diri mereka sendiri yang tidak punyai kemahiran dalam bahasa Inggeris, ia sekaligus memberikan pendengar mereka satu gambaran Bahasa Rojak. Ini juga merupakan satu fenomena yang sedang merebak ke bandar. Alasan yang paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini ialah untuk menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama Bahasa Inggeris. Malangnya ini juga secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada cemuhan orang lain yang melihat mereka sebagai tidak mampu atau dalam bahasa kasarnya, bodoh, dalam menguasai salah satu daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya. Satu fakta yang memang tidak dapat disangkal lagi ialah, kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang sebenar, dan ini kerap menyebabkan mereka disalah erti, terutama apabila berada di negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.
[sunting] "Jangan lupa diri"

"Jangan lupa diri" sering didengar di kawasan bandar dan luar bandar Malaysia. Ini merupakan satu frasa yang menyatakan bahawa seseorang itu harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka, sekalipun ia bersifat perkauman. Pada tahun 2002 Tun Dr. Mahathir mencadangkan bahawa bahasa Inggeris digunakan sebagai 'satu alat' untuk menimbang ilmu dalam bidang-bidang sains dan matematik, sebagai pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai