Anda di halaman 1dari 1

Hukum Wuduk Sahibul Jabirah( Pakai Simen Akibat Patah ) Menurut pandangan Mazhab Syafie yang Azhar ( Masyhur

) Wajib Qada ( ganti solat ) / Iadah ( Ulangi ) solat tersebut jika: 1- Balutan di atas anggota Tayammum (muka dan tangan) 2- Balutan itu bukan pada anggota tayammum tetapi dipakaian semasa berhadas. 3- Balutan itu bukan pada anggota tayammum dan dipakaikan semasa suci dari hadas tetapi ada najis yang tidak dimaafkan dibawah balutan 4- Balutan itu pada bukan anggota tayammum dan dipakaikan dia semasa suci dan tiada najis yang tiada dimaafkan tetapi balutan itu besar atau lebih daripada kadar yang dikehendaki bagi balutan tersebut. Tidak Wajib Qada/Iadah jika: 1- Balutan pada bukan anggota tayammum dan dilakukan semasa suci daripada hadas serta tidak ada najis yang tidak dimaafkan dibawah balutan. 2- Balutan yang dibuat tidak melebihi kadar yang diperlukan. ( rujukan Sabilal Muhtaddin ) Menurut pandangan ke-2 iaitu Muqabil al-Azhar dalam Mazhab Syafie, pendapat mazhab al Hanafiyah dan al- Malikiah. Sohibul Jabirah( Memakai simen ) ini hanya perlu membasuh anggota wuduknya yang sihat dan menyapu pada jabirahnya. Adalah digalakkan untuk melakukan Iadah (ulangi) solat yang dilakukan dengan wuduk jabirah. Mengguna pakai pandang ke-2 ( Muqabil Al- Azhar Mazhab Syafie ) telah dipersetujui dalam Resolusi Muzakarah Haji ke -20.

Anda mungkin juga menyukai