INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

Mendengar dan bertutur 1 Mengetahui asas mendengar- bertutur, membaca dan menulis. B1 DL1 Mendengar dan menuturkan ayat. B1 DL1 E1 (4.4.1) – Kata nama am hidup (bukan manusia) Mendengar dan menyebut frasa dan ayat.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan :  Pita rakaman

Langkah pentaksiran : 1. Guru menerangkan arahan tugasan kepada murid. 2. Guru memperdengarkan rakaman pantun empat kerat. 3. Murid mendengar dan menyebut pantun empat kerat.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 PANDUAN GURU SAHAJA – TIDAK PERLU DIBERI KEPADA MURID NAMA : MOHD EZRI BIN MUSA RUJUKAN : B1 DL1 E1 Dengar dan lafazkan pantun empat kerat. Arahan: Dengar pita rakaman dan lafazkan semula pantun empat kerat tersebut. TARIKH : 6 OKTOBER 2012

Lompat si katak lompat, Lompat dalam perigi; Cepat adik cepat, Pergi mandi cuci gigi.

Anak lembu merah Tambat di pokok asam; Adik kena marah Tarik muka masam

Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD

Mendengar dan bertutur 3 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis. B3 DL1 Berkomunikasi menggunakan ayat yang betul dalam pelbagai situasi. B3 DL1 E1 (5.1.3) – kata ganti nama diri Berkomunikasi menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri dalam pelbagai situasi.

DESKRIPTOR

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan :  Kad arahan

Langkah pentaksiran : 1. Guru menerangkan arahan tugasan kepada murid. 2. Murid melakonkan tugasan mengikut situasi yang diberi.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 PANDUAN GURU SAHAJA – TIDAK PERLU DIBERI KEPADA MURID NAMA : MOHD EZRI BIN MUSA RUJUKAN : B3 DL1 E1 Lakonkan watak mengikut situasi yang diberi secara berpasangan. Arahan: Melakonkan watak berdasarkan situasi yang diberi. TARIKH : 6 OKTOBER 2012

Meminta izin daripada ibu untuk bermain di luar rumah

Meminta izin daripada guru untuk meminjam peralatan Pendidikan Jasmani Meminta izin daripada rakan untuk meminjam alat tulis Meminta kakak menunjukkan cara untuk menyelesaikan kerja sekolah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful