Anda di halaman 1dari 33

UNIT 3 : BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN

HASIL PEMBELAJARAN : . Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih. . Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih . menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak . Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak . Memeriksa,menguji dan melaras

REVISI CEPAT

3.1 PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN PADA MESIN MUDAH 1. Baik pulih dilakukan apabila terdapat kerosakan yang menyebabkan perkakas ataupun mesin tidak berfungsi dengan sempurna. 2. Penyelenggaraan pula bermaksud menservis atau menjaga sesuatu perkakas atau mesin supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi . 3. Perkakas,alatan dan mesin mudah tidak dapat berfungsi dengan sempurna sekiranya ada komponen yang rosak. 4. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika hendak menyenggara dan membaiki mesin mudah adalah : (a) (b) (c) (d) Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih Memahami fungsi komponen atau bahagian yang berkenaan Memilih bahan dan alatan yang sesuai untuk kerja membaik pulih Memahami cara menggantikan komponen bahagian yang rosak

Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih 1. Alatan ataupun mesin mudah akan mengalami kerosakan apabila sering digunakan dan ini menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik . 2. Sebelum membuat penyenggaraan kita perlu mengenal pasti bahagian ataupun komponen yang perlu dibaik pulih . 3. Masalah bahagian atau komponen dapat dikesan melalui pemerhatian. Biasanya bahagian yang rosak akan mengeluarkan bunyi ataupun tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. 4. Penyenggaraan adalah cara yang lebih baik daripada menggantikan komponen kerana ini dapat menjimatkan kos. Lebih lebih penyenggaraan dapat dilakukan sendiri . Memilih bahan dan alatan yanjg sdesuai untuk kerja membaik pulih 1. Antara bahan dan alatan yang digunakan adalah seperti berikut :

Bahan dan alatan (a) Minyak pelincir

Kegunaan - mengelakkan karat - melincirkan bahagian bahagian alatan dan mesin mudah yang bergerak - mencegah geseran

(b) Kertas Las

- Membuang karat pada bahagian permukaan perkakas atau alatan mesin mudah yang berkarat .

(c) Gris

- melincirkan bahagian bahagian alatan dan mesin mudah yang bergerak - mencegah geseran

(d) Kain reja

- membersihkan alatan serta perkakas mesin mudah. - membersihkan tangan selepas melakukan aktiviti penyenggaraan.

(e) Glu sentuh

- melekatkan permukaan yang berlainan jenis seperti kayu ,pelstik ,getah dan logam.

(f) Pemutar skru philips

- melonggarkan dan mengetatkan skru

(g) Pemutar skru rata

- melonggarkan dan mengetatkan skru

(h) Sepana gabung

-melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat

(i) Sepana hujung terbuka

-melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat

(j) Playar muncung tirus

- memotong dawai - Memegang dan mencengkam benda kerja diruang yang sempit

(k) Playar gabung

-memotong dawai - memegang ,mencengkam dan membentuk benda yang keras

(l) Pengumpil tayar

- mengeluarkan tayara daripada rim ataupun tiub daripada tayar.

(m) Tukul bongkol bulat

- mengetuk untuk mengeluarkan atau memasang bahagian bahagian perkakas,alatan,dan mesin mudah

Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak 1. Pada tahap ini memerlukan kemahiran yang dimiliki untuk menjalankan kerja membaik pulih dan menggantikan komponen . 2. Kerja membaik pul;ih perlu dijalankan secara sistematik dan secara teratur dengan menggunakan perlatan yang sesuai . 3. Pada tahap ini juga anda akan didedahkan dengan aktiviti membaik pulih dan menyenggara peralatan yang biasa anda gunakan iaitu basikal .

Mengenal pasti bahagian basikal dan fungsinya

Bahagian (a) Tayar (b) hendal (c) pelana (d)Pedal (e) Engkol

Fungsi Membolehkan basikal bergerak dengan lancar Pemegang untuk mengawal arah Tempat untuk duduk Bertindak sebagai pengayuh dan bahagian untuk menggerakkan engkol Menggerakkan gear pemacu

(f) jejari (g) Rantai (h) tiub (i) Brek (j) Nat roda

Mengukuhkan dan mengimbangkan rim Menghubungkan gear pemacu dengan gear dipacu Menampung udara yang dipam Menghentikan putaran roda serta mengawal kelajuan Mengunci syaf roda

Pedal basikal 1. Pedal basikal merupakan komponen yang sangat penting kerana ia menggerakkan gear pemacu.gear pemacu akan menarik rantai basikal untuk memusingkan gera dipacu. 2. Pedal yang telah lama digunakan akan mengalami kehausan keran ia diperbuat daripada getah dan plastik. Kerosakan ini akan menyebabkan basikal sukar dikayuh. 3. Pedal yang rosak biasanya mengalami kehausan , pecah dan patah.Oleh itu, pedal yang rosak ini perlu diganti dengan pedal yang baru. 4. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis kerosakan yaqng berlaku pada pedal

Getah pedah telah haus

Pedal basikal patah

Pedal basikal tercabut

Mengenal pasti bahagian bahagian loceng basikal

Bahagian Utama Spring Tuas Gear

Fungsinya Untuk menarik tuas ke kedudukan asal Fungsinya untuk menggerakkan gear Memindahkan gerakan tuas kepada pengetuk. Bahagian yang berfungsi untuk mengetuk piring atas Mengeluarkan bunyi apabila diketuk Merupakan tapak loceng

Pengetuk

Piring atas Piring bawah

Brek Basikal 1. Brek basikal merupakan komponen yang sangat penting dalam komponen basikal. Ia berfungsi untuk memperlahan dan memberhentikan basikal. 2. Ia berfungsi apabila penarik kabel yang terletak pada bahagian hendal ditarik.Kabel brek akan menarik pencengkam brek yang bergeser dan mencengkam rim untuk memberhentikan roda basikal. 3. Terdapat dua jenis kabel brek pada basikal iaitu jenis yang bersalut dengan plastik atau getah dan yang tidak bersalut.

4.

Kerosakan pada brek biasanya ialah berlaku pengaratan pada bahagian pencengkam.Ini menyebabkan brek menjadi lebih ketat dan tidak dapat berfungsi.

5.

Kabel brek juga boleh mengalami kerosakan diantaranya kabel brek menjadi kendur dan kurang ketegangannya dan mungkin menjadi putus. Ini akan menyebabkan brek tidak dapat berfungsi dengan sempurna .

Mengenal Pasti Bahagian Pam Basikal dan Fungsinya

Bahagian Utama Penutup

Fungsi -menutup silinder dan memusatkan kedudukan syafnya. - Batang pam untuk menggerakkan injap

Syaf

Hos

- Saluran getah untuk penyaluran udara yang dimampatkan keluar - Tabung bagi menampung udara yang dimampatkan - bahagian untuk menetapkan kedudukan injap - komponen yang menolak dan menghasilkan udara yang bertekanan - komponen untuk mengikat injap pada syaf

Silinder Pelapik Injap

Nat

Mengenal pasti Galas Bebola Roda Basikal dan Fungsinya

1.

Roda basikal berputar dengan adanya galas bebola . Galas bebola terletak di dalam mangkuk hab pada bahagian roda basikal.

2.

Ia berfungsi untuk mengurangkan geseran antara hab dengan syaf dan untuk melancarkan putaran roda.

3.

Penyenggaraan dari semasa ke semasa perlu dilakukan dengan menyapu minyak gris pada galas bebola. Ini kerana galas bebola mudah haus dan boleh menyebabkan pecah .

4.

Galas bebola yang haus ataupun pecah perlu diganti. Kerosakan galas bebola boleh dikesan melalui pemerhatian ataupun semasa menunggang basikal. Kayuhan basikal akan menjadi berat kerana roda tidak boleh berputar dengan lancar. Selain itu,suatu bunyi akan dihasilkan kerana berlaku geseran yang kesat .

Memeriksa , Menguji dan Melaras 1. Ketiga tiga proses perlu dilakukan ketika melakukan penyenggaraan. Langkah pertama kita perlu pemeriksaan untuk memastikan keadaan sesuatu komponen sama ada dalam keadaan baik ataupun tidak . 2. Proses pengujian juga perlu dilakukan selepas itu.Ini adalah untuk mengesan fungsi sesuatu bahagian atau komponen sama ada ia berfungsi ataupun tidak. 3. Proses melaras pula merupakan proses baik pulih bahagian atau komponen yang rosak supaya beraada dalam keadaan asal . Memeriksa,Menguji,dan Melaraskan Rantai Basikal 1. Rantai basikal adalah merupakan komponen yang penting bagi menghubungkan gegancu pemacu dengan gegancu yang dipacu. 2. Rantai basikal mestilah selalu diperiksa dan diselenggara serta dilaraskan dari semasa ke semasa . 3. Rantai basikal yang tidak diselenggara akan menyebabkan rantai basikal berkarat.Antara kerosakan yang berlaku terhadap rantai basikal ialah rantai kendur,rantai berkarat,rantai putus. Ini memerlukan penjagaan yang sempurna untuk memastikan rantai dapat berfungsi dengan baik .

3.2 PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL PADA PERABOT Mengenal pasti bahagian yang rosak 1. Aras 1

Sebelum membuat penyenggaraan kita perlu mengenal pasti bahagian yang rosak dengan membuat beberapa kaedah untuk mengesan kerosakan diantaranya ialah : (a) Pemerhatian (b) Membuat semakan yang mana perkakas atau perabot yang mengeluarkan bunyi (c) Menggunakan perabot

2.

Hasil daripada cara mengesan kerosakan di atas ,kita dapat mengetahui bahagian bahagian yang telah rosak .

Mengenal pasti alatan,bahan dan kegunaannya 1. Penggunaan alatan serta bahan sangat penting dalam membuat penyenggaraan terhadap perkakas ataupun perabot. Pemilihan alatan dan bahan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan menentukan kesempurnaan kerja tersebut. 2. Kerja yang dilakukan dengan alatan yang betul menjadikan kerja tersebut lebih kemas dan cantik serta melancarkan kerja. 3. Diantara alatan dan bahan yang digunakan dalam membuat penyenggaraan perkakas ataupun perabot seperti di dalam jadual di bawah . Alatan Pita Pengukur Kegunaan - digunakan untuk membuat ukuran dan jarak Cara Penggunaan

Sesiku L

- Digunakan untuk membuat garisan bersudut tepatdan juga untuk menguji kerataan kayu - Digunakan untuk mencantumkan bebrapa kepingan kayu - terdapat dua jenis paku iaitu paku kepala rata dan paku kepala panel - Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku

Paku

Tukul kuku kambing

Gergaji tangan

- Digunakan untuk memotong dan membelah kayu

Berus cat

- Digunakan untuk menyapu cat pada permukaan kayu

Berus syelek

- Digunakan untuk menyapu syelek

Playar muncung tirus

- Digunakan untuk memegang benda benda kecil

Pisau penanda

- Digunakan untuk menanda garisan potongan sebelum permukaan kayu digergaji

Glu polivinil Asetat

- Digunakan untuk mencantumkan kayu supaya lebih kukuh

Kunci Allen

- Digunakan untuk melonggar dan mengetatkan skru Allen

Tepung Penyumbat

- Digunakan untuk menutup liang ,retakan atau kecacatan pada permukaan kayu .

Pengukur keluli

- Digunakan untuk membina garisan lurus,mengukur serta memindahkan jarak

Membuat kemasan pada bahagian Perabot yang telah dibaiki 1. Proses membuat kemasan pada bahagian perabot adlah sangat penting dan bertujuan untuk melindungi bahan projek agar tahan lama dan kelihatan menarik. 2. Bahan bahan yang digunakan untuk membuat kemasan seperti kertas las,tepung penyumbat,syelek,paku,glu,papan/kayu,skru dan lain lain lagi . Ini dapat dilihat di dalam jadual di atas. Skru 1. Fungsi skru lebih kurang sama dengan paku kerana ia digunakan untuk mencantumkan bahan bahan projek yang diperbuat daripada plastik,logam dan kayu . 2. Penggunaan skru akan mencantumkan dua jenis bahan dengan lebih kuat dan kukuh berbanding dengan penggunaan paku . 3. Terdapat beberapa jenis skru diantaranya ialah : (a) skru berkepala bulat Digunakan untuk mencantumkan beberapa jenis kayu yang nipis (b) Skru berkepala benam Digunakan untuk mengikat kayu yang tebal (c) Skru berkepala timbul Digunakan untuk mengikat logam dengan kayu 4. Pemutar skru yang sesuai digunakan untuk mengikat skru terdapat dua jenis pemutar skru iaitu pemutar skru mata leper dan mata philips.Penggunaannya disesuaikan dengan jenis mata skru .

Kertas Las 1. Kertas las digunakan untuk melicinkan permukaan kayu dan logam supaya kelihatan kemas dan menarik . 2. Terdapat beberapa jenis kertas las iaitu kertas las halus dan kertas las kasar . Kertas las digunakan mengikut gred halus kepada kasar seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Nombor 00 0 1 2 3

Gred Paling halus Halus Sederhana Kasar Paling kasar

3.

Kertas las halus digunakan diperingkat akhir penggosokan terhadap permukaan kayu atau besi. Diperingkat awal penggunaan kertas pasir kasar digunakan pada permulaan kerja menggosok dan ia digosok secara selari dengan arah ira kayu pada permukaan kayu .

Tepung Penyumbat 1. Tepung penyumbat merupakan sejenis tepung khas yang digunakan untuk menutup liang keretakan atau kecacatan pada permukaan kayu. Ia digunakan untuk meratakan permukaan kayu . 2. Semasa menjalankan kwerja penyenggaraan mungkin berlaku kecacatan pada permukaan kayu . Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan tepung penyumbat yang membuatkan permukaan kayu akan menjadi lebih licin setelah digosok dengan kertas las. 3. Nisbah campuran tepung dan air ketika campuran dibuat ialah 1 bahagian tepung :1 bahagian air. Campuran tersebut akan dikacau untuk mendapatkan sebatian tepung penyumbat yang baik. Campuran yang tidak sekata akan menjadikan tepung menjadi cair dan tidak likat.

Glu 1. 2. Glu digunakan untuk mencantumkan bahan projek supya lebih kukuh dan ketat. Terdapat pelbagai jenis glu di pasaran seperti glu bahan kimia iaitu glu PVA ataupun glu binatang. Glu tiruan pula seperti glu PVA ( polivinil Acetat) untuk melekatkan kayu dengan kayu dan glu sesentuh untuk melekatkan bahan yang berlainan. Syelek 1. Syelek digunakan untuk mencantikkan atau mengubah warna permukaan kayu .Terdapat dua jenis syelek iaitu syelek jingga dan syelek putih. 2. Syelek putih digunakan pada permukaan kayu yang berwarna pucat atau gelap. Manakala syelek jingga digunakan untuk permukaan kayu yang berwarna sederhana. 3. Penggunaan syelek pada permukaan kayu akan mencantikkan lagi permukaan kayu kerana ia akan menampakkan urat kayu . 4. Penyapuan syelek perlu dilakukan beberapa kali ataupun beberapa lapis dwengan menggunakan berus syelek . Ini akan menyerlahkan lagi kecantikkan permukaan kayu . Papan dan Kayu 1. Kayu adalah merukan bahan asas untuk membuat bangunan dan perabot. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kayu seperti kayu jelutong,meranti,cengal,merawang,merawis dan sebagainya. 2. Perabot biasanya menggunakan kayu Meranti manakala kayu melawis digunakan untuk membuat papan lapis. 3. 4. kayu di pasaran dikelaskan sebagai papan dan kayu beroti. Papan adalah kepingan kayu yang berukuran tebal antara 10mm hingga 39mm dan berukuran lebar lebih kurang antara 75 mm hingga 150 mm . 5. Beroti pula batang kayu yang berukuran tebal antara 28 mm hingga 100 mm dan berukuran lebar antara 75 mm hingga 150 mm. 6. Kategori papan juga terdapat papan lapis.Ia dighasilak di kilang daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dinamakan vernier .

7.

vernier dilekatkan secara bersilang antara satu sama lain melalui proses haba dan tekanan tinggi.

8.

Terdapat dua jenis papan lapis iaitu papan lapis kalis air dan papan lapis tidak kalis air. Papan lapis digunakan dengan meluas dalam industeri perabot dan sebagainya .

Membaiki dan menggantikan Bahagian yang rosak 1. Setelah kita dapat mengenal pasti alatan dan bahan yang perlu digunakan dalam membaiki dan menggantikan bahagian yang rosak.Kita boleh menjalankan proses penyenggaraan iaitu membaiki dan mengganti. 2. Kerja membaik pulih ini perlu dilakukan secara cermat dan rapi bagi menghelakkan kita merosakkan dan mencacatkan bahan kerja serta alatan tangan yang digunakan. Disamping itu juga ia boleh mengelakkan pembaziran.

RUMUSAN UNIT 3 BAIK PULIH DAN PENYENGGARAAN

PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN PADA MESIN MUDAH

PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL PADA PERABOT

Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih Dikenal pasti melalui 1. Pemerhatian 2. Mengeluarkan bunyi 3. Alatan tidak dapat digunakan Memilih bahan dan alatan yang sesuai untuk kerja baik pulih Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak Mengenali komponen basikal Mengetahui fungsi setiap komponen Memeriksa ,menguji dan melaras Maksud memeriksa dan menguji Maksud melaras Memeriksa,menguji dan melaras rantai basikal Fungsi rantai basikal Jenis kerosakan

Mengenal pasti bahagian yang rosak Cara mengesan kerosakan Mengenal pasti alatan tangan,bahan dan kegunaannya Pemilihan alatan tangan yang sesuai Fungsi bahan dan alatan tangan Membaiki atau menggantikan bahagian yang rosak Perkara penting yang perlu diketahui untuk membaiki perabot

3.1

PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN PADA MESIN MUDAH

HASIL PEMBELAJARAN : Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada mesin mudah dan perabot

PRAKTIS 1

Namakan bahagian basikal yang berikut .

Hendal Spok Pelana Tayar

- tiub - rantai - pedal - engkol

- brek - nat injap pam - gear - rim

PRAKTIS 2 Nyatakan fungsi setiap alatan tangan yang ditunjukkan di bawah

Alatan 1.

Fungsi _____________________________ ___________________________________

Lukis gambar playar muncung tirus 2.

_____________________________ ___________________________________

Lukis gambar Pemutar skru philips 3.

_____________________________ ___________________________________

Lukis gambar sepana hujung terbuka 4.

_____________________________ ___________________________________

Lukis gambar pengumpil tayar 5.

_____________________________ ___________________________________

Lukis gambar Tukul bongkol bulat

PRAKTIS 3

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul . 1. 2. 3. 4. Fungsi ____________ basikal ialah untuk menghentikan pergerakan basikal. ____________ digunakan untuk mencantumkan beberapa keping papan. Terdapat dua jenis papan lapis iaitu _______________ dan ____________ . ____________ berfungsi untuk mencantikkan permukaan kayu daripada pudar menjadi berkilau. 5. _____________ digunakan untuk melekatkan permukaan berlainan jenis pada projek kayu . 6. 7. 8. 9. _____________ digunakan untuk melicinkan permukaan kayu ataupun logam . ______________ digunakan untuk mengikat kayu yang nipis. Jenis paku yang digunakan untuk projek kayu ialah ________________ . ______________ akan menarik rantai basikal untuk memusingkan gegancu dipacu. 10. ______________ adalah proses untuk mengetahui keadaan sesuatu komponen sama ada dalam keadaan baik atau tidak .

- Memeriksa - skru kepala bulat - Paku kepala rata -Kertas Las - syelek

- paku - kalis air - tidak kalis air - Gear pemacu - brek

Aktiviti 1

Memeriksa,Menguji dan Melaras Rantai basikal (Aras 2)

Bahan/Alatan 1. Basikal 2. Sepana hujung terbuka Langkah langkah dan cara menjalankan aktiviti 1.Tahap regangan rantai basikal diperiksa sama ada kendur ataupun terlampau tegang.

2. Nat kedua dua belah roda dilonggarkan dengan menggunakan sepana hujung terbuka.

3. Kemudian tarik tayar sehingga rantai menegang jika rantai kendur ataupun tolak tayar ke dalam jika rantai terlalu tegang.Pastikan ketegangan rantai adalah dalam keadaan yang baik . Rantai yang terlalu tegang menyebabkan rantai mudah untuk putus.Selepas itu ketatkan nat yang dilonggarkan tadi.

4. Selepas dilaraskan ketengan rantai,kelancaran basikal yang telah dibaiki diuji dengan menunggang basikal tersebut.

Aktiviti 2

Menampal tiub basikal (Aras 3)

Bahan/Alatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pam basikal Pengumpil tayar Sepana hujung terbuka Getah penampal tayar Kain reja Bekas air

Langkah langkah dan cara menjalankan aktiviti 1. Nat kedua dua belah tayar dilonggarkan dan tayar ditanggalkan dengan menggunakan sepana hujung terbuka.

2. Longgarkan nat injap dan keluarkan injap

3. Tiub dikelurkan Daripada tayar dengan menggunakan pengumpil tayar.

4. Setelah tiub dikeluarkan daripada tayar,udara dipamkan ke dalam tiub tersebut dan untuk mengesan kebocoran pada tiub ,tiub tersebut dimasukkan ke dalam besen yang mengandungi air.

5. Kenal pasti bahagian yang bocor dan tandakan bahagian yang bocor.

6. Tiub tadi dikeringkan dan dibersihkan dengan menggunakan kain reja.

7. Selepas itu,getah ditampal pada bahagian yang bocor tadi dan kemudian dibiarkan kering.

8. Setelah kering,udara dipamkan ke dalam tiub tersebut.Selepa itu, sekali lagi tiub teersebut direndamkan ke dalam besen yang menggandungi air tadi untuk menguji bahagian yang ditampal tadi.

9. Selepas itu udara dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam tayar dengan cermat.Kemudian pasangkan injap udara dan dipamkan udara.

10. Pasang semula roda pada basikal .

Aktiviti 3

Mengganti tiub basikal (Aras 3)

Bahan/Alatan 1. Sepana hujung terbuka 2. Pengumpil tayar 3. Pam basikal 5. Tiub basikal 6. Kain reja Langkah langkah dan cara menjalankan aktiviti 1. Nat kedua dua belah tayar dilonggarkan dan tanggalkan rantai. Kemudian keluarkan roda basikal daripada kerangka basikal.

2. nat injap dilonggarkan dan dikeluarkan udara dari dalam tiub.

3. Keluarkan tayar dan tiub dengan menggunakan pengumpil tayar.

4. Setelah tayar dan tiub dikeluarkan,rim dibersihkan terlebih dahulu.

5. Pasanagkan tayar terlebih dahulu ke ddalam rim . kemudian ,tiub yang baru dimasukkan ke dalam tayar.

6. Selepas itu,pasangkan injap tiub dan natnya diketatkan.Kemudian pamkan udara ke dalam tayar secukupnya.

7. Setelah siap , roda dipasang semula pada kerangka basikal dan pasangkan rantai.kemudian,ketatkan nat roda kedua dua belah tayar.

3.2

PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL PADA PERABOT

HASIL PEMBELAJARAN : Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada perabot

PRAKTIS 1

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul . 1. _____________ digunakan untuk melarutkan syelek . 2. ______________ pada kerusi yang rosak dilonggarakan dengan menggunakan kunci allen . 3. Kayu dalam pasaran dikelaskan sebagai papan dan ___________ . 4. Penggunaan _______ dapat memberikan cengkaman yang kuat berbanding dengan paku . 5. Projek kayu yang telah dilicinkan dan dikemaskan dengan menggunakan ________.

PRAKTIS 2

Tuliskan kegunaan alatan tangan di bawah ini dengan gambarnya yang betul. Alatan tangan 1. Kegunaan _____________________________ _____________________________

Lukis gambar skru 2.

_____________________________ _____________________________

Lukis gambar gergaji tangan 3.

_____________________________ _____________________________

Lukis gambar Pengukur keluli 4.

_____________________________ _____________________________

Lukis gambar Kertas Las 5. _____________________________ _____________________________

Lukis gambar Kunci Allen

PRAKTIS 3 Nyatakan jenis bahan dan alatan yang digunakan dalam proses kemasan perabot . 1. ______________________ 2. ______________________ 3. ______________________ 4. ______________________

Aktiviti 2

Mengganti dan membaiki meja yang rosak.

Bahan/Alatan 1. Tkul kambing 2. Pita pengukur 3. Pembenam paku 4. Thinner 5. Kertas las 6. Berus cat/syelek 7. Paku 8. Cat/syelek 9. Papan/papan lapis 10. kain reja 11. Tepung penyumbat

Langkah langkah dan cara menjalankan aktiviti 1. Langkah yang pertama ialah mengenal pasti kerosakan pada meja dan menentukan bahan setrta alatan yang hendak digunakan .

2. Seterusnya dengan menggunakan tukul kuku kambing ,cabut paku lama daripada permukaan meja yang rosak .

3. Untuk kerja membaiki kerosakan,kita perlu mengukur bahagian yang rosak. Kemudian ambil sekeping papan yang baru,ukur dan tanda papan tersebut mengikut panjang dan lebar yang diperlukan .

4. Seterusnya , papan tersebut dipotong dengna menggunakan gergaji tangan .

5. Papan yang dipotong diletakkan pada bahagian yang rosak.kemudian papan tersebut dipakukan dengan berhati hati supaya papan tidak pecah.

6. Selepas itu,gunakan pembenam paku untuk membenamkan kepala paku supaya kelihatan rata dan kemas. Kemudian dilicinkan dengan menggunakan tepung penyumbat.

7. Setelah siap , proses kemasan dibuat dengan membuat pemerhatian sekali lagi untuk mengesan kerosakan kerosakan kecil ketika proses pembaikan dibuat. Licinkan papan tersebut dengan mwenggunakan kertas las . kemudian,dibersihkan dengan menggunakan kain reja.

8. Akhir sekali , kita boleh sapukan syelek pada permukaan papan tadi supaya kelihatan cantik dan menarik .