Anda di halaman 1dari 8

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Oleh: Mohammad Asrie Asmaroul bin Roslan

Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah pencapaian Wawasan 2020. Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen sosialisasi yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun begitu, tanpa guru, sesebuah sekolah itu tidak dapt merealisasikan FPK tersebut. Guru juga sebenarnya secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam diri muridmurid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Sehubungan dengan itu, insan yang bergelar guru adalah melengkapi segalagalanya baik sebagai pendidik, pengasuh, pembimbing, penasihat, pencetus idea dan fikiran, penderma wang ringgit serta penyumbang tenaga dan masa. Guru juga merupakan ibu bapa kepada murid di sekolah, pemimpin dan penggerak kelompok komuniti setempat, agama, bangsa dan negara. Guru ibarat sepohon kelapa yang

tinggi menjulang dengan buah yang penuh di tandan, berguna dari pucuk hinggan ke pangkal. Di dalam agama islam turut mengangkat darjat guru pada kedudukan yang tinggi dan istimewa selepas ibu dan bapa malah mengajar penganutnya supaya memuliakan guru sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: ( Tinta seorang ilmuwan (yang menjadi guru) adalah lebih berharga berbanding darah para syuhada). Selanjutnya Imam Al-Ghazali menukilkan dari perkataan ulama yang menyatakan: Pendidik merupakan pelita segala zaman, orang yang hidup semasa dengannya akan memperoleh pancaran cahaya keilmiahannya. Andai kata dunia tidak ada pendidik, nescaya manusia bertingkah laku seumpama haiwan, disebabkan adanya ilmu, maka ianya berupaya menghindari manusia dari sifat kehaiwanan kepada sifat insaniah dan ilahiah. Guru Bertindak sebagai Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak

langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. Guru Sebagai Pembentuk Akhlak Tugas hakiki guru adalah mendidik murid menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru pada masa lampau dalam suasana pembelajaran yang serba kekurangan dan tidak kondusif masih berupaya memikul tangunggjawab dengan penuh komited terhadap kewajipan mendidik sehingga melahirkan generasi masa kini yang cemerlang, hatta pemimpin dan peneraju pemerintahan negara. Oleh demikian, tiada alasan bagi guru di zaman modenisasi kini untuk tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab malahan tidak lagi sering memberi alasan apabila diarahkan bertugas ke kawasan terpencil dan pedalaman. Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin diasak dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengatakan:

Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya. (Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000 ). Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras seseorang guru itu membentuk jati diri dan akhlak anak muridnya dengan keluhuran budi pekerti yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya, teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan nilai merentas kurikulum. Guru Berperanan Menggilap Potensi Murid-Murid FPK antara lain menyatakan, Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan yang penting sebagai penggilap potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang guru, bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu yang dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat

serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh. Guru Berperanan Sebagai Pembimbing Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang telah diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK. Guru Berperanan Supaya Dapat Berfikir Secara Kreatif dan Inovatif Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan. Guru Berperanan Sebagai Pendidik Kemahiran Asas Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang

bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang lain.

Guru Berperanan Sebagai Agen Sosialisasi

Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen sosialisasi di sini bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat. Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.

Disini saya sediakan ringkasan berkaitan peranan guru dalam melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru

Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar

Berdasarkan peranan guru yang telah dinyatakan, ianya jelas berkait rapat dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui Fasafah Pendidikan Kebangsaan juga secara tidak langsung telah memberi satu garis panduan kepada para pendidik dalam menjalankan tugasnya untuk melahirkan anak didik yang berdaya saing, berilmu, berkepimpinan dan berketrampilan dalam mengharungi cabaran yang mendatang.

Kesimpulan Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab serta peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Menurut Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi manfaat yang terbaik untuk anak muridnya dan berusaha kuat menghantarkan mereka pada ketinggian darjat orang yang berilmu. Al Imam Al Ghazali pula ada mengatakan: Guru perlu menanamkan niat mereka mengajar demi menyelamatkan anak muridnya daripada kesengsaraan di akhirat kelak. Hakikatnya seseorang guru sewajarnya mesti sedar akan peranan mereka dan harapan negara dalam membina generasi insan yang berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia serta bersahsiah towering personality. Ingatlah pendidik akan pesanan yang pernah diluahkan oleh Beecher, kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.