Anda di halaman 1dari 9

2.0 Jenis- Jenis Pengusung dan Cara Mengangkat Pesakit Menggunakan Pengusung ( stretcher) 2.

1 Pengusung gantian ( improvise stretcher) I. II. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu. III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni itu. IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya. V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

Rajah 1 : usungan Improvisi

2.2 Long Spine Board Merupakan sebuah papan belakang, juga dikenal sebagai papan tulang panjang (Long Spine Board), longboard, spineboard, atau papan, adalah sebuah pengusung yang digunakan terutamanya dalam hospital dan digunakan untuk immobilisasi mangsa. Paling kerap digunakan dalam ambulans.

Rajah 2 : Long Spine Board

2.3 Pengusung Beroda Terdapat dua jenis asas pengusung digunakan:


a) Pengusung seorang b) Pengusung dua orang.

Pengusung seorang mempunyai roda memindah yang sedia dan sesuai untuk seorang pengusung unutuk memindahkan pesakit ke dalam ambulans. Pengusung Dua orang pula memerlukan dua orang pembantu untuk mengangkat dan memuatkan pesakit dalam ambulans. Pengusung biasanya boleh dilaraskan ke tahap yang berbeza dan sudut yang berbeza. Sesetengah boleh diselaraskan untuk meningkatkan kaki .Peralatan tambahan boleh diletakkan bersama pengusung termasuk oksigen, sebagainya. monitor jantung dan

2.3.1 Panduan Mengalihkan Pesakit Menggunakan Pengusung Beroda


1. Pengusung harus dikendalikan oleh dua orang pembantu dengan

kedua-dua tangan atas pengusung. Kakitangan lain


2. Jangan

mungkin akan atas

diminta untuk membantu membawa peralatan tambahan jika perlu. sekali-kali meninggalkan pesakit bersendirian pengusung.
3.

Kedudukan seorang pembantu di kaki dan seorang lagi pengusung apabila menolak pengusung. di kakipesakit

di kepala

4. Pembantu yang berada di bahagian

harus menarrik

manakala pembantu di bahagian kepala harus menolak.


5. Sentiasa mengekalkan cengkaman yang kukuh ke atas pengusung

apabila menolak untuk mencegah pengusung terbalik.


6. Menggunakan empat orang pembantu, satu di setiap penjuru, apabila

membawa pengusung merentasi keadaan lantai yang sangat kasar.


7. Pastikan pesakit diikat dengan tali pinggang pada setiap masa

walaupun pengusung tidak dialihkan.

Rajah 3 : Pengusung beroda

2.4 Scoop Stretcher (Pengusung Ortopedik ) Pengusung ini direka untuk memudahkan unutuk mengangkat pesakit yang terlentang. Pengusung dibuat daripada tiub aluminium segiempat dengan berbentuk V diamana mempunyai ciri-ciri sepunya dengan "sudu". Scoop Stretcher mengangkat pesakit dari lantai atau tanah tanpa mengubah kedudukan mereka. Kelebihan terbesar adalah bahawa ia boleh digunakan dalam ruang sempit di mana pengusung lain tidak boleh dimuatkan. Sccop Stretcher boleh digunakan pada mulanya mengangkat pesakit yang disyaki mempunyai kecederaan tulang belakang. Unutk mengalihkan pesakit, bukakan bahagian yang boleh dibuka, senduk , kemudiannya boleh diletakkan pesakit ke atas pengusung untuk memindahkan mangsa.

2.4.1 Langkah-langkah berikut menggunakan scoop stretcher 1. Laraskan panjang pengusung di atas tanah di sebelah pesakit untuk menampung pesakit. 2. Angkat sedikit pakaian pesakit manakala seorang lagi pembantu

menyorong setengah pengususng di bawah sebelah pesakit. Ulangi di sisi lain. 3. Jika terdapat sebarang kecederaan tulang belakang yang disyaki, seorang lagi pembantu perlu mengekalkan sokongan tulang belakang pada setiap masa. 4. Kunci bukaan yang terdapat pada hujung kepala, kemudian bawa hujung kaki bersama-sama sehingga bukaan dapat dikunci. 5. Lampirkan kepala tali berpad. Gunakan sekurang-kurangnya tiga tali untuk mengusung pesakit.

Rajah 4 : scoop stertcher

2.5 Pengusung Fleksibel

Jangan gunakan pengusung fleksibel jika terdapat kecederaan tulang belakang. Ia direka untuk kegunaan berikut:
1. 2. 3.

Akses ruang terhad Atas tangga atau sempit sekitar sudut. Apabila peralatan lain tidak boleh didapati.

Rajah 5 : Pengusung Fleksibel

2.6 Garis Panduan Mengangkat Pesakit Dengan Selamat.


1. Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat pengusung atau

peralatan lain yang diperlukan


2.

Nilai keupayaan fizikal dan batasan anda. Nilai juga keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta orang lain disekitar untuk membantu.

3.

Angkat tanpa berpusing. Elakkan apa-apa jenis gerakan berayun apabila mengangkat.

4.

Kedudukan bukaan kaki adalah seluas lebar bahu. Pakai but betul yang berada di atas buku lali untuk melindungi kaki anda dan membantu mengekalkan kedudukan yangkukuh dan stabil.

5.

Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda. Putuskan bagaimana anda akan bergerak bersama pesakit dan apa arahan lisan akan digunakan. Juga, beritahu pesakit apa yang kan anda akan lakukan agar pasakit tidak terkejut atau panik dimana pesakit mungkin akan melakukan pergerakan di atas pengusung.

Nur Safinas binti Muhammad Hussain 890813-14-5096 8 PISMP PJ/PK/BM

Assalamualaikum dan salam hormat. Ingin saya panjatkan setinggi -tinggi kesyukuran kehadrat illahi atas limpah kurnianya, dapat juga akhirnya saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Pembimbing Kecederaan Dalam Sukan , Encik Kamaludin b Mokri yang banyak membantu, membimbing dan juga bertindak sebagai pemudahcara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik. Jutaan terima kasih buat rakan sekumpulan atas perkongsian pendapat, idea, kerjasama dan komitmen yang tinggi. Tidak lupa, terima kasih juga kepada rakan rakan seopsyen yang sentiasa memberikan komen yang membina dan sentiasa berkongsi maklumat, dan idea di saat saya ketandusan idea. Sekalung penghargaan juga kepada inidividu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan kemahiran yang saya timba.Tidak kurang juga banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Antara cabaran yang dihadapi ialah mencari maklumat yang koheren dan selaras dengan kehendak soalan. Meskipun banyak maklumat diperolehi melalui sumber internet dan buku rujukan, namun tidak semuanya sesuai digunapakai dan dijadikan bahan tugasan. Proses memilih dan menapis maklumat memerlukan masa dan pengamatan terhadap isi-isi penting yang dicari. Meskipun begitu, saya sering merujuk kepada rakan-rakan. Setiap komen, pandangan, dan idea dari rakan-rakan sentiasa diambil kira dan dipertimbangkan. Selain itu, saya juga berdepan dengan cabaran menguruskan waktu tambahan pula tugasan ini perlu diselesaikan dalam waktu kami sedang menyiapkan laporan Penyelidikan Tindakan. Meskipun terdapat beberapa tugasan lain yang menuntut komitmen dan perlu diselesaikan dalam jangka waktu yang sama, semua itu tidak pernah menggagalkan saya untuk bijak mencuri masa setiap kali

mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Saya perlu membahagikan masa untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan praktikum yang menuntut komitmen yang tinggi. Masa untuk berjumpa dengan rakan guru pelatih , di bilik kuliah dan blok kediaman sentiasa dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. Kami bersyukur kerana kolaborasi dan sesi diskusi menjadi mudah kerana kami mendiami blok kediaman yang sama. Alhamdulillah, segala rintangan dan halangan yang dilalui, telah menjadikan saya lebih tabah dan matang dalam menghadapi dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Adalah merupakan suatu pengalaman yang sangat berguna apabila saya berpeluang mempelajari tentang subjek Kecederaan Dalam Sukan . Ini kerana saya merasakan sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya perlu melengkapkan diri saya dengan pengetahuan berkaitan kecederaan yang berlaku ketika bersukan. Kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa, oleh itu, sebagai seorang guru, saya perlu bersedia untuk memberikan rawatan atau bantuan awal yang sesuai dan selamat. Berkenaan tajuk kami iaitu mengangkat dan mengalihkan pesakit, terdapat beberapa aspek yang perlu diambilkira sebelum sebarang pergerakan dilakukan keatas mangsa. Postur yang baik perlu dikekalkan sepanjang proses mengangkat dan mengalihkan mangsa agar pengusung tidak membahayakan nyawa mangsa dan juga diri sendiri. . Dalam konteks saya sebagai seorang pendidik, saya perlu menjadi contoh kepada murid agar berusaha memberikan bantuan kepada mangsa. Bantuan yang diberikan pula haruslah sesuai dan selamat agar mangsa dapat diberikan rawatan yang seterusnya. Dengan adanya ilmu tentang kecederaan dalam sukan ini, insyaALLAH akan saya aplikasikan segala pengetahuan yang ditimba ini sebagai formula menyelesaikan masalah dan sebagai panduan di masa akan datang.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai