Anda di halaman 1dari 1

Buatkan satu kes yang berkaitan dengan Tahap 3 Konvensional.

Danial seorang anak lelaki tunggal di dalam keluarga adalah seorang doktor pakar O&G (obstetrics and gynecology) di sebuah hospital kerajaan. Lisa isteri Danial pula adalah seorang doktor juga yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat master terpaksa berulang harihari dari rumah ke tempat pengajiannya. Manakala anak-anak mereka tidak tinggal bersama di rumah kerana masing-masing tinggal di asrama sekolah. Danial mempunyai seorang bapa yang tinggal di kampung keseorangan setelah baru kematian isterinya. Pakcik Daud ayah Danial adalah seorang pesara guru yang mempunyai kolam ikan ternakannya di kampung dan dia juga mengidap penyakit kencing manis. Danial yang berulang kali meminta ayahnya tinggal bersamasamanya di rumah tetapi ayahnya enggan dengan alasan masih terkenangkan arwah isterinya dan dalam masa yang sama dia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kolam ikan ternakannya. Pada suatu hari, Danial mendapat panggilan telefon daripada ibu saudaranya yang tinggal bersebelahan dengan rumah ayahnya bahawa ayahnya tergelincir sewaktu sedang memberi ikan ternakannya makan. Dan dalam masa yang sama pula, Danial telah mendapat panggilan telefon bahawa ada seorang pesakit yang sedang berada dalam bilik bersalin mempunyai komplikasi untuk melahirkan anaknya secara normal dan bantuan pakar amat di perlukan segera. Kebetulan pula Lisa isteri Danial sedang berada di kampus menghadiri peperiksaan akhir. Danial berada di dalam keadaan dilema kerana dia terpaksa membuat pilihan dalam masa serentak dan keduakeduanya amat penting dalam hidup dan kerjayanya sebagai tanggungjawabnya terhadap ayah dan pesakitnya.