Anda di halaman 1dari 30

Teori Moral dan Sistem Nilai

erdapat banyak teori etika dalam sejarah falsafah. Teori-teori etika ini memberi bimbingan kepada manusia untuk membuat keputusan dalam situasi tertentu dan sama ada perbuatan tersebut bermoral atau tidak. Perbincangan dalam bab ini hanya memfokuskan kepada beberapa teori penting, antaranya Teori Kemoralan Sosial, Etika Keperibadian Mulia, Teori Teleologi dan Teori Deontologi.

Teori Kemoralan Sosial Teori dan Sistem Nilai

Etika Keperibadian Mulia

Bahagian ini akan memperkenalkan satu teori moral yang dikenali sebagai Teori Kemoralan Sosial. Ia akan dimul~kan dengan pengenalan ke atas teori kemoralan sosial, diikuti dengan ciri-ciri penting teori dan diakhiri dengan kelemahan-kelemahan teori tersebut. Teori Kemoralan Sosial adalah satu teori' etika berkenaan dengan masyarakat yang terbit apabila konsep ethos (etika) dan mores (moral) yang dikaitkan dengan peraturan, adat dan undang-undang yang ada dalam sesebuah masyarakat. Ianya merupakan satu teori yang berkaitan dengan peraturan moral untuk sesebuah masyarakat yang akan mempengaruhi kehidupan sosial dan moral sesebuah masyarakat tersebut. Teori ini juga boleh dipengaruhi oleh pegangan agama sesebuah masyarakat tersebut. Teori etika ini adalah satu teori yang bersifat ma~yarakat dan wujud di luar diri seseorang individu. Segala peraturan dan pantang-Iarang yang ditetapkan adalah untuk kepentingan dan kebaikan sesebuah masyarakat dan bukannya untuk diri seseorang individu sahaja. Ini bermakna segala peraturan, undang-undang, adat, tradisi, adab sopan, tatasusila, yang ada dalam sesebuah masyarakat adalah diciptakan untuk memastikan masyarakat mempunyai etika atau moral yang baik. Dengan adanya perkara-perkara yang diizinkan dan dilarang dalam sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu akan dapat hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni. Contohnya, di Malaysia ada peraturan yang diwujudkan supaya masyarakatnya yang berbilang bangsa menghormati agama dan adat resam sesuatu kaum yang lain. Oleh itu, kita dapat melihat pelbagai perayaan yang disambut di Malaysia dalam keadaan yang harmoni dan aman. Dalam Teori Kemoralan Sosial, segala peraturan, nilai dan ad at yang diwujudkan dalam sesebuah kumpulan masyarakat itu adalah sesuatu yang dipersetujui bersama. Ini adalah kerana peraturan, nilai dan adat tersebut adalah diwujudkan untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan kumpulan masyarakat tersebut. Oleh yang demikian, teori ini diyakini akan

dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Contohnya, peraturan untuk tidak berbohong dan mencuri adalah peraturan kehidupan bermasyarakat yang akan membawa kebaikan kepada semua manusia. Satu lagi ciri penting yang ada di dalam Teori Kemoralan Sosial ini ialah peraturan masyarakat tersebut akan memperlihatkan penglibatan pemerintah atau pihak berkuasa atau autoriti dalam masyarakat tersebut dalam penetapan dan penentuan sesuatu peraturan masyarakat itu. Oleh sebab itu, setiap individu perlu menuruti peraturan yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, teori ini lahir daripada kepatuhan seseorang individu itu kepada autoriti yang sah seperti mana yang diperkatakan oleh Weber, bapa kepada Teori Birokrasi. Teori Kemoralan Sosial ini tidak dapat lari daripada beberapa kelemahan dan kritikan. Memandangkan teori etika ini adalah bermatlamatkan kepentingan masyarakat dan bukannya individu, maka ciri ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada salah satu kelemahan teori tersebut. Teori ini dikatakan sebagai bersifat authoritarian. Maksudnya, teori ini menyekat kuasa individu dan membataskan kebebasan individu dalam memilih, menilai dan mengkritik peraturan-peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya. Seseorang individu itu terpaksa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam masyarakatnya dan dia tidak mendapat ruang untuk melakukan pertimbangan sendiri dan memberi penilaian secara bebas terhadap sesuatu peraturan masyarakat yang telah ditetapkan itu. Satu lagi kelemahan yang menjadi perbualan terhadap teori ini adalah jika semua masyarakat mempunyai peraturan moralnya yang tersendiri, maka ini akan membawa kepada perbezaan yang akan menjurus kepada konflik di kemudian hari. Ini boleh terjadi kerana peraturan moral sesebuah masyarakat boleh bertentangan dengan peraturan moral masyarakat yang lain yang boleh mengakibatkan pertikaian dan pergaduhan antara satu sarna lain.

Kelemahan teori ini seterusnya merujuk kepada peraturan masyarakat itu sendiri. Sesuatu peraturan masyarakat yang ditetapkan itu mungkin tidak betul, tiada nilai moral dan boleh membawa kepada kesan yang buruk. Ini mungkin berlaku kerana peraturan itu ditetapkan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Contoh kepada kelemahan ini dapat dilihat menerusi amalan diskriminasi ras dan imperialisme. Kelemahan teori ini disusuli dengan keadaan manusia dan dunia ini yang semakin kompleks. Masa dan keadaan yang berubah-ubah akan memberi kesan yang mendalam dan mempengaruhi kekuatan dan amalan teori etika ini. Kelemahan seterusnya dapat dilihat apabila seseorang individu yang terlibat tidak berpegang teguh kepada teori ini apabila dia keluar daripada lingkungan masyarakatnya. Teori iIii membuka ruang kepada individu tersebut untuk berkelakuan yang bertentangan dengan peraturan masyarakatnya dan menyembunyikan perbuatannya itu. Perkara ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada kurangnya pengaruh teori ini kepada masyarakatnya. Teori etika ini juga melibatkan individu itu patuh kepada autoriti sah yang menetapkan peraturan masyarakat tersebut. Keadaan ini boleh membawa kesan yang buruk kerana keadaan seperti ini akan mengajar seseorang itu untuk patuh secara membuta tuli tanpa memikirkan kesan kepatuhan dan perbuatannya itu dikenali sebagai bersifat dogmatik. Lama-kelamaan keadaan ini akan membuatkan individu itu kehilangan perasaan tanggungjawab moral hanya kerana asyik mengikut arahan untuk melaksanakan sesuatu tugas tanpa memikirkan kesan perbuatannya itu. Sekiranya ada kesan buruk yang terhasil daripada perbuatannya itu, dia akan meletakkan sepenuhnya alasan perbuatannya ke atas tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap autoriti yang memberi arahan tersebut. Kesimpulannya, Teori Kemoralan Sosial ini menjadi antara teori etika yang tidak boleh kita ketepikan apabila kita cuba membincangkan tentang topik moral, namun ianya juga tidak lari daripada beberapa kelemahan dan kritikan yang perlu kita kaji.

Konsep etika ini diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle Nichomachus (384-322sm). Beliau merupakan salah seorang murid Plato. Konsep etika ini banyak dibincangkan dalam bukunya yang berjudul Nicomachean Ethics. Menurut Aristotle, etika dikaitkan kepada keperibadian, sifat, perangai atau ciri-ciri perwatakan. Konsep ini meliputi keadilan, menahan diri, murah hati, berani, jujur, sabar dan bijak. Kesemua ini memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi dan moral seseorang. Persoalan yang ditekankan ialah individu, bukan perbuatan atau prinsip. Contohnya, "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya lakukan". Pandangan Aristotle bahawa manusia perlu fokus kepada membina keperibadian mulia mendapat sokongan daripada ahli falsafah moden. Mereka berpendapat konsep etika moden terlalu menekankan kepada perbuatan, iaitu perbuatan yang patut dilakukan dan perbuatan yang tidak patut dilakukan. (Clark, 1975 & MacKinnon, 2001). Aristotle berpendapat tujuan terakhir atau tujuan tertinggi manusia ialah untuk mencapai kebahagiaan (eudaimonia) hidup. Eudaimonia dikatakan menyerupai konsep enlightenment dan nirvana dalam agama Buddha. Namun, konsep kebahagiaan ini berbeza daripada apa yang ditekankan dalam Utilitarianisme (Boss, 2001). Seseorang boleh mencapai tujuan terakhimya dengan menjalankan fungsinya dengan baik. Tujuan terakhir pemain muzik adalah bermain muzik dengan baik. Oleh itu, jika manusia menjalankan fungsinya sebagai manusia dengan baik, dia juga mencapai tujuan terakhimya, iaitu kebahagiaan. Keperibadian mulia akan mendorong seseorang mencapai kebahagiaan. Setiap perbuatan manusia ingin mencapai satu tujuan, seperti kekayaan, kemuliaan, kesenangan dan sebagainya. Namun, Aristotle berpendapat bahawa perkara-perkara tersebut tidak dapat diterima sebagai tujuan terakhir kerana selalunya kita mencari satu tujuan untuk mencapai tujuan yang lain. Contohnya, kekayaan dianggap untuk mencapai kebahagiaan hid up.

Terdapat dua jenis keperibadian mulia, keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru serta boleh diperolehi melalui pertumbuhan dan pengalaman. Hasil penyelidikan psikologi juga telah menunjukkan bahawa peringkat-peringkat tepat untuk seseorang individu untuk membina keperibadian mulianya adalah seperti tumbesaran dan perkembangan fizikal yang mempunyai peringkat-peringkat yang boleh dikenal pasti semasa pertumbuhan tersebut (Eow Boon Hin, 2002). Keperibadian mulia moral pula ialah seperti murah hati, berani, jujur dan lain-lain lagi. Keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, manusia dilahirkan dengan potensi untuk mempunyai sifat mulia dengan melatih sifat tersebut. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi, melalui latihan untuk memupuk sifat-sifat mulia tersebut. Menerusi latihan, ia diulang sehingga menjadi kebiasaan. Contohnya, dengan selalu mengamalkan sifat jujur, kita akan menjadi lebih jujur dan lama-kelamaan sifat tersebut menjadi sebati dengan diri kita. Seperti juga bermain alat muzik, latihan yang berterusan akan membuatkan permainan menjadi lebih mudah. Perkara yang sarna juga dengan perbuatan jahat. Seseorang yang pemah menipu dan mengulangi lagi perbuatan tersebut akan merasakan menipu lebih mudah daripada bercakap benar. Menurut Aristotle, kebijaksanaan ialah sifat mulia yang terpenting kerana ia membolehkan sifat-sifat mulia lain seperti intelek dan moral dapat dicapai. Walau bagaimanapun, ilmu atau kebijaksanaan sahaja tidak mencukupi, manusia memerlukan latihan untuk membiasakan sesuatu sifat mulia. Keperibadian mulia ialah 'jalan tengah' iaitu melakukuan sesuatu secara tidak berlebihan atau terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang ialah tindakan yang salah, jahat dan buruk. Oleh itu, seseorang mestilah mengambil sikap sederhana atau jalan tengah. Sebagai contoh, ketakutan bukan sifat jahat, ia jahat apabila perasaan tersebut terlalu

berlebih atau terlalu kurang. Walau bagaimanapun, doktrin jalan tengah ini tidak boleh digunakan pada sesuatu perbuatan yang sememangnya telah jahat dan salah. Aristotle menetapkan sesetengah perasaan seperti iri hati, kebencian, dan perbuatan seperti mencm:i, membunuh adalah salah, walau dalam apa sahaja keadaan.

Perlakuan atau perasaan Kelakuan sosial Perasaan malu Perbelanjaan Kegentaran Kemarahan Percakapan Batasan

Berlebihan ~emperhambakan diri Terlalu malu Boros Kegopohan Panas hati Bercakap besar ~elebihi batas

Jalan Tengah
Ramah Sopan ~urahhati Keberanian Kesabaran Kebenaran Kesederhanaan

Terlalu kurang Suka bergaduh Tidak tahu malu Kedekut Penakut Kurang semangat Ejekan atau sind iran Halangan

Jalan tengah dalam konteks ini tidak boleh dikira mengikut formula ~atematik dan tiada formula khtisus yang dinyatakan oleh Aristotle untuk menunjukkan apakah sifat mulia untuk seseorang dalam situasi tertentu. ~alahan menurut Aristotle, sHat mulia meliputi jalan tengah dan untuk memilihnya, pertimbangan perlu dilakukan secara berhati-hati. ~enurut Aristotle, manusia akan bahagia jika selalu melakukan pilihan yang rasional dalam perbuatan moralnya. Kebahagiaan tersebut akan disertai dengan kesenangan walaupun kesenangan bukan merupakan inti yang sebenamya daripada kebahagiaan. Bagaimana untuk mengetahui sarna ada kita sudah

memiliki sHat mulia, Aristotle mencadangkan agar kita menyoal diri sendiri sarna ada kita bahagia atau tidak apabila melakukan sifat mulia tersebut. Pandangan Aristotle mengenai konsep etikanya mendapat beberapa kritikan. Beliau berpendapat tujuan terakhir manusia ialah untuk mencapai kebahagiaan (eudaimonia) hidup. Namun,setiap orang mempunyai definisi yang berbeza mengenai kebahagiaan. Contohnya kesenangan, kekayaan atau kemuliaan. Manusia yang berlainan memberikan definisi yang berbeza dan kadang kala orang yang sarna memberikan definisi yang berbeza pada waktu yang berbeza. Contohnya, ketika sakit, kebahagiaan manusia ialah kesihatan manakala jika miskin, kebahagiaan ialah menjadi kaya. Oleh itu, konsep kebahagiaan yang diperkatakan oleh Aristotle masih lagi tidak dapat memecahkan kebuntuan, iaitu apakah bentuk kebahagiaan yang ingin dicapai (MacKinnon, 2001). Pendapat Aristotle bahawa keperibadian mulia. bukan perasaan atau kebolehan semula jadi yang dipetik daripada Abdul Rahman Md. Aroff, (1999) adalah tidak benar. Orang-orang yang mempercayai Tuhan berpendapat sesetengah manusia seperti nabi mempunyai keperibadian mulia secara semula jadi hasil anugerah Tuhan. Manusia juga mewarisi sedikit sebanyak sifat dan perlakuan hasil genetik ibu bapanya. Seorang anak akan ada sHat baik ataupun buruk berdasarkan kelakuan ibu bapanya. Keperibadian mulia tidak hanya diperolehi melalui latihan dan pengamalan tetapi boleh juga diperolehi atau dipengaruhi oleh faktor sekeliling seperti kombinasi pengalaman, pergaulan, pemerhatian dan peniruan. Boss (2001)menyatakan doktrin jalan tengah yang dinyatakan oleh Aristotle dikatakan tidak praktikal kerana adalah sukar untuk manusia menentukan jalan tengah di antara dua perkara. Doktrin jalan tengah tidak memberi bimbingan dan nasihat yang berguna kepada manusia kerana tidak jelas apakah yang dikatakan 'tengah' itu. Oleh itu, manusia akan hanya bertindak mengikut naluri dan membuat apa yang dirasakan wajar dan sesuai dengan dirinya sahaja. Doktrin kesederhanaan sebenamya tidak memberi bimbingan dan nasihat yang berguna kerana tidak jelas apa yang dianggap

cara atau tindakan yang patut atau sederhana itu .. Contohnya, tindakan feminisme boleh dianggap ekstrem dan bersifat fanatik. Persoalannya adakah mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang tidak berm oral. Bertens, K (2003)pula berpendapat etika Aristotle tentang jalan tengah juga tidak dapat menyelesaikan dilema moral yang kita hadapi kini. Contohnya risiko penggunaan tenaga nuklear, reproduksi artifisial, percubaan perubatan dengan embrio dan sebagainya.~ t;:>isini kita memerlukan pertimbangan etika lain untuk membuat keputusan mengenai dilema di atas. Kelemahan lain ialah sukar untuk menentukan sifat apakah yang boleh dikategorikan sebagai sifat mulia. Sifat-sifat mulia yang diperkatakan oleh Aristotle dipengaruhi oleh zamannya. Perkara ini mencerminkan pandangan golongan atasan masyarakat Yunani pada waktu itu. Walaupun terdapat keutamaan atau sifat-sifat mulia secara umum, namun setiap budaya dan masyarakat mempunyai sifat-sifat ya.ng dianggap mulia yang mungkin tidak dianggap sedemikian oleh masyarakat lain. Ahli falsafah moden seperti Alasdair Macintyre percaya sifat mulia sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh budaya atau masyarakat. Masyarakat yang suka berperang akan menganggap sifat gagah berani sebagai sifat mulia. Manakala masyarakat yang aman pula akan menganggap kemurahan hati sebagai sifat mulia yang penting (MacKinnon, 2001). Aristotle misalnya, tidak menganggap suka bekerja keras sebagai sifat mulia, malah memandang rendah kepada pekerjaan fizikal, sesuai dengan pandangan masyarakat Yunani ketika itu. Malah masyarakat Yunani ketika itu membenarkan secara rasional institusi perhambaan kerana berpendapat terdapat manusia menurut kudratnya adalah layak sebagai hamba (Boss, 2001). Terdapat juga pandangan yang mengkritik konsep etika Aristotle yang tidak memberi tumpuan kepada perbuatan. Sifat-sifat mulia yang diperkatakan tidak memberi panduan yang lengkap untuk membuat keputusan di dunia nyata. Sifat mulia yang dimiliki tidak memadai untuk memberi panduan kepada tindakan manusia. Sifat ini mungkin sesuai kepada orang yang

kudus, namun kebanyakan daripada kita memerlukan panduan yang formal sebagai panduan moral dalam kehidupan. Masalah timbul apabila tidak ramai manusia yang mempunyai peribadi mulia, sarna ada mereka tiada kebebasan berfikir untuk selesaikan masalah atau tidak melatih sifat mulia tersebut. Contohnya, chef yang hebat boleh mengubah suai bahan-bahan masakan tanpa perlu mematuhi resipi. Namun, kebanyakan manusia perlu mengikut resipi apabila memasak. Kes Y4ng sarna juga bagi manusia, mereka perlu mematuhi peraturan moral. Tetapi jika mematuhi peraturan sahaja tidak mencukupi seperti yang dikatakan etika ini, kelihatannya orang yang tidak mempunyai keperibadian mulia tidak dapat ditolong (Fox & DeMarco, 2000). Kesimpulannya, dalam etika keperibadian mulia penekanan diberikan kepada bagaimana untuk menjadi orang yang baik. Namun, sesetengah ahli teori berpendapat bahawa menjadi baik tujuannya adalah untuk melakukan perkara yang baik. Walaupun prinsip jalan .tengah mendapat beberapa kritikan, ia adalah prospektif penting yang tidak boleh diabaikan, biarpun ada batasannya.

Dalam sejarah etika terdapat dua pandangan utama, iaitu Teori Teleologi (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologi (Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sarna lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. Teleologi berasal daripada perkataan "telos" yang bermaksud tujuan atau matlamat. Teori ini menilai sesuatu perbuatan sarna ada baik, iaitu wajar dilakukan atau buruk, iaitu tidak wajar dilakukan berdasarkan kepada nilai instrumental atau kesan sesuatu perbuatan. Sesuatu tindakan atau perbuatan akan dianggap bermoral jika hasil dan faedah perbuatan tersebut membawa banyak kebaikan berbanding kejahatan. Teori Teleologi amat mementingkan hasil atau akibat sesuatu perbuatan, oleh sebab itu ia juga dipanggil ,consequentialisme'. Ahli teleologi mempunyai pandangan yang berbeza

terhadap apa yang dikatakan baik dan jahat serta kepada siapa kebaikan itu hendak disampaikan. Oleh yang demikian, wujud pelbagai Teori Teleologi, antaranya ialah utilitarianisme dan egoisme. Seseorang ahli teleologis akan menentukan sarna ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sarna ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya (Brody & Fogelin, 1983).

Teori Utilitarianisme diperkenalkan oleh ahli falsafah Inggeris, Jeremy Bentham (1748-1832). Sebelum itu, ahli falsafah Scotland, David Hume (1711-1776)telah memberi sumbangan penting ke arah perkembangan aliran ini. Dalam bukunya yang berjudul Introduction to the Principles of Moral and Legislation, Bentham membincangkan tentang kemoralan. Perkataan Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud berguna atau berfaedah. Utilitarianisme adalah satu dasar etika yang diperkenalkan untuk memperbaharui undang-undang Inggeris pada waktu itu yang dilihat Bentham sudah tidak relevan. Bentham berpendapat tujuan sesuatu hukuman atau undang-undang adalah untuk melindungi kepentingan warganegara, bukan atas dasar perintah daripada tuhan. Klasifikasi sesuatu kejahatan ditentukan oleh penderitaan yang diakibatkan oleh sesuatu perbuatan terhadap mangsanya. Suatu pelanggaran yang tidak merugikan orang lain tidak dianggap sebagai jenayah, contohnya hubungan seks yang dilakukan atas dasar suka sarna suka (Bertens, 2003). Bentham menekankan bahawa kehidupan manusia dipengaruhi oleh kesakitan dan keseronokan. Manusia akan menjauhi kesakitan dan mencari keseronokan. Disebabkan tujuan perbuatan manusia adalah untuk mencari keseronokan, maka sesuatu perbuatan akan dinilai bermoral atau tidak bermoral berdasarkan sejauh mana kesan perbuatan tersebut dapat meningkatkan keseronokan atau mendatangkan kesakitan kepada sebanyak mungkin orang. Sebagai contoh, membaca tidak baik secara intrinsiknya, ia

adalah baik selagi ia akan menghasilkan keseronokan atau kebahagiaan. Begitu juga dengan persamaan hak, kemasyhuran, pendidikan dan kebebasan. Perkara-perkara ini adalah baik selagi ia mendatangkan keseronokan kepada seramai mungkin orang. Dalam terma falsafah, ia adalah bersifat instrumental, manakala keseronokan dan kebahagiaan adalah bersifat intrinsik. Sesuatu perbuatan dikatakan tidak bermoral atau jahat berdasarkan kepada kesakitan atau penderitaan hasil daripada perbuatan tersebut kepada masyarakat atau majoriti. Kesakitan pula secara intrinsiknya adalah buruk atau jahat. Bentham memegang prinsip utiliti, iaitu prinsip the greatest happiness of the greatest number, yang bermaksud bertindak untuk menghasilkan kebaikan atau keseronokan maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. Tindakan ini juga dikenali sebagai Konsep Utiliti atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak. Prinsip ini mahu dijadikan sebagai panduan untuk tindakan individu dan kerajaan dalam menggubal undang-undang. Dalam Utilitarianisme, tiada perbezaan antara kes~ronokan dan kebahagiaan. Sesuatu perkara adalah baik jika ia mendatangkan keseronokan dan jahat apabila ia mendatangkan kesakitan. Dalam melakukan sesuatu perkara, seseorang mestilah mengkaji dan berfikir terlebih dahulu akibat atau perbuatannya. Kebahagiaan pihak majoriti adalah diutamakan manakala kedukaan yang dihadapi oleh minoriti tidak dihiraukan. Melakukan perkara tidak baik kepada minoriti juga adalah dibenarkan jika ianya bertujuan mengelak atau menyekat sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada majoriti orang. Utilitarian sangat mementingkan perasaan orang ramai kerana mereka berpendapat, manusia secara semula jadinya menyukai keseronokan dan membenci kesakitan. Oleh itu, meminimumkan kesakitan dan memaksimumkan keseronokan kepada majoriti adalah penting. Setiap perkara yang hendak dibuat, kesan perbuatan itu sarna ada membawa kebaikan atau keburukan itu boleh diukur dan diketahui. Menurut Bentham, kualiti keseronokan selalunya sarna, yang berbeza hanyalah kuantiti keseronokan tersebut. Bagi tujuan ini, Bentham telah

menghasilkan satu cara yang dinamakan 'the hedonistic calculus' untuk mengukur jumlah kesakitan dan ke~eronokan yang akan diperolehi seseorang apabila melakukan sesuatu perbuatan. Pengukuran keseronokan dan kesakitan dilakukan melalui Kalkulus Hedonik. Tujuh elemen mesti ditimbangkan dalam kalkulus ini iaitu:

Kedalaman (Intensi ) Kelamaan (Duration) Ke astian (Certaint ) Kesegeraan (Propinquity)

Keseronokan an dihasilkan oleh tindakan. Jan ka masakeseronokan. Ke astian keseronokan an akan berlaku. Kesegeraan atau kelambatan dalam pengalaman bagi keseronokan. Kecenderungan diikuti dengan lebih banyak keseronokan. Kecenderungan diikuti dengan lebih banyak kesen saraan. Bilan an oran

Faktor pertama hingga keempat diambil kira untuk mengukur nilai keseronokan atau kesakitan. Faktor keIima dan keenam pula dikira apabila banyak keseronokan atau kesakitan dapat diukur. Faktor ketujuh diambil kira apabila ia meIibatkan ramai orang. Sesuatu perbuatan dianggap wajar apabila nilai keseronokan melebihi nilai kesakitan. Teori ini diperkukuhkan lagi oleh seorang ahli falsafah Inggeris, iaitu John Stuart Mill (1806-1873)dan dalam bukunya yang berjudul Utilitarianism, Mill telah mengembangkan lagi teori yang diperkenalkan oleh Bentham. Namun, Mill tidak sependapat dengan Bentham dalam beberapa perkara. Mill

mengkritik pandangan Bentham 'Yang mengatakan keseronokan hanya harus diukur secara kuantitatif. Mill berpendapat perkiraan harus juga diberikan kepada kualiti keseronokan -kerana terdapat keseronokan yang tinggi kualitinya dan begitu juga sepaliknya. Kriteria pengukuran ini merujuk kepada petunjuk-petunjuk kualiti keseronokan seperti daripada baik kepada buruk, objektif kepada subjektif, tinggi kepada rendah, baru kepada lama dan sebagainya. Menurut Mill, terdapat beberapa jenis keseronokan yang boleh dirasai. Kita patut mengambil kira jenis-jenis keseronokan atau tingkat-tingkat keseronokan untuk membuat keputusan perbuatan manakah yang menghasilkan keseronokan yang maksimum. Menurut prinsip the greatest happiness atau utility principle, kita mesti mengira, mengukur dan membandingkan perbuatan manakah yang akan menghasilkan keseronokan yang maksimum. Mill percaya keseronokan manusia lebih tinggi nilainya berbanding keseronokan haiwan, begitu juga ke.seronokan orang berilmu lebih tinggi nilainya berbanding keseronokan orang bodoh atau tidak berilmu. Contohnya, keseronokan menonton televisyen sepanjang malam lebih rendah kualitinya berbanding menonton konsert Beethoven atau keseronokan intelektual yang diperolehi daripada membaca buku adalah tinggi kualitinya berbanding keseronokan yang diperolehi daripada makan (MacKinnon, 2001).Mill juga mengenal pasti faktor-faktor bagi menentukan keseronokan pada tahap tertinggi seperti pendidikan, kebijaksanaan, sensitiviti, terhadap orang lain, perasaan moral, dan kesihatan mental. Manakala keseronokan pada tahap rendah seperti tidak berpendidikan, bodoh, mementingkan diri sendiri, sombong dan keseronokan fizikal. Mill menganggap faktor-faktor bagi keseronokan tinggi sebagai ciri-ciri kemanusiaan dan keseronokan rendah sebagi ciri-ciri kebinatangan. Namun, tiada petunjuk khas diberikan bagaimana untuk mengukur kualiti keseronokan, hanya imaginasi yang harus digunakan untuk memikirkan kemungkinan kesan daripada sesuatu tindakan. Kebahagiaan atau keseronokan seseorang juga tidak boleh dianggap lebih penting daripada keseronokan orang lain. Orang atasan dan orang bawahan

harus diberi layanan yang sarna, berdasarkan prinsip everybody to count for one, nobody to count for more than one. Keseronokan setiap orang dikira sarna rata, keseronokan diri kita sendiri tidak istimewa berbanding keseronokan orang lain. Kita mungkin diminta untuk membuat perkara yang tidak menyeronokkan diri kita, tapi menyeronokkan orang lain. Contohnya, tindakan A menyebabkan saya gembira dan dua orang lain gembira. Tindakan B menyebabkan saya tidak gembira "dan lima orang lain gembira. Menurut Utilitarianisme, tindakan B ialah pilihan yang terbaik. Selain daripada Utilitarianisme klasik yang dibincangkan di atas, terdapat juga jenis-jenis utilitarinisme lain yang tidak mengambil kira keseronokan sebagai tujuan terakhir. Contohnya seperti ilmu, keamanan, kebebasan dan lain-lain lagi. Utilitarianisme juga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu utilitarianisme tindakan (act utilitarianism) dan utilitarianisme peraturan (rule utilitarianism). Sesuatu tindakan yang bermoral menurut utilitarianisme tindakan adalah tindakan yang boleh mendatangkan keseronokan kepada majoriti. Manakala utilitarianisme peraturan pula menyatakan sesuatu tindakan adalah bermoral jika kita mematuhi peraturan yang dapat memaksimumkan keseronokan majoriti yang terlibat (Frankena, 1973). Setelah meneliti pendapat utilitarianisme, terdapat beberapa aspek dalam utilitarianisme yang boleh dipertikai. Kelemahan yang ketara ialah teori utilitarianisme hanya mementingkan kesan semata-mata, sedangkan kesan atau akibat sesuatu perbuatan adalah sukar untuk diramal dan dijangka kerana manusia tidak dapat membuat penilaian dengan baik dan selalu terikut dengan nafsu. Oleh itu, terdapat perbuatan yang dilakukan kerana nafsu jahat dan bukannya kerana memikirkan kebaikan kesan perbuatan tersebut kepada majoriti. Manusia seterusnya akan menyalahgunakan konsep memberi faedah kepada majoriti. Ini kerana, tindakan mereka sebenamya tidak memberi kesan yang baik kepada majoriti tetapi mereka akan mengatakan tindakan tersebut boleh memberi faedah kepada majoriti. Ia adalah berbahaya kerana manusia akan melakukan apa sahaja kejahatan dengan memberikan alasan keseronokan dan kebaikan kepada majoriti. Terdapat beberapa peraturan moral yang sering dilanggar akan

menyebabkan kesan buruk. Tambahan pula apabila seseorang menjangkakan peraturan moral boleh dilanggar asalkan ia akan memaksimumkan keseronokan. Perbuatan ini sangat berbahaya kerana semua perbuatan dibolehkan atas da.sar memaksimumkan keseronokan kepada majoriti. Jika setiap perbuatan dinilai kepada kesan, ia akan memberikan kesulitan kepada manusia kerana peraturan moral boleh dikecualikan (Grassin, 1981). Malahan, Odell, (2004) berpendapat terdapat juga situasi yang memerlukan kita melakukan sesuatu perbuatan tanpa perlu terlebih dahulu memikirkan kesan perbuatan tersebut. Kalkulus Hedonik yang diperkenalkan oleh Bentham mempunyai beberapa kelemahan dan proses pengiraannya sangat rumit. Pertamanya, Graham (2004)berpendapat, nilai bagi setiap keseronokan dan kesakitan sukar untuk dinilai dan dikira kerana manusia mempunyai tindak balas yang berbeza bagi setiap keseronokan dan kesakitan. Malahan, intensiti keseronokan atau kesakitan adalah berbeza menurut individu yang berlainan. Hal ini disebabkan oleh perasaan manusia adalah subjektif dan sukar untuk diukur. Perasaan manusia tidak boleh diukur atau disukat seperti kita menyukat gula. MacKinnon (2001) juga berpendapat dalam dunia realiti, kita mungkin tidak mengambil kira semua elemen-elemen dalam Kalkulus Hedonik yang dinyatakan oleh Bentham. Definisi keseronokan juga berbeza di antara individu. Sesuatu perbuatan boleh memberi kesan yang berbeza kepada individu yang berlainan. Sesuatu perbuatan mungkin memberikan keseronokan yang tinggi kepada seseorang, tetapi hanya memberikan keseronokan yang sedikit kepada individu lain atau mungkin menyebabkan penderitaan kepada individu lain. Keseronokan seseorang, contohnya memperbaiki sekolah mungkin tidak mendatangkan keseronokan kepada individu lain. Menyedari kelemahan tersebut, Bentham telah membahagikan keseronokan kepada 14 jenis dan kesakitan kepada 12 jenis yang berbeza mengikut kualitinya (Mitchell,1974).

Kuantiti keseronokan atau kesakitan juga sukar diukur bagi seseorang individu kerana kadang-kala ia berbeza pada masa yang berlainan dengan pengalaman yang berlainan walaupurl Bentham telah mencadangkan 32 situasi yang mempengaruhi perasaan untuk dipilih semasa membuat pengiraan. Oleh sebab situasi itu sendiri wujud dalam jumlah gabungan yang tidak terhad, keadaan ini tidak dapat membantu kita bagi membandingkan perasaan individu yang berbeza terhadap keseronokan atau kesakitan. Walaupun pengukuran yang dikemukakan oleh Mill lebih lengkap daripada apa yang dikemukakan oleh Bentham, ia juga mempunyai kelemahan apabila Mill tidak memberikan petunjuk khas untuk mengukur kualiti keseronokan atau kesakitan dan hanya menyarankan kita untuk membuat andaian terhadap keseronokan yang diukur (Mitchell, 1974). Prinsip utiliti, iaitu sesuatu perbuatan adalah baik jika ia menghasilkan keseronokan terbesar untuk orang, jumlah orang yang ramai tidak selalunya tepat, menurut Bertens (2003) dan Boss (2001). T~rdapat juga kes di mana seseorang diseksa secara kejam oleh sekumpulan orang. Jika keseronokan sekumpulan orang tersebut melebihi kesakitan mangsa, Teori Utilitarianisme berpendapat perbuatan tersebut adalah bermoral. Dalam erti kata lain, konsep hak tidak diberikan pertimbangan yang sewajamya dalam teori ini. Sebaliknya, konsep hak merupakan konsep penting yang tidak boleh dipinggirkan. Contoh yang lain, seorang pekerja yang bekerja keras berhak dinaikkan pangkat disebabkan dia telah melakukan kerja yang bagus. Namun, utilitarianisme tidak mementingkan apa yang patut diperolehi oleh individu, tapi mempertimbangkan sarna ada kenaikan pangkat tersebut memberikan keseronokan kepada individu lain atau majoriti orang. Kritikan lain bagi konsep ini ialah tiada jaminan keseronokan boleh dibahagikan secara adil kepada majoriti masyarakat. Jika dalam sesebuah masyarakat majoriti hidup senang lenang dan hanya minoriti yang hidup miskin, utilitarianisme berpendapat kehidupan masyarakat tersebut telah diatur dengan baik kerana keseronokan telah mengatasi kesakitan. Namun, jika dilihat dari konteks keadilan, masyarakat tersebut masih lagi tidak

diatur dengan baik kerana tidak disusun dengan adil. Contoh yang lain, seorang gadis dipilih oleh masyarakat untuk dikorbankan kepada dewa atau Tuhan atas alasan untuk keselamatan masyarakat. Teori ini dilihat telah mengabaikan prinsip keadilan, sedangkan prinsip keadilan penting untuk kehidupan manusia. Oleh itu, setiap perbuatan yang dilakukan mestilah tidak bertentangan dengan keadilan dan undang-undang yang ada dalam sesebuah masyarakat (Bertens, 2003 & Odell, 2004). Utilitarianisme juga gagal memberi perhatian kepada integriti seseorang individu. Integriti dan tanggungjawab perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu tindakan bermoral atau tidak. Utilitarianisme menghendaki kita untuk melakukan tindakan yang bertentangan integriti dan suara hati kita. Setiap individu bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan secara individu. Contohnya, meminta seseorang untuk membunuh orang yang tidak bersalah untuk mengekalkan keamanan sesebuah masyarakat melibatkan menggunakan .manusia sebagai alat untuk kebaikan masyarakat. Seseorang yang diarah untuk membunuh orang yang tidak bersalah akan tetap berasa bersalah di atas apa yang dilakukan walaupun perbuatan tersebut akan mendatangkan keseronokan kepada masyarakat. Jika manusia tidak mempunyai nilai moral intrinsik, mereka hanya digunakan sebagai alat untuk mendatangkan keseronokan kepada majoriti orang (Smart & Williams, 1973). Utilitarianisme juga dikritik kerana menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan. Namun Parekh (1974) menegaskan seseorang yang nampak seronok tidak semestinya bahagia. Prinsip utiliti juga menentang secara tegas penderitaan atau kejahatan. Mengikut pendapat Nietzsche, untuk mendapatkan kuasa kadang-kala manusia hams menderita dan terdapat manusia yang berpendapat kesakitan boleh mendekatkan diri mereka dengan Tuhan. Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti mempunyai ilmu pengetahuan dan menjalin persahabatan adalah penting dan mendatangkan kebahagiaan walaupun ia tidak mendorong kepada keseronokan. Menurut Frankena (1973),keseronokan adalah perasaan yang agak khusus atau sensasi fizikal, iaitu sesuatu yang tidak mendalam atau

berpanjangan. Manakala kebahagiaan pula adalah sesuatu yang berbeza dan kepuasan memilikinya adalah lebih berpanjangan dan lebih mendalam. Prinsip utiliti juga mengaitkan keseronqkan dengan kebaikan dan kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Kita sepatutnya menentang pengenalpastian kebaikan dengan keseronokan kerana ada nilai lain yang berkaitan dengan kebaikan yang patut dianggap sebagai matlamat hidup. Contohnya, kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan kualiti lain yang menjadikan kehidupan itu berharga. Kesemuanya ini boleh kita akui sebagai lebih penting berbanding dengan keseronokan dan sesuatu yang benar-benar baik dan segi moral. Patut juga ditekankan bahawa terdapat keseronokan yang jahat dan hasad kerana ada manusia atau dengan kata lain sadis yang berasa seronok membunuh dan menyeksa orang lain atau memusnahkan harta benda orang. Umumnya, perlakuan ini dianggap sebagai tidak baik, tetapi jika seseorang itu menikmati keseronokan melakukannya, perlakuan orang itu pasti lebih dahsyat berbanding jika dia melal<ukannya atas sebab lain (Plamenatz, 1958). Kesimpulannya, adalah wajar sesuatu perbuatan itu dinilai baik dan buruk bergantung kepada perbuatan itu sendiri dan bukannya kerana sebab-sebab lain.

reori Egoisme boleh dibahagikan kepada egoisme psikologi (psychological egoisme), egoisme etika (ethical egoisme) dan egoisme praktikal (practical egoisme) atau egoisme rasional (rasional egoisme) (Odell, 2004). Secara ringkasnya, reori Egoisme berpendapat kemoralan adalah kepentingan diri, mengasihi diri, kebaikan diri dan sebagainya. reori Egoisme menganggap sesuatu nilai itu baik apabila ia menguntungkan diri sendiri dan buruk atau jahat apabila ia tidak menguntungkan diri sendiri. Salah seorang ahli falsafah yang mendokong reori Egoisme ialah Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900). Beliau adalah ahli falsafah Jerman yang dibesarkan dalam keluarga yang memegang kuat ajaran Kristian, iaitu Protestan Lutheran. Pemikiran-pemikiran Nietzsche disebarkan dalam

karya-karyanya yang terkenal seperti Also Sparch Zarathustra, Ecce Homo, Der Antichrist dan beberapa karya lainnya (Kohler, 2000). Kemoralan menurut Nietzsche adal~ kepentingan diri, pemeliharaan diri, mengasihi diri, kesedaran diri dan seumpamanya. The will to power atau kehendak untuk berkuasa merupakim konsep yang penting dalam falsafah Nietzsche. Nietzsche berpendapat bahawa manusia didorong oleh kehendak untuk berkuasa. Untuk berkuasa~ kepercayaan kepada Tuhan harus dihapuskan. Bagi Nietzsche kepercayaan kepada Tuhan akan menyusahkan hidup manusia. Kepercayaan kepada syurga setelah kematian akan merendahkan martabat manusia. Ajaran Kristian akan membuatkan manusia menjadi lemah dengan ajaran kasih sayang, tidak membalas dendam, mencintai musuh, kerendahan hati dan memaafkan. Altruisme tidak dapat diterima bagi Nietzsche kerana dalam kehidupan apa yang penting bukan belas kasihan, tetapi kekuatan. Nietzsche sering menyatakan bahawa, "God is Dead", iaitu Tuhan telah I!lati. Agama hanya menjadi sekadar janji-janji kosong yang melemahkan kehidupan manusia, dengan segala ajaran kebaikannya. Nietzsche juga menolak pandangan agama yang mengatakan manusia adalah rahmat Ilahi. Hal ini adalah disebabkan Nietzsche berpendapat kedudukan manusia terletak di antara binatang dan Ubermensch. Perkara yang membezakan manusia dan binatang ialah manusia mempunyai tujuan untuk berkuasa dan mengatasi segala rintangan yang mendatang. Apabila seseorang itu tidak berjaya mengatasi segala rintangan dan tidak menggunakan potensinya sebagai manusia, dia dianggap mempunyai status yang sarna dengan binatang. Selain daripada agama, Nietzsche turut mengkritik nilai-nilai moral tradisionaL Menurut beliau, manusia hanya boleh mematuhi nilai moral tersebut hanya kerana mereka mempunyai kepentingan di sebalik tindakan baik tersebut. Nietzsche juga menolak sebarang bentuk sistem ataupun undang-undang. Baginya sistem adalah penjara dan penghalang kebebasan manusia. Hidup bagi Nietzsche adalah ~esuatu yang baik dan ia harus dinikmati. Nietzsche berpendapat hidup dan kekuasaan adalah suatu kenikmatan. Oleh sebab itu manusia akan berusaha untuk mendapat

kenikmatan ini. Hidup dengan penuh kekuasaan, tanpa perlu ada kekangan daripada nilai-nilai moral masyarakat dan agama. Ketiadaan kepercayaan kepada TuhaIJ.dan kehendak untuk berkuasa akan melahirkan Ubermensch (Overman atau Superman). Ubermensch adalah manusia yang mempunyai semangat kekuasaan dan bebas dari belenggu sistem nilai dan kemoralan hamba abdi. Manusia super atau unggul adalah manusia yang kuat, berani, bebas, perlakuannya tidak dihalang oleh belas kasihan dan kadang kala jika perlu boleh bertindak kejam. Mereka juga tidak perlu mengorbankan diri untuk orang lain, malah mestilah mengeksploitasi apa sahaja yang ada di sekelilingnya untuk mendapat kekuasaan. Manusia yang telah mencapai Ubermensch ini adalah manusia yang tidak gentar menghadapi apa sahaja rintangan dan musuh dalam kehidupannya. Nietzsche juga percaya bahawa dengan berhadapan dengan konflik, maka manusia akan lebih maju dan berdaya saing. Oleh itu, peperangan, konflik, musuh dan sebagainya a~an dapat membangkitkan semangat manusia untuk mempunyai kehendak berkuasa. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Nietzsche mengatakan bahawa kedudukan manusia adalah di antara status kebinatangan dan Ubermensch. Nietzsche percaya bahawa jalan manusia menuju Ubermensch dan langkah meninggalkan status kebinatangannya adalah selalu berada dalam keadaan bahaya dan manusia yang unggul selalu aktif dan kreatif serta tidak akan terpengamh dengan faktor persekitarannya. Manusia mempunyai ciri khas tersendiri seperti mempunyai nilai dan norma tersendiri kerana manusialah yang mencipta nilai dan norma tersebut. Mereka juga hams meninggalkan apa yang menjadi kepercayaan orang kebanyakan. Nietzsche menegaskan bahawa untuk mendapatkan kekuasaan, manusia hams menempuhi penderitaan. Hal ini berlaku apabila manusia berhadapan dengan konflik atau penderitaan, potensi dan kemampuan manusia dapat dikeluarkan dengan maksimum dan setemsnya membantu manusia menjadi Ubermensch. Nietzsche mengatakan bahawa hidup adalah kenikmatan yang hams dihayati sedalam-dalamnya. Untuk itu, manusia hams bebas dari segala kebimbangan, rasa dosa dan mempunyai perasaan cinta kepada kehidupan.

Nietzsche membahagikan manusia kepada dua golongan, iaitu golongan hamba abdi dan golongan bangsawan atau tuan. Kemoralan pula dipecahkan kepada master moraiity and slave morality berdasarkan pembahagian golongan tersebut. Kemoralan ketuanan merujuk kepada kehendak untuk berkuasa dan bebas. Manakala kemoralan hamba merujuk kepada kepatuhan kepada agama dan nilai-nilai dalam masyarakat. Nietzsche mengungkapkan bahawa persamaan hak atau persamaan antara bangsa-bangsa serta asas demokrasi merupakan suatu gejala buruk atau tanda masyarakat hilang nilai kemoralan. Persamaan hak tidak wujud kerana setiap individu mempunyai ciri-ciri yang unik dan manusia yang unggul ataupun bangsa yang unggul harus menguasai manusia atau bangsa yang lemah, sehingga Nietzsche menyokong peperangan dan mengutuk perdamaian. Eternal reccurence atau perulangan abadi merupakan salah satu lagi konsep dalam pendapat Nietzsche. Konsep ini menyatakan kita harus bertindak seakan-akan hidup yang kita jalani ini akan terus berlanjutan dalam suatu pengulangan yang abadi atau untuk selama-Iamanya. Oleh itu, manusia perlu menikmati hidup ini dengan penuh kekuasaan dan kenikmatan. Segala peristiwa atau apa sahaja yang berlaku akan sentiasa berulang. Pengulangan ini sifatnya kekal dan terjadi dalam dunia ini. Dengan demikian menurut Nietzsche, dunia ini kekal, iaitu tiada awal dan akhir. Pandangan Nietzsche mengenai kemoralan telah mendapat kritikan yang hebat. Nietzsche menolak konsep ketuhanan atau agama yang dianggap mengongkong kehidupan manusia. Pemikiran ateis, iaitu tidak percaya kewujudan Tuhan ini adalah tidak logik kerana manusia secara semula jadinya sudah mempercayai kewujudan Tuhan. Agama sangat penting dalam kehidupan manusia. Penolakan kepada Tuhan akan mendorong manusia untuk melakukan kejahatan. Nilai-nilai moral dan undang-undang juga memandu tindakan manusia agar kehidupan menjadi lebih maju dan teratur Oaspers, 1965). Tambahan pula, menu rut Graham (2004),jika agama sudah tidak lagi relevan seperti yang dikatakan oleh Nietzsche, ia meninggalkan persoalan yang masih tidak terjawab dan kemoralan yang dinyatakan Nietzsche tidak memberi jawapan kepada persoalan ini.

Strathern (2001)mengkritik manusia Ubermensch iaitu overman atau superman ciptaan Nietzsche yang kelihatan seperti khayalan dalam cerita dongeng. Ubermensch adalah manusia yang tidak memiliki kemoralan, kecuali kehendak untuk berkuasa. Konsep k~hendak untuk berkuasa sangat berbahaya dan jika konsep ini dijadikan ukuran kepada kemoralan seseorang individu, hidup manusia akanmenjadi tidak aman kerana konsep ini membenarkan orang yang lemah hams ditindas dalam usaha untuk mendapat kekuasaan. Kekuasaan yang tidak diiringi dengan kemoralan dan nilai akan meninggalkan kesan yang sangat berbahaya. Dalam hidup mesti ada pengorbanan diri. Tanpa pengorbanan diri, kehidupan manusia akan kacau-bilau. Manusia akan menjadi seperti binatang liar jika pengorbanan diri tidak dipraktikkan. Pengorbanan seseorang renting dalam memastikan individu lain dan masyarakat dapat hidup dengan baik dan sempurna. Manusia tidak boleh selamanya mengeksploitasi orang lain dan mesti ada sikap tolak ansur untuk kebaikan bersama. Nietzsche juga berpendapat peperangan dan musuh akan membantu mengoptimumkan lagi potensi manusia. Namun, jika semua orang perlukan musuh dan sentiasa berperang, sudah tentu kehidupan manusia tidak akan tenteram. Ini akan menyusahkan individu tersebut dan bertentangan dengan konsep egoisme yang mementingkan keselamatan diri. Secara logiknya, jika semua orang sudah menjadi dominan atau ketua, maka tidak akan ada orang lagi yang boleh memberikan cabaran dalam hidup dan tiada lagi orang yang lemah yang boleh dieksploitasikan atau menjadi orang bawahan. Konsep kehendak untuk berkuasa juga tidak menyatakan dengan jelas apakah kekuasaan yang perlu dicapai dan juga tidak memberi jawapan kepada bagaimana untuk kita hidup. Jika mendapat apa yang ingin dimiliki, namun jika ia tidak mendorong kepada kebahagiaan, tidak guna berpegang 'kepada konsep ini (Graham, 2004). Oleh itu, Boss (2001)berpendapat teori ini tidak memberi panduan untuk menyelesaikan konflik kepentingan di kalangan manusia. Dalam dunia yang mempunyai sumber dan peluang yang terhad, kepentingan setiap manusia mungkin berkonflik.

Semua manusia harus diperlakukan dengan cara yang sarna atau hak untuk mendapat layanan yang sarna selagi tiada alasan yang relevan. Manakala demokrasi penting untuk mengelakkan daripada penindasan kepada manusia yang lemah. Sesuatu perah).ran moral mestilah boleh disejagatkan, iaitu boleh dipegang oleh setiap orang. Sebaliknya, teori ini mengatakan setiap individu bertindak untuk memajukan diri sendiri dan menguntungkan diri sendiri. Tidak semestinya sesuatu tindakan yang menguntungkan seseorang individu akan menguntungkan individu lain. Setiap individu mempunyai kepentingan yang berbeza antara satu sarna lain. Oleh itu, Teori Egoisme tidak boleh disejagatkan (Hare, 1981).

Pad a asasnya, dalam Teori Deontologi, sesuatu perkara yang dianggap wajar atau tidak wajar dilakukan adalah didasarkan kepada nilai intrinsiknya. Akibat dan kesan sesuatu perbuatan itu yakni nilai instrumentalnya itu tidak akan diberikan perhatian sebagaimana yang diperkatakan dalam Teori Teleologi. Antara Teori Deontologi yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah deontologi-lakuan iaitu Eksistensialisme dan deontologi-peraturan iaitu Prinsip Kewajipan.

Bab ini akan membincangkan satu teori moral deontologi yang dikenali sebagai Teori Eksistensialisme. Bab ini akan dimulakan dengan pengenalan ke atas Teori Eksistensialisme, diikuti dengan aspek-aspek penting teori dan diakhiri dengan kelemahan-kelemahan teori tersebut. Perbincangan teori ini adalah berlandaskan kepada pandangan ahli falsafah John Paul Sartre yang amat dikenali dalam falsafah eksistensialisme. Antara karyanya yang terkenal adalah "Being and Nothingness" (Abdul Rahman Md.Aroff, 1999). Sartre mempercayai bahawa tiada Tuhan di alam semesta ini dan manusia tidak dicipta oleh Tuhan. Beliau berkeyakinan bahawa

manusia dicipta tanpa tujuan danspesifikasinya. Beliau juga mempercayai bahawa manusia ini memiliki kebebasan sepenuhnya dan mempunyai kebebasan memilih tanpa batasan. Manusia adalah makhluk yang bebas dan memiliki hak yang sepenuhnya untuk Il;lemilihdan menentukan cara hidup dan hala tuju kehidupannya. Namun manusia itu tidak bebas untuk menghapuskan kebebasannya. Kesemua kepercayaan-kepercayaan ini telah banyak mempengaruhi pandangan beliau dalam teori etika ini. Teori deontologi-Iakuan seperti Teori Eksistensialisme ini juga dikenali sebagai etika situasi. Teori Eksistensialisme adalah satu teori etika yang menilai kewajaran dan ketidakwajaran sesuatu perbuatan itu berlandaskan kepada penilaian situasi atau keadaan pada waktu tersebut tanpa merujuk kepada mana-mana peraturan. Ini membawa maksud bahawa manusia itu bebas untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan betul dan sesuai dilakukan pada waktu tersebut. Peraturan dan hukum adalah tidak perlu dalam menilai kewajaran sesuatu perbuatan itu. Peraturan dalam teori etika ini hanya akan menjadi batu penghalang dan membataskan kebebasan memilih (freedom of choice) yang dimiliki oleh manusia. Manusia diberi kebebasan untuk membuat sebarang pilihan dan mereka hanya perlu bertanggungjawab ke atas setiap pilihan dan perbuatan yang dilakukan. Dalam erti kata lain, manusia itu mempunyai hak sepenuhnya untuk menilai dan memutuskan sarna ada sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak bermoral dan mereka hanya perlu bertanggungjawab ke atas pilihan yang telah dibuat. Oleh yang demikian, manusia mestilah menggunakan kebebasannya itu untuk mencari fakta yang betul berhubung dengan situasi moral yang dihadapinya sebelum membuat keputusan moralnya. Dalam Teori Eksistensialisme, nilai moral akan terbuka kepada perubahan, tidak kekal, tidak mutlak, bersifat subjektif, individualistik, dan tertakluk kepada situasi. Ini adalah kerana manusia itu sentiasa berubah fikirannya dan setiap perkara yang hendak dilakukan akan dinilai dahulu situasi pada waktu tersebut sarna ada wajar atau tidak wajar ianya dilakukan. Oleh itu,

pemilihan akan sentiasa berada di dalam kehidupan manusia dan manusia hanya perlu melakukan pemilihan berdasarkan kesesuaian waktu dan keadaan. Teori Eksistensialisme ini juga tidak terlepas daripada menerima kritikan seperti teori-teori etika yang lain: Kritikan-kritikan ini berbalik kepada kelemahan-kelemahan teori tersebut. Antara kelemahan teori ini adalah apabila ianya membelakangkan peranan peraturan dalam menilai dan menentukan kemoralan sesuatu perkara atau perbuatan manusia itu. Peraturan, undang-undang, hukum, adat dan sebagainya adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa peraturan (contohnya peraturan yang ditetapkan agama), maka manusia akan hilang garis panduan dan pedoman hidup. Sebagaimana yang diketahui, peraturan diadakan untuk kebaikan manusia sejagat dan tanpanya manusia akan bo~eh melakukan apa sahaja termasuklah melakukan kejahatan. Tanpa undang-undang, setiap penilaian yang dibuat oleh manusia akan berbeza antara satu sarna lain lalu mengundang kepada perkelahian, huru-hara dan konflik. Oleh itu, manusia memerlukan undang-undang dan peraturan untuk kebaikan manusia itu sendiri dan manusia perlulah mematuhinya demi kepentingan dan kebaikan bersama. Contohnya, undang-undang dan peraturan jalan raya seperti berhenti di lampu merah dibuat untuk kebaikan bersama dan jika setiap manusia mempunyai penilaian tersendiri terhadap peraturan lampu merah tersebut maka akan berlakulah keadaan lalu-lintas yang tidak terkawal dan menyebabkan kemalangan. Kelemahan Teori Eksistensialisme ini terus diperkatakan apabila teori tersebut tidak menetapkan sebarang peraturan dan panduan kepada manusia dan hanya membiarkan manusia berfikir pada waktu itu berdasarkan kesesuaian situasi yang akhimya mungkin akan mengakibatkan seseorang itu terjerumus ke dalam penilaian yang tidak benar atau salah. Oleh itu, dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan nilai atau moral, manusia memerlukan kepada panduan,

peraturan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan supaya keputusan yang dihasilkan tidak membawa kesan fang buruk. Kesimpulannya, Teori Eksistensialisme. ini adalah merupakan antara teori etika yang tidak boleh kita lupakan apabila kita cuba merungkaikan tentang topik moral, namun ianya juga tidak terlepas daripada beberapa kelemahan yang perlu kita amati.

Bab ini akan memperkenalkan satu lagi teori moral deontologi yang dikenali sebagai Teori Prinsip Kewajipan. Ianya akan dimulakan dengan pengenalan ke atas teori etika tersebut, diikuti dengan aspek-aspek penting teori dan diakhiri dengan kelemahan-kelemahan teori tersebut. Teori prinsip kewajipan ialah satu teori tieontologi-peraturan yang mementingkan peranan peraturan dalam membuat penilaian dan pertimbangan moral. Antara tokoh penting dalam membincangkan teori etika ini adalah Immanuel Kant (1724-1804) dan hasil karyanya yang bertajuk "Groundwork Of The Metaphysic Of Morals" dan "Lectures On Ethics" (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Menurut Kant, prinsip kemoralan adalah merujuk kepada kewajipan (duty). Manusia dikatakan melakukan perbuatan moral jika ianya dilakukan kerana menghormati undang-undang dan atas dasar kewajipan yang telah ditetapkan. Oleh itu, manusia dikatakan melakukan perbuatan baik jika mempunyai tekad baik (goodwill) atau niat untuk menunaikan kewajipannya. Melakukan sesuatu perkara atau perbuatan baik atas dasar sifat semula jadi (natural characteristic) dan kecenderungan (tendency) belum tentu boleh dianggap sebagai moral dalam teori ini begitu juga jika melakukan sesuatu kebaikan untuk kepentingan diri (egoisme) akan dianggap sebagai tiada nilai moral.

Prinsip kemoralan Kant menganggap tujuan utama perbuatan yang baik adalah hanya untuk melakukan kewajipan (intrinsik) dan bukannya berdasarkan kepada kesan perbuatan tersebut (ekstrinsik). Kewajipan atau undang-undang atau perintah mutlak atau tanpa syarat ini mahu dijadikan Kant sebagai satu set prinsip moral yang dikenali sebagai "Categorical Imperative", Kant dalam membicarakan teori etikanya atau prinsip kemoralan Kant mahu menghasilkan satu undang-undang etika yang universal yang mengandungi elemen-elemen dan beberapa formula penting seperti berikut: Satu prinsip moral individu yang melambangkan undang-undang objektif dan sejagat yang mana satu prinsip moral itu ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri dan mestilah juga dipatuhi oleh orang lain. Matlamat kemanusiaan hendaklah .menjadi matlamat dalam perlakuan individu tersebut. Tekad individu tersebut hendaklah bersifat rasional dalam tindakan dan perlakuannnya dan tekad individu yang rasional yang akan membentuk undang-undang moral sejagat tersebut.

Perbincangan mengenai teori etika Kant diteruskan dengan penulisan Eow Boon Hin (2002).Menurut penulisannya, dalam membicarakan tentang etika Kant elemen-elemen penting yang memainkan peranan dalam prinsip kemoralan etika ini adalah mengikut formula berikut:

(Freedom) + (Fairness/Justice)

+ (Intelligence)

+ Choice

= Moral

Action

Ini membawa maksud bahawa dengan aspek kebebasan (freedom) dan keadilan (fairness/justice) yang dimiliki manusia, mereka akan dapat menggunakan kebijaksanaan (intelligence) mereka untuk membuat pilihan perlakuan (choice). Inilah yang menjadi prinsip kemoralan yang universal

dalam etika Kant dalam menentukan sarna ada sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak. Dalam perbincangan di atas apa yang dapat kita fahami di sini ialah Kant cuba meletakkan satu undang-undang etika yang universal yang menjadi kayu ukur yang digunakan dalam usaha manusia untuk membuat penilaian terhadap sesuatu perbuatan moral. Kelemahan yang ketara di dalam teori Kant ini adalah apabila ianya tidak mengambil kira sifat semula jadi, kecenderungan dan kesediaan seseorang itu untuk melaksanakan kewajipannya. Faktor-faktor yang disebutkan ini sebenamya boleh memainkan peranan yang penting dan dapat mempengaruhi diri seseorang itu dalam menunaikan sesuatu kewajipan atau mematuhi sesuatu peraturan. Adalah tidak adil jika kita hanya akan menganggap seseorang itu mempunyai nilai moral hanya kerana dia melakukan sesuatu perbuatan itu kerana patuh kepa.da undang-undang dan menunaikan kewajipan sahaja tanpa mengambil kira aspek-aspek atau faktor-faktor lain seperti yang disenaraikan di atas. Teori etika ini juga memperlihatkan kelemahannya apabila ianya mahu meuniversalkan dan mensejagatkan semua elemen-elemen penting dalam prinsip kemoralannya. Ini adalah kerana jika ada sesorang individu ingin melakukan sesuatu perbuatan yang baik itu bukannya bermakna ianya suka orang lain melakukan perkara yang sarna kepadanya tetapi mungkin kerana ianya mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri. Contohnya, perbuatan seseorang individu itu dalam menolong orang lain mungkin kerana inginkan nama atau sanjungan dan bukannya atas sebab kewajipannya untuk menolong orang yang memerlukan. Tambahan lagi, setiap manusia mempunyai pemahaman, sikap dan konsep yang berbeza terhadap sesuatu nilai dan ini juga boleh menyumbang kepada kesukaran untuk mensejagatkan atau meuniversalkan semua elemen yang dikehendaki oleh Kant dalam prinsip kemoralannya.

Kelemahan dan kritikan yang seterusnya yang diperkatakan terhadap teori etika Kant yang boleh juga dibaca dalam penulisan Eow Boon Hin, (2002) ialah etika ini dianggap sebagai satu etika yang terlalu abstrak. Prinsipprinsip etika yang dikenal pasti oleh Kant adalah terlalu abstrak kerana ianya tidak disusuli dengan satu set arahan dan panduan yang lengkap untuk diikuti manusia dalam penilaian manusia itu terhadap sesuatu perbuatan moral. Kesimpulannya, undang-undang -etika yang universal yang cuba diperkenalkan oleh Kant ini merupakan antara teori etikayang hangat diperbincangkan apabila kita menyentuh tentang topik moral ini, dan ianya juga tidak tedepas daripada menerima beberapa kritikan dan memiliki beberapa kelemahan.