Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI 14200 SUNGAI JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN

KAJIAN KES OLEH: NOOR LUBNA BT ISMAIL

TAJUK KAJIAN: 2 ORANG MURID KELAS 3 PINTAR MEMPEROLEH GRED C DALAM PEPERIKSAAN PKSR 1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya mengajar subjek Bahasa Inggeris kelas 3 Pintar sejak Januari yang lalu. Saya mendapati kebanyakan murid-murid kelas ini tergolong dalam kumpulan kebolehan pelbagai (mixed ability). Ada yang lambat belajar (slow learner) dan cepat belajar (fast learner). Secara keseluruhan prestasi kelas ini dalam matapelajaran Bahasa Inggeris adalah sederhana. Namun begitu, saya mendapati ada 2 orang murid yang agak lambat belajar dari rakan-rakan yang lain. 2 murid ini tidak mempunyai masalah dari segi disiplin, mereka mematuhi arahan untuk membuat kerja sekolah tetapi seringkali kerja tidak dapat disiapkan kerana mereka tidak tahu menjawab latihan yang diberikan. Seorang murid yang menjadi responder pula sering tidak hadir ke sekolah.

FOKUS KAJIAN 1. Mengapa murid ini tidak dapat menyiapkan kerja rumah? 2. Mengapa murid ini tidak dapat memperolehi gred yang lebih baik? 3. Mengapa murid ini tidak aktif di dalam kelas?

4. Mengapa murid ini tidak mempunyai minat untuk belajar subjek Bahasa Inggeris?

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mendapat gred B untuk subjek Bahasa Inggeris 2. Menyiapkan kerja rumah yang diberikan 3. Menguasai lebih banyak perbendaharaan kata Bahasa Inggeris

TINJAUAN MASALAH 1. Nama : Nurul Shahzanani Binti Jeolaimie Latar Belakang Keluarga : Anak kedua dari 5 adik-beradik, tinggal di Taman Desa Jawi, bapa bekerja sebagai Pemandu Lori dan ibunya suri rumah sepenuh masa. Personaliti : seorang yang pendiam Kedudukan dalam kelas : 15/23 semasa PKSR 1 Masalah secara keseluruhan : Tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

2. Nama : Ahmad Muhaimin Bin Muhammad Taib Latar Belakang Keluarga : Anak kedua dari 4 adik-beradik, tinggal di Taman Jawi Jaya. Seorang anak yatim, ibunya bekerja sebagai Operator Pengeluaran. Baru saja bertukar ke SK Jawi pada tahun ini dari SK Kampong Lalang, Grik, Perak. Personaliti : Seorang yang ceria di dalam kelas tetapi lambat dalam pembelajaran Kedudukan dalam kelas : 23/23 semasa PKSR 1 Masalah secara keseluruhan : Tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mendengar dalam Bahasa Inggeris.

PROGRAM YANG DIRANCANG 1. Memberi latihan tahap remedi 2. Menggunakan pendekatan didik hibur melalui nursery rhyme untuk menggalakkan penguasaan perbendaharaan kata

3. Memberikan lembaran kerja berbentuk permainan bahasa yang dimuat turun dari internet seperti Word Search, Picture Puzzle dan Word Puzzle

HASIL/IMPAK PROGRAM Markah dan Gred Murid semasa PKSR 1 Nama Nurul Shahzanani Ahmad Muhaimin Markah 48 46 Gred C C

Markah dan Gred Murid semasa Ujian Kemahiran 2 Nama Nurul Shahzanani Ahmad Muhaimin Markah 70 43 Gred B C

REFLEKSI/KAJIAN SETERUSNYA Hasil dari program yang dirancang, terdapat perubahan markah yang diperolehi oleh murid responden. Markah Nurul Shahzanani menunjukkan peningkatan yang baik namun begitu Ahmad Muhaimin pula menunjukkan penurunan tetapi masih kekal di Gred C. Ini kerana, Ahmad Muhaimin seringkali tidak hadir ke sekolah dan telah ketinggalan dalam banyak topik dan latihan yang saya berikan. Pada masa akan datang, saya akan terus memberi tumpuan kepada 2 murid ini dan mencuba kaedah pengajaran yang lebih baik untuk menarik minat 2 murid ini kepada subjek Bahasa Inggeris seterusnya dapat menjawab soalan latihan kerja rumah serta soalan peperiksaan. Saya akan mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran didik hibur melalui penggunaan multimedia dan ICT.

Anda mungkin juga menyukai