Konsep bilik darjah mesra budaya Dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid-murid seorang guru itu perlu mementingkan aspek pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya ini secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Menurut pendapat Fred Steele (1973), the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure, dan kenyataan ini disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan dimana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dengan persekitaran orang yang ada disekeliling mereka. Menurut pendapat John Dewey pendidikan adalah merupakan satu proses pertumbuhan atau perkembangan manakala mengikut pendapat James Mill pendidikan adalah satu proses memberi pertolongan kepada anggota supaya dapat hidup dalam keselesaan dan kegembiraan. Selain itu juga menurut pendapat John Mc Donald dalam bukunya Philosophy of Education pendidikan jelas dapat dilihat melalui perbandingan antara masyarakat primitive dan masyarakat moden. Bilik darjah ialah tempat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. (Atan Long, (1986) Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Sesebuah bilik darjah yang biasa mempunyai kelengkapan asas seperti kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenyataan. Sekolah-sekolah yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikut keperluan sesebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan
membantu melicinkan pengurusan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan natijah yang baik dan sempurna. Dalam aspek fizikal terdapat kerusi dan meja yang diubahsuai mengikut keperluan aktiviti yang ingin dijalankan, mempunyai sumber pencahayaan dan pengudaraan yang baik, mengecat dinding bilik darjah mengikut warna yang bersesuaian dan menghias kelas dengan langsir yang berwarna ceria yang dapat menarik minat murid-murid. Selain itu melukis dinding kelas dengan lukisan mural yang bersesuaian dengan pendidikan dan menyediakan peralatan keselamatan seperti alat
pemadam api serta pelan kebakaran. Selain itu juga menyediakan sudut-sudut pembelajaran seperti sudut boneka, sudut membaca dan sudut permainan. Hal ini kerana dapat menarik minat dan merangsang minat murid untuk melakukan aktiviti yang berfaedah. Dari segi penyusunan tempat duduk murid-murid pula guru mestilah menyusun atur tempat duduk mereka dengan mencampurkan antara etnik dan tidak hanya mengkelompokkan sesuatu kelompok etnik sahaja. Contohnya menyusun tempat duduk yang hanya terdiri dari etnik melayu sahaja dan mengasingkan etnik yang lain. Hal ini boleh diatasi dengan mencampurkan mereka antara etnik ini kerana dapat mewujudkan saling interaksi sosial yang baik tanpa mengira kelompok sesuatu etnik dan membezakan seseorang murid itu kerana etnik mereka. Selain itu penglibatan murid-murid dalam menjalankan aktivitiaktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian idea dan pendapat secara tidak langsung dapat meningkatkan interaksi sosial diantara etnik pelbagai kaum yang duduk dalam satu komuniti persekitaran sekolah yang sama. Penglibatan kesemua kaum dan etnik dapat mengelakkan diskriminasi diantara kaum.
Dalam menghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya guru memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan perancangan ini. Guru yang kreatif dan berfikiran jauh dapat memikirkan strategi bagaimana untuk melibatkan kesemua etnik dan mempelbagaikan budaya dikalangan etnik walaupun terdiri dari pelbagai kaum tetapi masih boleh duduk bersama dan bersama-sama membangunkan negara tercinta. Sebagai guru apabila hendak menghasilkan suasana bilik darjah yang mesra budaya guru mestilah mendapatkan persetujuan murid terlebih dahulu, menguruskan bilik darjah dengan sebaik mungkin dan juga perlu menjadi model yang baik kepada murid-murid. Selain itu cuba wujudkan suasana yang mesra dan saling menghormati antara satu sama lain walaupun terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berbeza tetapi masih menghormati orang lain dan budaya yang diamalkan oleh sesuatu etnik. Selain itu juga faktor lain yang dapat mempengaruhi bilik darjah yang mesra budaya ialah faktor sosial dimana dalam sesuatu komuniti mestilah ada satu peraturan yang dapat menggariskan sesuatu perlakuan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Selain itu juga dalam menjalankan sesuatu aktiviti terdapat beberapa prosuder yang mesti dipatuhi hal ini secara tidak langsung dapat menyediakan dan mendedahkan kepada seseorang itu bahawa setiap perkara yang dilakukan memerlukan peraturan ataupun prosedur tertentu bagi
menjamin keberkesananya. Selain itu juga wujudkan suasana pembelajaran yang baik yang menghormati antara satu sama lain memanggil panggilan seseorang dengan sopan dan menghormati hak orang lain. Bahkan menjalankan tanggungjawab dan rutin kelas dengan sebaik mungkin. Faktor emosi juga dapat mempengaruhi suasana bilik darjah yang mesra budaya.hal ini dapat dibuktikan dengan gaya Kepimpinan guru
3
seperti autoritarian iaitu kawal murid melalui ganjaran dan hukuman dan wujudkan suasana tertekan dan tidak kondusif dan mungkin emosi murid terganggu. Sikap seorang guru demokratik dapat berkongsi
tanggungjawab dengan murid serta menggalakan dan tidak mendesak murid untuk mencapai pencapaian yang tinggi impak dari sikap ini emosi murid tidak tertekan dan laissez faire pula bermaksud kebebasan tanpa had bermaksud bilik darjah tidak terurus, kucar kacir,tugasan yang tidak mencukupi dan emosi murid tidak terkawal. Selain itu juga perlu sentiasa memberikan peneguhan positif dimana dapat menaikan semangat murid untuk mengikuti sesuatu sesi pembelajaran di dalam kelas libatkan murid secara aktif dan wujudkan komunikasi dua hala walaupun terdiri dari pelbagai etnik dan kaum. Selain itu guru juga perlu mewujudkan sesuatu aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dengan mewujudkan sesuatu kelainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu perbetulkan setiap perbuatan yang salah yang dilakukan oleh murid-murid agar mereka mengetahui bahawa perbuatan itu salah dan tidak elok untuk dilakukan. Selain itu berikan respon yang baik terhadap apa yang ditanya oleh murid-murid agar mereka rasa dihargai. Guru juga perlu prihatin terhadap keperluan murid-murid yang terdiri dari pelbagai etnik dan kaum agar keperluan mereka dapat dipenuhi sebaik mungkin. Selain itu seseorang guru itu perlu meminta pandangan dan pendapat murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum agar tidak wujudnya diskriminasi kaum dikalangan pelajar. Bahkan fikirkan baik dan buruk sesuatu pilihan sebelum melakukannya. Jenis bilik darjah tradisi terlebih dahulu digunakan pada zaman dahulu dimana sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan
4
meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. Antara ciri-ciri bilik darjah ini adalah seperti berikut kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris,pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan,kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru dan cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam kelas ini Selain itu bilik darjah KBSR danKBSM pula terdiri dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi
pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri bilik darjah ini adalahh seperti berikut kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan, pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri, menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif, menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
5
Seterusnya ialah bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka. Menurut pendapat R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta penglibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran. Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru. Antara ciri-ciri bilik darjah terbuka seperti berikut pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu, pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah,.kaya dengan bahan dan peralatan mengajar dan tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasikan.
2.0
Implikasi susun atur bilik darjah ini kepada murid-murid adalah seperti berikut dapat menyediakan diri murid dari segi fizikal, mental, emosi dan peralatan pembelajaran agar tidak mengganggu proses penerimaan sesuatu ilmu atau isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu juga dapat menjadikan murid-murid jadi tenteram dan tidak terlalu kusut dan rimas dengan suasana pembelajaran yang tidak kondusif.
Selain itu juga dari segi susun atur meja dan kerusi yang tidak mengganggu perjalanan proses pembelajaran dan bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini juga memudahkan guru untuk meninjau setiap murid-murid dan memudahkan pergerakan murid di dalam kelas. Susun atur meja dan kerusi yang baik dapat menggalakkan murid-murid untuk bertanya kepada guru dan memudahkan pergerakan guru dan juga murid-murid.
Murid-murid bersemangat untuk mengikuti sesi pembelajaran ini kerana suasana dan susun atur bilik darjah yang baik dari segi pengudaraan dan pengcahayaan yang dapat membantu guru
Selain itu dapat mengelakkan murid-murid merasa bosan dan jemu untuk mengikuti pembelajaran. Ini kerana kekemasan dan susun atur kelas yang baik dapat membantu seseorang itu untuk menerima sesuatu ilmu dan merasa selesa dengan persekitaran bilik darjah yang baik.
Murid-murid juga belajar cara menghormati hak orang lain dimana setiap murid telah mempunyai tempat duduk masing-masing dan mempunyai kerusi dan meja masing-masing dan tidak mengambil tempat orang lain sesuka hati. Hal ini dapat mengajar mereka menghormati hak
7
orang lain dengan baik. Mereka belajar bagaimana untuk menghormati hak orang lain.
Selain itu juga implikasi kepada pelajar adalah memberikan peluang sama rata dalam mendapatkan pendidikan dimana setiap murid berhak mendapatkan ilmu pengetahuan dan berhak mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Murid-murid juga mudah untuk berinteraksi antara guru dan juga rakan lain serta memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pendapat. Hal ini dapat mewujudkan interaksi sosial yang baik dikalangan guru dan pelajar didalam kelas.
Selain itu juga murid-murid rasa dihargai apabila guru bertanyakan pendapat dan idea mereka bagaimana untuk meyediakan susun atur bilik darjah yang mesra budaya dimana guru tidak menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai seorang guru tanpa mengendahkan pendapat murid-murid tetapi guru juga perlu memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyatakan pendapat dan ini secara tidak langsung murid tersebut rasa dihargai.
3.0
Bilik darjah dapat diertikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) dan merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada dalam sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah yang efektif menyumbang kepada kecemerlangan murid dalam pelajaran.
Pengurusan bilik darjah dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti P&P yang berkesan dapat dijalankan. Menurut Guey R. Lefroncis ( 1999 ), dalam bukunya Psychology for Teaching, pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk, dan memperuntukkan masa pelajaran, .
Ringkasnya, pengurusan bilik darjah boleh dihuraikan sebagai proses untuk membentuk dan mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran, demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan. Banyak factor yang mempengaruhi pengurusan persekitaran bilik darjah iaitu, fizikal, emosi dan sosial.
Pengurusan bilik darjah perlu menitikberatkan aspek persekitaran yang mesra budaya agar suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid yang terdiri dari pelbagai latar bangsa dan budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya meliputi persekitaran fizikal dan persekitaran sosio-emosi.
Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Lemlech ( 1998 ) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orchestra kehidupan. Pengurusan bilik darjah memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Aspek yang diberi keutamaan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan,
pematauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul. Marzano ( 2003 ), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan banyak pemboleh ubah yang dibandingkan dengan pengurusan bilik darjah mempunyai kesan besar dlama pencapaian murid. Oleh kerana tindakan guru boleh memberikan impak yang besar, maka menjadi tanggungjawab besar bagi guru untuk menyediakan persekitaran fizikal yang efektif bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran.
Persekitaran fizikal bilik darjah meliputi peralatan asas yang lengkap, susunan meja dan kerusi yang memberi kemudahan kepada murid untuk bergerak, cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan pengedaran udara secukupnya, aspek keselamatan yang dititikberatkan, peraturan kelas, aspek kebersihan dan keindahan bilik darjah serta aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan meja murid mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan persekitaran emosi yang berkesan menjadi perangsang yang akan membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah
10
mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk ( 1990 ), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. oleh yang demikian, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran. Pengurusan persekitaran sosio-emosi ini terdiri daripada pujian dan galakan guru, hubungan yang positif antara guru dan murid, serta pembinaan hubungan yang positif antara rakan sekelas.
Pengkaedahan stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran untuk kelas Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran merupakan salah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas di mana kanak-kanak berpeluang belajar melalui
pengalaman, belajar sambil bermain dan belajar mengikut keupayaan, kebolehan serta minat masing-masing. Kaedah stesen pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif kepada kaedah sedia ada. Kaedah ini membolehkan murid-murid berkeperluan khas belajar melalui kemudahan prasarana, bahan dan perkhidmatan sokongan yang lain. Menurut Akta Pendidikan 1996, ( Peraturan-peraturan Pendidikan, Pendidikan Khas 1997 ) menyatakan dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Justeru, kaedah stesen ini direka bertujuan menyahut seruan Akta Pendidikan 1996.
Kaedah stesen pengajaran dan pembelajaran bermaksud suatu proses pembelajaran yang sistematik di masa disediakan bilik atau sudut yang di dalamnya diletakkan peralatan yang bersesuaian meliputi kemahiran asas hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid-murid diberi peluang melalui kaedah
11
hands on experience . Kaedah ini dijalankan mengikut susunan jadual waktu yang fleksibel. Kaedah stesen ini bertujuan untuk melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi mencapai perkembangan yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pendekatan ini memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan dan juga minat serta peluang belajar menerusi pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
Kaedah stesen membolehkan murid menguasai kemahiran kognitif, psikomotor dan persepsi melalui penumpuan semasa proses pembelajaran. Kaedah ini juga mampu meningkatkan minat murid untuk belajar kerana bahan sokongan digunakan dengan lebih efektif. Kaedah stesen pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam serta menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.kaedah ini juga boleh
meningkatkan disiplin diri melalui penglibatan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang tersusun. Selain daripada itu, kaedah ini direka bertujuan agar murid dapat menguasai kemahiran komunikasi, mempunyai keyakinan dan konsep kendiri yang positif, mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek serta menguasai kemahiran asas kehidupan.
Terdapat 12 stesen yang direka di dalam pelan lantai kelas Pendidikan Khas. stesen-stesen tersebut ialah, Stesen Pengurusan Diri, Stesen Manipulatif, Stesen Jahitan, Stesen Pertukangan, Stesen Masakan, Stesen Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris, Stesen Matematik, Stesen Seni, Stesen Moral / Agama Islam, Stesen Muzik dan Stesen Sains Sosial dan Alam Sekitar. Kelas pendidikan khas ini juga terdapat dua tandas iaitu, tandas murid lelaki dan perempuan, satu bilik basuhan dan kawasan taman permainan dan taman psikomotor berpagar.
12
Setiap stesen ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut kreativiti guru dan subjek stesen itu tersendiri. Sesebuah kelas yang standard perlu mempunyai pintu hadapan dan pintu belakang. Ini bertujuan untuk mengelakkan murid dan guru terperangkap di dalam kelas sekiranya berlaku kebakaran. Perabot, peralatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam kelas tidak membahayakan seperti tidak tajam, tidak bertoksik dan tidak memudaratkan murid. Setiap stesen mempunyai tempat ( kabinet ) yang sesuai untuk
menyimpan perlatan-peralatan yang bahaya. Selain daripada itu, dengan adanya kabinet ini ruang di dalam kelas dapat dijimatkan dan kelas akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Kerusi dan meja bersesuaian dengan keperluan murid. bagi murid yang menggunakan kerusi roda, meja khas perlu disediakan agar murid tersebut merasa selesa untuk belajar di dalam kelas. Susunan kerusi dan meja juga perlu disesuaikan dengan bilangan murid bagi setiap kelas agar susunan yang diatur boleh memberikan keselesaan kepada murid dan memudahkan mereka untuk bergerak di dalam kelas untuk melakukan aktiviti pembelajaran Ruang yang luas juga perlu disediakan bagi memudahkannya bergerak di dalam kelas. Ruang yang luas ini juga boleh diguankan bagi aktiviti yang memerlukan kawasan yang luas seperti aktiviti lakonan, drama, tarian atau pergerakan badan. Susun atur perabot dan peralatan yang bersesuaian dan tidak menghalang pergerakan aktiviti murid dalam kumpulan dan memudahkan interaksi dua hala. Kemudahan asas seperti kipas, lampu sinki, tingkap, pintu depan dan pintu belakang, punca kuasa elektrik mestilah mencukupi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi keselesaan murid. Lantai jubin yang dipasang juga haruslah tidak licin agar tiada murid atau guru yang tergelincir nantinya. Ruang stesen mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menampung bilangan murid yang disarankan iaitu 6 orang setiap stesen. Ruang yang terhad akan membantutkan pergerakan murid dan menjadikan guru tidak dapat mempelbagaikan pengajaran mereka kerana keadaan ruang yang terhad.
13
Pemilihan perabot dalam stesen perlu mengambil kira ciri-ciri seperti keselamatan, kandungan bahan yang digunakan, reka bentuk dan keperluan penggunaannya. Perabot yang disediakan boleh diperbuat daripada kayu, besi atau plastic. Contohnya, rak buku, meja dan almari diperbuat dari[ada kayu. Perabot yang digunakan perlu bersesuaian dengan saiz fizikal ruang dan murid supaya murid dapat belajar dalam keadaan selesa dan selamat. Contohnya, penggunaan meja Jepun untuk aktiviti Pendidikan Seni mampu untuk menjimatkan ruang dan memberikan kepelbagaian dalam kelas. Semasa guru merancang untuk menempatkan perabot di stesen, keluasan fizikal ruang perlu diambil kira supaya tidak mengganggu pergerakan aktiviti murid. Susun atur perabot dan peralatan mestilah menimbulkan suasana yang menarik, ceria dan kemas. Suasana ini akan membantu memberi ransangan minda kepada murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Setiap perabot yang ditempatkan di stesen perlu difikirkan dari segi keperluannya supaya tidak berlaku pembaziran ruang. Contohnya, menempatkan katil di bilik urus diri dengan tujuan melatih murid membuat latihan amali mengemas katil.
Aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga diambil kira dalam pengurusan bilik darjah pendidikan khas. Setiap stesen dilengkapi dengan kipas, pintu dan tingkap bagi memastikan pengudaraan bagi setiap stesen berada dalam keadaan yang baik. Hal ini penting bagi memastikan murid berasa selesa berada di dalam kelas dan menyihatkan tubuh murid dengan pengudaraan yang baik. Setiap stesen juga dilengkapi dengan pencahayaan yang cukup. Hal ini kerana pencahayaan amat penting bagi murid-murid berkeperluan khas kerana ada sesetengah mereka mengalami masalah penglihatan dan memerlukan kelas yang terang. Pencahayaan yang baik juga penting dalam memberikan keselesaan kepada murid pendidikan khas serta memudahkan mereka untuk menjalani aktiviti pembelajaran. Kedudukan murid perlu diambil perhatian bagi setiap guru. Penyusunan murid di dalam kelas mempengaruhi prestasi murid. Bagi kelas pendidikan khas, digalakkan guru
14
untuk menyusun atur meja dan kerusi secara hemisfera di mana, guru lebih mudah untuk mengawal murid dan dapat membimbing murid secara individu. Hal ini juga membantu bagi mereka yang berkerusi roda untuk lebih selesa berada di meja sendiri dan memudahkan mereka untuk bergerak. Susunan meja sebegini juga menggalakkan interaksi dua hala antara guru murid dan murid dengan murid yang lain. Mereka akan mudah untuk berhubung kerana kontak mata berlaku sesama mereka.
Melalui
pelaksanaan
sistem
stesen
ini,
kemahiran
murid
dapat
dipertingkatkan ke tahap yang maksimum bagi membentuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Jabatan Pendidikan Khas. Sistem stesen ini juga mampu untuk memberikan keselesaan kepada murid pendidikan khas untuk belajar seperti kanak-kanak normal yang lain.
15
4.0
Budaya yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat kita diberikan beberapa takrif mengikut kesesuaian dengan latar belakang masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Perkataan budaya berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan Melayu iaitu Buddhi (kecergasan fikiran dan akal) dan Daya ( kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh) Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, kelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, pilitik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya ditakrifkan dengan keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Walaubagaimanpun, budaya boleh berubah mengikut peredaran masa dan diterima bersama oleh sesebuah masyarakat. Di Malaysia, kewujudan pelbagai kaum telah menyebabkan berlaku pertembungan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya yang wujud ini jika tidak dapat difahami oleh setiap kaum akan menyebabkan berlakunya pertumpahan darah seperti sejarah negara terdahulu iaitu Peristiwa 13 Mei. Oleh itu, budaya masyarakat Malaysia tersendiri perlu diterapkan dalam setiap individu bagi mencapai perpaduan dan kemakmuran negara.
16
Melalui proses asimilasi budaya sesuatu kaum kepada kaum yang lain serta proses amalgamasi dan akomodasi yang menjelaskan bahawa setiap etnik perlu menyedari nilai dan norma antara satu sama lain. Ini bermaksud setiap etnik tetap mempertahankan budaya mereka tetapi hidup harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap etnik mestilah saling bergantung antara satu sama lain dalam institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan untuk mencapai matlamat bersama. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa negara kita telah mengalami pelbagai proses dalam membentuk kebudayaan masyarakat Malaysia. Seharusnya disedari bukan mudah untuk
membentuk satu bangsa Malaysia yang mampu saling menghormati budaya antara etnik. Oleh itu, langkah untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dilaksanakan di dalam bidang pendidikan. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid- murid akan terdidik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya
masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai warga pendidik, guru seharusnya bertanggungjawab untuk menerapkan nilainilai yang sesuai dan boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kegiatan ko-kurikulum dan kurikulum. Ramai anak bangsa Malaysia telah berjaya di bidang kurikulum. Pencapaian peperiksaan terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pencapaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah menunjukkan peningkatan setahun demi setahun dengan adanya perancangan program dari pihak Kementerian Pelajaran mahupun dari pihak sekolah sendiri. Melalui program sebeginilah perlunya diterapkan budaya sebagaimana yang dikehendaki masyarakat. Sebagai contoh, pelajar terbaik SPM tahun 2010,Nik Nur Mardiah yang mencapai pencapaian terbaik dengan memperolehi keputusan 21A merupakan pelajar yang dikategorikan oleh guru-guru sekolah sebagai seorang pelajar yang
17
rajin, bermotivasi tinggi dan menghormati guru serta rakan-rakan. Sifat seorang pelajar inilah merupakan hasil acuan kepada budaya yang diterapkan di sekolah dan masyarakat. Pelajar cemerlang seperti Nik Nur Madhiah mungkin akan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung pelajar cemerlang seperti ini akan membawa budaya Malaysia ke merata dunia. Bukan itu sahaja, pelajar Malaysia yang berada di luar negara akan turut membawa pulang budaya asing. Budaya asing yang sesuai dan tidak bercanggah, diterima dalam budaya masyarakat Malaysia. budaya yang diterima seharusnya tidaklah bertujuan untuk meniru orang asing seperti gelaja sosial yang tidak berfaedah, tetapi perlu ditiru budaya yang mampu memberikan sumbangan yang berguna kepada negara khususnya. Oleh itu, budaya
merupakan sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan perlu terus akan diamalkan bagi mengangkat martabat negara. Sekolah juga haruslah berupaya menerapkan budaya melalui kegiatan kokurikulum. Guru seharusnya berperanan untuk merealisasi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang mampu memberikan sumbangan untuk kemakmuran negara:-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
18
Kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran yang kini menghasratkan setiap pelajar menyertainya sehingga memperkenalkan program Satu Murid Satu Sukan jelas merujuk kepada usaha kerajaan yang mahu melahirkan seorang individu yang seimbang dari segi intelektual dan juga emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bidang kerohanian juga tidak diketepikan bertepatan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mempunyai kepercayaan agama masing-masing. Kegiatan kokurikulum di sekolah telah berupaya mengasah bakat murid dan telah melahirkan ramai bintang sukan bertaraf dunia. Sebagai contoh Datuk Lee Chong Wei jaguh badminton perseorangan dunia dan Azizulhasni Awang yang mendapat gelaran The Pocket Rocket Man oleh dunia telah diasah bakatnya di zaman persekolahan mereka. Bintang- bintang sukan bertaraf dunia ini telah memberi sumbangan dalam mengharumkan nama Malaysia. Usaha ini bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat melahirkan individu yang seimbang dari semua segi iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Berdasarkan huraian di atas, kita harus dapat menikmati dan
memanfaatkan bersama kecemerlangan pencapaian setiap kaum dan budaya sebagaimana masyarakat Melayu, Cina dan India sama-sama berasa bangga dan megah melihat Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang Datuk Nicol David mencipta nama masing-masing untuk negara di dunia. Guru perlu menegaskan kepada murid bahawa perlu diingat pencapaian peribadi itu tidak mungkin berlaku tanpa sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada kemudahan kebangsaan selain daripada usaha peribadi individu itu sendiri. Kerjasama, persefahaman dan komitmen antara kaum inilah yang perlu diwujudkan di peringkat sekolah lagi. Kepelbagaian budaya menyebabkan perlunya pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan di kalangan murid. Ini dapat dicapai dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum berasaskan ciri-ciri rohani, kemanusiaan, spiritual dan mental. Ciri- ciri yang berkenaan haruslah menjadi asas kepada
19
guru untuk menerapkan budaya yang relevan ke dalam jiwa murid supaya mereka kelak dapat menyesuaikan diri dalam budaya masyarakat. Usaha ini adalah satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik yang mempunyai budaya masing-masing di bawah satu bentuk identiti nasional yang khusus dan dapat diterima oleh setiap golongan etnik di negara ini. Proses penyatuan pendidikan berbilang kaum di negara ini telah mengalami pelbagai rintangan dan cabaran. Daripada dasar pentadbiran pecah perintah yang diperkenalkan oleh penjajah dahulu telah cukup membuktikan bahawa dasar ini tidak mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang ada seperti sekarang. Sebagaimana ucapan Menteri Pelajaran:...merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan luar bandar: jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dati arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein (Perutusan Tahun Baru, 2006)
Ini jelas menunjukkan komitmen kementerian dalam menangani jurang perbezaan dalam sistem pendidikan di negara. Secara tidak langsung menjelaskan terdapatnya jurang pendidikan yang perlu diatasi. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SBP, SMT, SMKA, Sekolah Model Khas dan SMK harian. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktan Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.
20
Pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat. penduduk bandar dan luar bandar diberikan peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf denganya. Pembinaan sekolah agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid. Hal ini jelas menunjukkan sekolah merupakan ruang untuk pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. murid harus diterapkan dengan nilai yang baik tanpa mengira taraf sosio budaya mereka. Pihak sekolah perlu menggunakan bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam urusan rasmi. Walaupun wujud sekolah yang bercirikan sesuatu kaum iaitu SK,JKC dan SJKT, namun ada juga dikalangan murid Melayu yang bersekolah di sekolah SKJC malah ada ramai murid Cina dan India bersekolah di SK. Ini menunjukkan usaha kerajaan dalam menangani isu perkauman telah sedikit sebanyak menunjukkan perubahan positif. Perpaduan bukan mudah dibentuk seperti tulisan di atas tinta namun, perpaduan memerlukan persefahaman dan toleransi antara etnik di negara ini. Malaysia merupakan milik kita bersama seperti yang dikemukan oleh Perdana Menteri,Dato Sri Najib Tun Razak melaui konsep 1 Malaysia.
Gagasan 1 Malaysia diwujudkan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum , berteraskan nilai- nilai penting ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak (Perutusan Tahun Baru 2010 ) Kewujudan pelbagai etnik dan budaya di Malaysia merupakan satu kelebihan yang perlu dibanggakan kerana melalui kepelbagaian yang wujud ini, Malaysia mampu melahirkan pelbagai idea dan pemikiran yang mampu meningkatkan lagi taraf pendidikan negara. Pada 20 Januari 2010, YAB Perdana Menteri telah
21
melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Antara enam NKRA yang telah diputuskan oleh
kabinet ialah meningkatkan pencapaian pendidikan. Untuk mencapai objektif tersebut, perlunya pelbagai pihak berganding bahu bekerjasama dalam memberikan idea dan pendapat.
Dalam mencapai status negara moden, perpaduan nasional merupakan matlamat akhir. Perpaduan nasional akan terbentuk dengan kerjasama, saling menghormati budaya etnik lain. Matlamat akhir proses perpaduan ini ialah terbentuknya satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada satu masyarakat yang berbilang etnik bersatu pada, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri.
22
5.0
Seorang guru yang bertanggungjawab bukan sahaja memikirkan tentang tanggungjawabnya, malahan guru itu juga memikirkan tentang keselesaan murid-muridnya ketika berada dalam kelas. Guru juga perlu memikirkan tentang keselesaan murid, kerana keadaan bilik darjah yang kondusif mampu memberikan kesan yang baik pada proses pengajaran dan pembelajaran murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sendiri menyatakan: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Untuk mencapai matlamat ini, guru bukan sahaja perlu membaiki proses pengajaran dan pembelajaran, malahan guru perlu memikirkan aspek fizikal dan sosio emosi murid serta kelas yang kondusif. Atan Long (1986) juga menyatakan bahawa bilik darjah ialah tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka, guru perlu menggunakan bilik darjah sebaik mungkin dalam proses mengajar dan membentuk murid, tidak kiralah apa bangsa mereka. Pelukisan mural juga memberi kesan pada pembangunan insaniah dalam diri murid-murid. Murid-murid mempelajari betapa pentingnya perpaduan melalui lukisan yang bertemakan perpaduan dan betapa pentingya kebersihan jika lukisan bertemakan kebersihan. Selain itu, kedudukan murid dalam kelas juga mempengaruhi sosio budaya dan tahap pendidikan murid-murid. Murid bangsa Melayu diasingkan daripada murid bangsa Cina dan begitulah sebaliknya adalah satu isu yang tidak sihat. Seorang guru yang berkaliber tidak dibenarkan untuk
23
membuat begitu, kerana ini menolak isu perpaduan dan konsep 1 Malaysia yang telah diterapkan. Melalui konsep 1 Malaysia, perpaduan dibentuk melalui persefahaman dan toleransi antara etnik di negara ini.. Malaysia merupakan milik kita bersama seperti yang dikemukan oleh Perdana Menteri,Dato Sri Najib Tun Razak. Oleh sebab itu, guru bertanggungjawab menerapkan konsep itu melalui persefahaman di dalam kelas. Mengajar dengan bersungguh tanpa memikirkan etnik dan bangsa. Jauh sekali menganak tirikan bangsa yang berbeza. Antara 6 NKRA yang dipertanggungjawabkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran bertanggungjawab mengetuai pengluasan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Melalui NKRA, Perdana Menteri mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan. Justeru, tanggungjawab guru yang perlu digalas agar dapat mencapai sasaran itu tadi. Sebagai tambahan, pengetua dan guru besar sekolah dijanjikan dengan ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun, ganjaran itu bukanlah matlamat utama seorang pendidik, kerana apa yang pastinya, semua murid akan dididik dengan adil, tanpa mengira bangsa dan kaum mereka. Jelas di sini, betapa pentingya tanggungjawab seorang guru dalam mendidik anak bangsa. Guru bukan sahaja mengajar, malahan mendidik anak bangsanya supaya bersama memajukan diri, bangsa, agama dan negara. Sungguh pun begitu, guru perlu sedar akan keperluan fizikal dan sosio emosi murid yang perlu dipenuhi. Bukan sekadar untuk mencapai matlamat dalam pengajaran, malahan membantu perkembangan murid-murid agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial.
24