Anda di halaman 1dari 30

ISI KANDUNGAN

Biodata Perakuan Tajuk Tugasan Penghargaan 1.0 2.0 2.1 3.0 3.1 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 5.0 5.1 6.0 Pendahuluan Soalan Aneka Pilihan Aras Taksonomi Domain kognitif Bloom Cara Pengiraan Jadual Spesifikasi Ujian Tahun 4 Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 Petikan 1 Petikan 2 Petikan 3 Petikan 4 Petikan 5 Skema Jawapan Analisis Soalan Penutup Bibliografi Lampiran

i ii iii iv 1 2 3 5 6

7 10 14 17 20 24 25 26 27

1.0

Pendahuluan

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan murid belajar. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah memudahkan para pelajar menjawab soalan peperiksaan Penggubalan dan pembinaan sesuatu kertas ujian haruslah mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Guru harus memastikan ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran dan perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti dan terperinci kerana semasa sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini, memerlukan kepakaran guru dalam menentukan bentuk-bentuk soalan yang akan dibina iaitu soalan daripada aras mudah ke susah. Tugasan kerja kursus ini memfokuskan pada pembinaan jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu sekolah rendah. Tugasan akhir ialah membina tiga puluh item soalan daripada lima jenis petikan atau teks pemahaman Bahasa Melayu berdasarkan enam aras kognitif iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan murid diuji dengan menggunakan soalan yang relevan berasaskan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.

Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya pengukuran yang adil. ( Hale,1980 )

2.0

Soalan Aneka Pilihan Merupakan satu teknik baru jika dibandingkan dengan teknik penyoalan secara terbuka. Senang ditadbir, keobjektifannya dari segi pemarkahan dan pengukuran. Tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan bahasa dari murid. Menggalakkan pelajar meneka dalam usaha mencari jawapan betul.

Prinsip Penyediaan Soalan Aneka Pilihan Arahan perlu jelas, pilih jawapan yang paling tepat. Soalan dan jawapan padat, jelas ,tidak berbunga-bunga elak pelajar buang masa. Setiap jawapan pilihan ditulis dengan menarik dan jawapan adalah munasabah. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak , elak pelajar meneka. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara. Jawapan pilihan boleh disusun ikut abjad

2.1

ArasTaksonomi Domain Kognitif Bloom

Pengetahuan: Guru mengemukakan soalan-soalan yang hanya memerlukan murid mengingat kembali dan menyatakan semula keterangan atau fakta-fakta yang telah dipelajari. Contoh kata tugas: bila, siapa , apa, di mana , terangkan, berapa.

Kefahaman: Guru mengemukakan soalan-soalan yang menguji pemahaman murid mengenai sesuatu perkara. Ia mengkehendaki murid membuat tafsiran, atau menghuraikan sesuatu yang dapat difahami. Contoh kata tugas : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan,huraikan dan seumpamanya.

Aplikasi: Guru mengemukakan soalan-soalan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari itu dan mencubakannya dalam satu situasi yang baru. Contoh kata tugas: bagaimana, gunakan, selesaikan, kelaskan, pilih, jelaskan

Analisis: Guru mengemukakan soalan-soalan yang memerlukan para murid mengkaji bukti-bukti, mentafsir hasil, membuat huraian, mencerakinkan, menciri, dan

mengatur serta melahirkan pemikiran mereka. Contoh kata tugas: bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

Sintesis: Guru mengemukakan soalan-soalan yang melibatkan seorang atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif, mungkin mengenai satu situasi atau keadaan yang membawa kepada penyatuan beberapa idea. Contoh kata tugas: kumpulkan, susunkan, gubahkan, selesaikan. Penilaian: Guru mengemukakan soalan-soalan yang memerlukan murid memberi hujahhujah mengenai idea-idea dan kemudian memberi sebab-sebab untuk menyokong pertimbangan-pertimbangan mereka. Contoh kata tugas: nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan,bicarakan, buktikan.

3.0 Bil 1

CARA PENGIRAAN Bidang Pemahaman 1 Masa Belajar 5 Anggaran (5/25)x30=6 Jumlah Item 6

Pemahaman 2

(5/25)x30=6

Pemahaman 3

(5/25)x30=6

Pemahaman 4

(5/25)x30=6

Pemahaman 5

(5/25)x30=6

Jumlah

25

30

JUMLAH ITEM = MASA BELAJAR JUM. MASA BELAJAR x JUMLAH ITEM YANG HENDAK DIBINA

3.1 BIL

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4 OBJEKTIF P / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / K A A S P JUMLAH ITEM 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

BENTUK SOALAN KEMAHIRAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Pemahaman 1 Pemahaman 1 Pemahaman 1 Pemahaman 1 Pemahaman 1 Pemahaman 1 Pemahaman 2 Pemahaman 2 Pemahaman 2 Pemahaman 2 Pemahaman 2 Pemahaman 2 Pemahaman 3 Pemahaman 3 Pemahaman 3 Pemahaman 3 Pemahaman 3 Pemahaman 3 Pemahaman 4 Pemahaman 4 Pemahaman 4 Pemahaman 4 Pemahaman 4

24 25 26 27 28 29 30

Pemahaman 4 Pemahaman 5 Pemahaman 5 Pemahaman 5 Pemahaman 5 Pemahaman 5 Pemahaman 5

/ / / / / / / JUMLAH

1 1 1 1 1 1 1 30

Anggaran soalan mengikut aras Soalan 30 Mudah 10 Sederhana 10 Sukar 10 Jumlah 30

4.0

Soalan Bahasa Melayu Tahun 4

4.1

Petikan 1

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syamil ialah anak tertua daripada lapan orang adik-beradik. Kehidupan keluarganya seperti kata pepatah,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Namun begitu, semua ini tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan liku-liku hidup. Dia ingin membuktikan bahawa rezeki secupak tidak akan menjadi segantang adalah tidak benar.

Selepas sembahyang subuh, Syamil telah keluar untuk bekerja. Dia melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti buruh binaan dan pemandu lori. Ketika itu juga dia berazam hendak membuka perniagaan apabila duit simpanan telah mencukupi untuk dijadikan modal nanti. Berkat ketekunan dan kerajinannya Syamil berjaya mengumpul wang bagi memulakan perniagaan. Pada awalnya dia membeli buah-buahan dan sayur-sayuran dari kampung dan menjualnya.

Rezekinya semakin bertambah dari semasa ke semasa apabila perniagaannya bertambah maju. Sikap Syamil yang ramah mesra dan jujur menyebabkan pelanggannya semakin ramai. Kini, Syamil telah mempunyai tiga buah lori dan sebuah kedai runcit. Tetapi, dia tidak pernah lupa akan asal-usul serta adik-adiknya. Hasil bantuan Syamil,adik-beradiknya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Dia juga amat pemurah kerana sering menghulurkanderma kepada pihak yang memerlukan.

1. Anak ke berapakah Syamil dalam keluarganya?

A Sulung

B Bongsu

C Ke lapan

D Tunggal

2. Sebelum menjadi ahli perniagaan Syamil pernah bekerja sebagai

A pekebun sayur

B pemandu lori

C pembantu di kedai runcit

D penjual buah-buahan tempatan

3. Syamil memulakan perniagaan dengan

A berniaga barangan runcit.

B membeli sebuah lori.

C menjual bahan binaan.

D berniaga hasil pertanian.

4. Syamil berjaya dalam hidup kerana

A tekun dan tegas.

B sopan santun dan ikhlas.

C jujur dan gigih berusaha.

D rajin dan setia.

5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.

A Syamil menyara persekolahan adik-adiknya sejak dia kecil lagi.

B Syamil menjual sayuran dan buah-buahan di kampungnya.

C Syamil bercita-cita untuk menjadi usahawan sejak mula bekerja.

D Syamil memiliki lori dan beberapa kedai runcit.

6. Rangkai kata liku-liku hidup dalam petikan bermaksud

A semangat yang berterusan.

B dugaan dalam kehidupan.

C kehidupan yang meyakinkan.

D cabaran dalam perniagaan.

4.2

Petikan 2

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

AHAD, 18 Julai 2010

Cikgu Badri, guru mata pelajaran Kemahiran Hidup memberi kerja projek kepada kelas kami. Aku, Badri dan Alias dikehendaki mencari dinamo basikal. Bahan itu perlu dibawa lusa.

Tamat waktu persekolahan, kami ke kedai basikal. Pekedai basikal itu menyuruh kami membongkar satu kotak besar yang mengandungi pelbagai jenis barang. Hampir setengah jam mencari, barulah kami menemui dinamo basikal.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada pekedai itu, kami pun beredar ke perpustakaan awam. Kami ingin mencari maklumat tambahan tentang dinamo.

SELASA, 20 JULAI 2010

Cikgu Badri mengarahkan setiap kumpulan membuka dan memasang

dinamo. Kumpulan yang tidak membawa dinamo didenda. Mujurlah Cikgu Badri tidak naik angin. Tetapi, budak-budak itu tidak pernah memahami perangai Cikgu Badri.

Setiap kumpulan diminta melabelkan bahagian-bahagian dinamo yang telah dibuka itu. Kumpulan saya dapat menyiapkan kerja itu dalam masa lima minit sahaja sebaliknya kumpulan yang lain mengambil masa dua puluh minit. Kemudian kami disuruh memasang semula bahagian-bahagian dinamo itu.

Cikgu Badri memberi gred A kepada kumpulan kami. Gred diberi berdasarkan kecekapan, sikap kerjasama, kebersihan dan ketepatan. Kami berasa sangat bangga.

7 Bilakah Cikgu Badri memberi kerja projek kepada kelas penulis

A Ahad, 18 Jun 2010 B Ahad, 18 Julai 2010 C Selasa, 20 Jun 2010 D Selasa, 20 Julai 2010

8 Apakah kerja projek yang diarahkan oleh guru Kemahiran Hidup?

A Pergi ke kedai basikal.

B Membawa dinamo lama ke sekolah.

C Membuka, melabel dan memasang dinamo basikal.

D Mencari barang-barang tidak terpakai di kedai basikal.

9 Maksud membongkar dalam petikan ialah

A memunggah

B menyelerakkan

C mendedahkan

D merombak

10 Penulis melabelkan bahagian-bahagian dinamo itu dengan cepat sekali

kerana mereka

A rajin bertanya guru.

B kumpulan yang rajin dan cekap.

C telah bersedia dengan pengetahuan tambahan.

D sebelum ini telah membuka dan melabel dinamo.

11

Simpulan bahasa naik angin dalam petikan bermaksud

sikap cepat marah.

tidak dapat mengawal diri.

rasa tidak selesa dalam dada.

suhu badan naik secara tiba.

12

Cikgu Badri memberi gred A kepada kumpulan penulis kerana mereka

A mendapat markah tertinggi dalam semua aspek.

B pandai mengambil hati cikgu.

C berjaya menyiapkan kerja.

D rajin ke perpustakaan.

4.3

Petikan 3

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

ACARA Mencipta Logo Hari Kemerdekaan

TARIKH 2 Ogos hingga 15 Ogos

TEMPAT Perkarangan Muzium Negeri

AKTIVITI Mencipta logo Pertandingan warna Pameran Ceramah Pameran Tayangan filem

Pameran Harimau Mati Meninggal Belang. Manusia Mati Meninggalkan Nama Pameran Satu Malaysia

1 Ogos hingga 14 Ogos

Balai Seni Negara

21 Ogos hingga 31 Ogos

Ruang Legar Perpustakaan Negara

Pameran Pertandingan drama Demostrasi kraf tangan Pertandingan nyanyian Persembahan koir Persembahan artis Lintas hormat unit beruniform

Pertandingan Lagu lagu Patriotik

Minggu Pertama Bulan Ogos dan Minggu Keempat Bulan Ogos

Dewan Besar Radio Televisyen Malaysia Kedah

Pertandingan Hari Kebangsaan

31 Ogos

Perkarangan Stadium Darul Aman

Pertunjukan payung terjun Upacara menaikkan Jalur Gemilang

13

Bilakah negara kita menyambut hari kemerdekaan? A 1 Ogos1957 B 14 Ogos 1957 C 21 Ogos 1957 D 31 Ogos 1957

14

Berapa lamakah Pameran Satu Malaysia diadakan?

A Sembilan hari B Sebelas hari C Sepuluh hari D Dua belas hari

15

Bilakah bermula pertandingan mencipta logo diadakan?

A Pada 1 Ogos hingga 15 B Sehari sebelum Pameran Satu Malaysia C Sehari selepas pertandingan lagu-lagu patriotisme D Sehari selepas Pameran Harimau Mati Meninggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan Nama

16

Amin mengunjungi Pameran Satu Malaysia, dia berpeluang A mendengar ceramah. B melihat persembahan koir. C menyaksikan persembahan artis. D melihat hasil kraf tangan rakyat Malaysia.

17

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan

A Pameran. B Pertunjukan drama. C Persembahan artis. D Pertunjukan lintas hormat unit beruniform.

18

Peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati

meninggalkan nama dalam jadual bermaksud A nama yang sering diingati. B nama yang amat terkenal. C kasih yang amat berharga. D kasih sayang yang berpan

4.4

Petikan 4

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang saya hormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Encik Abas bin Din, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, yang saya hormati Encik Ramli bin Zainal, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guruguru dan pengawas sekalian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengundang saya ke majlis ini. Hadirin yang saya hormati, Saya mengucapkan tahniah kepada semua pengawas kerana berjaya mengikuti kursus-kursus ini yang diadakan buat julung kalinya. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi, latihan

pengucapan umum, pengurusan masa, aktiviti keagamaan dan sukaneka. Saya berharap agar semua peserta telah diberi pendedahan tentang tatacara menjalankan tugas. Oleh itu, para pengawas lebih bertanggungjawab dan yakin untuk menjalankan tugas masing-masing. Saya percaya bahawa saudara dapat membantu pihak sekolah untuk menjaga kebersihan dan memastikan bahawa murid mematuhi peraturan sekolah. Hadirin yang saya kasihi, Saya ingin menyeru semua pengawas supaya menjaga penampilan diri, kesihatan dan cara komunikasi untuk menunjukkan sikap serta sahsiah yang terpuji. Dengan ini, saudara akan lebih dihormati dan disegani. Saya akan menghargai usaha pihak sekolah kerana berjaya mengadakan kursus ini bagi membentuk pengawas yang berwibawa. Harapan saya agar kursus seperti ini dapat diadakan lagi pada masa datang. Akhir kata, selaku Pegawai Pelajaran Daerah, saya merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa.

Sekian, terima kasih. 19 Siapakah Encik Abas bin Din? A B C D 20 Guru Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa Guru Disiplin Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Aktiviti yang tidak diikuti oleh pengawas sekolah ini ialah A pengurusan masa. B ceramah motivasi. C penjagaan kesihatan. D latihan pengucapan umum.

21

Pegawai pelajaran Daerah menyeru pengawas sekolah agar dapat

A menghadiri kursus pada masa akan datang. B menunjukkan sikap dan peibadi yang baik. C menjaga kebersihan persekitaran sekolah. D menjaga disiplin murid-murid sekolah.

22

Apakah tujuan kursus pengawas sekolah ini diadakan?

A Memberikan peluang pihak sekolah mengadakan aktiviti tahunan. B Mengenali Pegawai Pelajaran Daerah dengan lebih dekat. C Memastikan peraturan sekolah dipatuhi. D Melahirkan pengawas yang berkebolehan. 23 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Pengawas yang berperibadi baik lebih dihormati. B Pengawas mengikuti pelbagai aktiviti semasa berkursus. C Pengawas diminta supaya memberikan pendedahan kursus kepada murid lain. D Pengawas diharap supaya lebih berkeyakinan selepas mengikuti kursus. 24 Maksud frasa tatacara menjalankan tugas dalam petikan ialah A tindak tanduk yang dapat diteladani. B susunan atur acara yang perlu dipatuhi. C perkara yang perlu diikuti semasa bekerja.

D peraturan semasa melaksanakan tanggungjawab.

4.5

Petikan 5

Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.


Sahabat, Masihkah kau ingat saat bermulanya Persahabatan ini Sungguh indah hubungan itu Kita berkongsi segala suka dan duka. Sahabat, Andai dikau tersalah jalan Aku harus menegur Kesilapan dan kesalahan yang dikau lakukan Semoga dikau akan sedar Kembali ke pangkal jalan. Sahabat, Ingatlah kata-kataku ini Janganlah kita mementingkan diri Sombong, kedekut dan iri hati Lontarkannya semua ke tepi Sekiranya kita ingin mendapat kawan.

Sahabat, Andai dikau sudah berjaya Janganlah melupakan ibu bapamu, Gurumu dan sahabatmu Ingatlah kepada mereka yang selalu memberi dorongan.

Sahabat, Apalah gunanya hidup kita Jika bersikap bagai kacang lupakan kulit.

25

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak?

A Mengenang budi ibu, bapa, guru dan sahabat.

B Memaafkan segala kesalahannya sahabat.

C Menghukum sahabat yang bersalah.

D Memutuskan tali persahabatan.

26

Berikut merupakan sifat yang tidak perlu dimiliki oleh seseorang

sahabat kecuali

A mementingkan diri.

B kedekut.

C sombong.

D rajin.

27

Kita tidak seharusnya melupakan ibu bapa dan guru apabila sudah

berjaya kerana

A tidak dapat berkongsi suka dan duka dengan mereka.

B mereka selalu memberi dorongan kepada kita.

C hidup akan kesunyian tanpa kebahagian.

D kita tidak akan mendapat kawan.

28

Frasa bagai kacang lupakan kulit dalam puisi tersebut bermaksud

A orang yang tidak mengenang budi.

B orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.

C orang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

D orang yang sering mengambil kesempatan ke atas orang lain.

29

Apakah keistimewaan mempunyai seorang sahabat?

A boleh meminjam barangan sahabat.

B berkongsi segala suka dan duka.

C bergembira bersama.

D bermain bersama.

30

Puisi di atas ialah

A pantun.

B syair.

C sajak.

D gurindam.

5.0 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

SKEMA JAWAPAN A B D C C B B B A C A A D B

15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 27 28. 29. 30.

C D C A B C B D A D A B A B C

5.1

ANALISIS SOALAN

JAWAPAN BIL BENTUK SOALAN ARAS SOALAN A / / / / / / B C D

1 2 3 4 5 6

Pemahaman 1 Pemahaman 2 Pemahaman 3 Pemahaman 4 Pemahaman 5 Pemahaman 6

Pengetahuan Kefahaman Analisis Sintesis Penilaian Aplikasi

7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Pemahaman 7 Pemahaman 8 Pemahaman 9 Pemahaman 10 Pemahaman 11 Pemahaman 12 Pemahaman 13 Pemahaman 14 Pemahaman 15 Pemahaman 16 Pemahaman 17 Pemahaman 18 Pemahaman 19 Pemahaman 20 Pemahaman 21 Pemahaman 22 Pemahaman 23 Pemahaman 24 Pemahaman 25 Pemahaman 26 Pemahaman 27 Pemahaman 28 Pemahaman 29 Pemahaman 30 JUMLAH

Pengetahuan Analisis Kefahaman Sintesis Aplikasi Penilaian Pengetahuan Analisis Kefahaman Sintesis Penilaian Aplikasi Pengetahuan Kefahaman Analisis Sintesis Penilaian Aplikasi Sintesis Analisis Pengetahuan Aplikasi Penilaian Kefahaman 8 / / / / / / /

/ /

/ / / / /

/ / / /

/ /

/ / 9 7 6

Anda mungkin juga menyukai