Anda di halaman 1dari 1

Apa itu menaakul?

Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. Bagus juga bila pelajar diberikan ruang serta galakan untuk mengasah kemahiran tersebut. Tentunya akan membolehkan mereka membezakan antara yang positif dan negatif. Penilaian Berasaskan Sekolah Yang pastinya telah banyak yang berlaku didalam sistem pendidikan peringkat rendah di negara ini. Kalau dahulu penilaian pelajar adalah 100 % berdasarkan peperiksaan, kini dengan modul baharu KSSR serta Penilaian Berasaskan Sekolah bakal merubah persepsi masyarakat terhadap peperiksaan UPSR. Berdasarkan apa yang difahami ketika taklimat, UPSR akan mengamdungi 2 komponen iaitu Penilaian Berasaskan Sekolah dan Peperiksaan. Penilaian Berasaskan Sekolah mewakili 40% dan Peperiksaan adalah sebanyak 60%. Sistem ini hampir sama dengan penilaian yang diguna di institut pengajian tinggi. Dengan adanya sistem penilaian yang bukan 100% beradasarkan peperiksaan akan dapat memberi penilaian yang adil kerana segala aktiviti di sekolah, kecemerlangan sukan dan sebagainya akan diambil kira dalam menentukan keputusan UPSR.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut: Dulu 3M Sekarang 4M http://www.mdanif.com/2011/01/dulu-3m-sekarang-4m.html#ixzz281r5A6NA Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Anda mungkin juga menyukai