Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN Melayu merupakan satu rumpun yang dikenali di kalangan masyarakat antarabangsa sebagai satu bangsa yang berkembang

maju dengan pesat. Semenjak zaman sebelum merdeka masyarakat melayu telah terkenal sebagai bangsa yang sering mengembara dan mudah menerima bangsa lain supaya hidup bersama-sama di dalam kelompok masyarakatnya. Malah, jika diperhatikan dari zaman kesultanan Melaka, keterbukaan kaum Melayu jelas kelihatan di mana banyak bangsa asing dari seluruh dunia sama ada dari timur mahupun barat seringkali berminat dengan bangsa melayu kerana sifat keterbukaan melayu tersebut. Keterbukaan ini bukan sahaja meliputi pergaulan, malah turut terbuka dari segi bahasa, kebudayaan, kesasteraan, kehidupan dan sebagainya. Keterbukaan ini menjadikan rumpun melayu mempunyai rangkaian kebudayaan dan bahasa yang lebih meluas apabila ianya dipengaruhi oleh unsur-unsur dari kaum atau etnik yang lain. Di antara etnik seluruh dunia yang mempengaruhi perkembangan bahasa,

kesusasteraan, budaya dan lain-lain di alam melayu adalah dari bangsa cina, india, arab, inggeris, sepanyol, portugis dan banyak lagi. Tidak ketinggalan pengaruh etnik dari kawasan nusantara atau lebih dikenali sebagai kawasan asia tenggara turut sama mempengaruhi peluasan aspek-aspek yang disebutkan tadi di alam melayu. Di antara puak atau etnik dari nusantara yang mempengaruhi alam melayu ialah bugis, banjar, minangkabau, jakun, etnik sabah dan sarawak serta tidak ketinggalan jawa yang turut mempengaruhi kehidupan dari segala bidang dalam masyarakat melayu. Jika diperhatikan juga, keterbukaan melayu yang begitu meluas telah menerima etnik dari sekitar nusantara sebagai sebahagian daripada mereka. Malah, pada masa kini mereka juga dianggap sebagai melayu asalkan mereka berasal dari kawasan nusantara. Cuma terdapat sedikit perbezaan bagi etnik yang berasal daripada Sabah dan Sarawak kerana mereka diletakkan sebagai kumpulan bumiputera walaupun diterima taraf kerakyatan mereka sebaris dengan kaum melayu. Oleh kerana itulah, kita dapat mendengar terdapatnya pelbagai jenis bahasa digunakan meskipun mereka dikumpulkan sebagai melayu. Salah satu dari bahasa yang seringkali kita dengar itu tentulah bahasa jawa. Di sini, akan diperincikan mengenai pengaruh etnik jawa di dalam rumpun melayu dari segi bahasa, kebudayaan, kesusasteraan, seni dan sebagainya. Kesemua yang dibincangkan nanti akan memperlihatkan dengan jelas bagaimana etnik jawa meresapi di dalam sebahagian

budaya rumpun melayu dan memperkukuhkan rumpun melayu sebagai satu bangsa yang unik di dunia.

Bangsa Jawa Suku Jawa merupakan suku kaum yang terbesar di Indonesia. Mereka berasal dari kepulauan jawa dengan kepadatan yang tinggi di sana. Namun begitu, suku jawa telah tersebar secara meluas di seluruh pelusuk tanah Indonesia. Kaum ini juga telah melangkaui sempadan Indonesia sehingga ke serata nusantara seperti di kawasan Singapura, sebahagian Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Johor dan Selangor, kawasan selatan Filipina serta sebahagian kecil di selatan Indonesia. Pada dasarnya, kebanyakan kaum jawa berasal ini mempunyai satu pegangan agama yang sama iaitu agama Islam. Namun, di Indonesia agama mereka tidak hanya terhad beragama Islam tetapi terdapat sebilangan kecil di kalangan mereka yang juga beragama Buddha dan Kristian melalui proses asimilasi di Indonesia. Walau bagaimana pun, etnik jawa yang berada di Malaysia berbeza pula keadaannya. Di Malaysia, suku jawa adalah sebahagian daripada kaum melayu. Oleh yang demikian, seiring dengan perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa orang melayu adalah orang yang beragama Islam, maka jelaslah di sini bahwa kesemua masyarakat jawa di Malaysia mesti beragama Islam. Dari segi bahasa yang digunapakai oleh suku kaum jawa di Indonesia, mereka kebanyakan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan seharian apabila berhubung atau berkomunikasi dengan mereka yang berasal daripada etnik yang berlainan. Namun begitu adalah menjadi adat dan dianggap sebagai satu perbuatan yang sopan sekiranya mereka mampu bertutur di dalam bahasa jawa apabila mereka berhubung dengan orang yang lebih dewasa atau tua. Di Malaysia, suku jawa keadaannya jauh berbeza jika dibandingkan dengan Indonesia. Seperti yang telah diperkatakan pada awal tadi, suku jawa telah dianggap dan tergolong di dalam kaum melayu. Justeru, bahasa utama yang digunakan oleh mereka tentunya ialah dengan menggunakan Bahasa Melayu. Di kebanyakan kawasan yang penduduknya majoriti berbangsa jawa sekalipun, bahasa jawa tidak lagi digunakan dengan meluas. Sebahagian besar daripada mereka kini lebih selesa menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama. Namun yang demikian, masih

terdapat sesetengah kampung masih suku jawanya menggunakan bahasa jawa sebagai bahasa utamanya terutamanya golongan warga emas. Dari susun lapis masyarakat, masyarakat jawa boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu santri iaitu mereka yang taat pada agama Islam, abangan yang Islamnya hanya pada nama dan yang terakhir ialah kumpulan priyayi iaitu golongan bangsawan. Bagaimanapun, kumpulan-kumpulan ini semakin beransur pudar seiring dengan arus pemodenan semasa. Bangsa jawa juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri dri segi kesenian di mana kebanyakan kesenian suku jawa adalah dipengaruhi oleh hindu. Di antara pengaruh hindu yang terkenal di dalam aktiviti kesenian masyarakat jawa ialah mahabrata dan Ramayana. Secara keseluruhannya, masyarakat jawa merupakan masyarakat yang sangat unik jika asal keturunan bangsa ini diambil kira. Mereka mempunyai tamadun yang tersendiri kerana mempunyai asas budaya yang berlainan, bahasa yang berbeza dan cara hidup yang harmoni. Namun, seiring dengan perkembangan semasa dan proses asimilasi kaum melayu dan jawa, mereka kelihatan telah bersatu di dalam masyarakat dan pengaruh kaum jawa ini berlaku pada sesetengah perkara.

Rumpun Melayu Melayu di rujuk kepada kumpulan etnik dari banga Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami kawasan semenanjung tanah melayu. Tanah melayu merupakan satu kawasan yang terkenal dengan penghujung benua asia. Selain di semenanjung tanah melayu bangsa melayu tinggal di bahagian-bahagian selatan Thailand. Contoh daerah selatan Thailand adalah seperti Pattani, Narathiwat dan Golok. Selain itu juga, masyarakat melayu juga banyak mendiami pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Rumpun melayu merupakan sebuah bangsa yang sangat unik. Keunikan bangsanya yang terletak pada kepelbagaian suku kaumnya yang menampilkan pelbagai keistemewaan

yang mampu menarik semua pihak untuk lebih mengenali rumpun melayu dengan lebih dekat. Malahan rumpun melayu juga banyak mengenengahkan budaya mayarakat yang lebih halus dan sopan. Budaya mereka yang pelbagai menjadikan mereka salah satu bangsa yang sangat kreatif. Keupayaan mereka untuk menterampilkan kehebatan masyarakat mereka juga sangat mengujakan.

Rumpun melayu juga sinonim dengan masyarakat Islam. Islam juga mula dianuti oleh masyarakat melayu pada sekitar kurun ke 12 hingga kurun ke 15. Penyebaran Islam banyak dikesan dikawasan sekitar Semenanjung Tanah Melayu iaitu disekitar kawasan negeri Pahang, Terengganu, kelantan dan Melaka. Bukti yang awal menunjukkan kedatangan Islam adalah pada kurun ke 14 di Terengganu iaitu Batu bersurat. Kedatangan Islam sekaligus mengubah cara hidup masyarakat melayu yang sebelum ini di pengaruhi dengan agama hindu dan juga buddha. Walaubagaimanapun, ada sesetengah adat hindu dan buddha juga masih diterapkan dalam cara hidup masyarakat melayu. Antara adat yang masih dikekalkan dalam rumpun melayu adalah upacara sanding di dalam majlis perkahwinan rumpun melayu pada masa ini. Kedatangan Islam juga mempengaruhi cara hidup masyarakat melayu antaranya perempuan sudah mula menutup aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan juga mula dibataskan dan juga pelbagai syiar Islam mula dipraktikkan.

Sememangnya umum mengetahui bahawa masyarakat melayu mempunyai budaya yang sangat pelbagai. Kebudayaan rumpun melayu datangnya dari pelbagai lapisan etnik yang berada dibawah satu rumpun melayu. Selain itu juga, budaya masyarakat melayu banyak melalui elemen-elemen fizikal dan rohani. Elemen-elemen ini menjadikan seni dan budaya masyarakat melayu adalah sebuah budaya yang halus dan penuh warna-warni. Antara budaya rumpun melayu yang terkenal adalah tarian. Pelbagai corak tarian yang ada dalam rumpun melayu antaranya zapin. Zapin merupakan satu bentuk tarian yang terkenal di negeri Johor tarian zapin selalu ditarikan antara perempuan dan lelaki. Tarian zapin juga, seringkali diiringi dengan muzik ini kerana pada suatu ketika dahulu tarian zapin adalah tarian wajib di Istana untuk meraikan golongan di raja yang melakukan yang diadakan bagi meraikan. istiadat pertabalan dan keputeraan. Dengan adanya tarian zapin ia dikatakan lebih memeriahkan majlis istiadat di raja

Selain zapin rumpun melayu juga terkenal dengan tarian joget dari negeri Pahang. Tarian joget Pahang juga sering diringi dengan muzik gamelan yang sangat istemewa. Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong. Alatan muzik ini juga mampu menjadikan satu gabungan muzik yang sangat hebat dan menarik.

Selain kebudayaan tarian rumpun melayu juga terkenal dengan budaya dikir barat. Dikir barat merupakan satu budaya di negeri Kelantan. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

Pengaruh jawa dari segi bahasa di dalam rumpun melayu Bahasa merupakan agen penting di dalam sesebuah masyarakat. Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting di dalam menghubungkan setiap individu. Setiap ahli di dalam

kumpulan masyarakat ini mestilah mengerti dan faham mengenai setiap perkataan yang dituturkan bagi menyampaikan maklumat atau maksud ketika berhubung di antara satu sama lain. Tanpa kefahaman bahasa, maklumat tersebut tidak akan sampai kepada maksud yang ingin diberikan kepada orang lain. Seperti yang kita sedia maklum, bahasa jawa dan bahasa melayu ialah dua unit kumpulan bahasa yang berbeza kerana kedua-dua jenis bahasa ini dilahirkan di dalam dua kumpulan yang berlainan. Malah, kedua-dua kumpulan ini tidak mungkin akan dapat berhubung jika mereka tetap dengan bahasa masing-masing kerana kedua-dua kumpulan atau kaum ini secara jelas mempunyai laras bahasa yang sangat berlainan. Masyarakat jawa yang berhijrah ke Malaysia telah mengalami proses perubahan yang panjang dari segi penggunaan bahasanya. Walaupun kebanyakan kaum jawa yang menutur bahasa jawa pada asalnya telah lupa sedikit demi sedikit dengan bahasa mereka kerana kurang menutur bahasa tersebut, namun terdapat sejumlah perkataan yang diserap masuk ke dan diterima sebagai sebahagian daripada Bahasa Melayu. Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membawa bersama-sama cerita panji mereka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor. Pertembungan bahasa antara penduduk tempatan dengan bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur daripada bahasa Jawa meresap dalam bahasa Melayu dan budaya mereka sehingga terdapat kawasan petempatan mereka yang dinamakan Kampung Jawa dan Padang Jawa. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar. Dari segi pengaruh bahasa jawa ke atas bahasa melayu ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan penggunaan seperti makanan, perbuatan, tokoh dan benda maujud. Pengaruh bahasa jawa dari segi makanan ialah seperti dadar, gado-gado, garing, lontong, soto dan lempeng. Pengaruh bahasa jawa dari segi perbuatan di dalam bahasa melayu

adalah seperti beres, enteng, cerdas, lumayan, lapor dan pamer. Pengaruh dari segi tokoh adalah seperti calon, kiai dan wali. Benda maujud yang diambil dari bahasa jawa ke bahasa melayu pula ialah seperti perabot dan oleh-oleh. Apa yang telah dinyatakan itu ialah sebahagian daripada pengaruh bahasa jawa ke atas bahasa melayu. Terdapat beberapa perkataan lain yang tidak dapat dikategorikan di dalam kumpulan yang telah disenaraikan seperti lulur, gamelan, tulin dan ruwat saring. Keakraban suku kaum jawa di dalam kehidupan masyarakat melayu sememangnya tidak mampu disangkal kerana suku ini telah pun diterima sebagai sebahagian bangsa melayu. Namun begitu, pengaruh bahasa jawa ke atas bahasa Melayu tidak begitu meluas. Ini terjadi adalah mungkin kerana ianya disebabkan oleh kaum jawa ini bilangannya ialah minoriti berbanding bangsa melayu secara keseluruhannya. Sebagai kelompok majoriti, kumpulan jawa terpaksa mengasimilasikan diri mereka supaya diterima masyarakat. Justeru, tidak banyak bahasa jawa yang dijadikan bahasa Melayu. Sebilangan kecil bahasa jawa yang mempengaruhi bahasa Melayu amat terhad. Namun demikian, dengan penubuhan sekolah, NGO dan sebagainya bahasa jawa yang dipinjamkan ke Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan dan seharusnya perkara yang berjaya ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampu berdiri sendiri. Akhir sekali, jelaslah menunjukkan bahasa jawa mampu mempenhauhi bahasa Imelayu dan perkara ini dapat meningkatkan kadar celik huruf di kalangan pelajar kerana perbendahraan kata yang lebih meluas.

Pengaruh jawa dari segi kebudayaan di dalam rumpun melayu Budaya membawa maksud budi pekerti dan akal tetapi jika kita meluaskan skop budaya itu sendiri kita boleh mengenal pasti bahawa maksud budaya merupakan segala hal atau sesuatu yang dijalankan manusia yang berlawan dengan sifat azali manusia yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Budaya sesebuah kaum atau bangsa boleh dilihat dari segi perilaku atau gerak yang dilakukan sesuatu kaum. Dalam rumpun melayu yang mempunyai banyak etnik kita juga boleh percambahan pelbagai budaya.

Kepelbagaian pelbagai etnik dalam rumpun melayu menyebabkan kehidupan rumpun melayu sering didedahkan dengan pelbagai corak budaya mengikut etnik budaya. Budaya jawa merupakan budaya yang banyak mempengaruhi rumpun melayu. Budaya jawa yang begitu banyak keistemewaan banyak mengungkapan kecantikan budaya dalam rumpun melayu sedikit sebanyak datang dari pengaruh budaya jawa. Banyak kebudayaan jawa yang dipraktikkan dalam masyarakat melayu sehingga pada masa kini. Kedatangan budaya jawa juga menambah sedikit rencah lagi dalam kepelbagaian budaya rumpun melayu.

Kuda kepang merupakan salah satu kebudayaan jawa yang kekal sehingga kini dan sering dijadikan wacana dalam setiap majlis besar rumpun melayu. Kuda kepang merupakan sebuah budaya yang datang dari tanah arab. Tetapi setelah kedatangan para pedagang arab pada satu masa ketika dahulu ke tanah jawa telah memperkenalkan kebudayaan ini kepada masyarakat jawa. Etnik jawa mengolah serba sedikit kebudayaan ini bagi menunjukkan seolah-olah budaya ini adalah budaya. Pengolahan budaya arab ini kepada budaya jawa melibatkan pakaian penari kuda kepang dan bentuk kuda kepang itu semdiri. Penari kuda kepang terdiri daripada 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlismajlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah. Kuda kepang mula dibawa masuk ke dalam rumpun melayu di negeri Johor. Permainan amat terkenal dalam negeri Johor. Selain kuda kepang kita boleh lihat dari aspek lain yang mempengaruhi rumpun melayu dengan pengaruh kebudayaan jawa. Antara pengaruh lain adalah Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tarian Barongan juga dipercayai

berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia. Tetapi ada juga tanggapan menggangap tarian barongan adalah sebuah tarian masyarakat hindu yang bernama Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai pencuri.

Selain dua contoh yang diberikan budaya pemakaian masyarakat jawa juga telah mempengaruhi budaya rumpun melayu. Antara budaya pemakaian yang dipengaruhi masyarakat jawa adalah baju kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab dan membawa baju kebaya ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Pengaruh jawa dari segi kesenian dan sastera di dalam rumpun melayu Kesenian dan sastera merupakan satu cabang yang penting bagi menunjukkan ketamadunan sesuatu bangsa. Kebanyakan seni akan dikaitkan dengan sesuatu yang

berbentuk hiburan dan memberikan momentum kepada perasaan untuk berasa seronok ketika menikmati sesuatu hasil seni. Contoh seni ini ialah seperti nyanyian, lakonan mahupun syair yang dipersembahkan bagi dihayati individu yang kedua. Malah seni juga dapat ditafsirkan sebagai suatu perlakuan yang berirama dan sekata seperti sebuah tarian. Manakala sastera pula boleh diistilahkan sebagai suatu yang berbentuk penulisan atau karya penceritaan. Oleh yang demikian, sastera dapat disalurkan melalui aktiviti secara lisan mahupun secara penulisan. Tidak banyak unsur seni dan kesasteraan jawa yang dapat mempengaruhi secara langsung ke atas perkembangan sastera dalam rumpun melayu secara langsung. Namun, apabila perkaitan antara kesenian dan sastera secara tidak langsung diperkatakan, kita akan dapat lihat pengaruh jawa ke atas rumpun melayu. Paling terkenal ialah hasil seni yang melibatkan pengaruh hindu. Pengaruh hindu banyak dilihat ke atas karya-karya seni masyarakat jawa seperti persembahan wayang kulit. Kebanyakan persembahan wayang kulit di dalam rumpun melayu tertumpu di kawasan pantai timur di mana ianya dipersembahkan secara meluas di Terengganu dan Kelantan. Kebanyakan watak di dalam penceritaan wayang kulit diambil dari kisah Mahabrata dan Ramayana. Ianya dimainkan oleh seorang Tok Dalang atau Narator. Pada patung-patung yang dimainkan, jelas tergambar watak-watak dari agama Hindu sepertimana yang telah disebutkan. Walaupun jalan cerita setiap persembahan yang dilakukan berbeza, namun pengaruh ini tetap dikekalkan. Di Indonesia, bangsa jawa mempelopori seni permainan wayang kulit. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh musik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang diperbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disorotkan lampu elektrik atau lampu minyak yang dikenali sebagai blencong, sehingga para penonton yang berada di bahagian lain dari layar dapat melihat bayangan wayang yang jatuh ke atas kelir atau papan layar tersebut. Untuk dapat memahami cerita wayang atau lakonan yang dijalankan oleh dalang, penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya muncul di layar. Secara umum wayang mengambil cerita dari naskah Mahabharata dan Ramayana , tetapi ianya tidak terhad dengan asas terebut tersebut, dalang juga boleh memainkan lakonan yang telah diubah suai. Beberapa cerita diambil dari cerita Panji . Pertunjukan wayang kulit telah diakui oleh UNESCO pada tarikh 7 November 2003, sebagai karya kebudayaan yang

mengagumkan dalam bidang cerita narasi dan warisan yang indah dan berharga (Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity).Wayang kulit lebih popular di Jawa bagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat. Jadi jika diteliti, jelaslah bahawa pengaruh jawa di dalam rumpun melayu begitu ketara kerana segala konsep tentang wayang kulit diambil secara terus kerana jalan cerita yang sama walaupun terdapat sedikit pengubahsuaian. Dari segi sastera pula, karya-karya secara khusus yang memperlihatkan pengaruh jawa secara terus ke dalam sastera melayu amat kurang. Namun begitu penggunaan bahasa jawa yang dipinjamkan ke dalam Bahasa Melayu dapat dilihat dengan meluas di dalam kebanyakan karya sastera. Dalam puisi Melayu tradisional, genre-genre terawal yang sedikit sekali menyerlahkan campur tangan bahasa jawa ialah pantun, peribahasa, teka-teki, talibun dan mantera. Mantera dipercayai mendahului bentuk-bentuk puisi yang lain. Mantera dapat berkembang dengan sebegitu rupa kerana mantera merupakan satu cara bagi masyarakat menerima rawatan secara mistik. Bacaan mistik biasanya berbentuk kerangka yang berlapis-lapis dan apabila didengari ianya seakan-akan satu bentuk puisi meskipun ianya bertujuan upacara di dalam menyembuhkan seseorang yang sakit. Dalam bentuk prosa pula, andaian ialah kepada genre sastera rakyat yang mengandungi cerita-cerita yang sederhana berupa memorat dan fantastik. Sesuai dengan masyarakat yang mempercayai tentang kuasa alam ghaib, segala bacaan dikaitkan dengan makhluk-makhluk halus, hantu dan jembalang. Kesemua karya yang dinyatakan ini mempunyai pengaruh yang jelas daripada unsur hindu namun telah diadaptasi dahulu ke dalam bahasa jawa sebelum diterima pakai sebahagian sastera dalam rumpun melayu

Pengaruh jawa dari segi cara hidup di dalam rumpun melayu Bila berbicara soal kehidupan rumpun melayu kita boleh melihat sedikit sebanyak pengaruh etnik jawa dalam cara hidup rumpun melayu. Dalam masyarakat jwa mereka amat menghargai setiap cara hidup mereka. Kelompok suku kaum jawa dahulu kala mengangap cara hidup mereka merupakan sebuah cara hidup yang unik dan istemewa. Kebanyakkan keunikan masyarakat jawa juga diterapkan dalam cara hidup masyarakat melayu.

Sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Majalah Tempo pada awal dekad 1990-an menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% daripada orang-orang Jawa menggunakanbahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan harian. Sekitar 18% menggunakan campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka.Keturunan-keturunan masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.

Pengaruh ini juga membawa kepada istilah-istilah bahasa melayu yang menjadi bahasa perantara orang melayu yang menjadi bahasa utama di dalam rumpun melayu. Antara contoh yang ketara kita boleh lihat adalah seperti wali, calon, enteng, da sebagainya. Fakta ini menunjukan bahawa pengaruh etnik jawa dalam percakapan seharian rumpun melayu sememangnya ada dan tidak boleh disangkal lagi. Lantaran itu, bahasa jawa tidak boleh dianggapa sebagai bahasa picisan dalam rumpun melayu. Kerana keistemewaan itu juga masyarakat etnik melayu yang lain tertarik dan ingin mempelajari bahasa jawa dengan lebih mendalam. Pantang larang dalam masyarakat rumpun melayu adalah sangat banyak. Pantang larang ini dikatakan diadakan untuk kebaikan setiap orang yang mengikutnya. Etnik jawa juga tidak terlepas dari member pengaruh terhadap pantan larang sering diamalkan masyarakat melayu. Lantaran itu, banyak pantang larang masyarakat jawa yang telah diterapkan dalam masyarakat melayu. Antara pantang larang jawa yang diterapkan dalam masyarakat jawa adalah tidak baik mencium tangan budak kecil takut nanti budak itu akan meminta-minta apabila telah dewasa. Pada dasarnya patang larang ini kita lihat maksud yang tersirat di sebalik larangannya. Pada hakikatnya, pantang larang ini mahu menjauhkan budak kecil itu terkena jangkitan dari mulut orang dewasa kerana tabiat orang budak kecil sendiri suka memasukkan tangan ke dalam mulut. Selain itu juga, pantang larang memotong kuku pada waktu malam kerana dikatakan akan mendatangkan musibah tetapi maksud disebaliknya pada zaman dahulu waktu malam adalah satu keadaan yang sangat gelap kerana tidak mempunyai cahaya lampu tidak seperti

hari ini mempunyai kemudahan elektrik lantaran itu orang tua-tua takut jika luka semasa memotong kuku.

Kedua-dua pantang larang yang dijadikan contoh dikatakan adalah antara pantang larang yang berasal dari orang jawa. Ini menunjukkan satu lagi fakta yang mengatakan cara hidup etnik jawa mempengaruhi rumpun melayu. Cara hidup berpantang larang ini perlu demi kebaikan tetapi ia akan menjadi satu kesan buruk jika ia diambil sebagai cara yang taksub dan tidak berpanduan. Pemakaian dalam masyarakat jawa merupakan sesuatun sangat istemewa untuk diperkatakan. Ini kerana pemakaian masyarakat jawa mempunyai identiti nya yang tersendiri. Identiti yang menjadi satu lambang ,masyarakat jawa adalah corak dan warna. Antara pemakaian yang menjadi cara hidup rumpun melayu merupakan kain batik lepas dan sarung. Kain batik pada etnik jawa merupakan pakaian sampingan yang dikenakan bersama kebaya. Dan hari ini kita boleh lihat masyarakat melayu membuat kain batik sebagai pakaian harian dalam menjalankan aktiviti harian mereka

Keakraban etnik jawa di dalam rumpun melayu Etnik jawa di Malaysia atau lebih tepat di dalam rumpun melayu telah mengalami proses asimilasi yang berterusan semenjak penghijrahan etnik jawa daripada tempat asalnya. Masyarakat jawa di bumi Malaysia pada masa kini sukar untuk dikenalpasti kerana cara pemakaian dan tutur bicara yang telah serupa dengan rumpun melayu. Oleh kerana proses percampuran ini adalah berterusan dan berpanjangan, kesemua cara hidup mereka telah berubah sama sekali di mana mereka kini dilihat telah hidup sebagai satu bangsa iaitu bangsa melayu. Perkara ini dilihat sejajar dengan pengiktirafan etnik sebagai kelompok bangsa melayu dan diiktiraf di dalam perlembagaan Malaysia. Rumpun melayu seperti yang kita ketahui telah terdapat pelbagai etnik di dalamnya. Malah, ada di kalangan etnik ini yang telah membina penempatan sendiri. Bagi masyarakat jawa sendiri, mereka telah membina penempatan tersendiri di kebanyakan tempat di merata kawasan Malaysia terutamanya di bahagian selatan tanah air. Malah, terdapat banyak kampung yang dinamakan dengan nama etnik jawa iaitu Kampung Jawa seperti di Pontian, Muar dan Batu Pahat. Terdapat juga kampung etnik tersebut di Perak dan Selangor. Kesemua ini

menunjukkan penempatan masyarakat jawa telah diterima di dalam alam melayu dengan membenarkan membina penempatan sendiri. Walaupun perkampungan tersebut di bina atas nama etnik, kebanyakan kampung itu tidak dihuni oleh etnik jawa semata-mata malah kampung-kampung tersebut turut menempatkan etnik-etnik lain di dalam rumpun melayu. Pada masa dahulu, mungkin kita boleh membezakan kaum jawa dengan kaum melayu. Perbezaan yang ketara kerana pada masa dahulu etnik jawa gemar untuk berada di dalam kelompok sendiri. Malah, dari segi perkahwinan kebanyakan bangsa jawa terdahulu hanya berkahwin dari latar yang sama sahaja. Mereka juga pada masa itu tidak gemar untuk bergaul dengan masyrakat yang bukan dari keturunan yang sama.Namun setelah mengalami proses perubahan yang berterusan semua ini telah berubah terutamanya melalui perkahwinan terutamanya, etnik jawa telah disatukan dengan kelompok-kelompok lain di dalam rumpun melayu seperti banjar, bugis, minangkabau dan sebagainya. Perubahan pada etnik jawa di dalam ruang lingkup rumpun melayu juga menyebabkan kebanyakan generasi baru keturunan jawa tidak lagi mampu bertutur di dalam bahasa jawa. Jika ada yang mampu bertutur sekalipun, bilangan mereka amat terhad. Oleh kerana rakyat Malaysia kini tidak mampu lagi membezakan keturunan asal etnik jawa, keakraban ini dilihat amat erat sehinggakan mereka tidak mungkin lagi diasingkan sebagai satu kumpulan yang berbeza dari kaum melayu. Jurang yang semakin rapat seiring dengan perubahan masa ini memberikan impak positif dan negatif kepada masyarakat jawa secara khusus. Dari segi negatifnya, masyarakat jawa dilihat semakin kehilangan identiti sepertimana generasi terdahulu kerana mereka telah mengubah cara berpakaian serta tidak mampu dalam bahasa jawa. Namun, jika dilihat dari sudut positif, bangsa jawa tidak berasa kekok di dalam rumpun melayu melalui penyesuaian yang berterusan. Jadi, secara keseluruhannya nyatalah hubungan di antara etnik jawa dan rumpun melayu amat akrab sehinggakan mereka membentuk satu gabungan kumpulan yang lebih besar dan dikenali sebagai rumpun melayu.

KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, etnik jawa merupakan satu bangsa yang tersebar di serata pelusuk nusantara dan meliputi kebanyakan kawasan di dalamnya. Etnik jawa mempunyai latar belakang budaya, sastera dan bahasa yang kuat serta menunjukkan perkembangan tamadun etnik ini. Di dalam rumpun melayu yang meluas, etnik jawa dapat menyesuaikan diri untuk bercampur dengan rumpun melayu. Malah, mereka turut membawa pengaruh tersendiri dalam memperluaskan aspek-aspek kehidupan di dalam rumpun melayu. Meskipun kini kebanyakan etnik asal jawa tidak lagi merasai kehidupan sebagaimana nenek moyang mereka, namun perubahan yang berlaku menyebabkan etnik jawa bertambah akrab dengan masyarakat setempat atau lebih luas lagi di dalam rumpun melayu itu sendiri.

RUJUKAN 1. http://id.wikipedia.org/wiki/Kujang 2. Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, 3. Quintin Chambers and Donn F. Draeger (1979). Javanese Silat: The Fighting Art of Perisai Diri 4. Awang Sariyan.2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd 5. Hashim Musa.1998. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu 6. Abdullah Hassan, 1987, 30 tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka