Anda di halaman 1dari 1

Susun dan tulis semula maklumat yang berikut di dalam buku latihan supaya menjadi sepucuk surat ucapan

takziah kepada rakan kamu yang telah kematian bapa.

Sekian dan sambutlah salam hormat daripada saya sekeluarga untuk saudari dan keluarga saudari. Saya dan keluarga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada saudari dan keluarga saudari atas kepemergian ayah saudari itu. Saya berharap saudari bersabar dan tabahkan hati menghadapi dugaan ini. Km 10, Sek. Keb. Telok Mas, Kg. Telok Mas, 75460 Melaka. 23 Januari 2009.

Saudari, Pada masa saya menulis surat ini, alhamdulillah keadaan saya sihat sejahtera dan diharap saudari begitu juga hendaknya.

Kepada yang diingati saudari Fauzanah Salim yang kini berada di Taman Bukit Tembakau, Umbai, Melaka dengan selamatnya.

Saya telah menerima sepucuk surat daripada Saudari Nur Ain Iffah Nasri yang mengatakan ayah saudari telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Saya sungguh terperanjat dan terharu apabila mendapat tahu tentang kematian ayah saudari itu.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Tuhan mencucuri rahmat-Nya atas roh ayah saudari. Kita memang tidak dapat lari dari kenyataan ini bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Mereka yang telah pergi, biar pergi. Kita yang tinggal ini, mesti teruskan perjuangan hidup dan berhadapan dengan setiap cabaran dunia. Semua ini adalah amanah yang tuhan buat kita.

Yang benar,

Syikin
(Asyikin Muhad)