Anda di halaman 1dari 4

ADITIF

Bahan Tambah Makanan Bahan tambah makanan ialah bahan kimia yang ditambahkan ke dalammakanan untuk tujuan mengawet, atau meningkatkan bau, rasa, dan rupamakanan. Bahan Tambah Makanan daripada Sumber Asli 1. Garam, gula, dan cuka adalah bahan daripada sumber asli yang digunakan untuk mengawetkan makanan. Contoh bahan makanan yang diawet dengan bahan tambah ini ialah ikan masin, jem, dan makanan dalam tin. 2. Bahan-bahan tambah makanan ini berfungsi sebagai pengawet, iaitu untuk membunuh mikroorganisma atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang merosakkan makanan. 3. Bahan makanan dapat disimpan lebih lama jika ditambahkan pengawet.

Fungsi dan Pengggunaan Bahan Tambahan Buatan dalam Makanan 1. Dalam industri pemprosesan makanan, bahan tambah makanan buatan ditambahkan kepada makanan untuk menjadikan makanan (a) lebih bermutu. (b) lebih tahan lama. (c) kelihatan lebih menarik. (d) lebih mudah dicerna. (e) lebih sedap dimakan. 2. Jadual di bawah ini menunjukkan jenis bahan tambah makanan buatan dan fungsinya.

Jenis bahan Contoh tambah makan buatan Pengawet Natrium nitrit Natrium benzoat

Fungsi

Jenis makanan

Mencegah pertumbuhan mikroorganisma

Pengantioksida

Sulfur dioksida Asid askorbik Asid sorbik, Asid sitrik

Daging, sosej, burger Belacan, cencaluk, jus buah-buahan, sos, marjerin Jus buah-buahan, jem Minyak masak, minyak sapi, makan yang digoreng, biskut

Perisa

Mononatrium

Menghalang pengoksidaan lemak dan minyak oleh oksigen di udara Meningkatkan

Kicap soya, sos cili, sos

ADITIF

glutamat Aspartam

Penstabil dan pemekat

Agar-agar dan gam acacia

Pewarna

Sebatian azo dan trifenil

rasa pada makanan Memberikan rasa manis pada makanan dan minuman tanpa menggunakan gula Memekatkan dan menstabilkan makanan Mencantikkan rupa makanan

tomato, sos tiram, makanan rapu Minuman ringan, makanan rapu

Tepung susu, makanan bijirin, sos

Aiskrim, jem, minuman ringan, minuman kordial, gula-gula, kuih lapis, kek dan aising

3.1

Maksud bahan tambah makanan

Pengawet adalah salah satu daripada bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan. Bahan-bahan tambahan lain termasuklah pewarna, perasa, ejen pengemulsi dan ejen penstabil. Semua bahan ini digunakan untuk tujuan membuat makanan tahan lama di samping mempunyai tekstur yang lebih menarik dan enak rasanya. Aditif makanan bermaksud apa-apa bahan yang dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti kecil bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian atau keasidan makanan tersebut, ataupun secara tidak langsung semasa pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. 3.2 Tujuan penggunaan aditif (mengikut kumpulan):

1)

Agen emulsi seperti gam Arab dan lesitin ialah aditif yang membolehkan makanan yang bahan asasnya terdiri daripada lemak dan air diadun. Campuran ini kemudiannya boleh wujud dalam keadaan yang serasi. Contohnya, agen emulsi mampu mengadunkan sediaan vitamin yang berasakan lemak seperti minyak ikan dengan air untuk membentuk emulsi. Sediaan ini tinggi kekonsistenannya dan lebih sedap dimakan. Agen-agen penstabil dan pemekat seperti garam alginat dan gliserin pula memberi makanan dan ubat-ubatan tekstur yang rata dan lembut. Agen penghalang kerak memastikan makanan yang berbutir seperti garam dan gula sentiasa berberai.

2)

3)

ADITIF
4)

Aditif juga bertindak mengekalkan dan meningkatkan nilai nutrisi makanan. Contohnya, vitamin dan bahan galian dicampurkan ringan seperti susu. tepung, bijirin dan marjerin bagi mewujudkan sumber makanan yang seimbang. Aditif yang tergolong ke dalam kumpulan bahan pengawet digunakan bagi tujuan pengawetan mengekalkan makanan dalam keadaan baik dan selamat. Bahan pengawet seperti garam nitrat dan nitrit seumpamanya, amat penting bagi melindungi makanan berasaskan daging daripada dijangkiti kulat dan bakteria clostridium, botulidium iaitu mikroorganisma penyebab botulisme atau keracunan makanan. Agen antioksidan seperti vitamin C dan vitmain E pula mampu mengelak lemak dan minyak di dalam sediaan makanan daripada menjadi masam atau tengik. Agen ini juga digunakan untuk mengekalkan warna isi buah-buahan yang siap dipotong. Tanpa agen antioksidan, warna isi buah epal dengan mudah bertukar menjadi perang. Aditif juga digunakan untuk menaikkan bahan makanan yang dimasak seperti kek dan roti. Agen daripada kumpulan ini membebaskan asid apabila dipanaskan. Asid yang terbebas mampu bertindak balas dengan soda penaik untuk memantapkan rupa bentuk kek, roti dan biskut yang dibakar. Agen penyedap seperti rempah ratus (halia dan bunga cengkih) dan bahan kimia sintetik (monosodium glutamat; MSG) digunakan dengan meluas untuk melazatkan makanan dan ubat-ubatan. Bahan pewarna juga sering dicampurkan ke dalam makanan, terutamanya kuih- muih dan ubat-ubatan untuk menambahkan daya tarikan sediaan tersebut. Contoh bahan pewarna ialah FD&C Yellow No.6 yang digunakan di dalam bijirin, makanan ringan dan roti. Selain itu, Tartrazin ialah pewarna makanan buatan yang mempunyai banyak macam pilihan warna, antaranya Tartrazin CI 19140. Bahan pewarna makanan alami antaranya ialah daun pandan. Agen peluntur dingunakan untuk memutihkan makanan seperti agar-agar dan ubatubatan yang mudah bertukar warna terutama ketika di dalam penyimpanan.

5)

6)

7)

8)

9)

10)

3.3

Jenis aditif makanan

1) Asid alginik Terdapat pada dinding sel alga perang. Juga dipanggil sebagai algin/ alginate. Fungsinya adalah menyerap air dengan cepat, dan digunakan sebagai agen pengeras pada ais krim. Terdapat pada ubat pelangsing badan. 2) Asid adipik Jumlah yang kecil digunakan dalam makanan sebagai penambah perisa.

ADITIF

3) Klorofil Pigmen hijau yang dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan , alga dan sianobakteria Digunakan untuk mewarnakan makanan untuk memberikan warna hijau 4) Asid fumarik Bersifat asid yang digunakan sebagai perasa masam dalam gula-gula dan juga digunakan dalam soda pembuatan kek. 5) Asid glutamik Merupakan sejenis asid amino. Digunakan sebagai perasa dalam keju dan sos soya untuk memberikan rasa. 6) Locust bean gum Juga dikenali sebagai karobin, E410. Diekstrak daripada biji pokok Carob dan digunakan sebagai agen penebal dan gel dalam industri makanan. Mudah larut dalam air. 7) Monosodium glutamate, MSG Juga dikenal sebagai sodium glutamate. Digunakan secara meluas sebagai aditif makanan dan penambah perisa. 8) Potassium benzoate Menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria. Ia digunakan sebagai agen pengeram (preservative) bagi makanan berasid seperti jus buah-buahan, jeruk dan minuman ringan. 9) Sorbitol Digunakan dalam diet sebagai pengganti gula. Biasanya digunakan dalam makanan diet dan ais krim diet. Ia juga berupaya memberikan tenaga. 10) TBHQ, tertiary butylhydroquinone Sebagai pengeram (preservative) bagi minyak sayuran tidak tepu. Mengekalkan warna dan tidak menghilangkan bau . Juga digunakan dalam penyimpanan makanan yang disejukkan seperti ikan. 11) Xanthan gum Merupakan sejenis polisaccharide yang digunakan dalam salad dan sos salad. Berfungsi untuk mengasingkan minyak. Sesetengah orang akan berasa pening apabila makan salad dan sos yang mengandungi xanthan gum.