Anda di halaman 1dari 2

PENYATAAN PROFESIONAL

Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan pengalaman dalam amalan profesional saya sebagai guru pelatih dengan tugas guru permulaan. Intership di Semester 8 ini di laksanakan di sekolah yang sama semasa saya menjalani praktikum pada semester lepas iaitu Sekolah Kebangsaan Keluang. Saya bersama beberapa rakan dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, saya perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan guru pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan. Harapan saya pada program Intership ini adalah, saya berupaya untuk membiasakan diri dengan urusan dan perkaitan perkerjaan sebagai seorang guru selain mengajar semata-mata. Urusan untuk mengendalikan suatu program dan bagaimana saya harus merancang dari sebelum,semasa dan selepas melaksanakan program tersebut adalah jalinan pengalaman yang saya perolehi sepanjang berada di sekolah ini selama 3 bulan yang lepas. Di saat ini lah kemahiran komunikasi dan

pengurusan diaplikasi untuk melancarkan pelaksaanaan program yang dirancang.

Pada masa yang sama,Intership diharap dapat mengilapkan lagi ciri-ciri kepimpinan saya khususnya semasa melaksanakan tanggungjawab merancang program si sekolah kelak. Pada masa yang sama, diharap hubungan sesama rakan sejawat bersama warga sekolah yang lain dapat ditingkatkan untuk melancarkan program yang dirancang. Saya akan cuba memberi komitment yang sepenuhnya dan mencuba untuk menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program semasa. Selain itu saya berharap kajian tindakan saya dapat dijalankan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak baik dari murid,guru-guru dan juga pensyarah pembimbing. Saya berharap harapan ini akan tercapai, jika tidak sepenuhnya sekurangkurangnya menunjukkan peningkatan lebih dari tahun-tahun lepas.

Sekian terima kasih.