Anda di halaman 1dari 6

2.

Jelaskan BUTIRAN MENGAJAR bagi satu kemahiran asas dalam urutan bermula dari Kedudukan Sedia hingga Ikut Lajak. TEKNIK PERMULAAN Terdapat dua teknik permulaan yang digunakan untuk acara pecut iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Gaya Berdiri Gaya berdiri sering diamalkan oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam olahraga.Oleh itu,adalah baik jika teknik ini diperkenalkan kepada para pemula ini. Peraturan dalam teknik permulaan gaya berdiri ini adalah seperti berikut. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kaki hadapan didekatkan dengan garisan permulaan. Kaki hadapan dibengkokkan sedikit. Berat badan hendaklah pada kaki hadapan. Badan dicondongkan ke hadapan. Tangan juga hendaklah dalam kedudukan bersedia untuk bergerak. Apabila mula berlari,kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan badan dengan kuat. 7. Semasa berlari,pelumba hendaklah berlari dengan lurus dan pandangan hendaklah ke 8. arah hadapan. 9. Gunakan torso untuk mencecah garisan ,yakni tali penamat. GAYA DEKAM Terdapat tiga jenis gaya dekam,iaitu gaya peluru,gaya sederhana dan gaya panjang (elongated).Gaya peluru dan gaya sederhana biasanya diamalkan oleh muridmurid sekolah atau mereka yang mula menceburkan diri dalam acara lari pecut.Gaya panjang pula lebih selesa bagi peserta-peserta yang tinggi.Walaubagaimanapun,kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya dalam permulaan lari pecut dipengaruhi oleh beberapa faktor,seperti bentuk badan peserta(sama ada tinggi atau rendah),masa tindak balas,kekuatan kaki dan koordinasi yang cekap. i) Permulaan Gaya Peluru Dalam permulaan gaya peluru (bullet start),kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28 cm ke garisan belakang.Penyelidikan menunjukkan,semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan,kecepatan (velocity) tidaklah baik.Ia memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini.Oleh yang demikian,permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut ini.

ii) Permulaan Gaya Panjang Dalam permulaan jenis ini ,kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan.Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana dengan meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan ,tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian. iii) Permulaan Sederhana Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis permulaan gaya dekam.Perbezaannyaialah kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta. BLOK PERMULAAN Bagi acara-acara lari pecut,penggunaan blok permulaan amat penting.Blok ini bertujuan menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak memulakan perlumbaan. KEDUDUKAN KE GARISAN 1. Kaki hadapan hendaklah 40-60 cm dari garisan permulaan manakala kaki belakang berada pada jarak 40cm daripada kaki hadapan.kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang. 2. Lengan hendaklah diluruskan di bawah bahu dan jangan kuncikan siku.Bahu dinaikkan 3. lebih tinggi daripada tangan.

4. Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka


ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan.Jarak antara kedua-dua tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu. 5. Kedudukan kepala adalah seperti biasa,iaitu mata memandang pada satu titik yang jaraknya satu meter ke hadapan.Jangan lihat pada garisan penamat. 6. Sesuaikan kedudukan badan pada blok permulaan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang maksimum. KEDUDUKAN SEDIA

1. Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras tanah,manakala
lutut 2. Kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras tanah.Pinggang hendaklah lebih tinggi 3. Sedikit daripada bahu.Bahu pula harus tinggi sedikit daripada kepala. 4. Tangan diluruskan,dan kedudukan kepala tidak berubah.

5. Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan. 6. Kedudukan mata sama seperti dalam kedudukan Ke garisan. KEDUDUKAN BERLEPAS 1. Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta-merta.

2. Kedua-dua kaki pelari menolak blok permulaan dengan kuat dan pantas.
3. Ayunkan tangan sekuat boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok. 4. Dalam keadaan ini,wujud satu garisan lurus daripada kepala hingga kaki kiri.

5. Bawa badan ke bawah sedikit tetapi kepala masih dalam kedudukan asal dan
tidak boleh di bawa ke belakang atau ke bawah.

6. Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana,tidak terlalu panjang


atau terlalu pendek. PERMULAAN DI SELEKOH Permulaan lari pecut untuk acara 200 meter adalah pada selekoh balapan yang ditetapkan.Oleh itu, permulaannya hendaklah di ubahsuai sedikit untuk membolehkan beberapa langkah awal pemecutan dilakukan pada garisan lurus.Jika menggunakan blok permulaan,ia haruslah diletakkan bersudut tegak dengan garisan permulaan pada satu garisan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya. TEKNIK PECUTAN i) Pergerakan Tangan Pergerakan tangan memainkan peranan yang penting dalam lari pecut dan pergerakan terutamanya penting berlaku pada bahagian belakang badan.Pelari hendaklah mengayunkan tangan,khususnya bahagian siku,ke belakang.Tetapi ayunan tangan ke hadapan tidak seharusnya mengatasi bahu.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya,seseorang pelari tidak boleh mengharapkan pergerakan kaki sepenuhnya. Semasa memecut,tangan yang terayun ke belakang akan membuka ke arah siku dan ini ketara semasa tangan melepasi pinggang.Sudut ini akan berkurangan sehingga 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu menghindarkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki.Pergerakan pantas dan cergas oleh paha boleh menyebabkan badan berputar ke arah belakang.Putaran ini dapat dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

Oleh kerana pergerakan berlaku bukan pada tengah diameter,ia mungkin boleh mengakibatkan badan pemecut turut berputar pada paksi menegak.Dalam keadaan ini juga pergerakan atau ayunan tangan boleh mengurangkan kesannya. Semasa memecut,keadaan yang tertekan akan bertambah pada bahagian leher dan bahu.Pelari harus meletakkan bahu berdekatan telinga.Kedudukan tangan seharusnya dalam keadaan tegang kerana ini boleh memainkan peranan penting dalam merehatkan badan.Tangan pelari tidak seharusnya berada berada dalam kedudukan menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu,dan ia juga boleh membantutkan pernafasan. ii) Pergerakan Kaki Ada dua perkara utama pergerakan kaki yang harus diberikan perhatian dalam lari pecut,iaitu pengangkatan lutut yang tinggi dan penamatan atau penghabisan drive.Keseluruhan drive datang daripada bahagian belakang badan.Kaki drive haruslah direnggang penuh ke belakang badan.Pelari juga haruslah berlari dengan mengangkat pinggang ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana adalah satu perkara yang sukar memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan yang tinggi.Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Berlari di Selekoh Seperti yang diketahui, balapan atau trek dibentuk dengan dua separuh bulatan dan dua garisan lurus.Jadi, pelari akan menamatkan satu bulatan larian setelah menamatkan satu pusingan balapan.Ini terjadi untuk acara 400 meter serta acara-acara lari jarak sederhana dan jarak jauh. Semasa berlari di selekoh,adalah mustahak bagi seseorang itu berlari sedekat mungkin dengan lorong dalam.Setengah-setengah jurulatih mencadangkan agar pelari menurunkan bahu kiri semasa berlari di selekoh.Walaubagaimanapun, pendapat lain menentangnya kerana pelari sepatutnya mengekalkan kedudukan bahu sepertimana dia berlari di lorong yang lurus.Tambahan pula,pelari harus mengambil selekoh dengan tapak kakinya,bukan dengan hujung tapak kaki. MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT Semasa menuju garisan penamat,pelari dinasihatkan agar tidak memperlahankan lariannya.Sebaliknya,dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya.Adakalanya terdapat pelari yan g cuba melompat ke garisan penamat denagan harapan tindakannya itu akana dapat memberikan kelebihan kepadanya.Bagaimanapun tindakan itu tidak digalakkan,malah harus dielakkan sama sekali. Dalam lari pecut,apabila tiba di garisan penamat,pelari akan mendepakan tangannya ke belakang manakala bahagian dadanya (torso) dilonjakkan ke hadapan.Setengah-setengahnya pula menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya sebaik sahaja tiba di garisan penamat.Satu lagi gaya pelari menamatkan

lariannya ialah dengan memusingkan sebelah bahunya ke hadapan sebaik tiba di garisan penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga antarabangsa,sering terjadi di mana pemenang sesuatu acara pecut tidak dapat ditentukan oleh pegawai perlumbaan disebabkan para pelari terlalu hampir antara satu sama lain semasa menamatkan larian.Ini ditentukan dengan menggunakan photo-finish.Menerusi rakaman foto,pemenang ditentukan dalam gerakan perlahan.

BIBLIOGRAFI 1.Vasudevan T.A (1993).Olahraga Acara Balapan.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2.Teng Boon Tong (2001),Panduan Pengajaran Kemahiran Asas, Petaling Jaya: Longman Malaysia. 3.Ab.Alim Abdul Rahim (1994),Pengurusan Kokurikulum, Shah Alam: Fajar Bakti.