Anda di halaman 1dari 3

Suami mithali 2012/10/19 - 06:57:54 AM Rashiqah Ilmi Abd RahimCetakEmel Kawan Abil Fikri tetap berdoa agar isterinya

pulih. Buang budaya lelaki cuma cari nafkah semata-mata IBARAT satu dalam seribu. Begitulah tanggapan masyarakat apabila menggambarkan k ewujudan suami mithali yang sanggup berkorban menjaga isteri sakit dan anak tanp a alasan. Kisah pengorbanan bekas perunding kewangan swasta, Abil Fikir, 43, menjaga ister inya yang terlantar sakit akibat kerosakan otak. Meskipun tugas menjaga isteriny a agak sukar, beliau tetap meneruskannya kerana menganggap penyakit dialami iste rinya bukan satu bebanan, sebaliknya amanah yang perlu ditunaikan sebagai suami.

Apabila timbulnya isah suami membantu isteri menguruskan hal rumah tangga kerana isteri sedang sakit, ia menjadi sesuatu yang luar biasa," - Dr Rubiah K Hamzah, Pakar Motivasi Kekeluargaan Tabah dengan dugaan dan cabaran, Abil tidak terlintas mahu menjaja cerita mengen ai pengorbanannya. Namun, ramai memujinya, memberi maklum balas positif dan meng anggap beliau suami mithali. Mana tidaknya, persepsi ini wujud kerana dalam budaya masyarakat kita, tumpuan s uami lebih kepada kerjaya dan apabila pulang ke rumah, kebanyakannya membiarkan beban rumah tangga diuruskan isteri. Alasan mereka ialah letih dan tidak mampu buat kerja selepas berhempas-pulas di pejabat, walhal wanita juga memikul tanggungjawab sama dalam membantu mencari na fkah keluarga. Pandangan negatif itu terus merebak dalam pemikiran masyarakat yang sering disaj ikan dengan kisah suami curang, tidak bertanggungjawab dan penderaan seksual. Ubah budaya Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) misalnya, menunjukkan seramai 137,570 atau 21 peratus daripada 651,851 pasangan Melayu Islam berkahwin bagi te mpoh 2005 hingga 2010 bercerai selepas lima tahun berkahwin. Malah, statistik JAKIM pada 2009, menyatakan kadar perceraian dalam kalangan pas angan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit. Apabila berlaku perceraian, masyarakat mula memandang serong kepada golongan Ada m kerana mereka mempunyai kuasa menjatuhkan talak. Hakikatnya, lelaki adalah insan hebat dipilih Allah untuk menjadi khalifah di mu ka bumi ini yang mana mereka menjadi tonggak keharmonian keluarga, kesejahteraan dan hala tuju keluarga dalam mencapai matlamat. Justeru, tidak salah jika suami turun padang membantu isteri. Jika setiap hari i steri bertungkus- lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah, suami yang tidak m ahir memasak makanan berat seperti lauk-pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri sedang menikmati makanan dimasak itu, tentu beras a gembira. Dilihat luar biasa Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Membantu isteri melakukan kerja rumah b ukan saja dapat meringankan beban, tetapi turut mengeratkan kasih sayang dan mem

bahagiakan pasangan. Persoalannya, sejauh manakah kebenaran suami mithali semaki n pupus. Bagi Pakar Motivasi Kekeluargaan, Dr Robiah K Hamzah, kewujudan suami mithali da lam institusi kekeluargaan tidak boleh dinafikan, sebaliknya disokong supaya men jadi budaya dalam masyarakat. Katanya, budaya dalam rumah tangga dan perbezaan pemikiran suami isteri menyebab kan masyarakat menganggap kewujudan suami mithali yang memikul tanggungjawab ist eri sebagai sesuatu yang luar biasa. Budaya masyarakat kita, suami bertanggungjawab mencari nafkah, manakala isteri be rtanggungjawab menguruskan rumah tangga walaupun hakikatnya wanita masa kini tur ut memikul tugas mencari nafkah bersama suami. Jadi, apabila timbulnya kisah suami membantu isteri menguruskan hal rumah tangga kerana isteri sedang sakit, ia menjadi sesuatu yang luar biasa, katanya. Tambahnya lagi, budaya itu harus diubah memandangkan kebanyakan isteri turut mem ikul tanggungjawab suami dengan bekerja di luar. Robiah berkata, sebagai ketua keluarga, tidak salah sekiranya suami membantu ist eri menguruskan rumah tangga, apatah pula apabila isteri sedang sakit dan memerl ukan tempat bergantung. Namun, menjadi isu besar ialah cara pemikiran berbeza yang mana bagi wanita, jika dia menyayangi suami, hati dan mindanya akan tertutup pada lelaki lain. Berlainan lelaki, walaupun mereka sayang kepada isteri, tetapi fikiran mereka tet ap boleh dibuka kepada perempuan lain. Inilah perlu dikawal kerana jika tidak, i a akan membawa masalah kepada rumah tangga, katanya. Justeru, beliau menyarankan supaya suami isteri mendalami dan memahami peranan m asing-masing dalam usaha menjadi pasangan mithali. Suami ditinggal isteri Pakar Perunding, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan , Universiti Malaya (UM), Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata masyarakat sering m eletakkan kesalahan di bahu suami apabila berlaku perceraian kerana masih terper angkap dengan kisah fantasi dalam novel dan media massa. Katanya, berdasarkan pengalamannya menguruskan kaunseling perkahwinan dan keluar ga, masih ramai suami mithali yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun masih ditinggalkan si isteri. Cuma sebahagian daripada mereka lebih senang menyimpan keaiban isteri kerana bimb ang dengan pandangan masyarakat, lalu memilih untuk berpisah cara baik. Wanita lebih beremosi dalam hal seperti ini lalu kisah mereka lebih gemar dipapar kan dalam akhbar dan televisyen berbanding lelaki, katanya. Ditanya mengenai sebilangan lelaki meninggalkan pasangan selepas isteri menghida p sakit kronik, Dr Haslee berkata, ia adalah normal. Ia bukan saja berlaku kepada wanita, malah ada juga kes suaminya menghidap sakit kronik lalu ditinggalkan isteri kerana tidak sanggup menanggung beban. Semuanya bergantung kepada individu sama ada hendak kekal menjadi suami isteri mi thali kerana kebahagiaan keluarga terletak kepada kedua-duanyanya, katanya.

Tip suami mithali Keperluan psikologi Meningkatkan keyakinan pasangan dengan memberi rasa dimiliki dan kemesraan kepad a mereka. Keperluan kuasa Menjaga harga diri pasangan dengan mengambil kira pandangan isteri dalam apa jug a tindakan. Kebebasan Memberi ruang kepada pasangan membuat keputusan bersama dalam rumah tangga. Keseronokan Memberi kebahagiaan kepada pasangan dengan mengamalkan kemesraan dalam rumah tan gga. Tip rumah tangga bahagia Berbicara lemah lembut, memanggil dan memandang dengan kasih sayang antara suam i dengan isteri. Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih. berhias dan memakai wangi-wangia n. Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafk an dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekuran gan, segera tutup daripada pengetahuan orang. Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan. Tidak membandingkannya dengan orang lain Jauhi hal menimbulkan rasa cemburu. Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara i ni pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan. Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum dan masa menyenangkan pasang an. Saling menasihati dan cuba meringankan beban ditanggung pasangan. Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaa h pada waktu tertentu seperti Maghrib dan Isyak, bersiar-siar dengan anak di tam an. Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan

Anda mungkin juga menyukai