Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen yang memperincikan sukatan pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita

murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakanmurid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskanpengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pendekatan berpusatkan murid, serta kepelbagaian teknik dan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gurudiharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Di samping itu, nilai murni serta semangat patriotik, dan kewarganegaraan tetap diutamakan.Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

Tugasan kali ini meminta saya untuk memilih satu kemahiran bahasa iaitu Kemahiran Lisan, Kemahiran Membaca atau Kemahiran Menulis daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan dan membuat penulisan laporan analisis perbezaan dan perbandingan bagi hasil pembelajaran kemahiran bahasa antara Tahun 1 dan Tahun 6 yang dipilih secara terperinci.

OBJEKTIF PERBANDINGAN

Antara objektif perbandingan bagi pelaksanaan tugasan projek ini adalah seperti berikut : 1. Menganalisis perbezaan aras untuk hasil pembelajaran yang sama pada huraian-huraian hasil pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6. 2. Membanding beza dan menyatakan secara jelas aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2 atau Aras 3 untuk hasil Melayu Tahun 1 dan Tahun 6. 3. Mengetahui perbezaan objektif antara Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 1 dan Tahun 6. 4. Memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih yang bakal mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah untuk memahami dan menghayati Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. pembelajaran Bahasa

SKOP PERBANDINGAN DAN ANALISIS 1. Huraian hasil pembelajaran bagi salah satu kemahiran bahasa. 2. Huraian hasil pembelajaran setiap aras daripada Aras 1 sehingga Aras 3 untuk hasil hasil pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN BAGI SALAH SATU KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiranbertutur,

kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaanbahasa baku. Kemahiran bahasa yang telah saya pilih ialah Kemahiran Membaca. Berikut merupakan Objektif Kemahiran Membaca di bawah Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.

Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i. Membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul. iii. Membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. iv. v. Membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripasa pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul. vi. Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik ; dan vii. Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN SETIAP ARAS DARIPADA ARAS 1 SEHINGGA ARAS 3 UNTUK HASILHASIL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 DAN TAHUN 6 Berikut merupakan perbezaan bilangan hasil pembelajaran antara Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 1 dan Tahun 6 bagi Kemahiran Membaca. KEMAHIRAN BAHASA HASIL PEMBELAJARAN TAHUN 1 5.0 MEMBACA 6.0 TAHUN 6 TAHUN 1 TAHUN 6 TAHUN 1 7.0 TAHUN 6 5.1, 5.2 5.1,.5.2 6.1 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6 7.1 7.1, 7.2, 7.3

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 5.0 (5.1)

TAHUN 1

TAHUN 6

5.0Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. PERSAMAAN 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Persamaanyang dapat dilihat antara Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 5.0 untuk kemahiran membaca ialah kedua-duanya mempunyai hasil pembelajaran dan sub-komponen, 5.1 yang sama dan kedua-duanya juga mempunyai bilangan aras dan sub-aras yang sama. Menekankan hasil pembelajaran membaca kuat perkataan dan ayat berdasarkan aspek intonasi yang betul dan kefahamandan gaya pembacaan dititikberatkan.

TAHUN 1 PERBEZAAN i. Menyebut perkataan yang mengandungi digraf, diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung dengan ARAS 1 betul.

TAHUN 6

i. Membaca perkataan, rangkai kata ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii.Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul. i.Membaca ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang ARAS 2 betul.

ii. Memahami perkataan, rangkai katadan ayat yang dibaca.

i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

i. Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dalam teks dengan sebutan yang betul ARAS 3 danjelas.

i. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii.Memberikan makna perkataan, frasa dan ayat.

ii. Menghuraikan maksud ayat yangdibaca.

Perbezaan pertama terletak pada Aras 1, Roman I iaitu murid-murid Tahun 1 perlu tahu menyebut perkataan yang mengandungi digraf, diftong, vokal berganding dan konsonanbergabung dengan betul.Manakala bagi Tahun 6 pula, tahap kesukaran dapat di kesan melalui penekanan dalam membaca perkataan, rangkai kata ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan serta penggunaan intonasi yang betul.

Kemudian perbezaan seterusnya terletak pada Aras 1, Roman ii iaitu untuk murid Tahun 1, menekankan aspek cara membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul manakala untuk murid-murid Tahun 6 pula, aspek yang ditekankan ialah memahami perkataan, rangkai kata dan ayat yang dibaca. Seterusnya pada Aras 2 di mana kedua-duanya mempunyai hanya satu aspek yang difokuskan melalui Roman i. Murid-murid Tahun1 perlu tahu membaca ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul manakala murid-murid Tahun 6 perlu membaca pelbagai jenis ayat dengan intonasi berdasarkan tanda baca. Penggunaan tanda baca telah di ajar kepada murid Tahun 6. Selain itu, perbezaan seterusnya ialah pada Aras 3, Roman i iaitu murid-murid Tahun 1 perlu membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dalam teks manakala murid-murid Tahun 6 perlu membaca keseluruhan teks. Pembacaan ayat tunggal dan ayat majmuk hanya untuk murid Tahun 1, manakala bagi murid-murid Tahun 6, murid sudah lancar membaca dan dapat mengecam perkataan dengan baiknya. Oleh itu, mereka dikehendaki dapat membaca keseluruhan teks dengan menguasai sebutan intonasi yang betul. Pada Aras 3, Roman iiterdapat perbezaan yang terakhir iaitu murid-murid Tahun 1 perlu tahu memberikan makna sesuatu perkataan, frasa dan ayatmanakala murid-murid Tahun 6 perlu dapat menghuraikan maksud ayat yang dibaca. Hal ini kerana murid Tahun 6 sudah boleh mentafsir maksud sesuatu ayat yang dibaca dan dapat memberikan penjelasan serta menghuraikan binaan maksud ayat yang mereka baca.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 5.0 (5.2) TAHUN 1 TAHUN 6

5.0Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. PERSAMAAN 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Persamaanyang dapat dilihat antara Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 5.0 untuk kemahiran membaca ialah kedua-duanya mempunyai hasil pembelajaran dan sub-komponen, 5.2 yang sama ialah membaca kuat dengan menekankan sebutan yang betul serta intonasi yang betul dan lancar.

PERBEZAAN i. Membaca teks naratif dengan sebutan dan intonasi yang betul. i. Membaca bahan berunsur ilmu dengan sebutan dan intonasi yangbetul.

ARAS 1

ii.Melafazkan puisi dengan sebutan yang betul dan jelas.

ii. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

iii. Menceritakan isi teks yang dibaca dengan perkataan sendiri.

i. Membaca teks informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul.

i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ARAS 2

ii.Melafazkan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Menyatakan maklumat penting dalambahan yang dibaca.

iii.Menyusun maklumat mengikut urutan. i. Membaca lancar teks kreatif dan informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul. ARAS 3 i. Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

ii. Melafazkan puisi dengan sebutan nada, gaya dan intonasi yang betul.

ii. Menjelaskan persoalan berdasarkanteks yang dibaca.

iii. Menyenaraikan isi-isi penting berdasarkan teks yang dibaca.

Perbezaan yang dapat dikesan yang paling ketara ialah Aras 1 untuk Tahun 1 mempunyai Roman i-iii manakala Tahun 6 pula mempunyai Roman i-ii sahaja. Dari Aras 1, Roman imurid-murid Tahun 1 diberikan penekanan dalam membaca teks naratif.Manakala untuk murid-murid Tahun 6 ialah membaca bahan berunsur ilmu.Hal ini demikan kerana pelajar Tahun 6 sudah lebih matang dan mempunyai daya kefahaman yang lebih tinggi berbanding Tahun 1.

Seterusnya pada Roman ii dan iii perbezaan untuk Tahun 1, murid dikehendaki melafazkan puisi dengan sebutan yang betul dan jelas serta menceritakan isi teks yang dibaca dengan perkataan sendiri.Sebaliknya untuk murid Tahun 6 terdapat Roman ii iaitu menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.Hal ini jelas menunjukkan perbezaan antara sukatan pelajaran bagi Tahun 1 dan Tahun 6. Perbezaan lain terdapat pada Aras 2, Roman i dan ii di mana murid Tahun 1 perlu membaca teks informatif manakala murid-murid Tahun 6 pula dikehendaki membaca bahan sastera.Murid Tahun 1 belum didedahkan lagi dengan pelbagai sumber bahan bacaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas, oleh sebab itu mereka hanya membaca teks informatif. Seterusnya Aras 2, Roman iii untuk Tahun 1 dan Aras 2, Roman ii untuk Tahun 6.Murid-murid Tahun 1 dikehendaki untuk menyusun maklumat mengikut urutan manakala murid-murid Tahun 6 perlu menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.Hal ini memberikan murid Tahun 1 belajar untuk menyusun isi penting mengenai petikan yang dibaca. Murid Tahun 6 pula menggunakan kemahiran berfikir dan meneliti bahan yang dibaca untuk mendapatkan idea yang cuba disampaikan melalui bahan tersebut. Perbezaan terakhir yang dapat kesan terletak pada Aras 3, Roman iii untuk Tahun 1 dan Aras 3, Roman ii untuk Tahun 6. Murid-murid Tahun 1 perlu tahu menyenaraikan isi-isi penting manakala murid-murid Tahun 6 pula dikehendaki untuk menjelaskan persoalan berdasarkan teks untuk kedua-dua aras tersebut. Murid-murid Tahun 6 dapat menafsir teks yang dibaca dan mencari persoalan yang timbul. Kemahiran ini berada pada tahap agak tinggi jika dibandingkan untuk murid-murid Tahun 1 di mana mereka masih belum dapat menganalisis sesebuah teks bacaan mengikut fahaman mereka dan cuba memahami persoalan yang timbul dalam teks yang mereka baca.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 6.0 (6.1)

TAHUN 1

TAHUN 6

PERSAMAAN 6.0 Membaca dan memahamimaklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.

Persamaanyang dapat dilihat antara Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 6.0 untuk kemahiran membaca ialah kedua-duanya mempunyai hasil pembelajaran dan sub-komponen, 6.0 yang sama ialah membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.

PERBEZAAN 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada Internet. 6.1 Membaca dan merujuk pelbagaisumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajukyang sedang dikaji termasuk maklumat daripadainternet. i.Merujuk kamus bergambar untuk meneliti ejaan daripada ARAS 1 perkataan yang didengar. i. Merujuk kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat. i.Merujuk kamus bergambar ARAS 2 untuk mencari makna. i. Merujuk media elektronik untuk mendapatkan maklumat bagi tajukyang sedang dikaji.

i.Merujuk kamus untuk menghubungkaitkan perkataan dengan gambar untuk mencari ARAS 3 makna.

i. Merujuk personalia dan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat.

ii. Melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu topik.

Perbezaan yang dapat dilihat terletak pada Aras 1 di mana kedua-duanya mempunyai Roman i sahaja. Murid-murid Tahun 1 perlu merujuk kamus bergambar untuk meneliti ejaan daripada perkataan yang didengar manakala murid-murid Tahun 6 kelihatan lebih merujuk kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat selaras dengan perkembangan bahasa berdasarkan umur murid . Penggunaan kamus bergambar dapat menarik minat murid selain menambahkan ilmu pengetahuan murid. Pada Aras 2, Roman i perbezaan lain yang dapat dikesan dalam kedua-dua huraian hasil pembelajaran bagi Tahun 1 dan Tahun 6 ini adalah Murid-murid Tahun 1 perlu merujuk kamus bergambar untuk mencari makna manakala murid-murid Tahun 6 dikehendaki untuk merujuk media elektronik bagi mendapatkan maklumat bagi sesuatu tajuk seperti yang diberikan oleh guru di sekolah dan sebagainya. Penggunaan ICT di sekolah sudah tidak menjadi beban kepada murid kerana zaman kini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai teknologi dan pelbagai gajet. Seterusnya, Aras 3 perbezaan yang dapat dikesan adalah melalui Roman i untuk Tahun 1 di mana murid-murid perlu merujuk kamus bagi menghubungkaitkan perkataan dengan gambar untuk mencari makna.Murid Tahun 6 pula perlu merujuk personalia iaitu individu yang berhampiran dengannya serta daripada pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Kemahiran ini dapat menjana pemikiran aktif

semasa pengajaran dan pembelajaran. Aras 3 untuk Tahun 6 mempunyai Roman i - ii manakala Tahun 1 pula mempunyai Roman i sahaja.

Perbezaan yang terakhir untuk Aras 3, Roman ii hanya terdapat bagi Tahun 6. Muridmurid Tahun 6 perlumelayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan

sesuatu topik. Kemahiran penggunaan ICT dan kemahiran teknologi murid akan meningkat.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 6.0 (6.2) TAHUN 1 TAHUN 6

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam PERBEZAAN pelbagai teks. 6.2 Membaca danmengenal pastipelbagai genrepenulisan. i. Mengenal pasti penggunaan kata, frasa, rangkai kata, ARAS 1 TIADA peribahasa dan ayat dalam sesuatu genre. i. Menyatakan perbezaan ARAS 2 TIADA penggunaan laras bahasa dalam pelbagai genre. i. Memberikan pandangan ARAS 3 TIADA tentangciri-ciri penulisan genre.

Tidak terdapat persamaan untuk Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 6.0 dan sub-komponen, 6.2.

Apabila memfokuskan hasil pembelajaran 6.2 iaitu membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan hanya terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 sahaja.Manakala untuk Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 terdapat dalam komponen 6.0.Hal ini keranamurid tahun 1 masih berada pada peringkat pengenalan Bahasa Melayu dan masih terlalu awal untuk mendedahkan mereka kepada pelbagai genre penulisan. Berbeza dengan murid-murid Tahun 6, mereka sudah didedahkan dengan pelbagai genre penulisansepanjang melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Oleh itu, penetepan aras-aras kesukaran 1 hingga 3 hanya difokuskan untuk muridmurid Tahun 6 dengan penekanan yang diberikan terhadap kefahaman dan pentafsiran mereka terhadap sistem dan laras bahasa beserta genre yang berbeza.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 6.0 (6.3) TAHUN 1 TAHUN 6

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks. PERBEZAAN 6.3 Membaca danmengenal pasti isiutama dan isi sampingan daripadateks. i. Membaca dan mengecam isiARAS 1 TIADA isi penting daripada pelbagai bahanbacaan. i. Membaca dan mengenal pasti ARAS 2 TIADA ideayang terdapat dalam teks. i. Menghuraikan isi utama dan isi ARAS 3 TIADA sampingan yang terdapat dalam teks.

Tidak terdapat persamaan untuk Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 6.0 dan sub-komponen, 6.3.

Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan tidak terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Hasil pembelajaran 6.3 untuk Tahun 1 dan sebaliknya untuk Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Hasil Pembelajaran 6.3 sepenuhnya memfokuskan kepada murid Tahun 6 sahaja.Hal ini demikian kerana murid-murid tahun 1 masih berada pada peringkat pengenalan Bahasa Melayu dan mereka tidak di berikan pendedahan mengenai mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Bagi murid-murid Tahun 6 pula, mereka telah didedahkan dan telah biasa mencari isi utama dan isi sampingan dalam sesebuah teks.Oleh itu, penetapan aras 1 hingga aras 3 untuk hasil pembelajaran hanya dijuruskan kepada murid-murid Tahun 6 untuk menajamkan kemahiran meneliti mereka semasa membaca dan mengenal pasti idea yang terdapat dalam sesebuah teks.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 6.0 (6.4) TAHUN 1 TAHUN 6

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks. PERBEZAAN 6.4Membaca pantassecara luncuran untukmendapatkan maklumat yangmenyeluruh. i. Membaca tajuk-tajuk kecil daripada teks untuk mendapatkan gambaran ARAS 1 TIADA umum. ii. Membaca perenggan pertama dan perenggan akhir dalam sesuatu teks bagi mendapatkan maklumat umum.

i. Membaca bahagian ARAS 2 TIADA pengenalan atau prakata sesebuah buku. i. Membaca sinopsis, bibliografi, ARAS 3 TIADA indeks dan glosari sesebuah buku untuk mendapatkan gambaran umum.

Sama seperti hasil pembelajaran 6.3, hasil pembelajaran 6.4 hanya memfokuskan kepada murid Tahun 6.Hal ini kerana membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat menyeluruh tidak terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malayu bagi Tahun 1.Murid-murid Tahun 1 belum mempunyai asas mengenai pembacaan secara pantas dan secara luncuran.Mereka hanya diperkenalkan dengan binaan-binaan ayat yang mudah dan ringkas.Bagi murid-murid Tahun 6 pula, membaca, mencari isi penting dan membaca dengan pantas serta secara luncuran telah diajar kepada mereka melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka juga berupaya untuk membaca dengan pantas dengan menggunakan teknik skimming untuk mencari sesuatu maklumat.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 6.0 (6.5)

TAHUN 1

TAHUN 6

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks. PERBEZAAN 6.5 Membaca pantassecara imbasan untukmendapatkan maklumat khusus. i. Membaca dan mencari fakta ARAS 1 TIADA yang relevan dengan perkara yang dikehendaki dalam teks. i. Membaca dan mengimbas fakta yang relevan daripada ARAS 2 TIADA pelbagai bahan untuk mengukuhkan maklumat. i. Membaca dan mengumpul ARAS 3 TIADA maklumat secara imbasan untuk membuatkesimpulan.

Tidak terdapat persamaan untuk Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 6.0 dan sub-komponen, 6.3.

Hasil pembelajaran 6.5 juga hanya memfokuskan kepada Tahun 6.Hasil pembelajaran 6.5 ialah membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.Membaca secara pantas atau dikenali sebagai scanning masih terlalu awal untuk murid Tahun 1.Mereka belum didedahkan dengan teknik membaca

sebegini.Manakala untuk murid Tahun 6, mereka telah didedahkan dengan teknik membaca secara scanning dan mereka sudah menguasai teknik ini.Selain itu, murid Tahun 6 juga sudah mempunyai kemahiran untuk mencari fakta yang relevan dan membuat kesimpulan berdasarkan pembacaan sesebuah teks.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 6.0 (6.6)

TAHUN 1

TAHUN 6

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks. PERBEZAAN 6.6 Membaca danmembuat ramalanberdasarkan sesuatu cerita atau maklumatyang diberikan. i. Menyusun maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca untukmembuat ramalan. ARAS 1 TIADA ii. Membuat andaian berdasarkan fakta atau maklumat yang diperoleh. i. Membuat ramalan berdasarkan idea yang ARAS 2 TIADA berkaitan dengan cerita dan isu yang diberi dalam

perenggan awalbahan yang dibaca. i. Menganalisis maklumat yang ARAS 3 TIADA terdapatdalam teks untuk mendapatkankewajaran ramalan.

Tidak terdapat persamaan untuk Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 6.0 dan sub-komponen, 6.3.

Selain 6.5, Hasil pembelajaran 6.6 turut hanya memfokuskan murid Tahun 6 sahaja. Hasil pembelajaran ini ialah membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan dan hasil pembelajaran ini tidak terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1. Hal ini kerana kemahiran berfikir untuk murid Tahun 1 masih tidak begitu kukuh dan berada pada peringkat asas.

Kemahiran ini memerlukan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat ramalan bagi sesuatu perkara atau maklumat yang di perolehi. Oleh itu hasil pembelajaran ini hanya memfokuskan kepada murid Tahun 6 sahaja kerana murid Tahun 6 lebih matang dan sudah mempunyai peringkat kemahiran berfikir yang lebih kukuh.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 7.0 (7.1) TAHUN 1 TAHUN 6

7.0 Membaca, menaakul danmenghayati kandungan teks yang dibaca. PERSAMAAN 7.1 Membaca danmenerangkan maksudkandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Persamaanyang dapat dilihat antara Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 7.0 untuk kemahiran membaca ialah kedua-duanya mempunyai hasil pembelajaran dan sub-komponen, 7.1 yang sama ialah membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

TAHUN 1 PERBEZAAN i. Menyatakan maksud lambang dan simbol yang diberi bagi sesuatu gambar.

TAHUN 6

i. Membaca dan membuat andaiantentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang

ARAS 1

tersurat.

ii. Menyatakan isi kandungan teks yang dibaca. i.Menjelaskan maksud perkataan dan frasa yang diberikan ARAS 2 daripada teks yang dibaca.

ii. Menyatakan andaian yang dibuatsecara ringkas. i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik danbukan grafik.

ii.Menjelaskan maksud teks yang dibaca. i.Menghuraikan pengajaran yang terdapat dalam teks yang ARAS 3 dibaca. i. Membuat kesimpulan tentang maksudtersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.

Perbezaan pertama pada Aras 1 Roman i ialah murid-murid Tahun 1 perlu tahu menyatakan maksud lambang dan simbol yang diberi bagi sesuatu gambar manakala murid-murid Tahun 6membaca dan membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang tersurat. Perbezaan dapat dilihat berdasarkan pemprosesan maklumat yang tersurat oleh murid Tahun 6 dan murid Tahun 1 hanya menyatakan maksud lambang. Seterusnya, adalah pada Aras 1, Roman ii.Bagi Aras ini murid-murid Tahun 1 perlu dapat menyatakan isi kandungan teks yang dibaca manakala murid-murid Tahun 6 perlu menyatakan andaian yang dibuat secara ringkas. Penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif bagi murid-murid Tahun 6 adalah selaras dengan perkembangan bahasa individu yang berlaku secara berperingkat sejak dari Tahun 1 membolehkan murid Tahun 6 membuat andaian dan dapat menaakul secara kritikal dan kritis. Hasil pembelajaran Aras 2 pula, huraian hasil pembelajaran untuk Tahun 1

mempunyai Roman i-ii manakala Tahun 6 pula mempunyai Roman I sahaja. Hal ini demikian kerana murid-murid Tahun 1 dikehendaki untuk menjelaskan maksud perkataan dan frasa yang diberikan daripada teks yang dibaca dan juga menjelaskan maksud teks yang dibaca.Kedua-dua hasil pembelajaran ini lebih tertumpu kepada simulasi berunsur teks dan maklumat yang dicari juga lebih kepada isi

tersurat.Manakala bagi murid-murid Tahun 6 pula, mereka perlu menjelaskan maksud

tersurat dan tersirat berdasarkan pelbagai bahan baik grafik mahupun bukan grafik. Daya pemikiran murid perlu kukuh dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif agar dapat menjelaskan maksud tersirat dan tersurat. Kemudian yang terakhir, perbezaan pada Aras 3, Roman i untuk kedua-duanya. Muridmurid Tahun 1 perlu tahu menghuraikan pengajaran yang terdapat dalam teks yang dibaca manakala murid-murid Tahun 6 perlu membuat kesimpulan tentang maksud tersurat dan tersirat berdasarkan grafik dan bukan grafik.Perbezaan simulasi berpusatkan bahan menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.murid-murid Tahun 6 sudah dapat mentafsir dan mendapat idea dari bahan grafik dan bukan grafik yang diperoleh untuk membuat kesimpulan yang membina bagi maksud tersurat dan tersirat.Kemahiran ini terlalu awal untuk digunakan kepada muridmurid Tahun 1.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 7.0 (7.2) TAHUN 1 TAHUN 6

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca. PERBEZAAN 7.2 Membaca danmengenal pastiperkataan, pelbagai jenis ayat dan gayabahasa yang terdapatdalam teks sastera dan bukan sasterayang dapat membawa kesan tertentu kepadapembaca. i. Mengecam diksi, istilah dan ARAS 1 TIADA ayat yang memberikan kesan denganmenyatakan sebab. i. Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa dan ARAS 2 TIADA puisi dengan menyatakan

alasan. i. Mengklasifikasikan pelbagai jenis ayatyang memberikan ARAS 3 TIADA kesan dengan mengemukakan alasan.

Tidak terdapat persamaan untuk Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 7.0 dan sub-komponen, 7.2.

Perbezaan yang dapat dikenal pasti untuk hasil pembelajaran 7.2 ini hanya berfokuskan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6.iaitumembaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenisayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sasteradan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentukepada pembaca. Hal ini kerana murid Tahun 6 telah mempunyai kemahiran dan mempunyai pendedahan mengenai gaya bahasa dalam teks sastera jika dibandingkan dengan murid Tahun 1 yang belum belajar mengenai prosa dan teks sastera.

BANDING BEZA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 7.0 (7.3)

TAHUN 1

TAHUN 6

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca. PERBEZAAN 7.3 Membaca danmenghayati pelbagaibahan sastera dan bukan sastera yangberkualiti untukmeningkatkan dan memperkukuh minatmembaca. i. Menyatakan isi sesuatu teks ARAS 1 TIADA untukmeningkatkan minat membaca. i. Menyatakan ringkasan atau ARAS 2 TIADA sinopsis teks pelbagai bahan yang dibaca. i. Mengenal pasti perkara yang menarikdalam teks yang ARAS 3 TIADA dibaca untukmeningkatkan minat membaca. ii. Merumuskan isi-isi menarik dalam teksyang dibaca.

Tidak terdapat persamaan untuk Huraian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 6 pada komponen 7.0 dan sub-komponen, 7.2.

Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca merupakan hasil pembelajaran

7.3 dan hanya terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 dan sebaliknya untuk Tahun 1. Murid-murid Tahun 6 telah mempunyai pengetahuan mengenai teks bahan sastera melalui sesi pengajran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang telah didedahkan dari Tahun 1.Berbanding dengan Tahun 1 yang belum didedahkan dengan pembelajaran mengenai bahan sastera. Selain itu murid Tahun 6 sudah menguasai kemahiran membaca oleh itu murid sudah boleh membuat rumusan mengenai teks yang di baca dan membuat sInopsis mengenai bahan yang di baca.

Anda mungkin juga menyukai