Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM 2011 BAHAGIAN B SOALAN Dalam menongkah arus dunia tanpa sempadan, perbuatan negatif

seperti pergaulan bebas, seks rambang, merokok dan melepak yang melibatkan anak muda khususnya remaja sering kali menjadi topik perbualan hangat di media cetak mahupun media elektronik. Perlakuan negatif ini semakin menular dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara Malaysia di persada global. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Walaupun telah wujud pelbagai inisiatif daripada pelbagai pihak mahupun pelaksanaan prakarsa yang komprehensif daripada pihak kerajaan, namun isu ini acap kali dibangkitkan oleh sidang perwakilan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Kajian secara holistik yang dibuat terhadap remaja, menunjukkan bahawa majoriti remaja di Malaysia mengatakan bahawa pendidikan bermula di rumah. Lantaran itu, institusi keluarga dilihat berperanan dominan dalam menangani perlakuan negatif yang membabitkan remaja Malaysia. Keluarga merupakan pihak yang paling rapat dengan anak-anak remaja. Ibu bapa sebagai tunjang utama dalam sesebuah keluarga haruslah memainkan peranan yang ampuh dalam membentuk jati diri mahupun sahsiah anak-anak sejak mereka masih kecil. Ibu bapa wajib memberi pendidikan duniawi dan ukhrawi secara holistik kepada anak-anak mereka agar anak-anak tersebut dapat menentukan perkara yang hak mahupun yang batil. Anak-anak yang meningkat ke zaman remaja harus diberi penekanan ilmu agama agar setiap perkara yang dilakukan oleh mereka berlandaskan hukum agama. Mengikut statistik jenayah juvana yang dilakukan remaja berpunca daripada kurangnya pendedahan perkara yang benar mahupun salah dalam kehidupan mereka. Hal ini menyebabkan meraka dangkal pengetahuan tentang impak negatif yang bakal menima remaja pada masa hadapan. Remaja juga mudah mengikut budaya hedonisme ekoran tiada bekalan ilmu di dada lantas menyebabkan iman mereka goyah dengan tuntutan hawa nafsu ke arah keburukan. Lantaran itu, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan masa hadapan mereka sama ada menjadi Majusi, Yahudi ataupun Nasrani. Selain itu, keluarga bahagia sentiasa mempunyai usaha meluangkan masa bersama ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana

Anda mungkin juga menyukai