Anda di halaman 1dari 3

http://syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-gagne_7014.html http://www.scribd.com/doc/4932280/IPTB-Ilmu-Pendidikan-Jenisjenis-pembelajaran Jenis-jenis Pembelajaran 1. 2. 3.

Pembelajaran Formal Pembelajaran Informal Pembelajaran Non-formal

Pembelajaran Formal 1. 2. 3. Dijalankan oleh institusi seperti sekolah, IPG dan universiti. Pendidikan yang diterima secara langsung. Ciri-ciri pendidikan formal:Pembelajaran secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan. Berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang sudah digubal KPM dan dilembagakan. Diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa dari 7 hingga 13 tahun,

melanjutkan pelajaran selama 5 tahun dan seterusnya ke IPG dan universiti.

Pembelajaran formal biasanya dilaksanakan di dalam bangunan yang siap prasarananya seperti bilik darjah kerusi meja, makmal, komputer, pusat sumber dan lain-lain. Pembelajaran formal perlu dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan betauliah. Pembelajaran formal melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui, penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif. Pembelajaran formal menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu melibatkan aspek kognitif, afektif, rohani dan psikomotor.

Pembelajaran Informal 1. 2. 3. Perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar. Pelajar dapat pengetahuan daripada didikan dan asuhan ibubapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri seminar, menonton tv, mendengar radio dan lain-lain. Ciri-ciri pembelajaran informal:Diterima secara tak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. Diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman. Pembelajaran informal adalah proses pembelajaran yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran informal berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempat tertentu. Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan pelajaran yang perlu dikuasai.

Pembelajaran Nonformal 1. Pembelajaran nonformal diadakan bagi melengkapkan lagi hasil pembelajaran yang diperolehi melalui sistem formal. Biasanya pembelajaran seperti ini juga memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yang dilakukan oleh pendidik dan pakar-pakar tertentu. Ciri-ciri pembelajaran nonformal:Sesebuah institusi akan mengadakan kursus pendek, majlis-majlis ceramah secara formal, forum, bengkel dan sebagainya. Pembelajaran nonformal berlaku apabila ada keperluan menambah dan mempertingkatkan kepakaran pelajar dalam bidang tertentu. Kursus-kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam sehari atau beberapa hari.

2.

Biasanya bayaran minimum akan dikenakan kepada pelajar sebagai bayaran sagu hati kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan minum. Tempat-tempat formal seperti dewan sekolah, bilik-bilik darjah, pusat-pusat latihan dan lain-lain digunakan untuk kursus atau pembelajaran nonformal. Kandungan kursus bagi pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam, ada kesinambungan daripada pembelajaran formal. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, pelajar mendapat penjelasan yang lebih baik dalam menambah ilmu dan kepakaran.

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

(a)Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c)Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

(e)Pembelajaran Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses

pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g)Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Anda mungkin juga menyukai