Anda di halaman 1dari 10

Ahmad Muzakkir bin Mohamad Aizuddin bin Rojalai

Apakah itu Numeracy?

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian mengikut bahasa pengantar di sekolah.

Kaitkan Angka Dengan Kurikulum Matematik Kebangsaan

Angka dan kaedah numerasi yang digunakan memudahkan dan sesuai dengan keupayaan murid. Dibahagikan kepada 2 jenis tahap: Tahap 1 : Tahun 1 hingga 3 Tahap 2 : Tahun 4 hingga 6

Kaedah numeracy ini digunakan bertujuan memudahkan murid mengenal angka sejajar dengan kurikulum matematik kebangsaan. Memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Silibus telah disusun mengikut hierarki.

Cara Membantu Pelajar Memperoleh Kemahiran Numeracy

Guru perlu menyediakan suasana yang kondusif kepada para pelajar. Menyediakan tugasan dan latihan yang sesuai kepada pelajar dan melibatkan semua pelajar. Membuat analisis mengenai kemahiran pelajar dalam numeracy.

Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan berupaya menarik minat murid. Guru membantu murid dalam menerangkan perkaitan matematik dengan persekitaran sekolah.