Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GELUGOR JALAN YEAP CHOR EE 11700 PULAU PINANG

KERTAS KERJA
KEM LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA BALING PEREMPUAN 12 TAHUN KE BAWAH ZON JELUTONG BAGI KEJOHANAN BOLA BALING MSSPP PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 10 MEI 2011 BERTEMPAT DI SK BANDAR BARU PERDA

TARIKH HARI MASA JANGKA MASA TEMPAT

: 5 MEI HINGGA 7 MEI 2011 : KHAMIS, JUMAAT DAN SABTU : 4.00 HINGGA 6:30 PETANG : 3 HARI 2 MALAM : SK BUKIT GELUGOR

PENGENALAN Selain pencapaian akademik, pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum dan sukan juga diberi merit di mana ia seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang kokurikulum adalah perlu untuk membantu meningkatkan prestasi seseorang murid dalam bidang kurikulum sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu juga, dasar kerajaan satu murid satu sukan(1M1S) akan dapat direalisasikan oleh sekolah dengan kerjasama pihak ibu bapa dan waris murid-murid serta komuniti sekolah. Kem latihan pusat pasukan bola baling perempuan 12 tahun ke bawah Zon Jelutong ini adalah salah satu program yang dirancang oleh pihak sekolah bagi memenuhi rancangan kerja tahunan yang terkandung dalam takwin sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang. Kem latihan pusat ini merupakan fasa terakhir selepas murid-murid yang berkelayakan melepasi ujian kecergasan dan ujian padang. Fasa pertama merupakan sesi latihan intensif yang bermula pada hari Rabu 6 Mei 2011 4.30 hingga 6.00 petang. Sekolah-sekolah dalam Zon Jelutong telah dipelawa oleh SK Bukit Gelugor untuk menghantar pemain-pemain mereka untuk mewakili Zon Jelutong. RASIONAL 1. Mengisi dengan kegiatan-kegiatan yang wajar,berguna dan berfaedah untuk murid-murid. 2. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kegiatan luar bilik darjah sekali gus meningkatkan disiplin diri dan menanamkan nilai-nilai murni. 3. Melatih murid-murid bertanggungjawab, berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. OBJEKTIF 1. Untuk mengeratkan lagi silaturahim antara murid-murid dengan guru-guru. 2. Mendidik murid-murid berfikir dan bertindak dengan rasional dalam mencapai sesuatu matlamat. 3. Memupuk semangat kerja berpasukan dalam mencapai sesuatu matlamat. 4. Memupuk bakat kepimpinan dan bertanggungjawab. 5. Memupuk asas tabiat positif, berdisiplin, bekerjasama dan bertanggungjawab. 6. Memberi peluang mengamati, menikmati dan kepuasan hati menerusi aktivitiaktiviti yang dijalankan. 7. Mencungkil dan mengasah bakat yang sedia ada dalam diri murid-murid. 8. Memberi pendedahan praktikal tentang asas undang-undang permainan dan asas permainan sebelum ke sekolah menengah.

TARIKH, MASA DAN LOKASI Tarikh Hari Tempat Masa : 5 Mei hingga 7 Mei 2011 : Khamis, Jumaat dan Sabtu : SK Bukit Gelugor : 4.00 petang- pendaftaran (5 Mei 2011) 12.00 tengahari- bersurai(7 Mei 2011). Jangka masa : 3 hari 2 malam KUMPULAN SASAR Pasukan bola baling perempuan SK Bukit Gelugor yang menjadi Johan Zon Jelutong pada 23 Mac 2011 dan murid-murid perempuan yang mewakili bola baling sekolah masing-masing pada peringkat Zon Jelutong. Murid-murid berkenaan mestilah melalui ujian kecergasan dan ujian padang pada tarikh yang ditetapkan oleh panel kejurulatihan dan pemilihan SK Bukit Gelugor.

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN BOLA BALING PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN ZON JELUTONG 2011 Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Kem komanden Pen.kem komanden : En.Rosli bin Hashim (Guru Besar) : En. Syed Ibramsa b. Omar Khan(PK Kokurikulum) : Pn.Nariza bt Abdullah (PKHEM) : En.Mohd Rizal bin Mustafa : Cik Siti Azura binti Arshad : En.Mohamad Tasnim bin Abdul Khalim : Cik Farahwahida binti A.Rashid

Kontinjen Bola Baling Perempuan Zon Jelutong Pengurus : Cik Siti Azura binti Arshad Penolong pengurus : En.Mohamad Tasnim bin Abdul Khalim Jurulatih : En.Mohd Rizal bin Mustafa Pegawai permainan / : Guru penasihat sukan bola baling sekolah berkenaan Fisioterapi Panel Kejurulatihan dan Pemilihan Ketua jurulatih : En.Mohd Rizal bin Mustafa Jurulatih teknik : Cik Siti Azura binti Arshad Jurulatih taktikal : Cik Farahwahida binti A.Rashid Jurulatih kecergasan : En.Mohamad Tasnim bin Abdul Khalim Jurulatih penjaga gol : En.Mohamad Tasnim bin Abdul Khalim Penginapan, dan makanan / minuman 1. Cik Siti Azura binti Arshad 2. Cik Farahwahida binti A.Rashid Keselamatan, kecemasan dan logistik 1. Cik Farahwahida binti A.Rashid 2. Cik Siti Azura binti Arshad 3. En.Mohd Rizal bin Mustafa 4. En.Mohamad Tasnim bin Abdul Khalim Pendaftaran dan upacara penutup 1. Cik Siti Azura binti Arshad Dokumentasi dan fotografi: 1. Cik Farahwahida binti A.Rashid 2. En.Mohamad Tasnim bin Abdul Khalim

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING Pertandingan ini mengikut undang-undang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM) dan Persekutuan Bola Baling Antarabangsa(IHF). PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING Mengikut undang-undang dan peraturan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang(MSSPP). KEM LATIHAN PUSAT BOLA BALING PEREMPUAN ZON JELUTONG Sesi latihan ini meliputi latihan kecergasan, teknik dan taktikal yang disusun oleh panel kejurulatihan dan pemilihan SK Bukit Gelugor. TENTATIF PROGRAM Tarikh : 5.05.2011 Hari : Khamis Masa 4.00 pm 4.15 pm 6.30 pm Aktiviti Pendaftaran Warm-up Asas undang-undang Sistem serangan : 3-3, 2-4, 1-5, 0-6 Rehat / Solat Asar Cool down Pengurusan diri Solat Maghrib / Makan malam / Solat Isyak Prep malam / Ulangkaji pelajaran Kudapan Tidur

6.30 pm - 7.30 pm 7.30 pm 8.45 pm 8.45 pm -10.30 pm 10.30 pm 11.00 pm

Tarikh : 6.05.2011 Hari : Jumaat Masa 5.30 am -7.00 am 7.40 am - 12.00 am 4.00 pm 6.30 pm Aktiviti Bangun pagi / Solat Subuh /Pengurusan diri Sarapan pagi Pembelajaran di kelas Makan tengahari Warm-up Refresh hari pertama Menonton video sukan Olimpik, Piala Dunia Piala Asia, Piala Remaja Dunia Rehat / Solat Asar Sistem pertahanan (teori / amali) 6-0 , 5-1, 4-2, 3-3, 3:2:1 Cool down Pengurusan diri Solat Maghrib / Makan malam / Solat Isyak LDK Kudapan malam Tidur

6.30 pm - 7.30 pm 7.30 pm 8.45 pm 8.45 pm -10.30 pm 10.30 pm 11.00 pm Tarikh : 7.05.2011 Hari : Sabtu Masa 5.30 am -7.30 am 7.30 am - 12.00 am

12.00 pm

Aktiviti Bangun pagi / Solat Subuh / Pengurusan diri Sarapan pagi Warm-up Refresh hari kedua Serangan kilat (fast break) Permainan kecil Kudapan pagi Perlawanan persahabatan dengan Johan Zon Balik Pulau (SK Teluk Kumbar) Cool down Penutup dan bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN Sumber kewangan 1. Peruntukan MSSPP Zon Jelutong. 2. Peruntukan murid-murid yang disalurkan kepada sekolah mengikut pekeliling kerajaan. 3. Sumbangan ikhlas komuniti sekolah. Anggaran perbelanjaan 1 2 Elaun makanan/minuman 3 hari x RM10 x 12 RM 320.00 peserta Cenderahati peserta RM 180.00 Jumlah besar RM 500.00

Disediakan oleh, ----------------------------------(MOHD RIZAL BIN MUSTAFA) Ketua Jurulatih Bola Baling SK Bukit Gelugor

Disemak oleh, ----------------------------------(ROSLI BIN HASHIM) Guru Besar SK Bukit Gelugor

Disahkan oleh, ------------------------------------Penyelaras Teknik Bola Baling Zon Jelutong

Diluluskan oleh, ----------------------------------Pengerusi Zon Jelutong