Anda di halaman 1dari 15

KEMAHIRAN PROSES SAINS MEMBUAT INFEREN

Outline

Apakah inferen? Mengapa inferen penting? Bagaimana membuat inferen?

Perhatikan kartun di bawah:

Aktiviti 1: Membuat inferen


1. 2.

3.

4.
5. 6.

7. 8. 9.

Tombol pintu itu kelihatan pudar dan tidak berkilat. Terdapat tompok di halaman rumah yang tidak ditumbuhi rumput. Iodin berubah kepada biru tua apabila dititiskan ke atas keropok kentang. Ikan terapung di permukaan akuarium. Air minuman saya berbau telur busuk. Kobis yang saya tanam telah hilang dan terdapat beberapa cebisan kobis di atas tanah. Helaian dalam buku ini berwarna kuning. Bendera itu kelihatan berkibar. Bintang itu kelihatan lebih terang berbanding yang lain-

Apakah Inferen?

Inferen adalah penerangan atau interpretasi tentang sesuatu pemerhatian. Inferen dibuat berasaskan pemerhatian. Inferen bukan tekaan kerana tekaan adalah pendapat tanpa bukti.

Nota: Pemerhatian adalah maklumat yang diperolehi tentang sesuatu objek atau fenomena melalui lima deria.

Apakah Kepentingan Inferen?


Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan suatu fenomena atau penyebab. Kita akan lebih menghargai alam sekitar jika berupaya untuk menginterpretasi dan menerangkan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita belajar mengenal pola dan jangkaan pola berulang di dalam keadaan yang sama.

Apakah Kepentingan Inferen?

Kebanyakan tingkah laku kita adalah berasaskan inferen kita terhadap sesuatu fenomena. Saintis membina hipotesis berasaskan inferen yang dibuat dalam sesuatu penyiasatan. Sebagai guru, kita sentiasa membuat inferen tentang kenapa pelajar bersikap sedemikian. Pembelajaran merupakan inferen yang dibuat terhadap perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.

Bagaimana membuat inferen?

Kita menggunakan pengalaman lepas utk membina model mental tentang bagaimana dunia kita berfungsi. Pengalaman baru hanya bermakna jika kita berupaya membuat perkaitan dengan kefahaman sedia ada. Membuat inferen bermakna membina perkaitan di antara apa yang diperhatikan dengan apa yang diperolehi daripada pengalaman

Langkah-langkah:
1.

2.

3.

Buat pemerhatian sebanyak mungkin tentang objek atau fenomena. Imbas kembali sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan tentang objek atau fenomena . Integrasi maklumat tersebut dengan pemerhatian. Nyatakan setiap inferen dengan jelas.

Contoh inferen:

Berdasarkan pemerhatian, saya membuat inferen bahawa Bukti yang diperolehi mencadangkan bahawamungkin berlaku. Penerangan yang munasabah tentang apa yang saya perhatikan adalah . Berdasarkan pemerhatian, saya menyimpulkan bahawa

Aktiviti 1: Nilai syiling


1.

2.

3.

4.

5.

Keluarkan sekeping duit syiling dan kaji dengan teliti. Buat sebanyak mungkin pemerhatian tentang syiling (ingat: perincikan sifat-sifat syiling tersebut) dan rekod dalam jadual yang diberikan. Imbas kembali apa yang anda telah ketahui tentang syiling untuk membantu anda mengintepretasi pemerhatian baru. Senaraikan sebanyak mungkin inferen bagi setiap pemerhatian yang anda buat. Persembahkan dapatan anda kepada rakan2.

PEMERHATIAN

INFEREN

Pemerhatian

Inferen

Syiling ini berkilat Syiling ini mempunyai tanda tahun 2011 di atasnya Terdapat tulisan yang jelas dan seragam di atas syiling itu Apabila syiling dijatuhkan di atas meja, bunyi kling terhasil Terdapat tompokan hijau pada syiling

Inferen saya, ia dibuat daripada logam Syiling ini dibuat pada tahun 2011 Inferen saya bahawa tulisan itu dicetak menggunakan mesin Inferen saya bahawa syiling itu adalah padat bukannya kosong Syiling itu mungkin terendam dalam air dan berkarat

Perbandingan antara pemerhatian, inferen dan ramalan

Maklumat yang diperolehi tentang fenomena melalui pelbagai deria: Pemerhatian Mengapa fenomena berlaku: Inferen Apa yang dijangka/diramal akan diperhatikan di masa akan datang: Ramalan

Gambaran mental Inferen

Apa yang telah diketahui dari pengalaman lepas

Apa yang diperhatikan sekarang melalui deria

Inferen