Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA & GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG JALAN LANG PERUT PUTIH 9 TAMAN KEPONG

BARU TAMBAHAN 52100 KUALA LUMPUR TEL Ruj.Kami Tarikh Kepada Ibu/bapa/penjaga Murid-murid SK Seri Kepong Tuan/puan, JEMPUTAN MENYERTAI ACARA LARIAN MESRA SERI KEPONG 2008, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Pihak sekolah dengan segala sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan tuan/puan untuk bersama-sama menyertai Larian Mesra Seri Kepong seperti butiran berikut: Tarikh Masa Tempat Bermula & tamat Bayaran Bilangan Peserta 3. : 9 Ogos 2008 (Sabtu) :7.30 pagi hingga 1.00 ptg : Dataran Perhimpunan SK Seri Kepong :RM10.00 :Terhad kepada 50 orang : : :03-62726224 08/04/002 27 Julai 2008

Untuk pengetahuan tuan/puan, syarat-syarat larian adalah seperti berikut; 3.1. Peserta adalah ibu/bapa/penjaga murid-murid SK Seri Kepong 3.2. Pendaftaran selewat-lewatnya pada 9/08/2008 jam 7:40 pagi 3.3. Pihak penganjur akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian pihak penganjur atau wakilnya tidak bertanggungjawab berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecederaan yang berlaku sepanjang acara tersebut. 3.4. Segala keputusan pengadil/juri adalah hak penganjur.

4. Sokongan dan kesudian pihak tuan-puan untuk melapangkan masa turut hadir dan membantu program ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD ZUBIR B MOHD BASRI) Yadg Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru-Guru SK Seri Kepong Sk. Guru Besar SK Seri Kepong.