Anda di halaman 1dari 8

RAHNUN (GADAIAN) 1.

Definisi
Rahnun dari sudut bahasa bererti: kekal, tetap dan tahan. Rahnun bererti gadaian dalam bahasa Malaysia. Menurut bahasa, ertinya mempertaruhkan sesuatu umpamanya menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya. Menurut istilah hukum fekah atau hukum syarak, erti rahnun atau gadai ialah: menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada sesuatu hutang buat menjelaskan hutang itu ketika tidak kuasa membayarnya.

2. Dalil Gadaian
Hukum bergadai adalah harus iaitu harus bergadai dengan sesuatu atau apa-apa barang yang sah diperjualbelikan. Ertinya apa-apa barang atau sesuatu yang sah dijual maka ia sah digadai. 1. Firman Allah (Al-Baqarah: 283) Dan jika kamu dalam perjalanan dan tidak memperolehi jurutulis, hendaklah kamu menerima gadaian. 2. Hadith riwayat Bukhari daripada Anas katanya: Rasulullah s.a.w. menggadaikan baju rantai kepada seorang Yahudi di Madinah dan baginda mengambil daripadanya gandum untuk keluarganya. 3. Hadith daripada Aisyah r.a.: Bahawa Nabi s.a.w. telah membeli daripada seorang Yahudi makanan dalam suatu tempoh, dan baginda menggadaikan kepada Yahudi itu baju rantai kepunyaannya yang diperbuat daripada besi.

3. Hikmah Gadaian Dalam Islam


Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi kesulitan perbelanjaan. Kadang-kadang orang-orang yang berkemampuan tidak sanggup hendak memberi hutang kepada seseorang yang dipercayainya kecuali dengan sesuatu cagaran. Dengan adanya cagaran itu, hutang yang diberikan itu akan terjamin dan terselamat. Memandangkan kepada keadaan inilah Islam mengharuskan bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang dengan meletakkan suatu pertaruhan atau cagaran supaya terjamin pembayarannya bila mana sampai tempohnya kelak. Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak merasa apa-apa keraguan lagi kerana bila sampai tempohnya nanti, walaupun orang yang berhutang itu tidak sanggup menjelaskannya, pemberi hutang yang memegang gadaian itu boleh menjualnya dan mengambil harganya sekadar yang telah diperhutangkannya. Contohnya: Bakar memerlukan wang sejumlah RM3,000. Untuk mendapat wang sejumlah tersebut dia terpaksa berhutang daripada Fakhri dengan menggadaikan kebun getahnya iaitu sebagai cagaran kepada hutangnya itu dengan perjanjian apabila dia tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fakhri bolehlah menjual kebun tersebut; dan jika harganya lebih mahal daripada jumlah wang yang diperhutangkan itu, wang selebihnya itu hendaklah diberikan kepada Bakar kerana ianya adalah kepunyaan Bakar. Istilah-Istilah Penting: 1. Bakar yang memerlukan wang itu dinamakan rahin (penggadai). Fakhri yang memberikan wang dinamakan murtahin (pemegang gadai).
2.

Kebun yang dicagarkan itu dinamakan marhun (yang digadaikan).


3.

Wang sebanyak RM3,000.00 itu dinamakan marhun bih (hutang gadaian).


4.

Muamalat cara ini mestilah dengan ada ucapan di antara si penggadai dan si pemegang gadai.
2

4. Rukun-rukun Gadaian
4 rukun-rukun gadaian: 1. Rahin dan murtahin (penggadai dan pemegang gadai). Kedua-duanya hendaklah: (a) Berkeahlian mengurus hartanya (ahliyatut tabarru). Dengan syarat ini, penjaga, bapa atau lainnya, tidak boleh menggadaikan harta kanak-kanak dan harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ternyata ada keuntunganya. (b) Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-orang gila. (c) Tidak dipaksa: melakukan gadai mestilah dengan kehendak sendiri. Tidak sah jika dipaksa. 2. Barang yang digadai barang-barang yang digadai hendaklah barang-barang yang sah diperjualbelikan. Barangbarang yang tidak sah diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan. Marhun bih bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu mestilah hutang yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang seumpama benda yang wajib diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya. Sighah tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan kabul. Syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat pada urusan berjualbeli. Tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama. Juga tidak sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.

3.

4.

Menurut pendapat setengah ulama, sah bergadai secara unjuk terima, rida meridai di antara kedua pihak seperti kata orang yang hendak berhutang: Berilah hutang kepada saya sebanyak RM500 dan saya berikan kepada saudara geran tanah saya ini sebagai gadaiannya. Maka diberikan wang sebanyak yang tersebut dan pemberi wang menerima grant itu sebagai cagarannya.

5. Tarik Balik Gadaian


Harus bagi penggadai, menarik balik akadnya atau membatalkan gadaiannya itu selagi pemegang gadai atau wakilnya belum memegang barang gadaian itu. Jika sudah memegangnya, berjalanlah kuatkuasa gadaian itu dan penggadai tidak lagi berhak menarik balik gadaiannya dan tidak lagi berhak melakukan apa jua yang boleh menghilangkan hak milik hartanya itu seperti hendak menjual atau mewakafkan atau sebagainya.

6. Menggunakan Barang Gadaian


Sesungguhnya barang yang digadai itu adalah masih menjadi hak kepunyaan penggadai. Oleh yang demikian penggadai harus mengambil faedah daripada apa yang digadainya itu jika tidak mengurangkan nilai harganya seperti menunggangi haiwan, mendiami rumah atau sebagainya. Bahkan ia boleh memberi sewa sekiranya diizinkan oleh pemegang gadai. Adapun pemegang gadai, dia tidak boleh mengambil faedah daripada barang gadaian itu atau menggunakannya. Tetapi ada setengah-setengah ulama mengatakan harus sekiranya diizinkan oleh orang yang menggadai. Jadi, sekiranya pemegang gadai mengambil manfaat dari barang gadaian itu, sayugialah penggadai dengan tulus ikhlas dan bersih hati menghalalkan faedah-faedah barang gadaian itu sebagai mengenang budi di atas pertolongannya memberi hutang kepadanya itu. Dengan cara ini juga, terhindar dari bahaya riba. Jika ditinjau dari sudut kemanusiaan, pemegang gadai kurang elok mengambil faedah dari barang gadaian, kerana jika demikian, hilanglah semangat memberi pertolongan kepada orang-orang yang berhajat atau dalam kesusahan itu.

7. Perbelanjaan Ke Atas Barang Gadaian


Jika barang gadaian itu berkehendakan perbelanjaan seperti makan minum ternakan, menyiram pokok-pokok yang digadai atau sebagainya, maka segala perbelanjaan itu adalah tertanggung ke atas penggadai (rahin), bukannya ke atas pemegang gadai (murtahin).

8. Rosak Barang Gadaian


Pemegang gadai merupakan pemegang amanah ke atas barang yang digadaikan kepadanya. Dia bertanggungjawab menjaganya dengan penuh perhatian. Jika berlaku kerosakan yang tidak sengaja, tidak dikenakan apa-apa gantian ke atasnya. Tetapi jika berlaku kerosakan dengan sebab kecuaian atau ketaksirannya, wajib pemegang gadai menggantikannya. Kerosakan yang berlaku ke atas barang gadaian itu tidak sedikitpun menggugurkan hutang.

9. Apakah syarat-syarat barang gadaian?


1. Suci dari segi syarak.

2. Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada manusia. 3. Barang yang hendak digadai adalah hakmilik penggadai. 4. Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika berlakunya akad atau sighah. 5. Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya. 6. Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.

10. Apakah perbezaan antara pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam?
Pajak gadai konvensional adalah pajak gadai yang menjalankan operasinya yang tidak mengikut hukum syarak. Pajak gadai konvensional berasaskan kadar faedah dan beroperasi demi keuntungan semata-mata, sementara pajak gadai Islam membawa konsep pinjaman tanpa faedah berasaskan prinsip Qard al-hasan, dengan tujuan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Penggadai dikenakan upah kerana menyimpan ke atas nilai barang gadaian.

11. Apakah kelemahan pajak gadai konvensional?


1. Nilai gadaian merosot. 2. Mengenakan kadar faedah yang berlebihan. 3. Memberi nilai gadaian yang rendah. 4. Nilai aset gadaian sukar dibaca atau difahami. 5. Mengenakan bayaran terhadap salinan aset gadaian. 6. Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa memberitahu penggadai. 7. Wang lebih gadaian tidak dipulangkan. 8. Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan seluasnya. 9. Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.

Cara yang tepat serta diiktiraf oleh Islam adalah konsep ar-rahn atau cagaran. Iaitu bagi memastikan komitmen peminjam untuk membayar hutangnya, pemberi hutang dibenarkan oleh Shariah untuk meletakkan syarat tertentu yang boleh menguatkan janji orang berhutang untuk menyempurnakan hutangnya. Caranya adalah dengan meminta orang berhutang meletakkan apa-apa asset yang sesuai dengan nilai pinjamannya sebagai cagaran. Aset yang ingin dicagar perlu melihat syarat berikut ( Al-Uqud Al-Musammah, Az-Zuhayli, hlm 362) :a- Punyai nilai di sisi Islam dan undang-undang seperti komputer, motorsikal, televisyen, radio dan lain-lain. b- Bukan benda yang diharamkan sepeti arak, babi, bon riba dan lain-lain sepertinya. c- Benda yang tidak dimiliki orang yang mencagar. d- Bukan hutang orang ketiga yang belum sabit statusnya. Ertinya, tidak boleh mencagarkan hutang orang lain yang belum pasti pemulangannya kepada kita sebagai cagaran untuk hutang kita. Haram dan dosa besar mencagarkan isteri atau anak perempuan sebagaimana kes yang pernah berlaku di zaman jahiliyah silam dan moden ini. Sebagai contoh, pinjaman RM 2000, maka adik anda perlu mencagarkan computer peribadinya kepada saudara. Ini menyebabkan computer itu akan berada dalam simpanan saudara. Apabila adik anda gagal menyelesaikan hutangnya, anda dibenarkan untuk menjual computer itu di pasaran dengan harga biasa. Jika saudara Berjaya perolehi RM 2500, baki RM 500 perlu diserahkan kembali kepada adik , manakala RM 2000 adalah milik anda sebagai bayaran hutang yang gagal dibayar tadi. Jika hasil jualan hanya RM1500, anda masih berhak menuntut baki RM 500.
6

Selain itu bagi sesiapa yang berkemampuan, Islam juga menggalakkan mereka memberikan tangguh tempoh pembayaran hutang TETAPI DENGAN SYARAT TIADA SEBARANG PENALTI (kerana ia riba)..atau lebih hebat dari itu adalah menghalalkan sahaja jumlah hutang yang gagal di bayar itu. Ia tercatat dalam firman Allah swt : -


Ertinya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )

kategori larangan kerana menjual benda yang tidak dimiliki olehnya lagi. Namun mungkin ada yang akan mengatakan bahawa situasi yang berlaku kepada anda tadi boleh dianggap sebagai seperti Bai Al-Fudhuli atau belian tanpa disuruh. Contoh : Adik anda beli buku tanpa anda suruh dan kemudian dia datang kepada anda dan minta anda bayar harga buku itu kerana buku itu dibeli bagi pihak anda kerana katanya dia pasti anda akan beli jika anda jumpa buku itu atau lain-lain sebab. Hukum : Dalam konteks contoh di atas, belian al-Fudhuli ini dianggap mawquf atau hukumnya tertakluk kepada persetujuan anda. Jika anda setuju, ia sah dan halal serta perlulah anda membayar kepada adik anda itu. Jika anda tidak setuju, adik anda perlu menanggung sendiri kosnya dan buku itu miliknya. Tetapi : Dalam konteks apa yang berlaku kepada anda, pada hemat saya ia tidak boleh disamakan dengan bai al-Fudhuli berdasarkan hadis berikut :-


Ertinya : "Wahai Rasulullah : Telah datang kepada aku seorang lelaki dan ia ingin dari untuk menjualkan kepadanya sesuatu yang tidak aku miliki, adakah boleh untukku menjual kepadanya apa yang ada di pasar, Baginda menjawab : Jangan kamu menjual benda yang belum kamu miliki" [3] Al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfatul Ahwazi :


Ertinya : Hadis ini dalil haramnya jual benda yang tidak dimiliki dan tidak termasuk dibawah milik dan kemampuannya, diberikan penegecualin dalam bab Bai As-Salam kerana terdapat dalil khusus yang mengecualikannya dari umum hadis ini. (Tuhfatul Ahwazi) Beliau menjelaskan lagi, haram menjual sesuatu yang belum di dalam milik anda tatkala aqad jualan dibuat.