Anda di halaman 1dari 4

IDDAH A.

Definisi Iddah ialah masa menunggu yang diwajibkan ke atas seseorang perempuan yang ceraikan oleh suaminya (cerai hidup atau cerai mati), tujuannya, untuk mengetahui samada perempuan itu hamil atau sebaliknya atau untuk menunaikan satu perintah dari Allah. B. HIKMAH IDDAH 1. Untuk mengetahui samada isteri yang diceraikan itu (cerai hidup atau cerai mati) hamil atau sebaliknya. Ini akan mengelakkan bercampur aduk keturunan, apabila bekas isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain pula. 2. Untuk memanjangkan masa rujuk, jika cerai itu talak raji. Dengan adanya masa yang panjang dan lama dapat memberi peluang kepada suami untuk berfikir dan mungkin menimbulkan penyesalan terhadap perbuatannya itu dengan ini akan rujuk kembali. 3. Sebagai penghormatan kepada suami yang meninggal dunia. Bagi seorang isteri yang kematian suami yang dikasihinya sudah tentu akan meninggalkan kesan yang pahit di jiwanya, dengan adanya iddah selama 4 bulan 10 hari adalah merupakan suatu masa yang sesuai untuk ia bersedih, sebelum memulakan hidup yang baru di samping suami yang lain. C. Jenis-Jenis Iddah Iddah terbahagi kepada 2: 1. Iddah perempuan yang kematian suami. a. Jika hamil iddahnya ialah dari tarikh mati suaminya sehingga lahir anak yang dikandungnya itu. Firman Allah (Surah Talaq : 4): Ertinya: Perempuan-perempuan yang hamil, iddah mereka ialah sehingga lahir anak yang dikandung oleh mereka.

b. Jika tidak hamil iddahnya ialah selama 4 bulan 10 hari, walaupun ia belum pernah disetubuhi atau pun isteri itu masih kanak-kanak atau suami yang mati itu masih kanakkanak. Firman Allah (Surah Al-Baqarah : 234): Ertinya : Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedangkan mereka meninggalkan isteri, hendaklah isteri-isteri itu beriddah selama empat bulan, sepuluh hari. Terdapat 2 pendapat yang berlainan berhubung dengan iddah perempuan yang kematian suami, sedangkan ia hamil dan anak yang dikandungnya itu lahir sebelum sampai 4 bulan 10 hari dan tarikh kematian suaminya. 1. Pendapat Jumhurul Al-Salaf : iddahnya akan habis dan selesai apabila lahir sahaja anak yang dikandung itu, walaupun belum sampai empat bulan sepuluh hari dari tarikh mati suaminya. Ini berdasarkan ayat empat, surah al-Talaq yang lalu.

2. Pendapat yang lain yang diriwayatkan dari Ali : iddahnya ialah mengikut masa mana yang lebih panjang, maksudnya, jika anak yang dikandungnya itu lahir sebelum sampai empat bulan sepuluh hari dari tarikh mati suaminya itu, iddahnya tunggu sehingga genap empat bulan sepuluh hari. Iddah perempuan yang bercerai hidup atau fasakh: a. Jika hamil iddahnya selesai apabila lahir sahaja anak yang dikandungnya itu samada hidup atau mati atau apabila lahir (gugur) seketul daging yang ada rupa atau bentuk anak Adam menurut ahli-ahli perubatan bahawa yang lahir itu adalah yang dikandung oleh perempuan itu. b. Jika tidak hamil dan perempuan itu dari golongan perempuan yang mempunyai haid, iddahnya ialah 3 kali suci. Jika perempuan itu diceraikan di masa suci yang tidak disetubuhi, walaupun hampir masa haid, iddahnya akan selesai sebaik sahaja masuk pada haid yang ketiga, tetapi jika ia diceraikan di waktu sedang haid, iddahnya akan selesai apabila masuk haid yang keempat.
2

Iddah perempuan yang mustahadhah (yang keluar darah selain dari darah haid dan nifas) sedangkan ia tahu bilangan hari haid iddahnya ialah tiga kali suci juga, tetapi iddah perempuan yang mustahadhah yang masih belum tahu bilangan masa haidnya dengan tepat, seperti perempuan yang baru sahaja mengalami haid- masa iddahnya dengan kiraan bulan iaitu selama 3 bulan. Jika perempuan yang diceraikan itu masih budak (belum pernah haid) atau atau pun yang telah tua tidak ada haid lagi iddahnya ialah selama 3 bulan.
c.

Perempuan yang tidak haid adalah: 1. Yang masih kecil (belum cukup umur). 2. Yang sudah cukup umur tetapi belum pernah haid. 3. Perempuan yang sudah pernah haid tetepi sudah tua dan putus haidnya tak ada lagi. D. BEBERAPA MASALAH DAN HUKUM BERHUBUNG DENGAN IDDAH 1. 2. Isteri yang diceraikan oleh suaminya serta belum pernah disetubuhi tidak dikenakan iddah. Perempuan yang terputus haidnya sebelum atau sudah digugurkan talak, disebabkan sesuatu seperti sakit, nifas atau menyusukan anak hendaklah ia bersabar menunggu kedatangan haidh semula, kemudian barulah berjalan iddahnya iaitu 3 kali suci, dan sekiranya tidak datang haid, ia mesti menunggu sehingga sampai ke peringkat umur putus asa dari haid, kemudian bolehlah ia beriddah mengikut kiraan bulan iaitu tiga bulan. 3. Perempuan yang dicerai dengan talak raji jika ia sedang dalam iddah, tiba-tiba bekas suaminya itu meninggal dunia, maka iddahnya beralih mengikut iddah mati iaitu, 4 bulan 10 hari, kecuali jika ia diceraikan dengan talak bain yang tidak boleh dirujuk semula.

E. HAK-HAK PEREMPUAN DALAM MASA IDDAH 1. Perempuan yang taat (tidak nusyuz) dalam masa iddah raji , berhak menerima dari suami yang menceraikannya, tempat tinggal, pakaian dan segala perbelanjaan yang lain, makanan dan sebagainya. 2. Perempuan hamil yang sedang dalam iddah bain, samada kerana tebus talak atau kerana talak tiga berhak mendapat tempat kediaman, pakaian dan makanan. 3. Perempuan tidak hamil yang di dalam iddah bain hanya berhak menerima dari bekas suaminya tempat tinggal. Pendapat yang lain pula mengatakan bahawa perempuan tidak hamil yang bercerai talak bain tidak berhak menerima tempat tinggal dan juga nafkah.