Anda di halaman 1dari 5

BEBERAPA PERNIAGAAN HARAM 1.

Baiul gharari

Segala bentuk jualbeli yang menyebabkan kemudaratan, kerugian, bahaya atau sakit hati orang lain. Hadith riwayat Abu Hurairah: Rasulullah SAW menegah daripada jualan secara melontar anak batu berbahaya dan jualbeli secara penipuan. Contoh: Barang-barang yang tidak diketahui besar kecilnya, baik buruknya, tidak diketahui masa menerimanya, barang yang belum sempurna milik penjualnya, ikan di dalam sungai, burung di udara, anak binatang di dalam perut, sehelai kain di dalam beberapa helai kain yang tidak dapat dilihat, menjual seekor biri-biri di dalam kumpulan yang ramain. 2. Penjualan Membantu Kemaksiatan atau Barang Najis

Hadith riwayat Jabir bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ketika pembukaan kota Mekah: Bahawa Allah dan rasulNya mengharamkan jualan arak, bangkai, babi dan berhala. 3. Perniagaan Kotor Hasil perniagaan kotor seperti hasil persundalan haram. Hadith riwayat Abi Masud Al-Ansari katanya: Rasulullah s.a.w. menegah dari harga anjing dan hasil perempuan sundal serta upahan tukang nujum. 4. Penjualan Secara Tipu

Jualbeli mengandungi penipuan dan pengecohan seperti penjual sengaja memperlihatkan barang dagangan yang baik sementara menyembunyikan yang buruk. Hadith riwayat Abi Hurairah: Bahawa Nabi s.a.w. melalui suatu longgokan makanan, lalu baginda memasukkan tangannya pada tompokan. Jari-jari baginda terasa basah dan baginda bertanya: Apa ini wahai tuan punya makanan? Jawab penjual: Ia terkena hujan wahai Rasulullah. Sabda Nabi lagi : Mengapa tidak engkau letak di sebelah atas supaya dilihat orang? Barangsiapa menipu, bukanlah dia dari golonganku.

5.

Mengatasi Jualan Orang lain

Haram menjual di atas orang lain seumpama penjual berkata kepada pembeli sesuatu barangan daripada penjual lain yang masih di dalam tempoh khiyar: Batalkan permbelian ini kerana saya boleh jual seperti itu kepada saudara dengan harga yang lebih murah. Hadith riwayat Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Tidak harus sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. 6. Mengatasi Tawaran Orang Lain

Haram mengatasi tawaran orang lain seumpama pembeli menawar beli dengan harga lebih mahal daripada seseorang penjual yang telah bersetuju membeli sesuatu daripada pembeli lain. Hadith Rasulullah s.a.w: Tidak harus seseorang Muslim menawar di atas tawaran seseorang Muslim yang lain. 7. Menyekat Pedagang (talaqir rukban) Haram menyekat barang dagangan di luar kota dengan tujuan memborong barangan itu dengan harga yang murah. Contoh: Seorang peniaga berusaha menanti di mana-mana jalan untuk memborong barangan sebelum barangan itu sempat dibawa ke pasar. Peniaga membelinya dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Hadith riwayat Ibnu Masud: Bahawanya baginda SAW menegah daripada menyekat pedagang. 8. Jualbeli haadirin libaadin

Ialah jual-beli antara orang kota dengan orang desa, iaitu seorang desa datang ke kota membawa barang-barang dagangan yang diperlukan di kota untuk dijual tanpa mengetahui harga pasaran. Saudagar kota segera mengambil peluang dengan meminta ditinggalkan barangan kepadanya supaya dapat dia menjualnya sedikit demi sedikit dengan harga yang lebih mahal. Hadith riwayat Jabir: Tiada harus orang kota menjual untuk orang desa. Biarkan manusia mendapat rezeki, dengan cara sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain.
2

9.

Jualbeli Najasy

Jualan dengan cara menaik-naikkan harga dengan tujuan menipu umpamanya penjual telah berpakat dengan seseorang lain yang pura-pura hendak membeli barangannya, tetapi sebenarnya cuma untuk menipu dan mengelirukan orang ramai sahaja. Hadith riwayat Ibnu Umar: Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah daripada jualbeli najasy. 10. Jualbeli Anak Dalam Kandungan

Menjual keturunan anak ternakan yang masih dalam kandungan, seperti dikatakan: Bila lembuku ini melahirkan anak yang ada di dalam kandungannya dan anaknya itu beranak pula, aku jualkan anaknya itu. Penjualan seperti ini mungkin terjadi dalam urusan tempahmenempah pembelian anak haiwan bila ternakan daripada baka keturunan baik. Hadith riwayat Ibnu Umar: Bahawa Nabi s.a.w. telah menegah menjual anak bagi haiwan bunting. 11. Ihtikar (Monopoli)

Ihtikar ialah menyimpan barang-barang keperluan orang ramai dengan tujuan akan menjualnya dengan harga yang lebih mahal supaya mendapat keuntungan yang berlipat-ganda. Ini merupakan penindasan yang menyebabkan orang ramai mengalami kesulitan dan kesusahan. Perbuatan ini dilarang berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w: Siapa-siapa melakukan ihtikar maka dia bersalah.

JUALBELI YANG TERLARANG Jualbeli atau perniagaan yang diharamkan terbahagi kepada dua bentuk pengharaman iaitu: 1. 2. Haram tetapi Sah akadnya Haram dan tidak sah akadnya

Haram tetapi Sah Akadnya 1. Menjual sesuatu yang terang-terang akan digunakan oleh pembelinya untuk tujuan maksiat. 2. Penjualan secara kecoh, seperti penjual sengaja memperlihatkan barang-barang yang baik di sebelah atas, sedangkan di bawahnya terdapat barnag-barang yang buruk. 3. 4. 5. 6. 7. Jualbeli dengan cara mengatasi jualan orang lain. Jualbeli dengan mengatasi tawaran pembelian orang lain. Jualbeli talaqir rukban (menyusung pedagang keluar kota). Jualbeli haadirin libaadin. Jualbeli najasyin (menaik-naikkan harga)

8. Melakukan ihtikar (monopoli) ke atas barang-barang keperluan orang ramai dengan tujuan hendak menjualnya dengan harga yang lebih mahal Haram dan Tidak Sah Akadnya 1. Menjual air benih haiwan ternakan, hukumnya haram dan tidak sah akadnya kerana bukan saja tidak diketahui kadarnya, tetapi juga tidak dapat menerimanya. Tetapi dalam urusan pembiakan ini menurut mazhab Hanbali harus mempersewakan jatan ternakan dalam tempoh masa yang tertentu. Tetapi sebaik-baiknya tuan punya haiwan tersebut meminjamkannya saja kepada pihak yang berkehendakan pembiakan itu dan cara inilah yang dianjurkan oleh Islam. 2. Begitu juga haram dan tidak sah menjual anak haiwan yang masih di dalam kandungan ibunya. Begitu juga tidak sah jika menjual salah satunya saja. Jika menjual haiwan yang bunting, mesti dijual sama anaknya sekali yang di dalam kandungannya itu.

3. Tidak sah menjual buah-buahan yang masih di pokok kecuali setelah nyata baiknya. Umpamanya buah-buahan yang sedang memutik muda, tidak harus menjualnya kerana buah-buahan dalam waktu yang demikian sering gugur dan busuk. Kecuali setelah kelihatan baik dan tua. Sabda Rasulullah s.a.w.: Jangan kamu menjual buah-buahan sehingga nyata baiknya. 4. Tidak sah menjual dengan bersyarat seperti kata penjual: Saya jualkan motokar ini kepada saudara dengan harga RM5,000 dengan syarat saudara jualkan rumah saudara itu kepada saya dengan harga . 5. Tidak sah menjual dengan syarat hutang umpamanya kata penjual: Saya jualkan basikal ini kepada saudara dengan harga RM200 dengan syarat saudara memberi hutang wang kepada saya sebanyak RM100. 6. Tidak harus menjual daging dengan binatang sama ada dari jenis yang boleh dimakan atau bukan jenis yang boleh dimakan seperti menjual daging lembu dengan biri-biri atau lainnya seperti menjual daging biri-biri dengan himar, berdasarkan riwayat Al-Hakim: Baginda menegah menjual biri-biri dengan daging. 7. Tidak sah menjual barang-barang yang tidak boleh diterima seperti burung di udara, ikan di dalam laut atau sebagainya. 8. Tidak sah menjual barang-barang yang baru dibeli sebelum menerimanya kerana barang yang seperti itu belum lagi menjadi miliknya yang sempurna.

Jualan Lelong Adapun jualan secara lelong, hukumnya harus berdasarkan hadith daripada Anas bin Malik: Bahawa Rasulullah pernah menjual pelana dan mangkuk, dan katanya: Siapa mahu membeli pelana dan mangkuk ini? Jawab seorang lelak : Saya mengambil kedua-duanya dengan satu dirham. Maka Nabi s.a.w. berkata : Siapa mahu lebih daripada satu dirham ? Maka seorang lelaki memberikan dua dirham kepada Nabi, lalu Nabi menjual kedua-dua pelana dan mangkuk kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai