Anda di halaman 1dari 4

Jenis-jenis Jual-Beli

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jual Fudhuli Jual Muatah Jual Tasir Jual Urbun Jual Sarf Jual Faedah Jual Jizaf

Jual Beli Fudhuli


Takrif - Jual sesuatu yang bukan hak miliknya seperti seseorang itu menjual barangan milik orang lain tanpa diwakilkan atau tanpa izin. Contohnya seorang suami menjual barang milik isterinya tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada isterinya.

Hukum jual beli Fudhuli menurut ulama: Mazhab Maliki dan Hanafi Sah sekiranya dipersetujui oleh tuannya dan dengan syarat : (1) (2) (3) (4) sekiranya ia menguntungkan pemilik asal sekiranya tidak menzalimi pemilik dan penjual serta harga mestilah orang yang mampu melaksanakan urusan jual beli mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas akad

Mazhab Syafii, Hanbali dan Zahiri Batal walaupun dipersetujui kerana persetujuan pemilik harta mestilah di waktu akad. Hujah: (1) (2) pengurusan harta orang lain tanpa izinnya adalah ditegah bukan pemiliknya dan bukan pemilik waktu akad itu

Jual-Beli Muatah
Takrif- pembeli dan penjual bersetuju atas penetapan harga , tanpa lafaz ijab dan qabul. Contohnya seseorang itu mengambil barang dan membayar harga tanpa ada sighah ijab dan qabul seperti jualan layan diri di pasaraya Hukum jual beli Muatah menurut ulama: Jumhur Ulamak (Hanafi, Malik dan Hanbali) Sah dan harus dilaksanakan. Syaratnya ialah pembeli dan penjual saling reda meredai Menurut pendapat Imam Syafii Tidak sah, kerana tidak ada lafaz ijab dan qabul yang jelas atau secara sindiran. Mestilah dengan lafaz kerana keredaan itu tersembunyi di dalam hati dan orang lain tidak tahu Segelintir pengikut Imam Syafie (Imam Nawawi, Bagahawi dan Mutawalli), sah walaupun tidak dibuktikan dengan lafaz kerana sudah menjadi adat kepada manusia tidak ada lafaz ijab dan qabul tetapi saling berterimaan di majlis akad.

Jual-Beli Tasir
Takrif- Kawalan harga oleh pemerintah dalam menetapkan harga sesuatu barang supaya tidak menzalimi pembeli dan penjual. Contohnya barang keperluan asas seperti beras. Hukum jual beli Tasir: Menurut Syafii, haram sebab bukan miliknya Menurut Malik dan Hanafi, harus sebab maslahah umum

Jual-Beli Urbun
Takrif- Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian dari harga barang sebagai wang pendahuluan dan bakinya dijelaskan kemudian (bayar cengkeram). Sekiranya tidak bersetuju, wang tersebut diberikan kepada penjual. Hukum jual beli Urbun: Menurut Jumhur Ulama, haram, batal dan tidak sah kerana mengandungi unsur-unsur penipuan dan kezaliman. Nabi sendiri melarang jual beli cara urbun kerana termasuk dalam penipuan dan perbuatan memakan harta orang lain secara haram. Berlaku penindasan kerana cengkeram jadi hangus sekiranya tidak jadi berurusan.

Jual-Beli Sarf
Takrif- Jual beli mata wang dengan mata wang Hukumnya: Harus - Jual emas dengan emas atau perak dengan perak secara sukatan walaupun tidak sama timbangan dan sifatnya Haram - Jual emas dengan emas jika tidak sama nilai, jenis dan sifatnya serta berhutang

Jual-Beli Faedah
Takrif - jual faedah iaitu saling mengambil faedah atau manfaat, atau sewa menyewa atau upah mengupah. Hukum jual beli faedah:

Harus berdasarkan firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 6:

Maksudnya : ..kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.. Sebab untuk kepentingan manusia (masalih al-mursalah)
3

Jual-Beli Jizaf
Jual sesuatu tidak disukat dan tidak ditimbang iaitu dengan cara anggaran atau borong. Syarat sah Jizaf: 1. barang yang menjadi tukaran wujud masa akad 2. pembeli dan penjual tidak tahu kadar barang yang dijual 3. barang mestilah dalam jumlah yang banyak tetapi tidak melebihi had banyak 4. barang mestilah berada di suatu tempat khas dan tidak bercampur aduk dengan barang lain 5. barang mestilah sama dengan apa yang dijangkakan 6. tidak bercampur dengan barangan yang mempunyai timbangan tertentu waktu akad