Anda di halaman 1dari 5

CONTOH 1 JAWAPAN & SKEMA PEMARKAHAN STPM SYARIAH KERTAS 1 November 2012 Bahagian A (Feqah)

Bahagian/ Bab Muamalat/ Gadaian

Jawapan http://smkpbu.blogspot.com Soalan 1 (a) : Pengertian Gadaian: Menjadikan suatu barang sebagai cagaran bagi suatu hutang dan barang itu menjadi bayaran sekiranya tidak mampu bayar hutang. Dalil: Quran: Surah Al-Baqarah: 283 Dan jika kamu dalam perjalanan sedang musafir dan tiada memperolehi juru tulis maka hendaklah ada barang tanggungan yang di pegang sebagai gadaian.

Markah

Rukun: 1) Penggadai: Seorang yang ahli dalam mengurus hartanya yang beraqal dan berkehendak menggadaikan barangnya. 2) Pemegang gadai: Seorang yang ahli dalam menerima barang gadai dan memberi hutang kepada penggadai dengan kehendaknya sendiri. 3) Barang Gadaian: Harta benda yang diberikan kepada pemegang gadai sebagai cagaran untuk menyempurnakan hak. 4) Bayaran atau hutang: Bayaran atau barang sebagai hutang yang diberikan kepada penggadai oleh pemegang gadai. Hikmah: 1) Gadaian adalah merupakan suatu bentuk pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan kewangan. 2) Gadaian menimbulkan sifat kasih sayang antara satu sama lain. 3) Barang gadaian menjadi jaminan kepada orang yang memberi hutang untuk mendapatkan haknya kembali. 2x2 2x2

Jum 10 Soalan 1 (b) Dua perkara yang membatalkan gadaian : 1) Menyerah kembali barang yang di gadai kepada penggadai. Contoh: Ali menggadaikan tanahnya untuk menerima hutang daripada Ahmad. Gadaian terbatal apabila Ahmad menyerahkan tanah tersebut Kepada Ali semula. 2) Penggadai membayar semua hutang. Contoh: Jika Ali membayar semua hutang yang dipinjamkan oleh Ahmad maka terbatallah gadaian tersebut. 3) Perintah Jual barang oleh Qadhi. Contoh: Qadhi memerintah Ali menjual tanahnya dengan sebab tertentu dan harga dari tanah itu di bayar hutang Ahmad.

2x2

Jum 4

Soalan 1 (c) (i) Hukumnya Harus. Penggadai harus menggunakan barang tersebut http://smkpbu.blogspot.com selagi penggunaannya itu tidak mengurangkan nilai barang tersebut kerana barang gadaian adalah sebagai kepada hutang yang diberi. (ii) Pemegang gadai tidak dikenakan ganti rugi sekiranya barang gadaian itu rosak hilang dan sebagainya yang tidak di sengajakan dan gadaian terbatal dengan kerosakan itu. (iii) Sekiranya berlaku perbalahan antara penggadai dan pemegang gadai mengenai kadar nilai barang gadaian, maka syara' membenarkan pendapat penggadai.

2x3

Jum 6 Jum 20

Munakahat Soalan 3 (a) Pra-perkahwinan Pengertian Mahar - Pemberian wajib yang diberi oleh suami kepada isterinya Mahar sebab dengan berkahwin, wati atau penyerahan budhu secara paksa. Zihar Hukum mahar - wajib dengan sebab nikah Dalil mahar Quran: Surah al-Nisaa: 4 Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai penuh kerelaan. Jenis mahar: (1) Mahar musamma - mahar yang disebut semasa aqad atau selepasnya dengan keredhaan dengan mendapat persetujuan dengannya semasa aqad. (2) Mahar mithil - mahar wanita yang setanding dengan isterinya semasa aqad dan diambil kira mahar mithil ini dengan perempuan 'asabahnya.

1 1

2x2

Jum 8

Soalan 3 (b) Tiga keadaan yang menyebabkan mahar digugurkan: (1) Perceraian sebelum dhukhul yang berpunca dari sebelah pihak isteri. Contoh: Isteri murtad, atau enggan memeluk islam apabila suaminya memeluk islam, isteri memfasakh dengan sebab kecacatan atau kemiskinan suami atau suami memfasakh dengan sebab kecacatan isteri. (2) Isteri menggugurkan atau menghibah semua mahar sebelum dhukhul atau selepasnya bila mana isteri itu dari kalangan ahli-tabarru. (3) Isteri menebus talak (khulu) dengan jumlah yang sama dengan nilai mahar. Soalan 3 (c) (i) Nilai mahar yang wajib diberi oleh seoarang lelaki yang menceraikan isterinya sebelum isteri itu disetubuhinya separuh jika perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami murtad. Jika penceraian berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakh perkahwinan sebab kecacatan isteri, maskahwin gugur semuanya. (ii) Jika seorang isteri mati sebelum persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada warith jandanya, jika maskahwin belum dibayar sebelum itu. Jum 6

2x3

2 2 Jum 6 Jum 20

Munakahat Iddah

Soalan 4 (a) http://smkpbu.blogspot.com Pengertian Iddah - Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami sama ada cerai hidup atau cerai mati. Hukum Iddah - wajib beriddah pada syara'. Dalil Iddah Al-Baqarah ayat 228: Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri menunggu selama tiga kali quruk (bersuci/haid).. Hikmah disyariatkan iddah: (1) Untuk mengetahui sama ada isteri yang dicerai itu hamil ataupun tidak bagi mengelak dari bercampur aduk keturunan apabila bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki. (2) Untuk memanjangkan masa rujuk jika cerai itu talak raji dan memberi masa yang lama kepada suami untuk memikir semula. (3) Sebagai penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan peluang isteri untuk melupakan suami yang dikasihi. Soalan 4 (b) Pembahagian Iddah: Cerai akibat suami mati: 1. Isteri yang mengandung tempoh iddahnya sehingga bersalin 2. Isteri yang tidak mengandung tempoh iddahnya selama 4 bulan 10 hari. Cerai hidup (bukan kematian suami): 1. Isteri yang mengandung tempoh iddahnya sehingga bersalin 2. Isteri yang tidak mengandung tempohnya dan masih mempunyai haid tempoh iddahnya 3 kali bersuci atau haid. 3. Isteri yang masih kecil yang tidak ada haid atau yang tua yang sudah putus haid tempohnya iddahnya 3 bulan.

2 1

2x3 Jum 10

2 2 2 2 2 Jum 10 Jum 20

Jinayat Diyat

Soalan 5 (a) Pengertian Diyat: Harta benda yang wajib diberikan sebagai ganti kerugian sebab membunuh atau melukai orang merdeka dan diberikan harta benda itu kepada yang dilakukan ketasnya perbuatan jenayah tersebut atau walinya. Hukum diyat adalah wajib menurut syara'. Dua jenis diyat: (1) Diyat Mughalazah - iaitu seratus ekor unta sebagai diyat pembunuhan sengaja sama ada diwajibkan qisas atau pun tidak. (2) Diyat Mukhaffafah - iaitu seratus ekor unta dengan dibahagi 5 jenis untuk pembunuhan tidak sengaja.

2 2

3 3 Jum 10

Soalan 5 (b)

http://smkpbu.blogspot.com

Pengertian Tazir - Hukuman terhadap kesalahan yang tidak diperuntukan oleh syara' dengan hukuman had dan tidak juga hukuman kafarah samada jenayah itu hak Allah S.W.T ataupun melakukan jenayah kepada manusia.

Dalil: Surah Al-Ahzab ayat 57: Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan RasulNya, Allah akan melaknat mereka di dunia dan akhirat, dan Dia menyediakan baginya siksa yang menghinakan.

Tiga jenis hukuman tazir: (1) Hukuman bunuh - hukuman terhadap kesalahan yang melibatkan kepentingan agama dan umum. Contoh: memaki Rasullullah S.A.W. (2) Hukuman sebat - hukuman terhadap penjenayah yang melakukan kesalahan berat dan ringan dan sekurang-kurangnya sebat 3 kali. (3) Hukuman tahanan - hukuman pencegahan bagi menahan penjenayah melakukan jenayah. (4) Hukuman buang daerah - hukuman ini terpaksa diadakan apabila seseorang melampaui tatasusila.

2x3

Jum 10 Jum 20