Anda di halaman 1dari 11

mutiara: KAEDAH RAWATAN KECEMASAN ANGIN AHMAR Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa inggeris.

Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini sautu hari kelak. Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membaca dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin ALLAH melalui tip-tip yang akan dibincangkan. Bapa saya meninggal dunia akibat angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimana pun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara mara serta rakan-rakan anda. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukan sendiri. Alat yang diperlukan ialah JARUM suntikan atau pun jarum jahit yang kebiasaanya ada dirumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin ALLAH dan merupakan cara agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah didalam otaknya menghadapi rasiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira dimana sahaja mangsa berada, jangan alihkan ketempat lain kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah diotak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin bertambah buruk. Jika dirumah anda ada jarum suntikan ( alat yang terbaik ), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk diseterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa (kira-kira 1mm) dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula. Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian InsyaALLAH , mangsa sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia kehospital. Memanggil ambulan semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah diotak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan

hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula. Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doktor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100% menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat TaiChung. Tiba-tiba seorang guru berlari ke kelas saya dan mengadu; En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!. Saya pun bergegas kebilik beliau ditingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En. Chen Fu-Tien telah menjadi pucat, percakapannya tidak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan difarmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah) selang beberapa minit muka En. Chen kembali kemerahan dan membuka matanya. Malangnya mulut beliau beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah kesitu. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3 5 minit bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia segelas teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokkan harinya untuk terus bertugas disekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin Ahmar adalah penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakkannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua diantara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin ALLAH dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian dikalangan kita. SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT. mutiara: Sejarah Doa Angin Ahmar

Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya maka melalui Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana. Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s..Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya. Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal. Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh ArRaihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian. Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insyaAllah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama

bagi yang belum terlalu berat penyakitnya. Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadapNya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan namaNya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman. Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan. Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan

alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf. Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan Jadilah! Maka jadilah ia. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang mengafiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan. Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan. Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal. Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-

baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan. Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakitpenyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam. Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi afiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin

mutiara: Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh dikawal adalah: Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi. Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita. Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack) Faktor risiko untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah: Tekanan Darah Tinggi Kencing manis Paras kolesterol tinggi Merokok Berat badan yang berlebihan Cara hidup tidak aktif (sedentari) Tekanan/stress

Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar? Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala strok/angin ahmar? Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut: Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba Sukar menelan

Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar? Terdapat 2 jenis strok/angin ahmar utama: Thrombotic/ischaemic stroke ?Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat. Haemorrhagic stroke ?Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar? Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :

Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL) Nasihat amalan pemakanan sihat Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar? Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti : Kawal tekanan darah Kawal tahap Kolesterol Kawal penyakit Diabetes Amalkan cara pemakanan sihat Berhenti merokok Kerap bersenam Menangani tekanan mental Kurangkan pengambilan minuman keras Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal. Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam halhal seperti: Jurupulih Pertuturan ?membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) ?mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar Jurupulih Perubatan (Anggota) ?mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi? Nasam - National Stroke Association of Malaysia mutiara: Siapakah Yang Berisiko? 1.Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri. 2.Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri. 3.Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok. 4.Pernah mengalami TIA. Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya. 5.Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak. 6.Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi. 7.Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah. 8.Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah. mutiara: Bagaimana Strok Di Diagnos? Beberapa penelitian boleh membantu mengenalpasti jenis strok yang telah berlaku dan pilihan rawatan yang terbaik. Ujian yang tepat akan berbeza di antara seorang dengan yang lain, tetapi yang biasa termasuk:

1.Pengukuran tekanan darah. 2.Ujian darah untuk memeriksa kandungan gula dalam darah, gumpalan dan tahap kolesterol. 3.X-ray dada untuk memeriksa masalah jantung atau dada. 4.Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur rima dan aktiviti jantung. 5.Ekokargiogram, sejenis imbasan jantung, untuk memeriksa kemungkinan masalah jantung. 6.Imbasan otak untuk mengenalpasti jenis strok dan mencari kesan-kesan kerosakan. 7.Imbasan Ultra-bunyi arteri-arteri karotid untuk memeriksa aliran darah ke otak. Navigation [0] Message Index [#] Next page

Anda mungkin juga menyukai