Anda di halaman 1dari 12

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Pengenalan Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSM (1989), matematik diajar secara susunan yang merangkumi tiga bidang iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan. Selain daripada itu,terdapat beberapa aspek sokongan lain yang terdiri daripada penyelesaian masalah, penakulan serta pemikiran mantik, nilai-nilai sejagat dan sejarah matematik. Secara tidak langsung aspek-aspek ini memberi kesan kepada proses pemahaman matematik di kalangan pelajar. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Pernyataan Masalah Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah mahu pun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak pengembangan pemikiran pelajar iaitu kemahiran berfikir pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik merangkumi proses penyelesaian masalah contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Kelemahan kefahaman konsep ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar-pelajar yang lemah malahan ia juga berlaku pada pelajar-pelajar yang bijak. Kesilapan-kesilapan pelajar biasanya berkaitan dengan pemahaman dan kaedah penyelesaian. Antara punca kepada kelemahan ini ialah kerana kurangnya penguasaaan konsep asas matematik justeru mengurangkan minat terhadap pembelajaran matematik. Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk memberikan perhatian serius serta memberi penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul di
1

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

peringkat awal lagi. Kepentingan Kefahaman Konsep Seseorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat secara berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan seterusnya menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang panjang. Ini bagi memastikan ianya boleh digunakan sekiranya pelajar menghadapi masalah yang memerlukan penyelesaian. Justeru itu, pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar. Pelbagai bentuk persoalan timbul berhubung matematik pada masa kini. Antaranya,

mengapakah pelajar kurang berminat dan mengapa pelajar kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran matematik. Dengan sistem pembelajaran matematik yang

menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik. Menurut Gagne (1970), adalah amat sukar untuk membentuk konsep pada minda pelajar dan jika ia telah berlaku maka mudahlah pembelajaran itu dilakukan. (It will be difficult to emphasize the importance of concept learning for formal education. The acquisition of concepts is what makes learning possible.) Ahli-ahli psikologi mendapati pelajar mudah mempelajari suatu isi kandungan yang baru itu sekiranya ia dikaitkan dengan konsep-konsep yang telah mereka fahami. Prinsip-prinsip ini amat jelas dalam pengajaran matematik. Kaedah tradisi pengajaran matematik iaitu dengan memaksa pelajar menghafal segala rumus terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran akan membawa kesan negatif kepada pelajar. Pelajar-pelajar yang mampu menghafal segala rumus mampu menghasilkan satu keputusan yang memuaskan sedangkan berlaku sebaliknya kepada pelajar yang lebih berfikiran praktikal. Kesannya, pelajar tidak dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan diluar bilik darjah. Terdapat dua teori pembelajaran psikologi yang dapat

diaplikasikan bagi mengatasi masalah konsep pembelajaran matematik .

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Pendekatan Teori-teori Psikologi Dalam mengatasi masalah kesukaran memahami konsep matematik

Terdapat beberapa teori yang dapat menghuraikan tentang memahami konsep matematik. Antara teori yang boleh digunkan ialah:

Teori Pendekatan Kognitif.

-Istilah kognitif Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. a) Teori kognitif Bruner bagi mengatasi masalah memahami konsep matematik Implikasi kajian Bruner dalam pengajaran dan pembelajaran 1) Teorem Pembelajaran Matematik Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, Bruner dan pembantunya Kenney membuat kajian dan pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas matematik. Pada tahun 1963, Bruner dan Kenney Berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik seperti berikut i) Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep,prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili konsep matematik itu. Aktiviti- aktiviti konkrit haruslah dijalankan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka boleh membina perwakilan untuk konsep itu. Misalnya, pelajar boleh belajar hukum tukar

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

tertib melalui kaedah penemuan dengan membina hukum itu daripada beberapa contoh operasi tambah dan operasi darab. ii) Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif pelajar. Contohnya, dalam pengajaran mengenai persamaan, lebih baik dimulakan dengan tatatanda seperti 3+2 dan setelah

menguasainya, barulah diperkenalkan dengan persamaan seperti y= 3x+ 2 kepada pelajarnya. Rangkap matematik y= f(x) hanya boleh

diperkenalkan di peringkat sekolah menengah atas. iii) Teorem Kontras dan Variasi Prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit melibatkan operasi kontras dan variasi. Kebanyakan konsep matematik tidak mempunyai erti bagi pelajar jika konsep itu tidak dibezakan dengan konsep yang lain. Contohnya , lengkok,jejari,diameter dan perentas akan menjadi lebih bererti jika sifat-sifat mereka dapat dibezakan. Konsep nombor ganjil dan nombor genap patut dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor itu. Selain daripada itu, setiap konsep matematik yang baru harus di perkenalkan melalui berbagai-bagai contoh. Misalnya operasi tambah boleh diajarkan dengan berbagai contoh seperti dibawah: 3x + 4x= 3x + =7x

+ 4x=7x iv) Teorem Perhubungan Setiap konsep,prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran, guru haruslah menggunakan konsep konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran untuk mengaitkannya dengan konsep, prinsip atau kemahiran yang baru. Contohnya operasi tolak harus dikaitkan dengan
4

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

operasi tambah, operasi tambah dikaitkan dengan operasi darab, operasi bahagi dikaitkan dengan operasi tolak atau operasi darab, dengan , (x) dikaitkan dengan ( ) dan sebagainya. dikaitkan

2) Strategi pengajaran dan pembelajaran matematik Bruner berpendapat bahawa sesorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Pelajar-pelajar membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan kepada perangsang pelajar tentang konsep itu dengan pengetahuan sedia ada. Misalnya

pelajar-pelajar membentuk konsep segiempat dengan mengenal pasti segiempat mempunyai 4 sisi dan memasukkan semua bentuk bersisi empat ke dalam kategori segiempat dan memasukkan bentuk-bentuk bersisi tiga ke dalam kategori segitiga. Berdasarkan pengetahuan sedia ada tentang konsep segiempat, pelajar-pelajar membina konsep segiempat sama dengan mengasingkan bentuk-bentuk, segiempat-segiempat yang bersisi sama dan membezakan rombus dengan segiempat sama sisi mengikut ciri sudutnya. Pelajar-pelajar mestilah bersedia menerima perkara yang akan disampaikan. Alam persekitaran dapat memberi pertolongan dan pengetahuan yang sedia ada dapat membaikinya. Selain itu, maka lebih berkesan bagi pelajar-pelajar belajar melalui kaedah penemuan. Misalnya pelajar-pelajar memahami bahawa operasi bahagi tidak bersifat tukar tertib dengan mengira hasil bahagi semata-mata diberitahu oleh guru. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran matematik akan lebih berkesan dan mudah dengan penggunaan simbol untuk mewakili konsep-konsep abstrak. Misalnya, penyatuan set A dan set B lebih mudah ditulis dengan A U B dan pelajar lebih senang menerima 5 + 2 = 7 daripada 5 tambah 2 bersamaan 7. Syaratnya, pelajar mesti memperoleh pengalaman dalam penggunaan symbol A, U, B dan 5,+, 2= 7 terlebih dahulu. itu sendiri dan bukan

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

B) Teori kognitif pemerosesan maklumat R.M Gagne Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran.. setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran diperingkat lebih awal. Berikut merupakan peringkat-peringkat gagne: a)Pembelajaran isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang menguap,kita dapat isyarat dia mengantuk.

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan member ucapan, selamat sejahtera,cikgu!. Dalam hal ini,murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b) Pembelajaran gerak balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. C) Pembelajaran Rangkaian Motor Digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan

,muzik,elektronik,mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu set siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. d) Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta,data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah di pelajari dahulu.

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

e) Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut cirri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan member gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses

pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. f) Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. g) Pembelajaran Hukum Gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah Melibatkan penggunaan prinsip,rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis,membuat

pilihan,membuat rumusan.

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Impilkasi lapan jenis pembelajaran dalam pembelajaran matematik Gagne menyenaraikan fakta,kemahiran, konsep dan prinsip sebagai empat kategori yang harus dipelajari dalam matematik. Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti symbol yang mewakili nombor, tanda operasi istilah segitiga, sudut dan sebagainya. Fakta-fakta matematik boleh

dipelajari melalui cara hafalan,latih tubi dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran stimuli-tindak balas atau rangsangan gerak balas. Kemahiran ialah prosedur dan operasi yang dijalankan dengan tepat dan dalam masa yang berpatutan. Contoh kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi +,-, , ,membina sudut

tepat,melukis bulatan dan sebagainya. Kemahiran ini boleh dikuasai melalui latihan dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui rantaian. Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh konkrit. Definisi definisi yang diberikan kepada perimeter, segitiga sama,set,subset,nombor perdana ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. Seorang murid dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengelaskan cirri-ciri set bulatan dan membezakannya daripada set yang bukan bulatan. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. Pembelajaran jenis ini adalah pembelajaran konsep. Prinsip matematik ialah gabungan dan perhubungan diantara konsep-konsep matematik. Teorem dan hokum matematik ialah contoh-contoh bagi prinsip matematik. Prinsip matematik boleh dipelajari melalui inkuri dan penemuan atau penyelesaian masalah. Seseorang pelajar dikatakan telah memahami sesuatu prinsip apabila dia telah boleh mengenal pasti konsep-konsep mengikut urutan yang sesuai serta menggunakan prinsip itu dalam situasi yang khusus. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui penyelesaian masalah.

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Model, pendekatan,strategi,kaedah dan teknik pengajaran Model Pemprosesan Maklumat Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer,iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian,maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima,mengekod,menyimpan dan mengingat kembali

maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran. Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar/sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Apabila maklumat baharu diterima oleh daftar maklumat,maka maklumat berkenaan dikenal pasti dan diberikan perhatian serta disalur kepada ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek ada kala dinyatakan sebagai working memory kerana di sinilah maklumat sebenarnya diproses. Tempat inilah pemikiran berlaku. Jika latihan elaborative berlaku,iaitu terdapat perkaitan antara maklumat dengan apa-apa yang disimpan dalam jangka panjang,maklumat ini akan disalurkan ke dalam ingatan jangka panjang dan disimpan dalam skema. Maklumat boleh dikeluarkan semasa diaktifkan dan diproses oleh ingatan jangka pendek sebelum dihasilkan sebagai output. Pengajaran konsep Asas teori untuk pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Bruner. Kedua-dua teori amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran konsep. Konsep merupakan blok-blok pembinaan asas di mana pelajar mengorganisasi pemikiran dan komunikasi mereka. Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep bukan direka bentuk untuk mengajar makumat yang banyak kepada pelajar. Ia sekadar belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran yang lain. Satu pelajaran konsep merangkumi empat fasa atau langkah iaitu:
9

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1) Kemukan matlamat. 2) Contoh-contoh input. 3) Ujian untuk pencapaian konsep. 4) Analisis proses pemikiran pelajar. Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Didalam mata pelajaran matematik guru seharusnya membuat penilaian tentang konsep matematik yang ingin diajar dan pelajaran konsep perlu disusun dalam unit pembelajaran yang lebih besar. Guru juga perlu memilih contoh yang paling sesuai untuk pengajaran konsep matematik tersebut. Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan. Pembelajaran konsep matematik melibatkan pengetahuan dan mengorganisasikan maklumat ke dalam struktur kognitif yang kompleks. Konsep matematik boleh dikategorikan dan dilabelkan. Contohnya, konsep boleh dikelaskan mengikut struktur peraturan yang tetap. Sepertimana dalam konsep segi tiga sama ialah segi tiga mempunyai tiga sisi,sudut yang sama kerana peraturan memang kekal dan tetap. Ciricirinya sama dan tetap. Maka ,konsep jenis ini dikatakan konsep konjuntif. Di samping itu, ada satu jenis konsep yang dilabelkan sebagai konsep disjuntif. Hal ini merujuk kepada konsep yang mempunyai ciri-ciri yang lebih luas dan membolehkan pelbagai alternatif serta tiada peraturan struktur yang tetap. Contohnya konsep algebra bukan hanya terdiri daripada penambahan tetapi penolakan,darab dan bahagi. Jenis konsep ketiga ialah konsep dimana struktur peraturan bergantung pada perkaiatan atau perhubungan. Misalnya konsep operasi bahagi menerangkan opersi darab. Bagi mengatasi masalah kesukaran memahami konsep di dalam mata pelajaran matematik dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran konsep matematik , guru seharusnya memilih konsep-konsep dan pendekatan yang sesuai. Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mengajar konsep matematik seperti pengajaran langsung,guru melabel dan mendefinisikan konsep matematik pada awal pelajaran. Kemudian, guru akan memberikan beberapa contoh untuk konsep matematik tersebut melalui eksposisi (cara kuliah). Manakala dalam penyampaian secara pencapaian konsep matematik, guru terus memberikan contoh sesuatu konsep matematik tanpa melabel dan
10

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

mendefinasikan konsep matematik sehingga penghujung pelajaran seperti mana dalam pengajaran berdasarkan proses induktif. Dalam pengajaran konsep matematik ,guru berperanan dalam menganalisis dan memilih contoh untuk menerangkan konsep serta menentukan sekuen persembahan konsep matematik semasa merancang pelajaran konsep. Pengajaran konsep matematik bermula dengan guru memaklumkan tentang tujuan pelajaran,memotivasi mereka dan sepanjang pelajaran,penyoalan serta perbincangan dilaksanakan oleh guru untuk membantu pelajar menganalisis proses pemikiran dan mengintegrasi pembelajaran baru dengan pembelajaran lama pada akhir pelajaran bagi memudahkan pelajar memahami konsep matematik. Kesimpulan Pada padangan saya masalah kesukaran memahami konsep matematik boleh diatasi dengan menggunakan aplikasi pendekatan teori pembelajaran kognitif Bruner dan pemprosesan maklumat Gange. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipelbagaikan oleh guru bagi memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep matematik. Model pengajaran yang saya rasakan sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah model pengajaran pemprosesan maklumat di mana dalam model ini terdapat pengajaran konsep yang

menekankan empat cara bagi mengajar konsep yang berkesan iaitu kemukakan matlamat,contoh-contoh input iaitu maklumat,ujian untuk pencapaian konsep dan analisis proses pemikiran pelajar. Dengan model pengajaran yang saya cadangkan ini, dapat mengatasi masalah kesukaran memahami konsep matematik. Apabila masalah ini dapat diatasi maka subjek ini akan menjadi kegemaran setiap pelajar,maka peratusan pencapaian subjek matematik pelajar dalam peperiksaan awam akan sentiasa meningkat, seterusnya dapat menghasilkan modal insan yang berkualiti serta memberikan sumbangan pada pembangunan dan kemajuan negara kita.

11

KPP 4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Rujukan Ng. S.N.(1984). Kesilapan Dan Masalah Pembelajaran Matematik Di Peringkat Men. Rendah. Berita Matematik. Pusat Perkembangan Kurikulum, K.L. Sept. 1994, No. 29, m.s. 8 13. Noriati,Boon Pong Ying&Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.(2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Khadijah Rohani Mohd Yunus,Mahani Razali &Ramlah Jantan. (2006). Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur : Open University Malaysia(OUM). Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor.(2008).Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mook Soon Sang.(2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman . Sdn. Bhd. Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan Pendidikan Kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

12

Anda mungkin juga menyukai