Anda di halaman 1dari 29

1.

Pengenalan Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat utama iaitu menampung keperluan

tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu secara menyeluruh daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Warga pendidik bukan sahaja mahir dalam mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Selaras dengan matlamat itu, warga pendidik perlu mematuhi dan mengikuti etika keguruan yang telah digariskan kepada semua guru bagi melahirkan guru yang unggul dan berwawasan. Etika keguruan yang diwujudkan bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Pada masa yang sama dapat meyakinkan ibu bapa akan kemampuan dan kebolehan terutama bakal guru lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. Kementerian pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang professional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperoleh sijil perguruan perlu mematuhinya. Namun begitu, sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruaan (EPP) harus dikaji semula (Najib, 1977). Oleh itu, kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik.

2.0

Konsep dan Pengertian Etika Keguruan Konsep dan pengertian menerangkan tentang maksud etika keguruan dan

bagaimana ia diaplikasikan dalam profesion keguruan itu sendiri. Konsep dan pengertian etika keguruan ini juga telah ditafsirkan melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai kesahihannya.

2.1

Konsep Etika Keguruan Etika keguruan merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seorang guru

untuk memulakan tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Etika keguruan yang menerangkan tentang tingkah laku dan akhlak seorang guru, amat dititikberatkan dalam profesion perguruan kerana berdasarkan etika tersebutlah kita dapat menilai sama ada seseorang itu layak menjadi guru ataupun sebaliknya. Amalan nilai-nilai etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi. Berikut ialah contoh keadaan dimana, seorang guru telah melanggar konsep etika keguruan: Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan- rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

2.2

Pengertian Etika Keguruan Etika berasal dari perkataan Yunani ethos yang menerangkan adat atau cara hidup.

Ia merupakan kajian sains atau kajian tentang falsafah moral, pelakuan yang baik, kewajiban moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan juga ciri-ciri baik. Etika keguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Setiap guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Etika keguruan juga merupakan semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Etika juga ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Menurut (Kamus Oxford, 1994), etika ialah prinsip moral atau set prinsip moral. Etika juga merupakan tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Antara aspek-aspek yang terkandung dalam etika keguruan ialah profesionalisme, integriti, kejujuran intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan masa dan ketepatan waktu serta membuat keputusan dengan merujuk kuasa yang lebih tinggi.

3.0

Isu-isu Berkaitan Etika Keguruan ke arah Pembentukan Guru Unggul Seperti yang kita ketahui, etika dapat disimpulkan sebagai satu ajaran baik dan

buruk tentang perbuatan dan tingkahlaku ataupun akhlak seseorang. Terdapat beberapa isu yang dapat dikaikan dengan etika keguruan. Antara isu-isu tersebut ialah profesionalisme guru, pelanggaran kod etika, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FSK) dan standard guru Malaysia.

3.1

Profesionalisme Guru Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang isu profesionalisme guru, kita

harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan profesionalisme. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat- sifat seperti kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain, sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada diri seseorang atau dilakukan oleh orang yang profesional. Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, yang mempunyai komitmen dalam menjalankan tugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi ialah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini. Walaupun masyarakat hari ini melihat apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan mutu profesion perguruan di negara kita, namun apa yang berlaku, masyarakat tetap meletakkan anggapan bahawa profesion ini merupakan pilihan yang terakhir. Oleh itu, beberapa cadangan telah dicadangkan agar dapat diperbaiki tanggapan tersebut. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion perguruan dan profesionalisme guru itu sendiri perlu dipandang tinggi.

Berikut adalah sedutan daripada Perutusan Hari Guru 2005 oleh Yg. Bhg. Dato Dr. Hj. Ahamad bin Sipion, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Kualiti merupakan sesuatu yang subjektif dan ia merujuk kepada darjah kecemerlangan, mutu atau sifat keunggulan. Dalam konteks membangunkan pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan untuk membolehkan negara kekal

kompetitif di

persada antarabangsa maka kualiti perlu

dibudayakan dalam sistem pendidikan negara secara berterusan dan menyeluruh. Dalam sistem persekolahan ia bermula dengan guru. Guru berkualiti ialah guru

berwawasan dan bermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan kompetensinya pelbagai bidang ilmu dalam

pengetahuan, dan kemahiran.

Guru ini memilih untuk mencapai darjah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kerjayanya. Sesungguhnya guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti, dan murid yang berkualiti akan menjadi warganegara yang akan membentuk negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Peranan kerajaan amat penting dalam merealisasikan impian ini. Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion perguruan termasuk

pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

3.2

Pelanggaran Kod Etika Keguruan Etika keguruan merupakan satu titik tolak kepada pembentukan guru. Namun,

guru yang tidak beretika tetap menjadi buah mulut masyarakat terutama ibu bapa. Walaupun hal tersebut tidak tersebar di dada-dada akhbar, permasalahan ini boleh menjatuhkan profesion perguruan. Oleh yang demikian, isu berkaitan pelanggaran Kod Etika Keguruan merupakan masalah yang harus dibahas dan dibincangkan. Guru yang tidak memahami Kod Etika Keguruan sebenarnya ialah guru yang tidak jelas akan tanggungjawab mereka sebagai warga pendidik. Guru seperti ini hanyalah beretika di atas kertas hitam putih dan rasmi tetapi tidak secara dasarnya. Antara perkara yang seringkali diperkatakan ialah penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang dalam kalangan guru-guru di sekolah. Guru yang profesional ialah guru yang jujur, amanah dan ikhlas serta berketerampilan. Walau bagaimanapun, adakah sifat-sifat murni tersebut telah hilang? Dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bukan semua guru yang menyalahgunakan masa, tetapi disebabkan golongan minoriti guru yang melakukan kesalahan, nama semua guru di seluruh Malaysia tercalar. Umum mengetahui, sesi pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah seluruh Malaysia bermula sekitar pukul 7.30 pagi sehingga 1.30 petang. Masalah penyalahgunaan masa wujud apabila guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru melayari Facebook atau bermain permainan dalam telefon bimbit. Selain itu, terdapat sebilangan guru yang melepak dan bersembang-sembang kosong di kafeteria sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Guru yang menimbulkan masalah seperti ini telah mengganggu tumpuan murid yang ingin belajar dengan bersungguh-sungguh. Peratusan pelajar cemerlang di sekolah tiada peningkatan malah menurun dan akhirnya guru menuding jari kepada para pelajar yang tidak belajar dengan tekun, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak membuat ulangkaji. Walhal, keadaan tersebut terjadi disebabkan oleh sikap segelintir guru yang tidak mengambil berat tentang permasalahan pelajar dan guru tidak masuk kelas untuk mengajar. Oleh itu, semua guru harus menghargai masa sebaiknya demi anak didiknya. Jika murid sanggup mengorbankan masa bermain untuk belajar, maka guru sepatutnya mengorbankan masa bersama keluarga dengan ikhlas demi melihat kejayaan anak muridnya.

Seterusnya isu salah laku guru yang disebabkan oleh penyalahgunaan wang dalam kalangan guru. Mereka yang bertindak sedemikian disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah sikap individu atau guru yang tamak dan ingin hidup senang. Mereka tidak memikirkan status murid yang miskin dan kurang berkemampuan. Sebagai contoh, guru memaksa murid membeli buku latihan tambahan untuk mendapatkan komisyen daripada pengedar sedangkan buku tersebut tidak digunakan dalam pembelajaran. Guru tersebut juga melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian serta mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran palsu. Selain itu, terdapat segelintir guru yang mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan untuk membelanjakan wang tersebut demi kepentingan diri dan peribadi. Guru tersebut juga tidak mengeluarkan resit sebagai bukti pembayaran yang dilakukan oleh pelajar. Kurangnya pemantauan daripada pihak pentadbiran dan pengurusan wang sekolah berkait rapat dengan isu pelanggaran Kod Etika Keguruan. Penguatkuasaan yang lemah memberi ruang dan peluang kepada guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang sekolah.mereka tidak merasa takut dan bimbang disebabkan oleh kepercayaan yang tinggi yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah kepada semua guru di sekolah tersebut. Tambahan pula, terdapat pihak pentadbiran dan pengurusan yang kurang mahir dan kurang jelas akan segala butiran keluar masuk wang. Contohnya, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu ( Berita Harian, 2008 ). Oleh itu, segala permasalahan ini harus dibendung secepat yang mungkin bagi mengelakkan tercemarnya nama baik seorang guru.

3.3

Kurang Penghayatan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan Antara isu yang diperkatakan dewasa kini adalah kurangnya penghayatan dan

pendedahan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan oleh guru dan pihak sekolah kepada pelajar-pelajar. Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama dan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada tuhan. Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Hal ini kerana guru memainkan peranan yang paling penting untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia namun usaha dan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan hasrat negara yang diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan terbantut sekiranya guru yang menjadi penggerak utama tidak berfungsi dan tidak memainkan peranan yang berkesan. Konsep guru berkesan menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan (2002 Jun 10), merupakan satu konsep yang penting dan perlu dijayakan dalam usaha kita untuk memartabatkan profesion perguruan. Selain itu, guru telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah bagi mendedahkan tentang falsafah ini, namun ada segelintir guru yang memandang ringan akan hal ini. Terdapat juga segelintir guru yang tidak faham apa yang ingin dicapai oleh kerajaan dan menganggap matlamat tersebut tidak penting. Oleh sebab itulah guru kurang mendedahkan tentang Falsafah Pendidikan kebangsaan kepada pelajar. Berjayanya sesuatu matlamat dan wawasan pendidikan dikaitkan dengan perancangan yang teliti dan teratur manakala kegagalan pula dikaitkan dengan sikap guru yang tidak proaktif, tidak melaksanakan kerja dengan sempurna dan pelbagai prasangka yang kurang menyenangkan.

Berita Harian 2 Oktober 2003 mendedahkan beberapa orang murid tahun enam di daerah Kemaman dipercayai menjadi mangsa liwat seorang guru sekolah berkenaan. Tindakan tidak bermoral ini begitu memalukan kerana dilakukan oleh seorang yang bergelar guru. Guru yang diberi kepercayaan oleh masyarakat dan negara merupakan model bagi pelajar dalam menunjukkan teladan yang baik. Jika hal ini berlaku, bagaimana pelajar dapat dibentuk sahsiahnya sedangkan gurunya sendiri gagal dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat guru yang tidak memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, dunia pendidikan negara juga dikejutkan dengan berita pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Cadangan ini disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Pemansuhan UPSR dan PMR ini bertujuan untuk merombak sistem penilaian yang lebih bertumpukan kepada peperiksaan semata-mata menyebabkan pelajar hanya menumpukan kepada aspek intelek sahaja. Merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, cakupan yang lebih luas telah digariskan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek sepatutnya dicapai oleh pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran berpusatkan peperiksaan ini menyebabkan para pelajar tidak menumpukan kepada penghayatan yang sepatutnya bergerak selari dengan proses pembelajaran. Kesannya, guru-guru yang mengajar terpaksa mengalihkan kaedah pengajaran supaya lebih tertumpu sepenuhnya kepada pembelajaran masteri serta guru dan pelajar juga akan kurang menghayati matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.4

Standard Guru Malaysia (SGM)

Selain daripada isu-isu yang telah dinyatakan sebelum ini seperti pelanggaran kod etika perguruan, profesionalisme guru dan kurangnya pendedahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diterapkan di dalam diri seseorang guru, Standard Guru Malaysia (SGM) juga adalah salah satu isu yang dibangkitkan di dalam profesion keguruan di mana Standard Guru Malaysia ini menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Satu dokumen berkenaan Standard Guru Malaysia ini telah disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Seperti yang boleh dilihat dalam kalangan guru-guru di Malaysia, kebanyakan daripada mereka mengamalkan dan menunjukkan keperibadian modal insan yang memang seharusnya ditonjolkan di dalam diri setiap daripada mereka. Malaysia juga sebagai satu negara yang amat menitikberatkan budaya dan modal insan memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjak nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Ini adalah satu jenis pendidikan dua hala di mana seorang guru haruslah mendidik pelajarnya menerapkan nilai-nilai modal insan di dalam diri mereka, tetapi, dalam masa yang sama, pembangunan modal insan ini juga haruslah dahulunya di terapkan di dalam setiap pendidik. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Ini selari dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menyatakan Guru haruslah 10

berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." Tambahan pula, pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sehubungan dengan ini, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut, ... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching yang di petik daripada Organization for Economic Co-operation and Development, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal.106 Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan

melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Dalam melaksanakan usaha-usaha yang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia demi untuk memberi kemudahan kepada guru-guru yang merupakan pendidik bangsa ini. 11

4.0

Cabaran / halangan yang Berbangkit Terdapat beberapa cabaran yang menghalang perjalanan isu-isu yang

dibincangkan. Ia meliputi cabaran dalam meningkatkan profesionalisme guru, cabaran yang membawa kepada pelanggaran Kod Etika Keguruan, cabaran dalam memupuk penghayatan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan cabaran dalam mewujudkan standard guru Malaysia.

4.1

Cabaran / halangan dalam Meningkatkan Profesionalisme Guru Antara cabaran atau halangan yang wujud dalam usaha meningkatkan

profesionalisme guru ialah cabaran untuk memilih calon guru yang benar-benar layak. Dewasa ini, ramai siswazah menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir mereka kerana kurangnya minat terhadap profesion ini. Oleh itu, apabila mereka dipilih untuk berkhidmat dalam profesion perguruan, mereka tidak akan memberikan komitmen yang diperlukan. Hal ini dapat merendahkan pandangan umum terhadap profesionalisme guru. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973). Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas 2 atau 3 tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan wujud. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian Burn-out terhadap guru jelas

menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. ( Wan Mohd Zahid Nordin ). Selain itu, sikap guru itu sendiri yang boleh dikatakan tidak beretika iaitu menunjukkan tingkahlaku yang tidak elok kepada para pelajar merupakan halangan dalam meningkatkan profesionalisme guru. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Seperti yang kita sedia ketahui, guru harus sedia mempraktikkan pelbagai bentuk dan kaedah P&P bagi meningkatkan minat dan motivasi murid untuk menimba ilmu. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk mempelbagai kaedah mengajar. Guru hendaklah mendidik dengan cara yang berdedikasi dan bersemangat tinggi untuk memastikan pelajar-pelajarnya berjiwa besar serta sanggup

12

mengharungi cabaran dan guru juga harus menjaga hubungan sesama pelajar. Namun sebaliknya, guru sekarang hanya bertindak lepas tangan. Mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan sebaiknya. Mereka sering melakukan salah laku seperti tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus) dan jenayah syariah (tujuh peratus). Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei tahun ini, (Berita Harian, 29 Jun 2007). Cabaran atau halangan lain ialah guru-guru sering berada dalam keadaan dilema sama ada mahu mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan menghadapi risiko. Pelajar yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam dengan cara mencederakan guru atau merosakkan harta benda guru seperti mencalar kereta guru atau membocorkan tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil tindakan terhadap guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di sekolah. Buktinya, terdapat banyak kes pelajar melawan guru, mengugut guru, menumbuk guru, malah ada juga pelajar yang memukul guru walaupun hanya berumur 12 tahun. Satu kes pernah dilaporkan oleh akhbar Harian Metro berkaitan seorang murid darjah enam yang membelasah gurunya dengan penyodok sampah pada 18 April 2006 kerana tidak puas hati dengan hukuman guru terbabit terhadapnya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah. Dalam kejadian tersebut, murid itu dimarahi oleh guru dan disuruh menyiapkan kerja rumah sambil berdiri ( Harian Metro, 26 April 2006). Terdapat juga dua kes dalam tempoh satu bulan yang dilaporkan di Kedah . Kes pertama, seorang guru perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan empat kerana menegur disiplin pelajar terbabit di perhimpunan pagi sekolah. Kes kedua pula, melibatkan seorang guru disiplin lelaki sekolah di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Guru tersebut dipercayai cedera di muka dan rusuk akibat tendangan ala kungfu oleh dua orang pelajar. Sebelum kejadian, guru yang berusia 39 tahun itu dikatakan menegur kedua-dua pelajar tingkatan lima yang terbabit yang dipercayai enggan menjalani pemeriksaan dan cuba melarikan diri (Harian Metro, 17 April 2006). Masalah-masalah seperti ini dengan tidak langsung akan mengganggu usaha meningkatkan profesionalisme guru. 13

4.2

Cabaran / halangan yang Membawa kepada Pelanggaran Kod Etika Keguruan Tugas sebagai seorang guru amat mencabar. Melalui isu pelanggaran kod etika

keguruan, telah wujud beberapa cabaran atau halangan yang dihadapi oleh guru dan pihak pentadbiran sekolah. Masalah keluarga merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru yang menyukarkan mereka mematuhi serta melaksanakan etika keguruan secara berkesan. Masalah peribadi sepatutnya tidak boleh dibawa ke sekolah, apatah lagi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun sebagai manusia, tidak semua orang mampu mengawal perasaan marah atau sedih dalam tempoh yang lama. Tambahan pula, kerjaya sebagai seorang guru memerlukan mereka memahami pelbagai ragam pelajar. Oleh sebab itu, segelintir guru memilih jalan untuk tidak memasuki kelas dan melepak di kantin sekolah apabila menghadapi masalah peribadi. Tetapi, jika perlakuan tersebut berterusan, akan menimbulkan masalah yang besar kepada pihak sekolah dan masa depan pelajar. Selain itu, terdapat juga guru yang memilih kerjaya sebagai warga pendidik kerana terpaksa seperti mereka yang yang dipaksa ibu bapa untuk menjadi guru kerana semua ahli keluarganya adalah guru atau mereka yang tiada peluang untuk mendapat pekerjaan mengikut kelayakan pengajian. Kebanyakan daripada mereka tidak dapat memberi komitmen dalam kerja dan mempunyai etika kerja yang lemah kerana tiada minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik. Apabila sikap tersebut wujud, maka individu tersebut mengambil ringan akan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa. Oleh sebab itu, amat sukar untuk membentuk guru unggul dalam kalangan guru yang terasa dipaksa. Dalam isu penyalahgunaan wang, cabaran yang dihadapi oleh bendahari atau guru yang dipertanggungjawabkan untuk memegang wang amatlah besar. Guru yang mempunyai nilai kejujuran yang tinggi mampu memikul amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Pada masa yang sama, guru kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Penghayatan Kod Etika Keguruan yang lemah menjadi pendorong utama kepada penyalahgunaan wang dalam kalangan guru.

14

Gaji guru yang rendah merupakan cabaran yang paling sukar bagi guru yang berkeluarga dan mempunyai anak ramai. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, gaji guru akan ditingkatkan bagi meringankan beban guru sama ada di kawasan pedalaman atau bandar. Bagi guru yang berpangkat rendah atau sekadar guru biasa akan mengalami masalah kewangan iaitu untuk membayar sewa rumah, kereta, yuran persekolahan anak-anak, bil elektrik dan bil air serta barang keperluan harian. Ekoran itu, kebanyakan guru membuat kerja sambilan pada waktu malam dan hujung minggu seperti mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam atau membuat perniagaan online. Hal yang demikian telah menjejaskan produktiviti seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya di siang hari kerana tidak mendapat rehat yang cukup dan tidak sempat untuk membuat persediaan untuk mengajar. Akibatnya, pelajar tidak dapat memahami topik atau subjek yang diajar secara berkesan, disamping boleh menjatuhkan keputusan peperiksaan pelajar. Masyarakat juga akan memandang sinis pada profesion perguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Contoh yang dinyatakan di atas merupakan salah satu pelanggaran etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dalam kalangan guru.

15

4.3

Cabaran Dalam Memupuk Penghayatan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara cabaran yang menyebabkan guru-guru di sekolah kurang mendedahkan

tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada pelajar adalah disebabkan oleh tekanan yang dihadapi sewaktu bekerja. Tekanan guru dapat ditakrifkan sebagai sesuatu pengalaman yang kurang disenangi oleh guru dari segi emosi seperti tertekan, kebimbangan, kemarahan dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru (Kyriacou and Sutclifee, 1978). Disebabkan faktor inilah menyebabkan guru mengambil tindakan yang tidak relevan bagi mengatasi masalah ini. Contohnya, guru akan memilih untuk mengajar pelajar yang kurang kemampuan belajar kurang cerdik kerana pelajar yang kurang cerdik akan menerima apa sahaja yang diajar oleh guru manakala pelajar yang cerdik pula dapat membezakan antara betul dan salah. Sikap guru ini akan menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia menjadi mundur walhal matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan guru dan pelajar yang inovatif, berakhlak mulia, berketerampilan dan berpengetahuan luas. Selain itu, sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah akan melepaskan tekanan kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, mereka kehilangan diri mereka, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan boleh bertindak luar kawalan tanpa disedari. Guru yang mengajar di sekolah baru biasanya menghadapi masalah ini kerana mereka biasanya diberi beban tugas yang berlipat ganda memandangkan keperluan bilangan guru adalah berdasarkan bilangan pelajar. Bilangan guru di sekolah kurang, tetapi segala pentadbiran sekolah, kurikulum, kokurikulum, disiplin perlu dikendalikan dari peringkat permulaan hingga peringkat yang mantap. Keadaan ini ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan canggih yang perlu dilengkapkan dengan sumber kewangan yang terhad. Contohnya seseorang guru diberi beberapa tugas seperti guru disiplin, guru rumah sukan, guru penasihat persatuan, guru komputer, ketua panitia, guru kantin, guru keselamatan, guru tingkatan dan guru SPBT.

16

Selain daripada menghadapi beban tugas yang berat itu, seseorang guru juga menghadapi masalah hubungan interpersonal dengan rakan seperjuangan yang baru dikenali, salah laku pelajar, peraturan dan pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah baru dan kekangan masa serta sumber. Dalam suasana yang penuh ketegangan ini, guru akan merasa lebih tertekan. Selain mengajar dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan lagi ialah 320,000 guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan menyifatkan guru golongan kakitangan bertuah. Namun hal ini disangkal oleh ramai guru yang mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat di rumah pada waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk meneliti lebih 100 buku atau tugasan bergantung jumlah pelajar dalam sesebuah kelas iaitu minimum 37 pelajar untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari. Sesetengah guru melepaskan geram dengan memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan yang berlebihan. Hal ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tergendala dan matlamat kerajaan tidak akan tercapai. Seorang guru di Sawarak (Berita Harian, 19 Julai 2005) yang menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era permodenan pendidikan ini masih terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Guru telah mula mendakwa bahawa masih terdapat suasana kerja yang tidak kondusif. Soal prestasi kerja dan persekitaran tempat kerja adalah dua perkara yang saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Permasalahan ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang tentang pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi golongan yang bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk diabaikan. Pihak yang sepatutnya perlu melihat aspek kebajikan guru untuk memperbaiki keadaan ini seiringan dengan matlamat memartabatkan lagi bidang pendidikan dan melahirkan generasi yang mampu menyumbang sesuatu yang berguna kepada negara.

17

4.4

Cabaran / halangan dalam Mewujudkan Standard Guru Malaysia

Pendidik tidak memantau tahap profesionalisme dalam diri merupakan salah satu cabaran dalam mewujudkan standard guru Malaysia. Seperti yang boleh kita perhatikan di dalam dunia yang serba moden ini, banyak disiarkan di dada-dada akhbar tentang beritaberita yang kurang menyenangkan dalam industri persekolahan dan perguruan ini sendiri. Salah satunya ialah, kurangnya rasa hormat di dalam diri anak murid terhadap guru-guru mereka. Salah satu kisah yang dipaparkan ialah tentang seorang murid sekolah yang telah menendang gurunya. Bukan satu itu sahaja, malah banyak lagi berita yang seakan dengannya. Ini berlaku berpunca daripada sikap guru itu sendiri yang tidak tahu menilai sikap-sikap profesional yang sepatutnya ada di dalam diri seorang pendidik. Tidak dinafikan bahawa pelajar pada zaman sekarang memang kurang rasa hormat kepada pendidik mereka, tetapi, para pendidik sepatutnya pandai memainkan peranan dan menonjolkan sikap profesional mereka dan mengutamakan psikologi dalam mendidik pelajar-pelajar. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Justeru itu, adalah sangat penting para pendidik berpegang kepada falsafah berkenaan iaitu melahirkan individu yang seimbang dari keempat-empat segi yang dinyatakan di atas. Cabaran yang seterusnya iaitu menjadi pendidik merupakan pilihan terakhir adalah berkait rapat dengan pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu di dalam bidang pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang sepatutnya ada dalam diri seseorang pendidik. Boleh kita lihat pada masa kini, kebanyakan pendidik bukan sahaja di sekolah, malah, di institusi-institusi pendidikan tinggi kelihatan kurang berminat untuk mengajar. Ini adalah kerana menjadi pendidik adalah pilihan terakhir mereka. Masalah ini jelas berlaku dalam kalangan pendidik yang rata-rata tidak mengambil endah terhadap pencapaian anak-anak murid mereka sekali gus mengendahkan pencapaian standard yang sepatutnya dicapai oleh mereka sendiri. Berdasarkan Standard Guru Malaysia, ia memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut di kuasai oleh seorang guru tetapi, boleh kita lihat perkara yang dinyatakan di atas sebagai bukti cabaran yang di hadapi dalam melaksanakan komponen-komponen di dalam dokumen Standard Guru Malaysia. 18

Selain itu, kurangnya keperluan yang jelas dan lengkap untuk rujukan para pendidik merupakan cabaran yang turut dihadapi. Seperti yang terjadi dalam kalangan para pendidik pada zaman yang serba moden dan berteknologi tinggi kini, terdapat banyak lagi sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi yang masih belum menyediakan prasarana untuk memberi kemudahan kepada para pendidik. Apa yang masih tiada bagi menyempurnakan sesi mereka sebagai pendidik adalah agensi dan institusi latihan perguruan tidak menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap bagi menjamin kualiti untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar, berkesan serta bermutu tinggi.

19

5.0

Pendekatan yang Dapat Dilakukan Berdasarkan cabaran-cabaran yang telah dibincangkan, beberapa pendekatan telah

diambil untuk menyelesaikan isu-isu tersebut serta menangani cabaran-cabaran yang wujud.

5.1

Pendekatan untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru Terdapat dua pihak yang berperanan untuk meningkatkan profesionalisme guru

iaitu pihak kerajaan dan pihak sekolah serta guru itu sendiri. Melalui pihak kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Sebanyak 417,447 guru telah pun mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) anjuran KPM. Tujuan utama LDP ialah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan profesional perguruan. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion perguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion perguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon agar hanya calon yang layak sahaja dipilih iaitu melalui Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. Terdapat juga sistem baru yang diperkenalkan, bagi pengambilan kursus pendidikan di negara ini calon perlu melalui ujian kelayakan bertulis MEDSI. Setelah lulus dalam kelayakaan pertama ini barulah melalui ujian temuduga untuk masuk ke bidang pendidikan. Temuduga yang dijalankan sedikit sebanyak mengambarkan terhadap pilihan sebenar individu itu malah menggambarkan kesesuaian jenis personaliti individu tersebut terhadap persekitaran profesion perguruan. Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah memperkenalkan Kod Etika Keguruan. Kod Etika Keguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya yang tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana ia memberikan garis panduan kepada tingkahlaku dalam profesionalisme guru yang sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru

20

terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru akan lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Keguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Menerusi kod etika, guru dapat membaiki sikap mereka yang tidak beretika dan sekaligus meningkatkan lagi imej profesion perguruan. Secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Guru perlu memainkan peranan utama dalam meningkatkan martabat profesion perguruan, Berita Harian (16/05/2006). Hakikatnya, guru yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, komitmen, dedikasi, penuh kecintaan serta mempunyai kesungguhan menjiwai amanah mendidik sehingga berjaya menentukan setiap pelajarnya mencapai matlamat yang disasarkan, secara tidak langsung akan meninggikan profesionalisme guru itu sendiri. Guru juga perlu memastikan imej golongan pendidik sentiasa terpelihara dengan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan profesionalisme guru itu sendiri. Contohnya, mengetengahkan masalah mereka kepada umum walaupun membabitkan hal yang remeh dan melanggar Kod Etika Perguruan. Tindakan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan imej kerjaya mereka sendiri, sedangkan mana-mana profesion lain juga pasti mempunyai masalah dan tekanan masing-masing tetapi jarang diketengahkan kepada umum. Oleh itu, guru diminta supaya berhati-hati dan menyuarakan pendapat mereka dan mengemukakan masalah melalui saluran yang disediakan. Malahan, perlu diingatkan tingkah laku seorang guru akan memberi kesan terhadap imej profesion perguruan secara keseluruhan. Penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam diri seorang guru dapat meningkatkan lagi profesion perguruan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan yang penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan negara dapat melahirkan individu yang bukan sahaja berkualiti dalam segi duniawi tetapi juga dari segi rohani. Hal ini bermaksud, jika cabaran globalisasi menuntut agar rakyat Malaysia menjadi lebih berpengalaman, berkemahiran, berdisiplin, dan lebih mengutamakan kualiti maka tuntutan terhadap golongan guru sebagai golongan yang berada di hadapan jauh lebih hebat. Secara tidak langsung juga kebergantungan masyarakat dan negara terhadap profesionalisme guru lebih meningkat dan sekaligus dapat memartabatkan profesionalisme guru. 21

5.2

Pendekatan dalam Membanteras Pelanggaran Kod Etika Keguruan Berdasarkan isu pelaggaran Kod Etika Keguruan, terdapat beberapa pendekatan

yang boleh digunakan sama ada daripada individu, pihak pentadbiran dan pengurusan atau rakan sejawat. Pendekatan yang boleh diambil ekoran daripada salah laku guru dalam penyalahgunaan masa ialah dengan mencari guru ganti atau memberi latihan kepada pelajar apabila guru tidak dapat masuk kelas kerana bersebab. Cara tersebut amat penting bagi mengelakkan pelajar membuat bising di dalam kelas dan mengganggu kelas lain. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengulangkaji pelajaran melalui perbincangan di dalam kelas secara tidak formal dan lebih santai. Namun, guru ganti haruslah memantau kelas tersebut agar semua pelajar membuat kerja yang diberikan. Berbeza dengan guru yang sengaja atau malas untuk masuk kelas, mereka haruslah sentiasa muhasabah diri agar segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaik. Dengan cara tersebut, guru tersebut akan timbul kesedaran untuk berubah ke arah yang lebih baik. Seterusnya, guru boleh menyediakan log aktiviti supaya segala tugas dapat dilakukan secara terancang tanpa pmbaziran masa. Pendekatan yang seterusnya ialah tindakan daripada pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah iaitu membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Melalui pemantauan yang dilakukan secara berterusan dapat membataskan peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah. Walaupun guru dianggap mempunyai nilai-nilai yang baik, namun bagi guru bermasalah, pihak pentadbiran dan pengurusan haruslah memberi khidmat nasihat agar segala permasalahan dapat dibendung. Jika pihak pentadbir tidak mampu untuk berbuat demikian, mereka boleh merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Pendekatan tersebut amat penting bagi menyelamatkan guru daripada menjatuhkan nama baik sekolah. Selain itu, rakan kerja sama ada guru, pengetua, guru besar atau kerani haruslah memainkan peranan penting dalam isu penyalahgunaan Kod Etika Keguruan. Mereka boleh bertindak sebagai penasihat kepada rakan guru-guru yang bermasalah. Sebagai contoh, mereka boleh menegur guru bermasalah supaya mengubah diri ke arah kebaikan dan meninggalkan budaya lepak atau malas untuk masuk kelas. Hal tersebut penting agar semua guru mampu membimbing anak bangsa menjadi orang yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan. Guru ialah pencorak generasi akan datang.

22

Dalam salah laku guru iaitu penyalahgunaan wang, pendekatan yang boleh diambil oleh guru yang menyalahgunakan wang ialah perlu bijak dalam memilih kawan. Pilihlah kawan yang boleh memberi nasihat ke arah kebaikan agar guru dapat bekerja dengan ikhlas dan menolak rasuah dengan tegas. Guru tersebut juga harus berpegang pada prinsip Kod Etika Keguruan yang telah digariskan. Selain guru, pihak pentadbiran dan pengurusan juga perlu pertingkatkan pemantauan dengan cara sentiasa memeriksa buku tunai dan buku resit bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Jika terdapat guru yang melakukan penyelewengan wang sekolah, pihak pentadbiran perlu memaklumkannya kepada pihak atasan iaitu pengetua atau guru besar dengan kadar segera. Manakala, pihak atasan perlu membuat penyelidikan yang rapi dan mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang bermasalah. Pada masa yang sama, pihak atasan hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat audit agar dapat mempertingkat kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

23

5.3

Pendekatan untuk Meningkatkan Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berikutan daripada kurangnya penghayatan tentang Falsafah Pendidikan

Kebangsaan oleh guru kepada para pelajar di sekolah, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi memupuk semangat ini untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tugas guru adalah mencabar, anggapan bahawa menjadi seorang guru adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Memandangkan bahawa di antara punca yang menyebabkan tekanan dalam kalangan guru adalah beban kerja yang mungkin memberatkan, maka kementerian perlu membuat kajian susulan dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti masalah dan pelaksanaan terhadap penyelesaiannya. Kementerian akan mengkaji dan memperbaiki melalui strategi untuk mengembalikan semula tugas hakiki guru iaitu mengajar dalam mengasak ilmu pengetahuan kepada murid di dalam kelas tanpa terlalu memberi tumpuan berlebihan kepada bukan tugas hakiki. Antara langkah yang akan diambil ialah penambahan guru, pengurangan murid dalam sebuah bilik darjah dan mengambil lebih banyak kakitangan perkeranian supaya guru dapat memberi lebih tumpuan kepada tugas mereka iaitu mengajar. Beban guru disiplin juga perlu diserahkan kepada kaunselor yang dilantik khas dan bidang sukan pula diserahkan kepada guru pakar yang profesional. Hal ini akan memberi lebih banyak ruang dan masa kepada guru untuk lebih menghayati dan mendedahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada pelajar di dalam kelas sekali gus mencapai matlamat pendidikan bagi melahirkan insan yang seimbang. Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Pendidikan adalah komunikasi di antara pelajar dan pengajar di mana kedua-dua pihak perlu kepada keselesaan. Bagi mengurangkan tekanan, kementerian mencadangkan kepimpinan yang merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di tempat kerja. Kementerian berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja yang berkeadaan baik, pernyataan intensif yang jelas, sokongan terhadap mereka pada waktu kesukaran dan akhir sekali adalah meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja dan mengurangkan tekanan.

24

Akhir-akhir ini pihak kerajaan telah mengubah jumlah hari bekerja di mana para kakitangan awam kini tidak lagi bekerja pada hari Sabtu dan jam bekerja pada hari selainnya bertambah sedikit. Apa yang perlu dinilai semula adalah mengenai tugas guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu kerana tugas-tugas tertentu berkaitan pendidikan. Setakat ini, kerajaan tidak memperuntukan sebarang elaun tambahan kepada guru kerana terpaksa bekerja pada hari Sabtu walaupun ada kakitangan lain yang dibayar elaun khas jika bekerja lebih masa. Pembayaran insentif memainkan peranan penting dalam mengurangkan ketidakhadiran guru, walaupun bayaran insentif tidak begitu besar. Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya sendiri. Selye (1978) menyatakan bahawa tekanan hidup adalah tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjaga-jaga. Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan Janis (1982, 1984) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Janis, 1982). Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam profesion perguruan. Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian. Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut. Bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini, mereka yang tertekan dapat memikirkan cara yang sesuai untuk berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa diri mereka tersekat dalam suasana yang tertekan.

25

5.4

Pendekatan untuk Mewujudkan Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ini adalah dokumen yang diguna pakai oleh beberapa pihak yang berada di bawah status perguruan sebagai pendekatan dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang telah dinyatakan pada awal tadi. Salah satu pihak yang menggunakan dokumen ini adalah guru di mana mereka menggunakannya untuk

membuat refleksi terhadap tahap pencapaian standard dan juga mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme dalam diri mereka. Jadi, melalui dokumen inilah para guru dapat memantau pencapaian mereka dari segi tahap profesionalisme diri sama ada ke arah yang lebih positif atau negatif. Berkaitan dengan penggunaan oleh guru seperti yang dinyatakan di atas, pendidik guru di Institusi Latihan Perguruan juga menggunakan dokumen ini untuk perkara yang sama dan ditambah pula untuk mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih atau peserta kursus. Pendidik guru ini juga akan mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta sesuatu kursus meningkatkan tahap pencapaian standard. Selain daripada guru dan pendidik guru, pengurus dan pentadbir Institusi Latihan Perguruan juga memainkan peranan dalam mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan penyediaan serta pelaksanaan keperluan latihan oleh sesuatu institusi tersebut. Mereka juga akan mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan institusi mereka sendiri. Tujuan mereka menggunakan dokumen ini kebanyakannya adalah selari dengan pihak-pihak yang telah dinyatakan di atas. Begitu juga dengan Agensi Latihan Perguruan, yang secara rasionalnya menggunakan dokumen ini untuk kepentingan yang sama oleh pihak lain. Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang menjadi satu medium pendekatan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Dengan adanya medium ini, guru-guru boleh menilai sendiri tahap profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru yang profesional dengan berkesan sekali gus menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru masa kini. Secara keseluruhannya, Standard Guru Malaysia ini boleh dikatakan sebagai satu medium untuk guru-guru, pendidik guru, pengurus dan pentadbir dan sebagainya yang telah dinyatakan di atas melatih diri mengenal pasti tahap amalan nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam diri mereka sekali gus menyedarkan mereka akan pentingnya sifat profesionalisme guru demi mendidik anak-anak bangsa dan bukannya 26

untuk di ambil lewa sahaja. Jelas dinyatakan beberapa prinsip dalam Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai tanggungjawab terhadap usaha mereka sebagai pendidik. Apa yang boleh dilihat, sejajar dengan Tatasusila Profesion Perguruan yang menyatakan bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan dan menyedari bahawa pentingnya usaha para guru ke arah kebenaran dan pencapaian hasrat gemilang. Para pendidik hendaklah menyedari betapa besarnya tanggungjawab mereka membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya. Disebut juga mengenai betapa para pendidik hendaklah menerima tatasusila ini sebagai panduan untuk membolehkan mereka menyempurnakan profesion mereka ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya terhadap pelajar, ibu bapa, negara dan juga rakan sejawat dan profesion perguruan. Jadi, cukuplah sekadar beberapa tatasusila penting untuk para pendidik ini menyedari betapa pentingnya tanggungjawab mereka di mata masyarakat dan pelajar dan bukan hanya untuk di pandang enteng sahaja. Selain itu, bagi menyelesaikan cabaran ketiga yang dinyatakan di atas, di dalam dokumen Standard guru Malaysia ini ada menyatakan secara rasionalnya agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi. Apa yang perlu diambil kira ialah dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Sebagai menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kokurikulum dan kurikulum, pengurusan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuat kuasa. Selain daripada itu, pihak-pihak yang berwajib juga haruslah menyediakan rangkaian infrastruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

27

6.0

Penutup Kesimpulannya, isu berkaitan profesionalisme guru, pelanggaran Kod Etika

Keguruan, kurangnya penghayatan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan standard guru Malaysia perlu diberi perhatian oleh semua pihak sama ada dalam kalangan guru, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah serta pihak kerajaan. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini. Maka usaha yang lebih serius perlu dilakukan untuk memastikan kritikan terhadap profesion perguruan tidak lagi berlanjutan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan tidak akan berlangsung dengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan, kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

28

7.0

Bibliografi

Apeng (2009).Kenaikan gaji kakitangan awam. Diperoleh pada Februari 14, 2011 daripada http://gurumalaysia.wetpaint.com/page/Isu+Hangat Amiene Rev (2004). Etika. Diperoleh pada Januari 25, 2011 daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/ Etika dan profesion keguruan (2007). Diperoleh pada Januari 25, 2011 daripada http://ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_EDU3001.pdf Isu dan etika keguruan (2008). Diperoleh pada Februari 11, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/36581342/Isu-Dan-Etika-Guru Mohd Fadzli Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein, Nazrah Jamaludin (2005). Tekanan guru dalam pendidiakn dan resolusi penyelesaiannya. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM, 2-11 Nikhtaqif (2010). Pemansuhan UPSR dan PMR. Diperoleh pada Februari 16, 2011 daripada catatanrefleksi.wordpress.com/2010/06/22/mansuh-upsrpmrwajarkah/ Standard Guru Malaysia (2009). Diperoleh pada Februari 11, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/15783689/Standard-Guru-Malaysia Yahya Buntat, Zainuddin Masrom (2007). Amalan etika profesion perguruan di kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor.Satu tinjauan. Diperoleh pada Januari 25, 2011 daripada http://eprints.utm.my/1486/1/JT38E%5B5%5D.pdf Zuraidah Yaacob, Siti Rahmah Lamin, Rohan@Siti Rahmah Mohamad (2005). Isu tekanan dan beban dalam kalangan guru dan kepuasan bekerja. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM, 2-4.

29

Anda mungkin juga menyukai