Anda di halaman 1dari 14

UCAPAN PERBAHASAN BAJET

NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM


2009
YB. Hj Rasman Bin Hj Ithnain
ADUN KAWASAN SEDILI
12/3/2008
UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

1. BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

2. Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan dan

ampunan kepada-Nya, kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita

dan keburukan amalan-amalan kita, barangsiapa yang Allah tunjuki maka

tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang Allah sesatkan

maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah.

3. YB Datuk Speaker. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada

YB. Datuk Speaker, kerana telah memberikan kesempatan kepada saya

untuk turut serta dalam perbahasan Pembentangan Bajet Negeri Johor Darul

Ta’zim bagi tahun 2009.

4. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

YAB Datuk Menteri Besar kerana telah membentangkan suatu bajet yang

mapan bagi terus memacu pembangunan holistik Negeri Johor selain

mempersiapkan Negeri dan Rakyat Johor keseluruhannya dalam

mengharungi cabaran dan badai ekonomi yang semakin getir kesan

keruntuhan sistem kewangan yang telah melanda negara-negara ekonomi

besar pada ketika ini. Ketidaktentuan ekonomi global pada ketika ini,

sesungguhnya menuntut Kerajaan Negeri untuk menyediakan suatu pelan

yang dapat terus merangsang ekonomi Negeri Johor, agar terus berkembang
UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

bagi mengelakkan kemakmuran yang sedang dinikmati oleh Negeri dan

Rakyat Johor pada hari ini terjejas kesan tempias badai ekonomi global yang

sedang merudum pada ketika ini.

5. Sesungguhnya, dengan strategi bajet 2009 yang berdasarkan tiga komponen

utama iaitu memperkukuhkan daya tahan ekonomi negeri; menggarap

potensi sumber manusia dan meningkatkan tahap kualiti hidup serta

kesejahteraan rakyat, ditambah pula dengan gabungan Bajet 2009 oleh

Kerajaan Persekutuan, saya sesungguhnya amat yakin dan penuh percaya,

bahawa Negeri dan Rakyat Johor di bawah Kerajaan Barisan Nasional

pimpinan YAB Datuk Hj Abdul Ghani Othman, akan terus maju,

membangun dan makmur, ke arah mencapai tahap sebuah negeri yang

dilimpahi kebaikkan dan beroleh naungan serta keampunan dari Allah swt.

Insya Allah.

6. Untuk makluman YB Datuk Speaker, Rakyat Johor di Kawasan Sedili,

begitu amat prihatin dengan pembentangan Bajet 2009 ini. Justeru saya ingin

menyampaikan salam takzim dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

dari mereka, terutamanya kepada YAB Datuk Menteri Besar dan Kerajaan

Negeri kerana tidak melupakan Sedili dalam perancangan Bajet 2009 kali

ini. Pembinaan sebuah Balai Cerap berharga RM6 juta, di Tanjung Gemuh,

Kampung Sedili Kecil, sesungguhnya amat menggembirakan Rakyat di

Kawasan Sedili. Begitu juga dengan cadangan projek untuk membina


UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

sebuah Kompleks Sukan di FELDA Bukit Waha yang akan dapat

dimanfaatkan oleh generasi muda khususnya yang tinggal di kawasan

Rancangan FELDA Gugusan Waha. Kedua-dua projek ini sedikit sebanyak

sudah tentu akan membantu menggalak dan merangsangkan pertumbuhan

ekonomi di Kawasan Sedili, selain faedah sosial yang bakal diterima oleh

penduduk sekitarnya.

7. YB Datuk Speaker, untuk makluman dewan yang mulia ini, selaku Timbalan

Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, setiap minggu saya akan ke Pekan

Teluk Sengat yang berada di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Johor

Lama. Bukanlah niat saya ke Teluk Sengat untuk masuk campur Kawasan

orang lain, sebaliknya tujuan saya ke Pekan Teluk Sengat adalah untuk

melihat-lihat dari jauh perkembangan dan kemajuan Pembinaan Jambatan

yang terlibat dalam pembinaan rangkaian Lebuhraya Senai – Pasir Gudang –

Desaru.

8. Melihat dari kemajuan projek ini, kita dapat membayangkan bahawa apabila

projek ini siap sepenuhnya, maka kawasan Desaru dan persekitarannya akan

membangun dengan begitu pantas sekali. Masa perjalanan dari Senai, Johor

Bahru dan Pasir Gudang ke sebelah Pantai Timur Johor menjadi pendek dan

lebih singkat. Kemungkinan masyarakat industri di Pasir Gudang yang

semakin sesak untuk mula berpindah dan menetap di kawasan sebelah Pantai

Timur yang lebih selesa, dan sihat persekitarannya, akan lebih tinggi selain
UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

kemasukan pelancong yang lebih mudah dan cepat ke kawasan ini.

Sementara itu, jalan pesisir pantai yang menghubungkan Desaru dan Sedili

telah pun lama siap termasuk sebuah jambatan yang menghubungkan Pekan

Sedili dengan Kampung Sedili Besar. Semua kemudahan ini akan menjadi

sia-sia jika tidak dimanfaatkan melalui perancangan dan perlaksanaan

projek-projek pembangunan yang berjangka pendek dan panjang.

9. Berdasar kemungkinan ini, saya ingin mencadangkan, sementara tumpuan

diberikan kepada kawasan yang telah lebih maju dan berdaya saing,

perhatian haruslah juga diberi kepada kawasan yang masih mundur tetapi

mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan seperti Kawasan Sedili.

Sedili merupakan sebuah kawasan yang luas dan masih belum dimanfaatkan

sepenuhnya. Justeru saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk membuat

perancangan yang bersesuaian dengan lokasi Sedili yang berada di antara

Desaru dan Mersing, yang masih mempunyai banyak tanah terbiar dengan

kawasan pantai yang panjang dan masih tidak dibangunkan sepenuhnya.

Limpahan ekonomi dari projek Lebuhraya Senai – Pasir Gudang – Desaru

akan sampai kepada penduduk di Kawasan Sedili sekiranya Kerajaan

mengambil inisiatif untuk menyediakan perancangan seterusnya

membangunkan potensi yang ada di Kawasan Sedili khususnya dalam

bidang pelancungan. Rakyat di Kawasan Sedili juga amat berterima kasih

sekiranya Kerajaan dapat menimbangkan untuk membina sebuah Institusi


UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

Pengajian Tinggi, Pusat-Pusat Latihan Kerajaan ataupun sekurang-

kurangnya sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Sedili.

10.YB Datuk Speaker, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, penduduk

Kawasan Sedili rata-ratanya adalah bekerja sebagai nelayan dan petani

dengan pendapatan yang kecil dan tidak menentu. Berbanding dengan

Kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi dan Mersing, Sedili yang berada

dalam Daerah Kota Tinggi masih jauh ketinggalan dan amat memerlukan

perhatian dan bantuan dari pihak Kerajaan. Oleh kerana Pekan Sedili yang

serba kekurangan, penduduk Sedili yang berjumlah lebih kurang 8 ribu

orang dan kawasan sekitarnya terpaksa pergi ke Bandar Kota Tinggi untuk

mendapatkan keperluan harian termasuk berurusan dengan pejabat-pejabat

Kerajaan.

11.Namun begitu, dukacita saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang

Mulia ini bahawa, setelah 51 tahun kita merdeka, penduduk Sedili masih lagi

belum mempunyai sistem pengangkutan yang sempurna dan selesa, yang

dapat menghubungkan Pekan Sedili dengan Bandar Kota Tinggi. Sehingga

ke hari ini, hanya ada sebuah bas persendirian beroperasi bagi laluan ini

dengan kekerapan yang amat terhad. Keadaan bas ini pula begitu uzur dan

sering rosak dan mendatangkan kesulitan kepada penggunanya. Sehubungan

dengan itu saya memohon supaya Perkhidmatan Bas MARA Liner yang

sedang beroperasi di beberapa kawasan di Kota Tinggi dapat diperluaskan


UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

sehingga ke Pekan Sedili. Saya percaya, dengan adanya perkhidmatan

pengangkutan bas seperti MARA Liner yang terkenal amat cekap ini akan

membawa manfaat yang besar kepada penduduk dan kemajuan Kawasan

Sedili.

12.YB Datuk Speaker, selain kawasan kampong tradisional, kawasan

perkampungan FELDA juga masih mengharapkan bantuan pembangunan

dari pihak Kerajaan. Selama ini, tanggungjawab membangunkan kawasan

FELDA hanya dilaksanakan oleh FELDA sahaja. Dengan jumlah Tanah

Rancangan FELDA yang besar di seluruh negara, maka ada Rancangan

FELDA yang telah lama wujud tetapi masih ketinggalan dan belum

mempunyai kemudahan seperti dewan orang ramai dan sebagainya. Malah

terdapat banyak kampung tradisional yang lebih maju dengan pelbagai

kemudahan khususnya yang mendapat bantuan dari pihak Lembaga

Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

13.Justeru itu saya ingin mencadangkan supaya tanggungjawab membangunkan

kawasan FELDA ini tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada FELDA

semata-mata. Sebaliknya tanggungjawab ini harus juga diberikan kepada

kementerian dan jabatan-jabatan yang bersesuaian dengan tanggungjawab

dan portfolio mereka. Bagi pembangunan Rancangan FELDA yang berada

di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Sedili, saya juga ingin

mencadangkan agar KEJORA dapat turut sama dilibatkan khususnya bagi


UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

Rancangan FELDA yang telah selesai membuat pembayaran kembali dan

telah menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

(JKKK). Saya percaya sekiranya cadangan ini dapat dilaksanakan, maka

pembangunan di antara kampung tradisional dan Rancangan FELDA akan

dapat dilakukan secara seiring dan lebih seimbang.

14.YB Datuk Speaker, baru-baru ini saya telah ditemui oleh sekumpulan

penduduk dari Kampung Teluk Jeri, dalam Kawasan DUN Sedili yang

mengadukan kepada saya bahawa pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

telah mengambil tanah mereka untuk dibina anak sungai dengan dijanjikan

akan mendapat pampasan. Peristiwa ini berlaku kira-kira 7 tahun yang lalu.

Namun apa yang mendukacitakan penduduk di Kampung Teluk Jeri adalah,

setelah 7 tahun berlalu, setiap kali mereka bertanyakan perkara ini, maka

pihak JPS akan mengatakan bahawa pihak jabatan tidak mempunyai

peruntukan untuk membayar pampasan. Sebagai mewakili penduduk ini,

saya memohon agar Kerajaan dapat melihatkan perkara ini dan mengambil

langkah segera untuk menyelesaikannya. Perkara remeh sebegini jika tidak

diselesaikan segera akan membawa imej dan persepsi yang tidak baik di

kalangan rakyat terhadap Kerajaan.

15.YB Datuk Speaker, Jabatan Agama Islam Negeri Johor merupakan antara

jabatan yang mendapat peruntukan besar dalam Bajet 2009 ini iaitu

sebanyak RM20.9 juta. Peruntukan yang besar ini tentunya mencerminkan


UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

betapa besarnya juga peranan Jabatan Agama Islam di dalam melaksanakan

tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Sesungguhnya kita tidak

dapat menafikan kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan Agama Islam

khususnya di dalam menjaga aqidah, pendidikan agama serta juga kebajikan

umat Islam di Negeri Johor ini.

16.Banyak yang telah kita dengar bagaimana Jabatan Agama Islam begitu pro-

aktif dalam memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada fakir miskin,

pelajar-pelajar miskin, mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran serta

pelbagai bentuk bantuan yang lain. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu

kebakaran, Pejabat Agama Daerah boleh terus memberikan sumbangan atau

bantuan segera berupa wang tunai dan barang makanan kepada mangsa.

Seterusnya, mangsa kebakaran tersebut boleh pula memohon bantuan untuk

membina kembali rumah yang telah terbakar dengan bantuan maksimum

sebanyak RM26 ribu.

17.Namun begitu, untuk makluman YB Datuk Speaker, Pejabat Agama Daerah

pada ketika ini hanya diberikan kuasa untuk memberikan bantuan segera

sebanyak RM1 ribu sahaja manakala permohonan perlu dikemukakan

kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri untuk mendapatkan bantuan

yang lain. Bagi mangsa bencana seperti ini, bantuan haruslah disalurkan

dengan kadar segera bagi meringankan beban kesusahan mereka.

Permohonan ke peringkat negeri tentunya akan mengambil masa untuk


UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

diluluskan. Dalam keadaan kos hidup yang tinggi pada hari ini dan bagi

meringankan beban mangsa bencana seperti kebakaran ini, saya ingin

mencadangkan supaya kuasa Pejabat Agama Daerah untuk memberikan

bantuan segera dapat ditingkatkan dari RM1 ribu kepada RM10 ribu. Saya

percaya dengan perlaksanaan cadangan ini akan lebih memudahkan bantuan

segera yang sememangnya sangat-sangat diharapkan oleh mangsa-mangsa

bencana seperti yang sebutkan tadi.

18.YB Datuk Speaker, aspek pendidikan merupakan suatu lagi elemen yang

termasuk di dalam strategi Bajet 2009 iaitu untuk menggarap potensi sumber

manusia atau pun apa yang kita panggil sebagai modal insan. Kerajaan

melalui Yayasan Pelajaran Johor memang telah sejak sekian lama

berperanan dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti sesuai

dengan tuntutan semasa. Pada ketika ini, Alhamdulillah, di Rancangan-

Rancangan FELDA juga telah diwujudkan Program Skim Tuisyen FELDA

(STF) yang memberikan peluang kepada pelajar-pelajar di luar bandar untuk

turut sama menikmati kemudahan seperti yang diperolehi oleh pelajar-

pelajar di kawasan Bandar.

19.Kesannya, tahun demi tahun, semakin ramai anak Negeri Johor yang berjaya

mendapat tempat melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi

tempatan mahu pun di luar negara. Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi

ini sudah tentu memerlukan pembiayaan yang tinggi khususnya pembayaran


UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

segala bentuk yuran kemasukan dan asrama. Dalam keadaan kos sara hidup

yang telah meningkat kesan kenaikan harga minyak tempohari, ada ibubapa

yang tidak mampu untuk membiayai kos pendaftaran ini khususnya bagi ibu

bapa yang berpendapatan rendah yang hanya bekerja sebagai nelayan atau

pun buruh.

20.Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan motivasi anak-anak Johor untuk

lebih berjaya dalam pelajaran dan bagi mengurangkan beban kewangan yang

terpaksa ditanggung oleh ibubapa yang mana anaknya telah berjaya

mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, saya ingin mencadangkan

agar Insentif diberikan kepada mereka ini dengan jumlah minima sebanyak

RM1 ribu bagi setiap pelajar. Bantuan ini bolehlah disampai melalui suatu

majlis meraikan kejayaan mereka ini. Dengan insentif dan majlis yang

diadakan ini akan mengeratkan hubungan di antara golongan pelajar dengan

Kerajaan. Hubungan yang erat ini akan memudahkan mereka

imenyumbangkan semula khidmat dan bakti mereka apabila telah tamat

belajar kelak.

21.Akhir sekali YB Datuk Speaker, di antara kesan kepada kemelesatan

ekonomi dan peningkatan kos hidup maka kebiasaannya akan pula diikuti

dengan peningkatan indeks jenayah. Sehingga kini peningkatan ini belum

begitu ketara bagi Kawasan DUN Sedili. Namun begitu kita haruslah
UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

sentiasa lebih bersedia dengan jangkaan dan kemungkinan masalah ini akan

berlaku pada masa akan datang.

22.Sedili adalah sebuah kawasan yang agak besar dan berhutan belukar.

Penjenayah begitu mudah melarikan diri dari pihak penguasa PDRM

sekiranya PDRM tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai dengan

kawasan seperti di Sedili. Apa yang menyedihkan banyak pihak khususnya

penduduk Sedili adalah, Balai Polis Tanjung Sedili hanya dilengkapi dengan

sebuah kenderaan kereta peronda iaitu sebuah ‘Perodua Kancil’. Dengan

sebuah ‘Kancil’ inilah pihak PDRM Tanjung Sedili terpaksa berkejar-kejar

untuk melaksanakan segala tuntutan dan tanggungjawabnya.

23.Dalam keadaan penjenayah mungkin menggunakan kenderaan yang lebih

canggih, saya memohon pihak Kerajaan agar dapat memberikan peruntukan

sebuah kenderaan pacuan empat roda kepada PDRM Tanjung Sedili agar

pihak PDRM Tanjung Sedili dapat melaksanakan tugas dan

tanggungjawabnya dengan lebih cekap dan efisyen dan sesuai dengan

tuntutan dan keadaan di Kawasan Sedili.

24.YB Datuk Speaker. Dalam keadaan unjuran ekonomi pada tahun-tahun

mendatang yang semakin menguncup dan tidak menentu, Pembentangan

Bajet 2009 ini sesungguhnya menjadi harapan kepada Rakyat Negeri Johor

untuk melihat Negeri Johor terus maju dan makmur sambil berjaya

mendepani apa juga keadaan dan situasi ekonomi yang bakal melanda.
UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

Tanggungjawab mengekal dan menambahkan kemakmuran bukan semata-

mata terletak di bahu Kerajaan Negeri sahaja. Sebaliknya semua pihak,

Kerajaan, pihak swasta, ahli politik Kerajaan dan Pembangkang juga

termasuk rakyat keseluruhannya mempunyai tanggungjawab dan peranan

yang harus dimainkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

25.Justeru itu, saya ingin menyeru marilah kita sama-sama berganding bahu

membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan cadangan-cadangan yang

telah dibentangkan dalam Bajet 2009 ini. Janganlah hanya kerana kita

menjadi Pembangkang, maka segala yang direncanakan oleh pihak Kerajaan

semuanya salah dan tidak betul. Kemakmuran sekiranya dapat ditambah dan

dikekalkan akan mampu dinikmati oleh semua rakyat Johor samada mereka

penyokong Kerajaan mahu pun penyokong Pembangkang. Kesengsaraan

dan kemelesetan ekonomi juga sekiranya melanda akan juga turut dirasai

oleh semua Rakyat tidak kira apa pun fahaman dan pegangan mereka.

26.YB Datuk Speaker, marilah sama-sama kita berdoa, mudah-mudahan, Allah

yang Maha Kuasa dan Maha Pemimpin, yang memimpin dan membimbing

semua niat, yang memimpin dan membimbing semua gerak, yang

memimpin dan membimbing semua rasa, yang memimpin dan membimbing

semua fikir. Memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan kita semua di

Dewan Yang Mulia ini, tetap di jalan yang benar, tetap dijalan yang

diredhainya. InsyaAllah Negeri dan Rakyat Johor akan terus selamat, aman,
UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2009

makmur dan maju, serta dicemburui oleh negeri-negeri yang lain khususnya

negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

27.Yang baik itu datangnya dari Allah swt. Yang buruk itu datangnya dari

kedangkalan ilmu dan pengalaman saya sendiri. YB Datuk Speaker, saya

mohon menyokong cadangan pembentangan Bajet 2009 .

Anda mungkin juga menyukai