Anda di halaman 1dari 22

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(TITAS)
1

Definisi Tamadun
Definisi Tamadun

Bahasa Arab

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Dalam Bahasa Arab


Tamadun berasal dari perkataan Bahasa Arab tamaddun. Ia diambil daripada akar kata - maddana yang bererti:

1. mengasas, membina atau membentuk sesebuah bandar. 2. memperhaluskan budi bahasa dan memperelokkan tingkah laku/ akhlak.
3

Tamadun boleh ditakrifkan sebagai: Sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S & T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
4

Dalam Bahasa Inggeris


Tamadun dikenali sebagai civilization. Civilization berasal daripada perkataan Latin Civitas iaitu city (bandar). Civilization diertikan sebagai: 1. kehidupan bandar 2. mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric) Definisi civilization merujuk kepada kebandaran sebagai asas tamadun.
6

Dalam Bahasa Melayu


Tamadun diertikan sebagai peradaban, kemajuan dan kebudayaan.

Peradaban Diambil dari perkataan adab = iaitu sopan, terhormat, hidup tersusun, tingkat kebudayaan dan akhlak lebih tinggi dari orang biadab. Peradaban menurut Kamus Dewan (1998:6): keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesuatu bangsa atau masyarakat. Tamadun menurut Kamus Dewan (1998:1335): Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll) yang tinggi.
8

Pendapat ahli sejarah tentang Tamadun 1. Ibnu Khaldun: Masyarakat madani sebagai masyarakat yang maju sama ada di kota atau di desa. 2. Malik Bennabi: Suatu fenomena sosial dalam perkembangan persejarahan manusia yang meletakkan keseimbangan antara aspek moral dengan aspek material. 3. Edward L. Farmer: Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang lain
10

Piramid Giza Mesir

11

Kesimpulan:

Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukan digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sesuatu bangsa.

12

13

Ciri-ciri Tamadun Sejagat


Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan yang membentuk kota atau bandar. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika tersendiri. Peningkatan kualiti hidup berbanding sebelumnya, terhasil peningkatan jangka hayat yang lebih stabil dan panjang.
14

Ciri-ciri Tamadun Sejagat


Kemunculan bahasa dengan satu sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa dalam mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakat. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam teknologi dan pembinaan bagi keselesaan hidup
15

Ciri-ciri Tamadun
Menurut Edward L. Farmer (Comparative History of Civilization in Asia), ciri-ciri tamadun ialah: Penempatan kekal Revolusi pertanian Stratifikasi sosial Kewujudan agama Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi Urbanisasi Sistem tulisan
16

17

Kelahiran & Perkembangan Tamadun


Kelahiran tamadun didorong oleh faktor kedudukan strategik bagi memperolehi sumber semulajadi untuk kelangsungan hidup. Faktor geografi~Sg. Hwang-He, Sg. Ganges, Sg. Tigris & Euphrates, Sg. Nil & Selat Melaka. Rangsangan keagamaan dan kerohanian mendorong menghayati nilai-nilai murni kehidupan ketinggian budaya. Tamadun Islam~cara hidup kamil dorongan wahyu.
18

Kelahiran & Perkembangan Tamadun


Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji. Memupuk kecintaan kepada ilmu, ketekunan, rajin, disiplin, tjawab mendorong rakyat berganding bahu membangunkan negara. Plato & Aristotle, Lao Tze, Kung Fu Tze, Al-Farabi, Al-Ghazali dan Ibn Khaldun. Toleransi dan interaksi antara tamadun. Keterbukaan menerima dan menyebar idea serta teknologi membantu kemunculan tamadun baru. Yunani-India-Cina-Islam.
19

Kelahiran & Perkembangan Tamadun


Kesengsaraan dan penderitaan juga mendorong masyarakat menggemblengkan tenaga dalam membangunkan kehidupan mereka. Neccessity is mother of invention Dalam konteks zaman moden, kebangkitan negara Jepun adalah contoh terbaik selepas kekalahan mereka dalam perang dunia ke-2.

20

Faktor-faktor kelemahan & kejatuhan Tamadun


Setiap tamadun dalam sejarah mengalami zaman kemerosotan masing-masing disebabkan faktor: Ketidakadilan dan jurang perbezaan ketara antara golongan kaya dan miskin. Penindasan dan kezaliman yang berleluasa. Sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati.
21

Faktor-faktor kelemahan & kejatuhan Tamadun


Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin. Sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan dari segi teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. (Diluar kawalan manusia)
22

Anda mungkin juga menyukai