Anda di halaman 1dari 4

Topik 1

Pertimbangan Moral & Teori Etika

1.1 Pertimbangan Moral & Teori Etika Pertimbangan Moral - proses dimana gelagat manusia, institusi-institusi atau polisi-polisi dinilai sama ada ia telah menepati atau melanggar piawaian (standard) moral. - idea, kepercayaan atau tuntutan yang bertujuan untuk menjelaskan fakta-fakta atau peristiwaperistiwa berdasarkan hujah-hujah yang betul. - Kajian moral prinsip-prinsip moral kelakuan individu yang boleh diterima dan kepercayaan peribadi mereka mengenai apa yang di anggap sebagai kelakuan yang betul atau salah. Etika bersifat:

Teori Etika

1.1.1 Maksud Etika

Individu - manusia mempunyai etika, manakala organisasi tidak; Kelakuan beretika berbeza-beza di antara individu; Etika adalah relatif, mengikut norma sesebuah masyarakat. Ia bukan sesuatu yang mutlak.

1.1.2 Maksud Etika isu-isu yang Perniagaan 1.1.3 Etika Professional

aplikasi nilai-nilai etika dan idea mengenai timbul dalam konteks perniagaan

- Etika professional adalah nilai-nilai moral yang dibentuk oleh sekumpulan manusia yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi sesuatu kerja atau kegunaan sumber. 1.1.4 Mengapa Perniagaan - Pengaruh signifikan perniagaan ke atas persekitaran dan Harus Beretika? pemegang kepentingan -Pertingkatkan prestasi perniagaan 1.1.5 Pembentukan Etika Individu Faktor-faktor yang instrumental adalah: - Pengaruh keluarga Pengaruh rakan sebaya/setara Pengalaman hidup Nilai dan moral peribadi Faktor situasi

1.2 Falsafah Normatif & - Falsafah normatif adalah kajian mengenai kaedah Relativisme Etika pemikiran dan kelakuan, iaitu bagaimana kita harus bergelagat dengan betul.

ayub nasir

- Relativisme Etika adalah standard-standard moral gelagat yang berbeza-beza di antara kumpulan yang berlainan, sama ada di dalam sesebuah budaya, di antara budaya serta pada masa-masa yang berlainan. 1.3 Lima Prinsip Etika dan Batasannya 1.3.1 Undang-undang abadi (Thomistic/Natural/Eternal Law) - Sekiranya seseorang mempunyai hak untuk terus hidup, mempunyai kebebasan dan inginkan kebahagiaan, maka mereka juga bertanggungjawab untuk membenarkan hak yang sama kepada orang lain (Golden Rule). - Batasannya :- Terlalu banyak interpretasi terhadap apa yang dianggap benar, terbaik atau betul. 1.3.2 Utilitarianisme (Teleo-logical) - Mementingkan akibat atau kesudahan sesuatu perkara. - Manfaat yang terbanyak bagi bilangan yang terbanyak. - Batasannya :- Konflik dalam menentukan jumlah manfaat yang terbanyak serta bilangan manusia yang terbanyak; Kepentingan golongan minority juga diabaikan. 1.3.3. Universalisme (Deonto-logical) - Mementingkan niat seseorang - Menganggap orang lain sebagai suatu matlamat yang harus dihargai, bukan sebagai alat untuk mencapai matlamat. - Batasannya :- Tidak mempunyai keutamaan atau tahap-tahap yang berbeza. Sukar untuk mengamalkannya setiap masa. 1.3.4 Adil Pembahagi (Distributive Justice) - Keadilan sebagai satu-satunya nilai utama; -Mengagihkan beban dan faedah dalam masyarakat berdasarkan kesamarataan, keperluan, usaha, sumbangan atau keupayaan. - Batasannya :- Bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dalam sesebuah masyarakat. Usaha individu diabaikan. 1.3.5 Kebebasan peribadi - Kebebasan sebagai satu-satunya nilai utama - Institusi atau undang-undang yang mencabuli kebebasan individu akan ditolak walaupun ia dapat

ayub nasir

memberi kebahagiaan atau faedah kepada pihak lain. - Batasannya :- Definisi kebebasan yang sempit kerana kebebasan dilihat sebagai suatu hak negatif, iaitu hak supaya tidak diganggu atau disukarkan oleh pihak lain. 1.4 Kesimpulan a. Setiap teori menyatakan hanya satu aspek/sebahagian daripada kebenaran keseluruhan. Ia tidak lengkap dan tidak memadai untuk menghukumkan sesuatu tindakan sebagai bermoral atau tidak bermoral.

b. Tiada suatu sistem yang berjaya memberi panduan lengkap dalam pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan.

Apakah implikasi kesimpulan terhadap para pengurus? - Tidak terdapat satu sistem tunggal yang boleh dijadikan panduan lengkap dalam membuat keputusan etika yang sukar Apa yang boleh kita lakukan? - Oleh itu, kita harus menggunakan kesemua lima sistem dalam usaha mencari penyelesaian yang saksama. Dua perspektif signifikan etika yang perlu diberi perhatian: 1.4.1 Golden Rule 1.4.2 Hak-hak Kantian - Lakukan kepada orang lain sepertimana anda ingin orang lain melakukan kepada anda. -Hak membenarkan (atau tidak membenarkan) -Hak kebersendirian -Hak kebebasan mengikut suara hati -Hak mengkritik -Hak mendapat keadilan

ayub nasir

ayub nasir

Beri Nilai