Anda di halaman 1dari 5

Simulasi Definisi Simulasi Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara.

Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu daripada teknik yang pratikal digunakan adalah simulasi. Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal. Simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987). Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997). Dalam kajian ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar. Tujuan kaedah simulasi Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya: a) memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan. b) memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi. c) mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.

d) menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut. Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Kelebihan Simulasi Pendapat individu

Pelajar akan memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu yang jelas dapat dilihat secara langsung. Membolehkan pelajar memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian Pelajar akan dapat bertindak secara spontan dengan pengalaman yang ada apabila berhadapan dengan situasi tertentu Pendapat rakan sepasukan

Dapat meningkatkan daya kefahaman pelajar dan menjana pemikiran lebih kreatif. Pelajar lebih memahami apabila diberikan pengalaman sebenar secara langsung Pendapat rakan-rakan Pelajar dapat mengalami dengan sendiri situasi tersebut. Malahan sebarang kemusykilan atau ketidak fahaman, pelajar dapat bertanya terus pada guru.

Pelajar dapat aplikasikan sendiri di rumah. Bukan sekadar belajar di sekolah dan di atas buku semata-mata. Literature Review

Menurut Tg.Zawawi,1997a , kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ianya memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat da menyeluruh. Kelemahan Simulasi Pendapat individu Pelajar tidak terdedah kepada pengalaman sebenar tentang isi pengajaran. Oleh sebab itu,pelajar tidak dapat mengaplikasikan dalam situasi sebenar Pendapat rakan sepasukan

Pelajar hanya dapat memberi fokus hanya 20 minit pertama sesi pembelajaran sekiranya tiada aktiviti yang dilakukan Pelajar tidak aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendapat kumpulan lain

Pelajar berasa bosan berada di kelas apabila pembelajaran hanya berpusatkan guru Literature Review

Setiap pendidik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competency) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM , 1980)

6.3.2 Teknik Simulasi DefinisiSatu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaansebenar yang memerlukan peserta berinteraksi sesamasendiri berdasarkan peranan masing-masing bagimembuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atautugasan tertentu.

Melalui teknik ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dandipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca danmenulis. Tujuan Boleh menarik minat murid-murid ke arah pengajaran yang dijalankan oleh guru. Guru dapat mengadakan suasana satu peranan yang dapat dinilai dan diuji dengan selamat tanpa menghapuskan elemen realiti. Dapat memberi celik akal kepada murid-murid mengena iperanan yang dimainkan oleh seseorang dalam kehidupan yang sebenarnya dan bagaimana berkesannya seseorang itu memainkan peranannya dapat membantu murid-murid memperlihatkan kebolehan diri mereka.Melatih pelajar mempunyai sifat simpati dan memahami pendapat dan pandangan orang lain. Tujuan Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid-murid. Untuk menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif,inovatif, logik dan kritis. Untuk mendorong murid-murid menyusun danmenghuraikan bahan yang diajar.

Kelebihan Menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik yang menjadi sumber motivasi kepada muridmurid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat memperkaya dan memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid. Murid berpeluang untuk

menjalankan pelbagai aktiviti seperti mengumpul maklumat, berbincang, bertukar-tukar fikiran, membuat laporan dan sebagainya.