Anda di halaman 1dari 32

HIV & AIDS: Setiap anak dilindungi

panduan media

Setiap kanak-kanak dan orang muda berhak hidup di dunia yang bebas daripada HIV dan AIDS. Kamilah warisan anda. Kamilah masa depan anda. Nur Syakirin Husnal Az Hari, 16 - Pelancaran kempen Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS di Malaysia, 2005

Kandungan
Mukadimah Kanak-Kanak: Wajah HIV dan AIDS yang Tercicir Hak Kanak-Kanak dan HIV AIDS di Malaysia Rentetan AIDS Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS Bagaimana Media membuat liputan HIV dan AIDS sepanjang 20 tahun yang lalu Bagaimana HIV patut dilaporkan? Apa yang boleh dilakukan oleh Pemberita untuk Menghapuskan Stigma dan Menghentikan Diskriminasi? Bagaimana Pemberita boleh mengelakkan berita AIDS dan HIV semakin lama menjadi semakin tidak menarik dan menjanakan minat baru? Garis Panduan Terminologi UNAIDS Sumber Tarikh Tindakan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pihak Lain Yang Berkaitan Direktori Penghargaan Media 02 03 05 07 08 10 11 13 16 18 23 24 26 27 28

Mukadimah
Sudah 27 tahun berlalu sejak dunia dikejutkan oleh realiti AIDS. Kejutan itu menyebabkan kebangkitan untuk melancarkan usaha global yang belum pernah dilakukan untuk menghentikan penyebaran HIV, virus yang menjadi puncanya. Namun, sudah terlalu lama inisiatif berkaitan HIV dan AIDS sama ada di peringkat masyarakat, negara atau antarabangsa melupakan bahawa kanak-kanak dan anak muda terjejas dalam cara yang berbeza. Hidup mereka terjejas bukan sahaja dengan pendedahan secara langsung kepada HIV tetapi juga oleh kehilangan yang ditinggalkan oleh AIDS. Selalunya, kanak-kanak menderita secara senyap dalam bayang-bayang AIDS. Kemungkinan terlepas peluang, dieksploitasi dan risiko jangkitan HIV meningkat berkali-kali ganda akibat kepercayaan karut dan kebimbangan yang menebalkan stigma dan diskriminasi dalam masyarakat. Maklumat tidak mencukupi, tidak betul atau mengelirukan sering menyebabkan kanak-kanak yang hidup dengan HIV dipandang rendah. Sebagai contoh, ramai masih menyangka bahawa HIV boleh disebar menerusi sentuhan, bermain atau gigitan nyamuk. Justeru, matlamat panduan media ini ialah untuk menjadikan wartawan rakan kami dalam usaha menonjolkan keperluan khusus kanak-kanak dan anak muda dalam respons Malaysia terhadap HIV dan AIDS. Menerusi laporan atau tulisan yang tepat, bertanggungjawab dan original, media dapat membantu mengubah tanggapan terhadap penyakit dan memecahkan kesepian yang menyelubunginya. Semua ini boleh membantu mencegah penyebaran virus. Kita berupaya melakukan lebih banyak lagi untuk golongan muda kita. Malah, dalam respons kita terhadap HIV dan AIDS, kita bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak diberi layanan yang sewajarnya sebagai pendukung harapan kita.

Wakil UNICEF, Malaysia

Youssouf Oomar

Kanak-Kanak: Wajah HIV dan AIDS yang Tercicir


3 Respons global terhadap HIV dan AIDS membabitkan kerajaan dan penyokong, doktor dan pakar sains. Usaha mereka telah mewujudkan rangka undang-undang untuk melindungi hak mereka yang hidup dengan HIV dan membaiki pilihan perubatan mereka. Namun, dalam segala kemajuan yang dicapai mereka, satu kumpulan terus terdedah dan amat memerlukan perlindungan: iaitu Kanak-Kanak. 1 dalam 16 orang yang hidup dengan HIV ialah kanak-kanak bawah umur 15 tahun Setiap jam, 42 kanak-kanak bawah umur 15 tahun dijangkiti HIV Setiap hari, 740 kanak-kanak bawah umur 15 tahun meninggal dunia kerana AIDS Wanita membentuk separuh daripada orang yang hidup dengan HIV di seluruh dunia Golongan muda berumur 15 24 tahun meliputi 45% daripada jangkitan baru pada 2007. Apabila HIV dan AIDS menjelma dalam hidup kanak-kanak, akibatnya jauh lebih dalam daripada kesan perubatan yang dijangkakan. Ia bukan sahaja boleh mendatangkan tekanan psikososial kerana kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya, tetapi juga menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk ke sekolah, menghadapi kesusahan ekonomi dan meningkatkan risiko pendedahan kepada HIV. Pendek kata, ia menyebabkan kehilangan harapan dan kehidupan yang produktif dan bermakna bagi seluruh generasi manusia.

Report on the global AIDS epidemic 2008, UNAIDS, August 2008. Additional statistics and the full report is available in the accompanying CD.

Kanak-Kanak di Barisan Depan HIV


Bagi memastikan kanak-kanak tidak terkecuali daripada inisiatif antarabangsa, respons barisan depan terhadap HIV dan AIDS yang lain mesti dikaji semula.
4

Situasi budak perempuan lebih mendesak kerana mereka selalunya lebih terdedah kepada kesan HIV secara langsung dan tidak langsung berbanding budak lelaki. Sebagai contoh, diskriminasi sosial terhadap hak mereka untuk mendapatkan pendidikan, atau kemungkinan mereka menjadi sasaran eksploitasi seks, meletakkan budak perempuan pada tahap risiko yang lebih tinggi. Mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak adalah inisiatif penting yang memerlukan penilaian bagi kanak-kanak. Di Malaysia, peratusan jangkitan baru daripada ibu kepada anak meningkat daripada 0.2 peratus pada 1991 kepada dua peratus pada 2007. Oleh yang demikian, pendidikan dan perlindungan wanita ternyata adalah sebahagian penting daripada usaha melindungi keselamatan kanak-kanak daripada HIV.

Penjagaan pediatrik untuk bayi dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV adalah satu lagi aspek yang memerlukan lebih perhatian, kerana rawatan perubatan yang tepat pada masanya berkesan melengahkan kemaraan AIDS dan membolehkan mereka kekal sihat untuk jangka waktu yang lebih lama. Meskipun kanak-kanak mendapat rawatan percuma di Malaysia, lebih banyak perlu dilakukan untuk menggalakkan syarikat farmaseutikal mengeluarkan ubat antiretrovirus yang sesuai untuk keperluan khusus kanak-kanak. Stigma juga boleh membatasi peluang seseorang kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan kerana keluarga mereka mungkin khuatir mereka akan dipulaukan sekiranya keadaan anak mereka diketahui umum. Selain jangkitan daripada ibu kepada anak, kanak-kanak dan golongan muda juga menghadapi risiko HIV menerusi hubungan seks tanpa perlindungan sama ada secara sukarela atau tidak. Jadi, pendidikan seks dan perlindungan kanak-kanak adalah dua lagi keutamaan penting.

Penggunaan dadah dan alkohol adalah satu lagi amalan yang boleh mendatangkan bahaya. Sebagai contoh, pengguna dadah suntikan meningkatkan tahap pendedahan mereka secara langsung kepada HIV, manakala alkohol boleh menjejaskan keupayaan golongan muda untuk membuat keputusan yang selamat dan mendorong kelakuan yang mengundang risiko. Meskipun pencegahan adalah aspek penting dalam sebarang respons terhadap HIV dan AIDS, melindungi hak kanak-kanak dan golongan muda yang dijangkiti dan terjejas oleh HIV dan AIDS tidak boleh diabaikan. Rangka undang-undang dan mekanisme proaktif mesti ditetapkan untuk memastikan hak kanak-kanak dan golongan muda yang dijangkiti dan terjejas untuk mendapatkan penjagaan kesihatan terkini tepat pada masanya, pendidikan, rawatan dan perlindungan disediakan.

Hak Kanak-Kanak dan HIV Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), yang disahkan oleh Malaysia pada 1995, mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mengecap keamanan, kebebasan dan keadilan sebagaimana orang dewasa. Prinsip utama CRC diguna pakai dalam agenda global bagi HIV dan AIDS, termasuk:
Hak untuk Hidup, Mengecap Pembangunan dan Mendapat Perlindungan Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dan golongan muda, termasuk dengan menyediakan rawatan, kaunseling, penjagaan untuk mereka dan memberi mereka keupayaan untuk melindungi diri mereka sendiri dan orang lain daripada HIV. Hak untuk Tidak Didiskriminasikan Sama seperti hak kanak-kanak yang seharusnya dilindungi tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, bahasa, kekurangan upaya atau faktor lain, hak ini mesti tetap dilindungi jika mereka positif-HIV. Mereka tidak seharusnya tertakluk kepada sebarang bentuk diskriminasi yang boleh memencilkan mereka daripada masyarakat, atau menafikan peluang mereka untuk mendapatkan penjagaan kesihatan, pendidikan, rawatan dan perkhidmatan sosial dan penjagaan lain. Hak untuk Melindungi Kepentingan Mereka Sebarang program, rawatan, dasar atau mekanisme berkaitan HIV seharusnya disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak dan golongan muda. Sebagai contoh, rawatan HIV, yang biasanya dihasilkan untuk orang dewasa, hendaklah juga dihasilkan dalam formula dan dos yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak dan golongan muda. Hak untuk Turut Serta Kanak-kanak berhak untuk menyertai respons terhadap HIV dengan menyuarakan pendapat mereka, membantu meningkatkan kesedaran, dan meminta pandangan dan pengalaman mereka diambil kira dalam perumusan dasar dan program yang berkaitan. Hak untuk Mendapatkan Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan Sebaik Mungkin Penjagaan kesihatan membantu menghentikan penyebaran HIV di kalangan kanak-kanak dan golongan muda, dan akan juga memberi mereka pilihan rawatan jika mereka hidup dengan HIV.

Sama seperti hak kanak-kanak yang seharusnya dilindungi tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, bahasa, kekurangan upaya atau faktor lain, hak ini mesti tetap dilindungi jika mereka positif-HIV. Mereka tidak seharusnya tertakluk kepada sebarang bentuk diskriminasi yang boleh memencilkan mereka daripada masyarakat, atau menafikan peluang mereka untuk mendapatkan penjagaan kesihatan, pendidikan, rawatan dan perkhidmatan sosial dan penjagaan lain. Hak untuk Melindungi Kepentingan Mereka Sebarang program, rawatan, dasar atau mekanisme berkaitan HIV seharusnya disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak dan golongan muda. Sebagai contoh, rawatan HIV, yang biasanya dihasilkan untuk orang dewasa, hendaklah juga dihasilkan dalam formula dan dos yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak dan golongan muda. Hak untuk Turut Serta Kanak-kanak berhak untuk menyertai respons terhadap HIV dengan menyuarakan pendapat mereka, membantu meningkatkan kesedaran, dan meminta

pandangan dan pengalaman mereka diambil kira dalam perumusan dasar dan program yang berkaitan. Hak untuk Mendapatkan Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan Sebaik Mungkin Penjagaan kesihatan membantu menghentikan penyebaran HIV di kalangan kanak-kanak dan golongan muda, dan akan juga memberi mereka pilihan rawatan jika mereka hidup dengan HIV. Pendidikan adalah satu lagi alat pencegahan yang penting, bukan sahaja pencegahan daripada pendedahan kepada HIV tetapi juga diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan HIV. Kanak-kanak beribu bapa positifHIV memerlukan sistem sokongan tambahan untuk melindungi mereka daripada kemudaratan dan eksploitasi. Ini termasuk melindungi hak pewarisan mereka dan hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dan pendidikan secara berterusan. Hak untuk Dilindungi daripada Penculikan, Perdagangan KanakKanak, Keganasan, Penderaan Seksual dan Eksploitasi Apabila keselamatan peribadi kanakkanak tergugat, risiko pendedahan kepada HIV meningkat. Hak untuk Mendapat dan Berkongsi Maklumat Penyebaran maklumat terkini mengenai HIV dan AIDS secara

Hak untuk Hidup, Mengecap Pembangunan dan Mendapat Perlindungan Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dan golongan muda, termasuk dengan menyediakan rawatan, kaunseling, penjagaan untuk mereka dan memberi mereka keupayaan untuk melindungi diri mereka sendiri dan orang lain daripada HIV. Hak untuk Tidak Didiskriminasikan

AIDS DI MALAYSIA

Menurut perangkaan 2007 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 80,938 orang diuji positif-HIV sejak 1986 dan 10,334 telah meninggal dunia akibat jangkitan oportunis yang berkaitan AIDS.
230 North - 11230 East

Perangkaan lain daripada Kementerian Kesihatan termasuk:


Secara purata 12 orang diuji positif-HIV manakala 3 orang meninggal kerana AIDS setiap hari pada 2007. 4,549 kes HIV baru dilaporkan pada 2007, manakala 1,179 orang meninggal disebabkan AIDS. Pada akhir tahun 2007, 70,604 orang di Malaysia diketahui hidup dengan HIV Empat dalam 10 kes baru HIV yang dilaporkan pada 2007 adalah di kalangan mereka yang berumur 13 hingga 29 tahun. Jangkitan HIV mungkin telah dikesan di kalangan beberapa orang daripada mereka hanya di peringkat permulaan penyakit; ini bermakna mereka mungkin mendapat jangkitan pada usia awal 20-an atau semasa remaja. Terdapat peningkatan jangkitan yang membimbangkan di kalangan wanita dan gadis menerusi hubungan heteroseksual. Pada 1998, hanya enam peratus daripada kes baru HIV yang dilaporkan adalah di kalangan wanita dan gadis. Pada 2007, kes baru yang dilaporkan di kalangan wanita meningkat kepada 16 peratus. Ini amat membimbangkan kerana pendedahan wanita dan kanak-kanak kepada HIV dikaitkan secara langsung kepada satu sama lain.

Rentetan AIDS Di Seluruh Dunia:

1981:
8
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tentang satu bentuk pneumonia luar biasa yang membabitkan komuniti lelaki pengamal seks sejenis di Los Angeles. Penyakit itu kemudian disahkan berkaitan AIDS.

1982:
CDC secara rasmi menetapkan istilah Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit.

1984:
HIV dikenal pasti sebagai virus yang menyebabkan AIDS.

1985:
Ujian antibodi HIV pertama mula didapati.

1991:
Reben merah diperkenalkan sebagai simbol antarabangsa bagi kesedaran AIDS dan menjadi kuasa menyatukan individu dan organisasi yang terlibat dalam respons terhadap HIV dan AIDS.

1996:
Perencat protease (PIs), yang digunakan dalam campuran antiretrovirus, membawa revolusi ke dalam rawatan HIV. Sungguhpun bukan penawar, PIs menukar HIV menjadi keadaan yang kronik tetapi boleh dirawat.

2005:
UNICEF dan UNAIDS melancarkan kempen global Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS untuk memastikan kanakkanak dimasukkan ke dalam agenda HIV dan AIDS.

2007:
Mesyuarat Parlimen Global pertama mengenai AIDS menggesa supaya respons terhadap epidemik dirumuskan berasaskan hak dan menghentikan sekatan perjalanan berkaitan HIV.

2008:
UNAIDS melaporkan bahawa golongan muda berusia 15-24 tahun membentuk kira-kira 45 peratus daripada jangkitan baru HIV di seluruh dunia.

Nota: Rentetan yang lebih terperinci boleh didapati dalam CD yang dilampirkan.

Di Malaysia:

1985:
Dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Pasukan Petugas AIDS Kebangsaan ditubuhkan untuk menggubal dasar dan menyelaraskan aktiviti pencegahan dan kawalan AIDS.

1986:
Kes HIV pertama disahkan di Malaysia.

1986:
Malaysia mencadangkan program darah selamat. Menjelang 2003, 53 pusat pemeriksaan di seluruh negara memeriksa semua darah yang didermakan.

1992:
Kerajaan Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Antara Kementerian untuk menasihatkan Kabinet tentang dasar, isu dan strategi berkaitan HIV dan AIDS.

1992:
Majlis AIDS Malaysia (MAC) ditubuhkan, sebagai badan yang menaungi Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk mempelopori usaha menentang HIV dan AIDS.

1996:
Kementerian Kesihatan memulakan program pendidikan secara besar-besaran mengenai HIV dan AIDS dinamakan Hidup Sihat Tanpa AIDS untuk Belia (PROSTAR), disasarkan kepada mereka yang berusia 13 hingga 25 tahun.

1998:
Kementerian Kesihatan merangka Rancangan Strategik HIV dan AIDS Kebangsaan yang pertama dan memperkenalkan ubat antiretrovirus.

1998:
Kementerian Kesihatan memulakan Program Pencegahan Penyebaran Daripada Ibu kepada Anak (PMTCT). Di bawah program ini, wanita yang datang ke klinik ibu mengandung Kerajaan dikehendaki menjalani ujian HIV. Mereka yang diuji positif diberi kaunseling dan rawatan antiretrovirus percuma,

2005:
Kerajaan menganjurkan program pengurangan mudarat untuk pengguna dadah, termasuk terapi penggantian dadah metadon, pengedaran jarum dan kondom percuma, khidmat bantuan dan kaunseling.

2007:

manakala bayi juga menerima rawatan selepas lahir untuk mencegah penyebaran virus daripada ibu kepada anak.

Persatuan Ubat HIV dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Persidangan AIDS Kebangsaan, dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan UNICEF. Sempena Persidangan itu, UNICEF menganjurkan Forum HIV kebangsaan yang pertama untuk belia Malaysia.

Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS


Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS adalah kempen global yang dilancarkan oleh UNICEF pada 2005 untuk menjamin generasi yang bebas daripada AIDS. Kempen ini mempunyai empat objektif:

10

Mencegah penyebaran HIV daripada ibu kepada anak Rawatan perubatan tepat pada masanya boleh mengurangkan penyebaran HIV daripada ibu kepada anak yang belum lahir. Namun, banyak negara tidak mempunyai sumber atau kekuatan politik untuk memberikan rawatan penjagaan ini. Matlamat: Untuk memastikan bahawa 80 peratus ibu yang memerlukan akan mendapat rawatan yang perlu. Memberi rawatan pediatrik Kanak-kanak lebih terdedah kepada HIV, tetapi ubat kos rendah yang mencegah jangkitan dan

melengahkan keperluan untuk rawatan antiretrovirus boleh didapati. Kos cotrimoxazole adalah serendah US$0.03 (10 sen) sehari dan antibiotik ini mencerahkan peluang hidup kanak-kanak HIV. Matlamat: Untuk memberikan sama ada rawatan antiretrovirus atau cotrimoxazole, atau kedua-duanya, kepada 80 peratus kanak-kanak yang memerlukan menjelang 2010. Mencegah jangkitan di kalangan remaja dan golongan muda Strategi bersepadu yang tepat pada masanya, menyeluruh dan praktikal boleh membantu golongan muda melindungi diri mereka dan orang lain daripada HIV.

Matlamat: Untuk mengurangkan peratusan global golongan muda yang hidup dengan HIV sebanyak 25 peratus menjelang 2010. Melindungi dan menyokong kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS Satu strategi bersepadu yang antara lain membabitkan pendidikan, bantuan ekonomi, dan sokongan psikososial diperlukan untuk melindungi dan menyokong kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS. Matlamat: Menghulurkan tangan kepada 80 peratus daripada kanakkanak yang paling memerlukan menjelang 2010

Bagaimana Media membuat liputan HIV dan AIDS sepanjang 20 tahun yang lalu?
Tinjauan kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 2003 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus responden menyatakan televisyen, radio dan akhbar sebagai sumber utama maklumat yang diperoleh mereka mengenai HIV dan AIDS. Pada sekitar waktu yang sama, tinjauan kaji selidik penting di India juga menunjukkan bahawa saluran utama 70 peratus responden mendapat fakta tentang HIV dan AIDS ialah televisyen bukan doktor, keluarga dan kawan. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa organisasi media memainkan peranan penting dalam mendidik dan memperkasakan individu untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan HIV, dan meletakkan tanggungjawab di bahu pembuat dasar dan pemimpin pendapat (kerajaan, kumpulan agama dan sebagainya). Bagaimanapun, untuk melakukannya dengan berkesan memerlukan kefahaman tentang cabaran dan rintangan terhadap pendidikan pencegahan HIV secara meluas dan berkesan. Di Malaysia, audit media oleh UNICEF dan pasukan bekas pengarang daripada Salt Media Consultancy Sdn Bhd menunjukkan kefahaman yang semakin meningkat tentang isu dan kebimbangan terhadap HIV dan AIDS. Contoh 80 berita dan rencana yang dikumpulkan daripada pelbagai akhbar dari 1985 hingga Julai tahun ini yang melaporkan tentang HIV dan AIDS sepanjang lebih kurang 25 tahun yang lalu telah menunjukkan perubahan yang positif. Secara beransur-ansur, media mula memberikan laporan yang lebih sensitif tentang isu ini.

11

Tinjauan kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 2003 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus responden menyatakan televisyen, radio dan akhbar sebagai sumber utama maklumat yang diperoleh mereka mengenai HIV dan AIDS. Pada sekitar waktu yang sama, tinjauan kaji selidik penting di India juga menunjukkan bahawa saluran utama 70 peratus responden mendapat fakta tentang HIV dan AIDS ialah televisyen bukan doktor, keluarga dan kawan.
12

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa organisasi media memainkan peranan penting dalam mendidik dan memperkasakan individu untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan HIV, dan meletakkan tanggungjawab di bahu pembuat dasar dan pemimpin pendapat (kerajaan, kumpulan agama dan sebagainya). Bagaimanapun, untuk melakukannya dengan berkesan memerlukan kefahaman tentang cabaran dan rintangan terhadap pendidikan pencegahan HIV secara meluas dan berkesan. Di Malaysia, audit media oleh UNICEF dan pasukan bekas pengarang daripada Salt Media Consultancy Sdn Bhd menunjukkan kefahaman yang semakin meningkat tentang isu dan kebimbangan terhadap HIV dan AIDS. Contoh 80 berita dan rencana yang dikumpulkan daripada pelbagai akhbar dari 1985 hingga Julai tahun ini yang melaporkan tentang HIV dan AIDS sepanjang lebih kurang 25 tahun yang lalu telah menunjukkan perubahan yang positif. Secara beransur-ansur, media mula memberikan laporan yang lebih sensitif tentang isu ini. Umumnya, bahasa yang digunakan lebih bertimbang rasa, khususnya dalam ruangan rencana media bahasa Inggeris. Meskipun bahasa yang digunakan dalam laporan berita semakin baik, wartawan secara tidak disedari masih menggalakkan diskriminasi dengan menggunakan terma seperti penagih dadah, pelacur dan mangsa AIDS.

Bagaimana HIV patut dilaporkan?

Cerita tentang kanak-kanak dan golongan muda yang dipaparkan dari sudut kemanusiaan boleh menarik perhatian ramai dan membantu meyakinkan mereka tentang perlunya perubahan positif.

13

Elemen paling penting dalam cerita ini ialah ketepatan, penggunaan bahasa yang wajar dan tidak berat sebelah, dengan menyelitkan HIV ke dalam isu harian lain seperti kesihatan, pendidikan dan sains. Cerita tidak sepatutnya merendahkan martabat atau memperkecilkan orang yang hidup dengan HIV, tetapi sebaliknya mengiktiraf keberanian mereka menanganinya dalam kehidupan mereka sehari-hari, seperti ibu bapa yang menjaga anak mereka yang positif-HIV. Cerita yang menghina orang yang hidup

dengan HIV boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua orang dalam hidup mereka, termasuk anak mereka. Adalah juga penting untuk menyiarkan cerita tentang HIV dan AIDS secara kerap, kerana tulisan sekali-sekala berbentuk sensasi tidak akan mengubah pandangan umum atau dasar yang boleh membawa faedah. Wartawan juga mesti berhati-hati apabila memaparkan kanak-kanak dan golongan muda dalam cerita mereka, kerana ia boleh mempengaruhi tanggapan dan layanan orang ramai terhadap mereka.

Melindungi hak kanak-kanak adalah paling penting dalam semua liputan mengenai HIV dan AIDS. Setiap wartawan mesti memastikan imbangan antara nilai berita dan kepentingan individu dan masyarakat tetapi hak kanakkanak, dan mana-mana individu yang terjejas dengan publisiti, sama sekali tidak boleh diabaikan. Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak KanakKanak bertindak sebagai dokumen panduan dalam soal ini.

Membenarkan Mereka Bersuara


Realitinya, terdapat hanya segelintir kanakkanak positif-HIV yang boleh bercakap di khalayak ramai dan dengan cara yang berasaskan pengetahuan tentang situasi mereka. Tetapi suara golongan muda sekalipun mereka sendiri tidak hidup dengan HIV boleh menjadi alat yang berpengaruh dalam usaha mencegah penyebaran virus. Mereka juga boleh memberikan pandangan yang lebih mendalam dan menarik tentang bagaimana kanak-kanak yang hidup dengan HIV patut dilindungi. Media, yang lazimnya dikendalikan oleh orang dewasa, lebih kerap menumpukan kepada masalah yang ditimbulkan oleh golongan muda, bukan masalah yang dihadapi mereka, dan mengapa.
Antara perkara lain yang perlu diberi pertimbangan apabila menemu bual kanak-kanak: Elakkan mengajar mereka apa yang hendak dikatakan. Galakkan mereka menyatakan apa yang ingin dikatakan mereka. Mendengar memang satu kemahiran penting bagi pemberita, tetapi kemahiran ini menjadi lebih penting apabila melaporkan tentang kanakkanak dan golongan muda. Tanya soalan yang jelas supaya kanak-kanak atau anak muda yang anda temu bual boleh memahami anda. Hormati hak mereka untuk menyatakan TIDAK jika mereka ingin berbuat demikian. Duduk atau berdiri di tahap yang sama dengan mereka. Jangan sesekali lebih tinggi daripada mereka.

14

Mendekati Kanak-Kanak dan Belia


Anak muda tidak suka mendengar khutbah. Mereka lebih mudah memberi respons positif bila isu dijelaskan kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri. Biarkan mereka belajar daripada rakan sebaya mereka yang berjaya mencapai matlamat mereka selepas mengatasi pelbagai rintangan. Mereka juga berkeupayaan penuh untuk memahami kerumitan isu yang diberikan, jika dijelaskan kepada mereka dalam bahasa mereka. Apabila anak muda tahu bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan bantuan dan sokongan, mereka boleh mengubah hidup mereka sendiri untuk kebaikan. Usaha menormalkan HIV, dan melahirkan wira positif-HIV boleh membantu mengatasi diskriminasi. Sebagai contoh, pada bulan September 2002, Sesame Street Afrika Selatan (Takalani Sesame) mencipta boneka positif-HIV yang dinamakan Kami (Tswana bermakna penerimaan) untuk mencabar stigma berkaitan HIV dan AIDS. Jalan ceritanya antara lain menunjukkan bagaimana Kami dipulaukan di sekolah disebabkan statusnya, tetapi dia berjaya menangani diskriminasi kawannya dengan mengajar mereka tentang nilai toleransi.

15

Garis Panduan Etika


Apabila melaporkan tentang kanak-kanak dan golongan muda, sentiasa berpandukan Sumpah Hippocrates dan Jangan Datangkan Keburukan. UNICEF dan organisasi lain telah menetapkan garis panduan etika bagi melaporkan tentang kanak-kanak untuk memastikan hak mereka sentiasa dihormati. Antaranya ialah: Persetujuan Termaklum: Kanak-kanak dan golongan muda mungkin tidak memahami potensi risiko bekerjasama dengan anda untuk sesuatu cerita. Oleh itu, kanak-kanak atau anak muda dan ibu atau bapa, penjaga atau orang dewasa lain yang boleh melindungi kepentingan mereka dengan sebaik mungkin, hendaklah memberi persetujuan termaklum untuk sebarang temu bual, pengambilan gambar dan sebagainya. Kerahsiaan: UNICEF menggesa anda supaya jangan sekali-kali mendedahkan pengenalan mereka yang mengalami penganiayaan atau eksploitasi seks, mereka yang melakukan penderaan fizikal atau seksual, mereka yang dituduh atau disabit melakukan kesalahan jenayah, atau kanak-kanak dan anak muda yang hidup dengan HIV (melainkan mendapat persetujuan termaklum sepenuhnya). Fikirkan risiko yang dihadapi mereka jika identiti mereka didedahkan. Keadilan: Jangan mendiskriminasikan kanak-kanak atau anak muda disebabkan bangsa, agama, jantina, status sosioekonomi, fahaman politik, atau sebab lain.

Apa yang boleh dilakukankan oleh Pemberita untuk Menghapuskan Stigma dan Menghentikan Diskriminasi?
16

Bahasa menjana kepercayaan dan mempengaruhi kelakuan. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sesuai boleh mencorakkan respons yang betul terhadap HIV dan AIDS. Ada kalanya cerita yang baik berkaitan HIV dan AIDS dirosakkan oleh terminologi berkaitan kematian, kemusnahan, dan kegiatan tidak bermoral yang digambarkan oleh perkataan dan frasa seperti kesengsaraan, penyakit pembawa maut, pembunuh, orang yang berdosa, mangsa, tidak bersalah dan pesakit (kecuali dalam konteks perubatan). Begitu juga dengan cerita televisyen yang sering mengaitkan HIV dengan kepunahan harapan, dan laporan berulang kali yang memberikan idea bahawa mangsa berada di ambang maut. Sebaik-baiknya, kekalkan ketepatan tanpa komplikasi keterlaluan: Epidemiologi kompleks atau terminologi perubatan membawa pengertian sains, tetapi pembaca atau penonton mungkin tidak memahami sesetengah terma.

Cerita berkaitan HIV dan AIDS sering dicelarukan oleh penilaian, hukum agama dan masalah moral. Pengguna dadah suntikan, pekerja seks, dan mereka yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan melakukan perbuatan yang berisiko tinggi, tetapi kita tidak boleh menentukan siapa baik atau jahat. Hanya kerana seseorang adalah pengguna dadah suntikan tidak menjadikannya positif-HIV. Perlu diingat bahawa bukan kumpulan seseorang yang menjadikannya terdedah kepada jangkitan HIV, tetapi kelakuan mereka dan situasi sosial atau ekonomi mereka. Untuk membantu pemberita, UNAIDS telah menyediakan senarai terma dan frasa yang lebih sesuai untuk laporan mengenai HIV dan AIDS. Garis panduan ini, yang sedang diterjemahkan ke dalam banyak bahasa lain, dihasilkan pada 2007 untuk kakitangan dan rakan setugas di UNAIDS dan 10 organisasi penaja bersama, termasuk UNICEF. Terminologi yang lebih sesuai ini telah juga diguna pakai oleh rakan kerjasama lain dalam respons global terhadap HIV. Bahasa Pilihan UNAIDS adalah dokumen hidup yang sentiasa disemak semula dan dikemas kini. Sila lihat senarai penuh pada Muka Surat 32. Anda boleh memberikan pendapat dan cadangan kepada terminology@unaids.org Penggunaan terma dan frasa yang betul pada prinsipnya bermakna bahawa orang ramai tidak akan dikelirukan tentang virus dan mereka yang hidup dengan HIV tidak akan dipulaukan dan dihina.

17

Bagaimana Pemberita boleh mengelakkan berita AIDS dan HIV semakin lama menjadi semakin tidak menarik dan menjanakan minat baru?
18

Pemberita adalah salah satu pelindung terbaik kanak-kanak yang hidup dengan HIV atau berisiko mendapat HIV. Menerusi berita, rencana dan dokumentari, pemberita boleh merangsang dan menggalakkan perbincangan terbuka dan terus-terang mengenai topik ini. Pemberita boleh menyediakan saluran untuk mereka yang paling terjejas oleh epidemik untuk menyuarakan kebimbangan dan pandangan mereka, terutama sekali orang yang hidup dengan HIV. Dengan menulis laporan secara bertanggungjawab dan memaparkan gambaran positif dan contoh baik orang yang dijangkiti dan terjejas, pemberita mempunyai peluang yang terbaik untuk menukar tanggapan degil dan melenyapkan diskriminasi yang merosakkan terhadap orang yang hidup dengan HIV.

Pemberita yang rapat dengan pemimpin dan pencetus pendapat juga boleh menggalakkan individu ini supaya mengambil tindakan, dan memastikan pembuat dasar dan pembekal perkhidmatan sentiasa mengikuti perkembangan. Terdapat kekurangan pendidikan seks yang tepat dan kena pada masanya, yang sebaikbaiknya diperkenalkan pada tahun akhir persekolahan rendah, kata Dr Kamarul Azhar Mohd Razali, Pakar Perunding Pediatrik dan Penyakit Berjangkit di Hospital Kuala Lumpur. Tujuannya bukan untuk membesarbesarkan perlakuan seks, tetapi untuk menerangkan kepada kanak-kanak tentang hak dan tanggungjawab seks. Terlalu ramai anak muda Malaysia, termasuk pelajar universiti, percaya bahawa kita hanya boleh mendapat HIV jika kita tergolong dalam kumpulan kasta lebih rendah. Sedangkan virus ini tidak mengenal kasta ia tidak peduli siapa kita.

Cara paling biasa kanak-kanak mendapat jangkitan virus ini ialah menerusi penyebaran menegak. Kelahiran seorang bayi positif-HIV sekalipun bermakna campur tangan sudah terlalu lambat, kata Dr Kamarul, dan kita sudah mempunyai Program Pencegahan Penyebaran Daripada Ibu-kepada-Anak (PMCT). Di bawah program ini, pemeriksaan antenatal dijalankan, dan rawatan diberikan, untuk mengurangkan risiko penyebaran daripada ibu yang diuji positif-HIV. Bagaimanapun, golongan muda lebih berisiko mendapat jangkitan mendatar, daripada virus yang disebarkan menerusi hubungan seks tanpa perlindungan dan tabiat yang membawa risiko akibat salah guna bahan. Inilah yang benar-benar membimbangkan. Kita melihat kes sumbang muhrim dan pendedahan kepada perlakuan seks tanpa perlindungan, yang pada asasnya adalah masalah sosial yang menjelma secara klinikal, kata Dr Kamarul. Langkah pasti dan kreatif untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada epidemik ini dalam agenda berita akan membantu mengelakkan berita AIDS semakin lama menjadi semakin tidak menarik. Tetapi malangnya, cerita kesihatan mesti bersaing dengan cerita jenayah, politik, ekonomi dan bencana yang kesemuanya mempunyai nilai berita yang kukuh. Melainkan cerita penting dan menarik mengenai HIV dan AIDS yang boleh dimuatkan di muka depan, besar kemungkinan ia disiarkan di muka dalam akhbar atau ke udara bukan dalam berita perdana.

19

Untuk mengelakkan ini, pemberita mesti mempengaruhi pengarang mereka supaya menyertai kempen untuk memaklumkan dan mendidik orang ramai. Terdapat banyak cara kreatif untuk menulis cerita HIV dan AIDS. Renungkan idea berikut:
20

Pada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas atau Tahun Baru, tunjukkan bagaimana keluarga yang hidup dengan HIV menyambutnya dan makan bersama kerana tiada risiko penyebaran HIV menerusi perkongsian dan pemberian makanan. Cari sudut baru dalam laporan dan perangkaan saintifik. Beri perhatian rapi kepada seminar atau persidangan yang membentangkan kertas penyelidikan terkini berkaitan penyakit.

Semak dengan teliti risalah berita dan warta kerajaan lazimnya butir-butir paling menarik tersembunyi dalam bahasa birokratik. Teliti strategi kesihatan awam di pelbagai negara seperti ujian wajib, kuarantin, atau penyingkiran orang positif-HIV daripada pekerjaan atau pendidikan. Pengalaman menunjukkan bahawa strategi sedemikian menjejaskan keberkesanan usaha kerajaan atau awam menentang HIV dan AIDS. Malah, strategi kesihatan yang memaksa dan menyusahkan sebenarnya mengurangkan penyertaan dalam program pencegahan, merenggangkan orang ramai daripada

perkhidmatan kesihatan dan sosial, dan meningkatkan pemencilan dan penderitaan. Teliti program seperti Harm Reduction yang terbukti berkesan di beberapa negara. Kenal pasti pakar tempatan yang boleh membantu menjelaskan salah faham dan kepercayaan karut yang dikaitkan dengan HIV dan AIDS. Sebagai contoh, di Timur Timor, terdapat kepercayaan bahawa gigitan ular boleh menyebarkan HIV. Di Afrika Selatan, hubungan seks dengan gadis yang masih dara dipercayai dapat memberi perlindungan daripada virus. Semua ini tidak benar. Bagaimanapun, disebabkan kekurangan maklumat yang tepat mengenai HIV dan AIDS, kepercayaan sedemikian mengakibatkan penderaan seks ke atas budak perempuan dan lelaki di banyak negara. Untuk memperbetulkan fakta mengenai penyakit, bermakna kita perlu belajar bagaimana HIV disebarkan dan bagaimana penyakit merebak. Pemantauan pergerakan epidemik adalah juga satu idea cerita yang menarik. Ini boleh dilakukan dengan memantau cerita di semua benua pada sepanjang masa. Bajet

persekutuan, peruntukan bagi penjagaan kesihatan dan jumlah yang diperuntukkan kepada HIV dan AIDS dalam setahun akan memberi kesan serta-merta dan pada tahun-tahun seterusnya. Menyiasat bagaimana HIV dan AIDS menjejaskan individu setiap hari juga boleh menghasilkan bahan cerita yang menarik. Sebagai contoh, bila seorang wanita menjadi isteri, adakah risiko dia dijangkiti meningkat? Apabila setiap anggota keluarga menghidap AIDS, bagaimana nasib kanak-kanak? Gunakan enjin pencarian seperti Google Alerts untuk mengikuti berita dan cerita mengenai HIV dan AIDS di negara lain. Pengarang anda, pegawai kesihatan dan rakan setugas akan menyedari kepakaran anda dalam bidang ini dan tanpa anda sedari, segala bentuk maklumat mengenai HIV dan AIDS akan berada di atas meja anda! Inovasi teknologi juga membantu mengekalkan kesegaran cerita. Sebagai contoh, sempena Hari AIDS Sedunia 2003, BBC World Service menarik minat dunia menerusi siaran program selama dua minggu, termasuk berita, laporan, dokumentari dan liputan dalam talian seperti bual bicara web dengan tokoh terkenal.

21

Menggalakkan liputan secara profesional


Objektif liputan media secara profesional seharusnya bertujuan untuk mencabar, atau sekurang-kurangnya mengelakkan, kepercayaan karut dan salah faham terhadap orang yang hidup dengan HIV. Matlamat wartawan seharusnya untuk memberi suara dalam media kepada orang yang positif-HIV, dan bukan sama sekali menyiarkan butir-butir yang meletakkan mereka dalam risiko. Perdebatan yang menyokong dan membina hendaklah digalakkan antara profesional media, dengan tumpuan kepada cara untuk melaporkan tentang HIV dan AIDS, dan penggunaan imej orang yang hidup dengan HIV, termasuk kanak-kanak. Pengarang dan pengurus media seharusnya menjelaskan pendirian mereka yang menentang liputan berunsur diskriminasi dan sensasi dengan menetapkan garis panduan pelaporan dan kod etika. Media boleh memainkan peranan penting dalam memecahkan kebisuan yang menyelubungi HIV dan AIDS, dan mencabar diskriminasi yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan. Menerusi laporan yang bertanggungjawab, media boleh mewujudkan persekitaran yang dapat mempertahankan hak kanak-kanak dan melindungi mereka daripada diskriminasi dan stigma berkaitan HIV dan AIDS yang masih menebal dalam kebanyakan masyarakat hari ini.

22

Garis Panduan Terminologi UNAIDS


Ringkasan terminologi pilihan
Jangan gunakan ini -- HIV/AIDS Use this -- Gunakan HIV melainkan secara khusus merujuk kepada AIDS. Contohnya termasuk orang yang hidup dengan HIV, epidemik HIV, penyebaran HIV, pencegahan HIV, ujian HIV, penyakit berkaitan HIV; diagnosis AIDS, kanak-kanak terdedah kepada HIV, kanak-kanak beribu bapa positifHIV, respons AIDS. Epidemik HIV dan epidemik AIDS boleh diterima. Jangan gunakan ini -- Virus AIDS Use this -- Virus yang dikaitkan dengan AIDS dinamakan Human Immunodeficiency Virus, atau HIV. Sila ambil perhatian: tidak perlu gunakan virus HIV. Gunakan HIV. Jangan gunakan ini -- Dijangkiti AIDS Use this -- Gunakan Orang Yang Hidup dengan HIV atau orang positif-HIV. Orang boleh dijangkiti HIV tetapi tiada siapa boleh dijangkiti AIDS kerana AIDS bukan virus. AIDS adalah sindrom jangkitan dan penyakit oportunis yang boleh menjelma pada peringkat akhir keselanjaran penyakit HIV. Jangan gunakan ini -- Ujian AIDS Use this -- Tiada ujian bagi AIDS. Gunakan ujian HIV atau antibodi HIV. Jangan gunakan ini -- Penghidap atau mangsa AIDS Use this -- Perkataan mangsa melemahkan. Gunakan orang yang hidup dengan HIV. Gunakan terma AIDS hanya apabila merujuk kepada seseorang yang secara klinikal disahkan menghidap AIDS. Jangan gunakan ini -- Pesakit AIDS Use this -- Gunakan terma pesakit hanya apabila merujuk kepada seseorang yang dimasukkan ke hospital atau sedang mendapatkan rawatan ataupun dalam konteks perubatan. Lebih sesuai gunakan: orang dengan penyakit berkaitan HIV. Jangan gunakan ini -- Risiko AIDS Use this -- Gunakan risiko jangkitan HIV; risiko pendedahan kepada HIV. Jangan gunakan ini -- Kumpulan berisiko tinggi; kumpulan mudah terdedah Use this -- Golongan masyarakat yang lebih terdedah kepada risiko HIV (epidemik dan juga respons) Jangan gunakan ini -- Pekerjaan seks komersial Use this -- Khidmat seks atau perdagangan seks atau jualan perkhidmatan seks Jangan gunakan ini -- Pelacur Use this -- Gunakan hanya dalam konteks pelacuran juvenil; jika tidak, gunakan pekerja seks. Jangan gunakan ini -- Pengguna dadah suntikan Intravena Use this -- Pengguna dadah suntikan. Dadah boleh disuntik secara subkutaneus, intraotot atau intravena. Jangan gunakan ini -- Perkongsian (jarum, picagari) Use this -- Gunakan peralatan suntikan tidak steril jika merujuk kepada risiko pendedahan; gunakan peralatan suntikan tercemar jika peralatan diketahui mengandungi HIV atau jika penyebaran HIV sudah berlaku. Jangan gunakan ini -- Perjuangan menentang AIDS Use this -- Respons terhadap AIDS Jangan gunakan ini -- Pembawa AIDS/ HIV Use this -- Daripada menumpukan perhatian kepada status penyakit seseorang, adalah penting untuk menekankan bahawa penyakit HIV boleh diuruskan. Gunakan orang hidup dengan HIV atau orang positifHIV.

23

Nota: Penjelasan selanjutnya bagi pelbagai terma yang berkaitan boleh didapati dalam CD yang dilampirkan.

SUMBER

LAMAN WEB
24

United Nations Joint Program on HIV/AIDS (UNAIDS) http://www.unaids.org/en/default.asp Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS http://www.uniteforchildren.org/index.html Kementerian Kesihatan Malaysia (bahagian AIDS/STI) http://www.dph.gov.my/aids/ UNICEF Malaysia Respons terhadap HIV http://www.unicef.org/malaysia/hiv_aids.html Suara Belia HIV dan AIDS http://www.unicef.org/voy/explore/aids/explore_aids.php

PENERBITAN UNAIDS AIDS EPIDEMIC UPDATE Perangkaan dan laporan tahunan global dan serantau dari 2001-sekarang. http://www.unaids.org/en/KnowledgeCentre/HIVData/EpiUpdate/EpiUpdArchive/ UNICEF CHILDREN AND AIDS: SECOND STOCKTAKING REPORT Laporan 2008 mengenai tindakan dan kemajuan sejak gesaan tindakan bersama UNICEF-UNAIDS 2005. www.unicef.org/publications/files/ChildrenAIDS_SecondStocktakingReport.pdf. UNICEF EAST ASIA: CHILDREN AND AIDS CALL TO ACTION Gesaan tindakan asal 2005 mengandungi penilaian situasi, laporan impak dan cadangan pada masa hadapan. http://www.unicef.org/aids/files/EastAsiaFinal.pdf. See http://www.uniteforchildren.org/ knowmore/files/U77HIV_letter.pdf untuk gesaan tindakan global. PANDUAN MEDIA HIV AIDS Panduan media dan laporan penyelidikan mengenai laporan media tentang HIV/AIDS Persekutuan Wartawan Antarabangsa www.ifj.org/pdfs/IFJ%20media%20guide%20FINAL%20low%20res.pdf GETTING THE MESSAGE ACROSS: THE MASS MEDIA AND THE RESPONSE TO AIDS Koleksi UNAIDS mengenai amalan terbaik media massa dikumpulkan pada 2005. data.unaids.org/publications/irc-pub06/jc1094-mediasa-bp_en.pdf THE MEDIA AND HIV/AIDS: MAKING A DIFFERENCE Laporan yang disediakan oleh UNAIDS pada 2004 data.unaids.org/Publications/IRC-pub06/JC1000-Media_en.pdf GLOBAL MEDIA AIDS INITIATIVE: PARTICIPATING MEDIA COMPANIES Senarai keterangan inisiatif yang diambil oleh setiap agensi dalam respons mereka terhadap HIV dan AIDS pada 2004. data.unaids.org/UNA-docs/globalmedia participatingcompanies_15jan04_en.pdf
25

Tarikh tindakan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak lain yang berkenaan


TARIKH 8 Mac HARI TINDAKAN Hari Wanita Antarabangsa IDEA CERITA Bagaimana dan mengapa wanita dan budak perempuan sentiasa lebih dedah kepada HIV daripada lelaki dan budak lelaki? 7 April Hari Kesihatan Sedunia Bagaimana kanak-kanak dan golongan muda terpinggir dalam pembangunan perubatan untuk rawatan AIDS?

26

15 Mei

Hari Keluarga Antarabangsa

Apa yang dihadapi oleh ibu bapa Malaysia yang terpaksa menjaga anak-anak positif-HIV?

Ahad ke-3 Mei

Hari Peringatan AIDS Antarabangsa

Bagaimana kanak-kanak Malaysia yang beribu bapa positif-HIV menangani kehilangan ibu bapa mereka?

26 Jun

Hari Antarabangsa Menentang Salah Guna dan Pengedaran Dadah

Apakah kesan yang boleh dibawakan oleh program pengurangan keburukan ke atas penyebaran HIV? Apakah yang akan diperlihatkan oleh tinjauan kaji selidik di kalangan golongan muda di Malaysia tentang pengetahuan dan sikap mereka terhadap HIV?

12 Ogos

Hari Belia Antarabangsa

8 September 16 Oktober

Hari Celik Huruf Antarabangsa Hari Makanan Sedunia

Apakah kesan HIV ke atas peluang kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan? Bagaimana makanan yang tidak terjamin mempengaruhi pendedahan masyarakat kepada HIV?

17 Oktober 25 Oktober

Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia Bersatu demi Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS

Bagaimana sesetengah masyarakat paling miskin berusaha mencegah penyebaran HIV? Bagaimana golongan muda terlibat dalam membantu mencegah penyebaran HIV?

19 November

Hari Pencegahan Penganiayaan KanakKanak Sedunia

Apakah antara tanggapan karut seksual berkaitan HIV dan AIDS yang mungkin merangsang penganiayaan kanak-kanak? Apakah yang diimpikan oleh kanak-kanak positif-HIV untuk diri mereka sendiri? Di mana mereka melihat diri mereka berada dalam 10 tahun?

20 November

Hari Kanak-Kanak Sejagat

25 November

Pembasmian Keganasan Terhadap Wanita

Bagaimana budak perempuan boleh belajar untuk melindungi diri mereka sendiri daripada eksploitasi seks, termasuk hubungan seks tanpa perlindungan? Apakah yang dapat dicungkil daripada temu bual dengan orang yang berada pada peringkat akhir AIDS tentang perjalanan hidup mereka dan keluarga mereka?

1 Disember

Hari AIDS Sedunia

10 Disember

Hari Hak Asasi Manusia

Apakah pandangan aktivis hak asasi manusia terhadap hubungan antara perlindungan hak asasi manusia dan penyebaran HIV?

Direktori
KERAJAAN
Bahagian AIDS/STI Kementerian Kesihatan Tel: (603) 8883 4527 Faks: (603) 8888 0643 Dr. Christopher Lee Ketua dan Perunding Kanan Unik Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh Tel: (603) 6145 4333 Faks: (603) 6145 4222 Dr. Kamarul Azahar Mohd Razali Pakar Perunding Pediatrik (HIV/AIDS) Jabatan Pediatrik, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur Tel: (603) 2690 6889 Faks: (603) 2694 8187 Kementerian Pelajaran Tel: (603) 8884 2002 Faks: (603) 8888 9917 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tel:(603) 2694 9519 Faks:(603) 2692 4451

PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN


Majlis AIDS Malaysia Tel: (603) 4045 1033 Faks: (603) 4042 6133 E-mEl: info@mac.org.my Rumah WAKE Tel : (603) 2692 6861 Faks : (603) 2692 6877 The Buddies Society of Ipoh Tel/Faks: (605) 549 9106 Positive Living Tel: (603) 4044 4611 Faks: (603) 4044 4622 Prihatin Tel: (609) 765 1596 Faks: (609) 778 7171 Persekutuan Persatuan Perancang Keluarga Malaysia Tel: (603) 5633 7514 / 7516 / 7528 Faks: (603) 5634 6638

AGENSI BANGSA-BANGSA BERSATU


Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Indra Kumari Nadchatram Pegawai Komunikasi, Malaysia Tel: (603) 2095 9157 Faks: (603) 2093 0582 E-mel: inadchatram@unicef.org

27

Penghargaan Media

UNICEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana bantuan mereka yang sangat berharga dalam menghasilkan Terminologi Pilihan UNAIDS dalam versi Bahasa Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi media Malaysia yang menghantar pengarang dan pemberita mereka ke Seminar Bahasa untuk Laporan HIV yang dianjurkan oleh UNICEF pada 1 November 2007 untuk pengarang berita. Seminar itu penting dalam usaha membantu UNICEF merangka dan menterjemahkan Terminologi Pilihan UNAIDS ke dalam bahasa tempatan. Agensi yang turut serta adalah: Berita Harian Bernama Harian Metro Kosmo Majalah Al-Islam Majalah Aniqah Majalah Perempuan Mingguan Wanita New Straits Times Sin Chew Daily Sinar Harian Sunday Star Tamil Nesan The Star Utusan Malaysia

Hubungi
United Nations Childrens Fund
Wisma UN, Block C, 2nd Floor, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: (+603) 2095 9154 Fax: (+603) 2093 0582 Email: kualalumpur@unicef.org URL: www.unicef.org/malaysia

Anda mungkin juga menyukai