Anda di halaman 1dari 9

Soalan 1A

a. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan terhadap salah laku guru A yang didapati tidak hadir berugas, tidak memohon sebarang bentuk cuti dan tidak dapat dikesan walaupun telah cuba dihubungi.

Dapat diperhatikan di sini, tindakan yang telah dilakukan oleh guru A telah dianggap melanggar peraturan tatatertib sebagai seorang penjawat awam. Berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan di dalam perintah am, jika seseorang penjawat awam itu tidak hadir bertugas tanpa cuti dan kebenaran atau tanpa sebab yang musabah selama tujuh hari bekerja dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan perlu memberi surat kepada pegawai tersebut. Surat akan dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu di alamatnya yang terakhir yang diketahui. Surat ini bertujuan bagi mengarahkan Guru A tersebut supaya segera melaporkan diri untuk bertugas. Ketua Jabatan perlu mengemukakan satu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib. Sekiranya surat tersebut tidak dapat diserahkan kerana Guru A tersebut tidak tinggal lagi di alamat terakhir, surat tersebut perlu diserahkan kembali dan Ketua Jabatan perlu melaporkan perkara tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib. Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengeluarkan notis di dalam akhbar. Jika guru A masih belum melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis tersebut, guru tersebut disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai dari tarikh dia tidak hadir bertugas.

b. Huraikan empat jenis hukuman tatatertib yang terdapat dalam peraturan tatatertib penjawat awam. Seseorang pegawai boleh dikenakan hukuman tataertib sekiranya didapati bersalah atau melakukan sebarang kesalahan tatatertib. Antara empat jenis hukuman tatatertib yang telah dikenalpasti ialah : Pertama denda atau lucut hak emolumen. Hukuman seperti ini perlu dilakukan mengikut peraturan. Apa sahaja dendaan yang dikenakan pada masa tertentu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolument bagi tujuh hari pegawai yang berkenaan. Jika seseorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana bulan, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan empat puluh lima peratus daripada emolumen bulanannya. Kedua ialah tangguh pergerakan gaji. Hukuman ini hendaklah dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji yang berikut bagi pegawai tersebut selepas tarikh pengenaan hukuman dibuat. Pegawai tersebut tidak berhak untuk menerima apa sahaja pergerakan gaji semasa dalam tempoh hukuman tersebut sedang berkuat kuasa. Hukuman tatatertib yang ketiga ialah turun gaji. Hukuman turun gaji ini perlu dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan. Jika tiada tarikh tersebut, ikut tarikh hukuman itu dijatuhkan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Tarikh pergerakan gaji hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas hukuman itu tamat. Akhir sekali hukuman keempat ialah turun pangkat. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman ini ke atas pegawai dan hukuman tersebut berbentuk seperti menurunkan gred ke satu gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan. Kedua menentukan gaji pegawai itu menggunakan kaedah mengikut subperaturan. Hukuman turun pangkat tidak digunakan ke atas pegawai lantikan terus dan lantikan kontrak.

Soalan 2A

a. Huraikan beserta contoh, lima nilai kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh seseorang Ketua Jabatan untuk mengelakkan dirinya daripada berlaku tidak adil kepada kakitangannya.

Sebagai seorang pemimpin yang yang secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses

kepimpinan melibatkan dua orang atau lebih. Oleh itu, dapat dihuraikan di sini mengenai nilai kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh seseorang Ketua Jabatan antaranya : Nilai kemasyarakatan. Dapat dijelaskan di sini sebagai seorang pemimpin sikap seperti kesediaan memberi dan menerima pendapat daripada rakan sejawat atau kakitangan boleh diterima. Contohnya, Ketua Jabatan tersebut dapat menerima pandangan atau pendapat daripada kakitangannya sama ada pandangan tersebut benar atau tidak. Ketua Jabatan akan menjadi pendengar yang baik dan dapat menilai pandangan yang telah diutarakan. Ini dapat mewujudkan budaya menghormati antara sesama profesion. Kedua ialah nilai amanah dalam menjalankan tugas. Ini bermakna sebagai seorang Ketua Jabatan mesti boleh dipercayai sama ada dalam menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Sebagai contoh, Ketua Jabatan tidak membuka rahsia kakitangannya kepada rakan sejawat yang lain. Ini merupakan satu sikap yang tidak adil yang perlu dibendung. Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Ketua Jabatan juga perlu adil dalam perlantikan. Maknanya di sini, Ketua Jabatan perlu menilai hanya individu yang layak dan berkebolehan sahaja yang boleh dilantik ke dalam suatu jawatan. Contohnya, Ketua Jabatan tidak memilih seseorang itu untuk menyandang sesuatu tugas disebabkan ada pertalian

saudara tanpa menilai syarat-syarat yang sepatutnya. Pekerja yang memenuhi syarat dan dinilai dari perspektif yang adil sahaja boleh disahkan dalam jawatan. Nilai kepimpinan yang keempat ialah ikhlas dalam perkhidmatan awam. Seorang Ketua Jabatan menjalankan tanggunjawab dengan hati yang ikhlas bukan untuk kepentingan semata-mata. Tidak menunjuk-nunjuk dalam

menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya. Sebagai contoh, seorang Ketua Jabatan melakukan tugas hanya untuk mengampu pegawai atasannya untuk kenaikan pangkat dan ini tidak berlaku adil kepada rakan sejawat dengannya. Akhir sekali, seorang pemimpin yang adil perlu mempunyai nilai seperti berbudi mulia dalam menjalankan tugas. Berbudi mulia merangkumi pelbagai aspek seperti pertuturan, layanan terhadap kakitangan, kelakuan dan sikap. Sebagai contoh, seorang Ketua Jabatan menggunakan bercakap dengan nada yang kasar dan suara yang tinggi terhadap pekerja yang tidak disukainya tetapi bertutur dengan lembut terhadap pekerja yang disukainya. Sebagai seorang pemimpin, perlu bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan justeru memberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun.

b. Merujuk contoh yang relevan, jelaskan lima nilai peribadi yang perlu ada pada seseorang Ketua Jabatan, dan nyatakan kesannya terhadap organisasi yang dipimpinnya.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi tingkah laku kakitangannya di dalam organisasi itu. Kebolehan ini bergantung kepada nilai peribadi yang wujud di dalam diri seorang pemimpin tersebut. Antara nilai peribadi yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah : Berilmu pengetahuan. Seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai nilai peribadi seperti berilmu iaitu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi. Contohnya, seorang Ketua Jabatan mempunyai ilmu dalam bidang agama supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh anggota bawahanya walupun bukan memegang jawatan sebagai ustaz atau ustazah. Kesannya, setiap anggota akan sebntiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran sedia ada. Nilai peribadi yang kedua ialah amanah. Amanah bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas atau menyimpan rahsia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah yang telah diberi kepada Tuhan, Negara, organisasi, masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Sebagai contoh, Ketua Jabatan teidak menyeleweng dalam tugas yang diamanahkan kepada beliau seperti tidak pecah amanah. Sikap seperti ini dapat

mewujudkan satu organisasi yang berjaya kerana amanah yang diberi dapat diikuti oleh setiap anggota. Selain itu, akauntabiliti juga merupakan nilai peribadi seorang pemimpin. Akauntabiliti bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dari konteks pengurusan organisasi dalam perkhidmatan awam.Sebagai contoh, Ketua Jabatan dapat melaksanakan tanggungjawab dan bukan bersikap lepas tangan sahaja. Sikap lepas tangan ini memberi

kesan di dalam pucuk pimpinan organisasi yang dibina. Ketua Jabatan perlu memastikan pencapaian objektif dan matlamat tugas-tugas tersebut begitu juga dengan anggotanya. Nilai peribadi seperti bekerjasama merupakan budaya yang positif dalam melaksanakan tugas bagi mencapai objektif dan sasaran dalam organisasi. Nilai kerjasama lahir daripada diri individu itu sendiri. Setiap anggota tidak mungkin dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan secara bersendirian. Sebagai contoh, Ketua Jabatan ini gemar menyendiri dan segala tugasanya dilakukan sendiri tanpa bekerjasama dengan kakitangan yang lain. Ini akan menimbulkan pelbagai konflik dan kekangan di dalam organisasi seperti pengurusan pentadbiran yang lambat tanpa kerjasama daripada semua pihak. Kesannya, objektif pertubuhan sesuatau organisasi tidak tercapai. Akhir sekali ialah, pemimpin yang berjaya mempunyai nilai oeribadi seperti pengurusan diri yang baik. Ini termasuklah dari segi pengurusan masa dan penampilan diri. Sebagai pemimpin haruslah berusaha ke arah penggunaan masa secara maksimum. Ini dapat dilakukan dengan cara mendisiplinkan diri dan menggunakan catatan penggunaan masa setiap hari. Tepat pada masa merupakan contoh yang terbaik untuk mempengaruhi kakitangan bawahannya. Sebagai contoh, Ketua Jabatan datang ke pejabat tepat pada masanya. Tindakan akan diambil sekiranya terdapat kakitangan yang tidak dapat menikut waktu ke pejabat yang sepatutnya. Ini akan mendorong setiap anggota perkhidmatan awam belajar untuk mengurus masa dengan baik.

Tugasan 2 Soalan 2A

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), huraikan elemen-elemen dalam FPK dan implikasinya terhadap pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalanamalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Bagi memahami FPK dengan lebih dekat, elemen-elemen dalam FPK boleh dirujuki dan memahami implikasinya.Elemen-elemen FPK dapat dinyatakan seperti berikut : Elemen yang pertama ialah pendidikan suatu usaha yang berterusan. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Implikasinya, pendidikan penting untuk membentuk asas sahsiah kanakkanak. Proses pendidikan yang berterusan dapat membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan sejajar dengan zaman globalisasi terkini. Kedua ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu mempunyai bakat, potensi dan kebolehan yang tersendiri. Ketiga-tiga aspek yang telah dianugerahkan ini perlu dicungkil, dipupuk, dipertingkatkan dan diperkembangkan. Pendidikan seharusnya memberi peluang kepada individu untuk memperkembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka. Elemen ketiga ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Maknanya di sini, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya dihubungkait bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan secara menyeluruh ini melibatkan perkembangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Elemen yang seterusnya ialah unsur intelek. Ini bermaksud seseorang individu perlu mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, individu tersebut dapat berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Sanggup berkongsi ilmu dengan masyarakat sekelilingnya. Seterusnya unsur rohani. Individu tertentu akan berasa bersyukur dengan pemberian-Nya. Mempunyai pekerti dan berakhlak mulia mendorong individu untuk mengamal nilai-nilai murni di dalam kehidupan. Terdapat juga elemen seperti unsur emosi. Ini bermakna individu yang mempunyai emosi yang matang dan stabil. Melaluinya, individu tersebut dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang antara satu sama lain di samping mempunyai semangat kekitaan dan perpaduan. Unsur jasmani juga merupakan salah satu elemen di dalam FPK. Di mana kita menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Seseorang individu akan menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk

memanfaatkan masyarakat. Terdapat juga elemen FPK seperti rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Sebagai seorang yang berpendidikan, sifat cintakan ilmu pengetahuan perlu wujud dalam diri. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Kesannya, fikiran yang luas dan terbuka dapat dipupuk. Elemen seterusnya, rakyat Malaysia yang berketerampilan iaitu mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Dapat memupuk pembawaan diri yang baik. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia juga merupakan elemen di dalam FPK. Di mana individu tersebut mempunyai perwatakan diri yang baik. Di samping itu, berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Akhir sekali elemen seperti rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Di mana seseorang individu akan berusaha untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat dan berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan bagi mengekalkan kestabilan politik serta keamanan Negara.

Bahagian A Tugasan Individu


1) Perintah Am Soalan Tugasan : Soalan 1A 2) Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam Soalan Tugasan : Soalan 2A

Anda mungkin juga menyukai