Anda di halaman 1dari 2

BAGAIMANA POKOK GETAH MEMBESAR

Bermula dari sebiji buah getah yang kecil dengan mendapat peluang adanya, air, cahaya matahari dan udara tumbuhlah sebatang pokok getah. Jika bernasib baik akan membesarlah pokok getah tersebut. Dari biji terbentuklah akar yang menusuk kedalam tanah dan tunas yang terus menghala keatas menjadi daun, batang dan dahan. Malanglah nasib biji getah yang tidak mendapat peluang untuk tumbuh. Kumpulan yang tidak berpeluang untuk hidup ini lebih besar peratusannya. Ada yang terus kering dan buruk, ada yang dimakan binatang dan ada juga yang diracun kerana menjadi rumpai dalam kebun getah. Ini bermakna pokok getah bukan sahaja bertanding sesama sendiri tetapi juga dengan binatang ternakan dan binatang liar. Kulat dan parasit tanaman juga sama bertanding dengan pokok getah kita. Dalam kebun getah persekitaran menyediakan kehendak-kehendak pokok getah untuk hidup. Pada masa yang sama juga persekitaran yang sama menyediakan juga kehendak-kehendak yang sama pada tumbuhan lain. Mereka saling bertanding mendapatkan makanan, cahaya matahari dan ruang untuk membesar. Mengikut kajian hanya kurang dari 50 pokok sahaja yang sampai ketahap matang daripada 10,000 biji benih yang gugur dalam satu tahun. Pokok getah matang mengugurkan daunnya setiap tahun. Setelelah meluruhkan daun ia berpucuk kembali, mengeluarkan bunga yang terus menjadi buah. Biji getah dikandung sebanyak 3 biji didalam satu buah yang membentuk pod. Pod yang keras dan pecah apabila cukup matang mengugurkan biji-biji benih yang bertaburan dibawah pokok. Secara semulajadinya untuk menghasilkan zuriat atau biji getah, pokok getah menggunakan daundaun baru yang lebih berdaya melaksanakan tugas fotosintisis. Dari proses fotosintisis yang cekap inilah pokok mendapat tenaga sepenuhnya bagi mengeluarkan bunga yang seterusnya menjadi buah. Selain dari kecekapan membuat makanan, daun baru yang mengantikan daundaun lama yang telah gugur lebih banyak melepaskan oksigen. Banyaknya oksigen yang dilepaskan juga menjamin zuriat pokok getah ini agar mendapat keperluan terbaik dari induknya. Pokok mengeluarkan oksigen dari pengambilan karbon dioksida untuk memproses starch dan gula dan membebaskan oksigen sebagai hasil sampingan. Pada peringkat awal pertumbuhan biji getah, makanannya telah tersedia didalam bijinya sendiri . Hasil dari tenaga yang ada dalam biji getah inilah terbentuknya akar yang terus masuk kedalam tanah dan tunas yang menjulur keatas. . Biji getah mengandungi embrio yang dormen. Dengan mendapat air, suhu dan cahaya matahari yang sesuai ia akan tumbuh. Akar dan tunas dari biji benih terus membesar sehinggalah boleh menyerap air dan zat permakanan . Semua pokok memproses makanan lebih dari keperluannya untuk tumbesaran. Makanan yang berlebihan disimpan didalam sel-sel pokok dan digunakan semasa musim gugur. Memang patut sangat kita membaja pada masa yang tepat agar makanan yang diperlukan pada

musim luruh daun cukup. Bukan setakat cukup untuk tempuh luruhan daun sahaja tetapi juga makanan yang cukup perlu untuk tempoh seterusnya iaitu pembentukan bunga dan buah. Pokok getah meninggi melalui dahan, menjalar kebawah melalui akar dan membesar kesisi melalui batang. Akar berperanan sebagai sauh dan batang menjadi penyokong kepada dahandahan . Pokok terus membesar hasil dari makanan yang dibuatnya sendiri. Ia menambah lapisan-lapisan kayu didalam batang setiap tahun. Jika dibuat keratin rentas pada kayu getah ini akan jelas kelihatan lapisan-lapisan kayu yang terbentuk. Lapisan atau layer yang terbentuk tersebut tidaklah sama ketebalannya. Ada lapisan tebal dan ada lapisan yang nipis. Lapisan yang nipis menunjukan pada tahun berkenaan pokok getah tidak mendapat pertumbuhan yang baik. Kurangan pertumbuhan yang baik ini mempunyai banyak kemungkinan seperti terendam air, tidak mendapat baja, dirosakan oleh binatang, kemarau dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai