Anda di halaman 1dari 5

HBET2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN KONSEP ASAS PSIKOLOGI 1. Definisi Berasal dari tamadun greek.

Dari perkataan psyche iaitu jiwa Dan logos iaitu kajian mengenai sesuatu.

Kamus Dewan : Kajian mengenai proses mental dan pemikiran, berhubung tingkahlaku manusia dan haiwan, pola pemikiran, perlakuan seseorang dan kebijaksanaan manusia. 2. Sejarah : 2.1 Aliran Interaksionisme ( jasad & roh ) Rene Descartes ( 1595-1650 ) o manusia terdiri dari gabungan pemikiran dan badan atau jasad dan roh. 2.2 Aliran Empirisme ( jiwa manusia kosong ) John Locke (1632-1704) konsep tabula rasa iaitu jiwa manusia kosong semasa dilahirkan. 2.3 Aliran Strukturalisme Wilhelm Wundt ( bapa psikologi ) Kajian mengenai pengalaman sedar. 3 kompenannya ialah : sensasi meliputi penglihatan, bunyi, bau,rasa Imej - pengalaman tidak wujud e.r ingatan, peristiwa Afektif - reaksi emosi e.g cinta, kasih sayang, bahagia, Cemburu. 2.4 Aliran Functionalisme Willian James ( ahli psikologi Amerika pertama ) Menekan pengalaman sedar dan tingkah laku. Manusia mengguna minda untuk berfikir dan menghasilkan tingkahlaku.

2.5 Aliran Behaviourisme (tingkah laku ) J.B Watson ( 1878-1958 ) - mengatakan psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkahlaku manusia yang nyata. - Dikenali juga sebagai Aliran associationism. - mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa. - kajian tingkahlaku manusia dan menolak kerohanian. - tujuan psikologi untuk menghurai, menerang, meramal, dan kawal tingkahlaku. 2.6 Aliran Tingkahlaku Gestalt - manusia mempersepsi dunia secara keseluruhan. 2.7 Aliran Humanistik Abraham Maslow ( 1908-1970 ) - menekankan cara pemikiran, pengamatan, serta interpretasi individu tentang sesuatu peristiwa. - bertanggungjawab terhadap tindakannya. - individu mempunyai keperluan untuk mengembang potensi. - konsep pemunuhan kendiri. 2.8 Aliran Kognitif ( pemikiran ) - mengkaji pemikiran manusia, persepsi, penanggapan, kognisi, metakognisi, kemiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi. 2.9 Aliran Konstruktivisme ( fahaman binaan ) - bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari. - untuk kaedah mengajar matematik dan sains.

3. PENDEKATAN 3.1 Pendekatan Behaviorisme ( tingkahlaku ) J.B Watson - memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh dilihat secara nyata dan tidak nyata. - tingkahlaku seseorang dipengaruhi oleh persekitaran dan bukan unsur dalaman. Ivan Pavlov - Konsep Pelaziman Klasik kajian atas anjing - perkaitan antara ransangan dengan gerakbalas air liur. E.L Thorndike - Teori Pelaziman Cuba Jaya - berkaitan ganjaran & denda 3.2 Pendekatan Psikoanalitik Sigmund Freud - tingkahlaku dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar. - tingkahlaku berdasarkan konflik dalaman,dorongan dan kemahuan serta motif tidak sedar. - 3 struktur psikik : Id sumber dorongan dan nafsu yang primitif dan diwarisi, mementing diri sendiri serta tidak ada pengaruh dunia luar. Ego cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar mengikut kehendak persekitaran - berpandu kepada prinsip realiti. Superego sumber asal suara hati. - boleh membeza yang baik dan buruk. - memegang peranan penting dalam hal consience - id dan superego yang kuat menguasai ego menjadi konflik dalaman. 3.3 Pendekatan Kognitivisme - pemerhatian kepada pemikiran manusia seperti persepsi, penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi.

3.4 Pendekatan Humanistik Abraham Maslow ( 1970 ) - manusia adalah individu yang bebas dan baik untuk berkembang dengan sasaran untuk dicapai. - bertindak kerana kemahuan dan keperluan. -manusia tidak pernah berpuas hati. Roger ( 1956) - Manusia sentiasa cuba memahami diri, mempengaruhi, mengawal perlakuan diri. - manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk kesempurnaan. 3.5 Pendekatan Biologi - peranan sistem saraf bertanggungjawab mengawal pemikiran dan pergerakan manusia. - dikenali sebagai pendekatan Biomedik or Model Penyakit 4. PSIKOLOGI PENDIDIKAN DEFINISI : Psikologi : Kajian mengenai tingkahlaku dan pemikiran individu serta kumpulan individu secara sistematik. Pendidikan : Proses mengembangkan kemahiran dan potensi individu dalam bidang tertentu. Bank & Thomson 1995 : Psikologi - ilmu yang mengkaji tingkahlaku manusia. Pendidikan profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Borich dan Tombari 1997 : Psikologi Pendidikan disiplin yang memfokus kajiannya kepada pengetahuan teoritekal dan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran. TAFSIRAN : Psikologi Pendidikan kajian mengenai tingkahlaku manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Tugas Ahli Psikologi Pendidikan: Mengaplikasi prinsip psikologi kepada pendidikan sepanjang kerjaya, mengkaji pelajar, proses belajar dan strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran. Tugas Psikologi Pendidikan : Untuk memahami tingkahlaku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan meramalkan tingkahlaku gantian untuk mengawal tingkahlaku tersebut. Abd.Majid Mohd.Isa & Rahil Mahyudin, 1997 Matlamat psikologi ada 4 bidang iaitu : 1. Memerihal 2. Menerangkan 3. Mengawal 4. Meramal

5. KEPENTINGAN PP KEPADA GURU 1. boleh memahami tingkahlaku pelajar dan membantu mereka memahami diri sendiri. - dapat merancang objektif dan matlamat pembelajaran. 2. dapat meramal tingkahlaku yang digemari pelajar. - merancang peneguhan untuk mengawal mereka. 3. kajian tentang perkembangan dan pertumbuhan manusia. - guru tahu tahap pelajarnya. 4. boleh cipta soal selidik berkaitan pelajar. - guru dapat menyediakan program yang sesuai. 5. menjalankan penyelidikan berkaitan isu pendidikan. - dapat membantu masalah pelajar. 6. membantu guru memahami persenoliti dan konsep kendiri pelajar.

Anda mungkin juga menyukai