Anda di halaman 1dari 11

erakaunanjuga merupakan bidangkerjayayang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi.

Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi. Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta anggaran belanjawan, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan. Persoalan Berkaitan Pengajian Perakaunan Saya selalu menerima soalan berkaitan kerjaya akauntan ini, antara soalan yang ditanya ialah: Apakah tugas sebagai akauntan?, Apa lagi kerja yang boleh dimohon oleh lulusan perakaunan?, Apakah kriteria untuk menjadi seorang akauntan?, Apakah kelulusan untuk memohon akauntan? Lepas belajar kerja dimana?, Apakah syarat kemasukan ke pengajian perakaunan?, Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?. Untuk itu, saya ada sediakan sedikit informasi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan. Kerjaya Sebagai akauntan Untuk menjadi seorang akauntan semestinya mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan Pegawai . Tugas Akauntan Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain, Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan, Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain,
P

Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan; Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian, Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi. Kelayakan Am Pengajian SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan. Selepas SPM perlu sambung ke diploma perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf. Pekerjaan yang setaraf yang juga boleh dimohon Graduan perakaunan ini juga boleh memohon jawatan lain seperti juruaudit, akauntan kos, bendahari, akauntan cukai, setiausaha syarikat, setiausaha industri atau peribadi, kerani akaun, penolong akauntan serta juru runding. Prospek Kerja Kebiasaanya lulusan ini berpeluang ke institusi kerajaan atau swasta. Bagi di sektor awam, jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanaun dan penguasa tempatan boleh diisi. Manakala di sektor swasta pekerjaan di badan-badan industri, bank, firma perakaunan serta syarikat insuran boleh diisi. Kerjaya Sebagai Penolong Akauntan Untuk kerjaya penolong akauntan, ia mempunyai skop tugas yang sama dengan Pegawai Akauntan. Cuma perbezaan adalah kerjakerja pembantu untuk tugas-tugas Pegawai akauntan. Dari segi kelulusan pula berbeza dengan penolong akauntan ini perlu mempunyai diploma. Diploma yang berkaitan seperti Diploma Pengajian Bank, Diploma Perakaunan, pengajian perdagangan atau setaraf. Syarat am pengajian

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain. ( Tidak tetap ) Kerjaya kerani Akaun Secara umum tugas kerani akaun lebih kepada tugas menyedia kira-kira untuk dilapor kepada penolong akauntan atau Pegawai akauntan. Antara tugas kerani akaun ialah : Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira Membuat pengiraan yang sewajarnya Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad Mengira kos pengeluaran dan pengendalian Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun. Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek. Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar. Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan. Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan. Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Menyelia pekerja lain. Diharapkan informasi diberi berkaitan bidang perakaunan ini mampu membantu dalam pemilihan kerjaya serta hala tuju pendidikan. Sebarang pilihan haruslah disusuli dengan usaha yang gigih untuk memastikan segala impian menjadi kenyataan.

Sumber :Kerjaya, Pengajian Bidang Perakaunan

Akauntan Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian. Keterangan Tugas Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain; Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain; Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai; Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko; Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos; Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan; Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian; Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan; Menyelia pekerja lain. Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Akauntan Juruaudit Akauntan, Kos Akauntan, Cukai Bendahari Setiausaha Syarikat Juru Perunding Penolong Akauntan Kerani Akaun Ciri-Ciri Peribadi Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan. Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat. Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)

Association of Certified Accountants (U.K) Institute of Cost and Management Accountants (U.K) The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA) The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA) The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA) Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA) Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan) Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan. Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya:1. Universiti Malaya 2. Universiti Teknologi Malaysia 3. Universiti Teknologi MARA 4. Universiti Sains Malaysia 5. Universiti Putra Malaysia 6. Universiti Malaysia Sarawak 7. Universiti Malaysia Sabah 8. Universiti Islam Antarabangsa 9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn 10. Kolej Tunku Abdul Rahman Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut 1. Universiti Tenaga Nasional 2. Adorna Institute Of Technology 3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn. Bhd. 4. Institut Teknologi Pertama 5. Inti College

6. Kolej IKRAM 7. L&G Twintech Institute Of Technology 8. Sepang Institute Of Technology Syarat Kemasukan SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan. Penolong Akauntan Keterangan Tugas Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa yang bimbingan akauntan. Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain. Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu. Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer yang standard. Memberi bantuan dalam penyediaan unjuran aliran tunai dan belanjawan. Menyediakan hasil perakaunan dan hasil lain bagi penyampaian dalam bentuk graf atau jadual. Menggunakan pengetahuan mengenai prinsip perakaunan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Menyelia pekerja-pekerja lain. Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Di antaranya: Penolong Akauntan Ciri-Ciri Peribadi Sama seperti Akauntan

Kelulusan Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank, Pengajian Perakaunan atau kelayakan yang setaraf Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom. Prospek Kerjaya Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan Di Sektor Swasta Pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan. Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:Universiti Teknologi MARA Politeknik Dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia Kolej Tunku Abdul Rahman. Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut: Adorna Institute Of Technology Institut Sarjana Sepang Institut Of Technology Systematic Education Group Bhd Syarat-Syarat Kemasukan SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain. Kerani Akaun Keterangan Tugas Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita Membuat pengiraan yang sewajarnya

Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad Mengira kos pengeluaran dan pengendalian Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun. Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek. Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar. Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan. Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan. Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Menyelia pekerja lain. Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Diantaranya:Penyimpan Kira-Kira Kerani ,Akaun Kerani ,Bank Kerani, Audit Kerani, Kredit Kerani, Gaji Kerani Kos Kerani, Bil Ciri-Ciri Peribadi Menyesuaikan diri dengan mudah

Bersungguh-sungguh dan teliti Suka mempertahankan diri Cekap Petah Sopan Praktikal Tekun Tenang Tidak berkhayal Kelulusan SPM atau setaraf, kepujian Bahasa Malaysia dan Matematik sumber: Laman Kementrian Sumber Manusia Malaysia