Anda di halaman 1dari 26

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


1.0 Pengenalan

Pendidikan sekolah rendah merupakan pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran membaca, menulis dan mengira(3M) sangat penting dalam kehidupan harian setiap murid. Murid-murid perlu menguasai kemahiran 3M ini pada peringkat awal persekolahan tujuannya adalah untuk membantu murid berkomunikasi dengan murid dan menimba ilmu pengetahuan. Pendidikan Pemulihan perlu dilaksanakan untuk membantu murid dalam menyelesai masalah lebih awal supaya tidak akan menjadi kronik dan berterusan sehingga ke tahap kritikal atau keperingkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan dari segi minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar bagi seseorang murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat untuk menguasai sesuatu kemahiran berbanding dengan rakan-rakan lain. Jika, murid yang lemah gagal untuk mendapat pendidikan pemulihan, mereka akan gagal memperoleh pendidikan yang diperlukan dan potensi mereka akan menjadi semakin berkurang. Oleh itu, melalui pendidikan pemulihan ini, keperluan-keperluan murid berpretasi rendah dapat dikenal pasti dan diatasi. Program pemulihan merupakan suatu usaha yang besar untuk memperbaiki sesuatu yang kurang dan membetulkan sesuatu yang tidak betul. Program pemulihan bertujun untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi permasalahan dalam pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas dalam membaca, menulis dan arutmetik. Program pemulihan ini bertujuan untuk memberi aktiviti arutmetik kepada murid-murid yang lemah dalam mengatasi masalah masalah asas mereka. Bagi murid murid yang tidak dapat menjawab soalan yang asas yang diberikan oleh guru. Guru akan melaksanakan kelas pemulihan untuk membantu murid-murid yang lemah ini supaya dapat menguasai atau mencapai piawaian kefahaman matematik tertentu yang diperlukan

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


Pendidikan pemulihan adalah berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Program ini merupakan satu tindakan khusus untuk membantu mengatasi keperluan penddikan murid yang mengalami permasalahan dalam pembelajaran di dalam kelas khas di sekolah biasa, di kelas khusus yang dihadiri oleh pelajar pada waktu tertentu, dalam kumpulan yang diasingkan daripada kelas biasa atau dalam kelas untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.Guru yang mengajar subjek pemulihan adalah guru terlatih khas untuk mengajar pemulihan. Kelas pemulihan merupakan kelas yang lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas untuk menepati kehendak murid- murid yang lemah dan tujuannya adalah membantu mereka mengikuti pembelajaran dalam kelas yang biasa. Pendidikan pemulihan juga bertujuan untuk membantu murid yang lemah membetulkan sesuatu kekurangan dan berusaha untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


2.0 Konsep Dan Objektif Program Pemulihan Di dalam sesebuah kelas, terdapat murid yang berbeza pencapaian sama ada daripada segi minat atau keupayaan. Guru seharusnya menjalankan pengajaran dan

pembelajaran yang berbeza mengikuti pencapaian murid. Dalam konteks sekolah rendah, program pemulihan sangat penting dan merupakan tindakan yang perlu dijalankan untuk membantu murid- murid yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran asas, contohnya: kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira. Aktiviti pemulihan dan pengayaan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru haruslah menyediakan pemulihan dan pengayaan semasa aktiviti kumpulan. Bagi murid yang berbakat atau murid yang pandai, guru haruslah memberi aktiviti pengayaan kepada mereka. Untuk murid yang lemah, guru seharusya memberi aktiviti pemulihan untuk membantu mereka. Bagi murid-murid yang lemah, guru perlu menyediakan satu kurikulum untuk membantu murid memahami dengan lebih mendalam mengenai konsep-konsep matematik. Selain itu, guru-guru haruslah rajin menyediakan soalan-soalan yang bermakna dan alat bantu mengajar yang menarik untuk menarik perhatian murid dan memberi peluang kepada murid untuk terlibat dengan setiap aktiviti yang dijalankan secara aktif. Guru haruslah berkomunikasi dengan murid secara berkesan, mengamalkan hubungan baik dengan murid supaya murid lebih berminat untuk belajar dalam matematik. Melalui hubungan baik dengan murid, murid dapat menguasai konsep-konsep matematik itu dengan penuh berminat dan penuh bermakna. Mereka selalunya memerlukan soalan yang dapat membina kefahaman mareka. Pengetahuan yang sedia ada murid mestilah berhubung dan mesti bermanfaat kepada murid untuk mengusai konsep matematik. Kegunaan manipulasi matematik membolehkan murid lemah untuk memahami manifestasi konkrit, fizikal dan praktikal dalam konsep matematik yang diajar. Ia juga bermanfaat kerana kurikulum yang lebih berstruktur dapat membantu murid untuk mencari penyelesaian dengan menyediakan kaedah-kaedah yang khusus. Bagi murid murid yang lemah mereka sering memerlukan lebih banyak pengulangan dan penilaian yang konsisten serta kurikulum yang bersepadu

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


untuk menunjukkan perhubungan diantara konsep-konsep pembelajaran. Melalui bahan yang kreatif atau alat bantu mengajar yang menarik, guru perlu bermula dengan perwakilan yang mudah, dan konsep yang berulang-ulang, murid-murid yang lemah akan mendapat faedah daripada kurikulum pemulihan dan seterusnya mencapai jangkaan yang sesuai dengan potensi mereka. Konsep matematik merupakan satu bahasa yang sangat penting dan satu bahasa yang sangat istimewa dalam kehidupan harian seseorang dan perlu dipelajari oleh setiap orang. Cara dan teknik matematik perlu dikuasai oleh diri sendiri jika kita hendak mendalami bidang tersebut. Konsep matematik merupakan satu cara untuk membimbing murid untuk menggunakan minda mereka untuk berfikir, menjalankan kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan menggunakan bahasa tersendiri, Konsep matematik juga merupakan satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Konsep pendidikan pemulihan matematik pula merupakan satu kajian tindakan yang perlu diambil oleh seseorang murid untuk mengatasi masalah pembelajaran mereka yang lemah di sekolah rendah. Pendidikan pemulihan ini lebih menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti: nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Proses kognitif dan pengetahuan murid berkembang sejak murid memulakan persekolahan. Cara untuk memperkukuhkan pengetahuan tentang matematik ialah guru perlu memperkenalkan kaedah dan strategi yang baik untuk menarik minat murid. Proses untuk membantu seseorang murid untuk memahami sesuatu konsep perlu menggunakan masa yang agak lama atau panjang. Murid-murid perlu mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep. Tujuan program pemulihan matematik adalah untuk menolong atau membantu murid murid yang lambat untuk menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas. Selain itu, juga dapat melatih murid-murid untuk menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka dan dapat membantu mereka untuk membina keyakinan diri.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


Sebagai contohnya, apabila seseorang murid itu selepas berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dan telah memahami tentang apa yang disampaikan oleh guru, mereka akan berasa yakin dan berkebolehan untuk mempelajari matematik. Program pemulihan ini, juga dapat membantu murid untuk membetulkan sesuatu konsep dan sesuatu kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh mereka. Selain itu, dapat memberi peluang kepada murid-murid yang lembab untuk mempelajari sesuatu kemahiran matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan tujuannya untuk mengelakkan mereka terus tercicir dan seterusnya juga dapat memupuk minat mereka untuk terus berusaha untuk mempelajari mata pelajaran matematik.

2.1

Objektif Aktiviti Pemulihan

Pemulihan. Sumber:http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/pemulihan.khas

Tujuan aktiviti pemulihan dijalankan adalah untuk membantu sesetengah murid yang lemah dan tidak dapat memahami konsep ataupun kemahiran matematik tertentu yang telah diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Melalui aktiviti pemulihan ini, dapat membantu murid lebih menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Selain itu, guru dapat

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


membimbing murid-murid ini menggunakan kemahiran matematik yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah, di samping itu juga dapat membina keyakinan dan minat di dalam diri mereka. Selain itu, guru juga boleh membantu murid membetulkan konsep dan kemahiran matematik mereka yang disalahfahami semasa pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Melalui aktiviti pemulihan ini, dapat membimbing murid supaya mereka mampu mempelajari matematik mengikut langkah mereka sendiri dan mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka. Pendidikan Pemulihan mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan. Melalui pendidikan ini, guru memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti mahupun dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.. Selain itu, murid juga dapat meneruskan pembelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa, seterusnya dapat mengurangkan masalah keciciran.

3.0 3.0.1

Kaedah-kaedah Pengajaran Matematik Kaedah Pembelajaran Koperatif Melalui kaedah pembelajaran ini guru perlu memberi ganjaran kepada murid

dalam pelaksanaan kaedah ini. Murid dikehendaki menunjukkan kefahaman masingmasing dan memainkan peranan secara bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokohtokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD(Students Teams-Achievement Division), Belajar Bersama ( Learning together), Permainan Nama Nombor(Numbered Heads), dan Meja Bulat( Round Table). Pengajaran rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Melalui pengajaran ini, pembahagian tugas diberikan atau diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran yang disediakan dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan untuk mempelajari satu

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


topik kecil. Selepas menguasai satu topik kecil, murid cerdas akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan dapat menguasai topik tersebut. Seterusnya satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi.

3.0.2

Kaedah Pembelajaran Mastery Kaedah Pembelajaran Mastery merupakan satu pendekatan dan pembelajaran bagi

memastikan pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh seseorang guru dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalam kaeadah ini, hasil pembelajaran perlu ditentukan terlebih dahulu dan perlu mengikut hirearki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan pelulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.

3.0.3

Kaedah Konstruktivisme Bruner(1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di

mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan . Hasil daripada pendekatan ini, belaiu telah memperkenalkan pembelajaran penemuan( Discovery Learning). Briner(1999) berpendapat bahawa murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


Brooks & Brooks(1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensistesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka bentuk atau mereka akan menyelesaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan baik. Menurut Mc Brien dan Brandt(1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

4.0 Biodata Murid

Loo Chi Yin

Lim Le Hang

Murid yang saya pilih ialah Loo Chi Yin dan Lim Le Hang. Mereka adalah pelajar dari Tahun Empat. Loo Chi Yin ialah seorang pelajar perempuan. Dia beragama Buddha. Tarikh lahir dia ialah 13.10.2002. Dia merupakan anak ketiga. Hobinya ialah mengumpul setem. Dia tinggal di 107 Taman Kenangan, 09410 Padang Serai, Kedah. Bapa Chi Yin merupakan seorang penoreh. Gaji sebulan sebanyak RM 800.00. Ibu Chi Yin merupakan seorang suri rumah tangga. Ibu bapa Chi Yin beragama Buddha.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION

Lim Le Hang ialah seorang pelajar lelaki. Dia beragama Buddha. Tarikh lahir dia ialah 27.07.2002. Dia merupakan anak sulung. Hobinya ialah bermain bola sepak. Dia tinggal di 3 Kampung Siam, 09400 Padang Serai, Kedah. Bapa Le Hang merupakan seorang buruh. Gaji sebulan sebanyak RM 600.00. Ibu Le Hang merupakan seorang suri rumah tangga. Bapa Le Hang beragama Buddha manakala ibunya beragama Siam.

Loo Chi Yin dan Lim Le Hang merupakan murid yang tidak menghadapi sosial yang serius. Mereka berdua merupakan murid yang periang. Mereka sering menghabiskan masa bersama sama rakan-rakannya sahaja. Sikap mereka seperti kanakkanak yang lain. Mereka sangat aktif dan seringkali mengutarakan pertanyaan kepada guru. Mereka sering dimarahi oleh guru semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran kerana mereka kurang menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan oleh seseorang pelajar. Tingkah laku merupakan tindakan yang diperhatikan, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan secara terus atau tidak, secara sedar atau tidak sedar. Menurut Lewis M.Beaker(2001), sebarang perbuatan yang dilakukan samaada secara terus atau tidak, secara sedar atau separuh sedar. Chi Yin dan Le Hang merupakan murid yang tidak mengalami sebarang masalah emosi, tetapi mereka berdua sangat berdikari dan suka membuat sesuatu yang tidak memerlukan bantuan dari orang lain. Selain itu, mereka juga suka mencuba sesuatu yang terbaru tanpa memerlukan bantuan dari orang lain. Sikap yang paling saya sukai ialah mereka suka menolong orang lain, mereka sering bertolak ansur dan mementingkan perasaan orang lain. Chi Yin dan Le Hang tidak menghadapi sebarang masalah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka suka bertanya kepada guru semasa terdapat sesuatu yang tidak difahami atau tidak diketahui serta sesuatu yang terbaru. Mereka berpotensi untuk terus maju lagi dan boleh belajar secara normal jika mereka lebih rajin dan lebih berusaha lagi. Jika sikap mereka yang optimis ini memungkinkan mereka akan lebih berjaya atau lebih maju lagi pada masa yang akan datang. Guru haruslah rajin menyediakan alat bantu mengajar yang lebih menarik supaya dapat membantu mereka supaya lebih bermotovasi untuk terus belajar. Strategi dan

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


kaedah mengajar perlulah dipelbagaikan atau diubah dari semasa ke semasa supaya dapat membatu mereka menjalankan aktiviti belajar sambil bermain. Melalui aktiviti ini, dapat meningkatkan kognitif mereka.

5.0 Ujian Diagnostik Ujian diagnostik memainkan peranan penting dalam membantu guru

melaksanakan Program Pemulihan Khas. Ia merupakan satu alat pengukuran yang membantu guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid yang gagal menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran matematik. Tujuan Ujian diagnostik bertujuan untuk membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca atau sebab kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan murid-murid tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan alat bantu mengajar yang bersesuaian atau menarik hati mereka mengikut tahap murid.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION

Ujian Diagnostik Loo Chi Yin

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION

Ujian Diagnostik Lim Le Hang

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


6.0 Laporan Tentang Ujian Diagnostik Saya telah mengadakan Ujian Diagnostik untuk pelajar saya. Melalui Ujian Diagnostik ini, saya telah mengetahui tahap pencapaian dua orang pelajar saya. Melalui Ujian Diasgnostik ini, saya telah mengetahui punca dan sebab mereka gagal menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran matematik ini. Dengan adanya Ujian Diagnostik ini, dapat membantu saya untuk merancang satu program pengajaran yang khusus pada mereka dengan lebih tepat dan lebih bersistematik. Ujian diagnostik bertujuan membantu saya untuk merancang dan membina program dan alat bantu mengajar yang bersesuaian atau menarik hati mereka mengikut tahap murid saya. Melalui Ujian Diagnostik ini, Chi Yin dan Le Hang tidak dapat menguasai operasi tambah dalam linkungan sepuluh. Apabila saya mengedarkan kertas ujian, semasa mereka melihat soalan, mereka berasa soalannya susah. Sebelum Ujian Diagnostik dijalankan, saya dapat melihat mereka mengamalkan sikap tidak ingin mencuba dan mereka memang manghadapi masalah pembelajaran.

7.0 Faktor yang Memberi Kesan Pembelajaran Di Kalangan Murid Saya Keluarga mereka berdua miskin, Chi Yin tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa atau konduktif. Malahan Chi Yin terpaksa bekerja sambil belajar untuk mencari rezeki. Ini yang menyebabkan Chi Yin tidak ada masa yang mencukupi untuk belajar atau mengulangkaji mata pelajaran yang telah diajar oleh guru di rumah dengan baik. Manakala Le Hang juga kurang mendapat perhatian daripada kedua orang ibu bapa kerana ibu bapa Le Hang terpaksa bekerja sehingga larut malam. Ibu bapa tiada masa yang mencukupi untuk menjaga Le Hang atau membimbing Le Hang. Selepas balik dari sekolah, Le Hang suka bersama anak-anak jiran pergi ke sungai untuk berenang atau menangkap ikan. Le Hang juga sering tidak menghantar kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Dia juga kurang mendapat motivasi atau galakkan daripada kedua orang ibu bapa mereka dan ibu bapa mereka juga tidak mengambil perhatian tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru terhadap anaknya. Ini merupakan salah satu masalah yang menyebabkan prestasi mereka terjejas. Tidak mendapat galakkan daripada kedua orang ibu bapa juga merupakan salah satu faktor peribadi yang sering wujud di kalangan

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


mereka. Selain itu, pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang menghadapi masalah yang serupa juga merukan salah satu faktor.

7.1.1 Faktor pembelajaran Terdapat sesetengah faktor pembelajaran yang boleh menyebabkan murid tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan, contohnya: bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru tidak menarik perhatian daripada murid, strategi pengajaran yang dsediakan oleh guru tidak sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum yang disediakan oleh guru tidak sesuai dengan perkembangan kognitif murid-murid tersebut juga merupakan satu faktor yang penting. Sekiranya faktor yang disediakan oleh guru tidak dapat diperbetulkan akan menyebabkan murid kehilangan minat untuk terus belajar. Mereka akan mula ponteng dan kemudian akan mengalami keciciran. Bagi Chi Yin dan Le Hang berdua ini, mereka suka melihat guru yang menyediakan alat bantu mengajar yang menarik hati mereka. Selain itu, mereka suka mencuba sesuatu yang terbaru dan ingin untuk bertanya soalan apabila melihat sesuatu yang terbaru atau sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mereka. Mereka berdua juga suka untuk menjalankan aktiviti sambil belajar. Melalui aktiviti sambil belajar ini, mereka suka mengambil bahagian dan lebih mudah untuk menguasai apa yang hendak disampaikan oleh guru mereka.

7.1.2 Faktor IQ Faktor IQ sangat rapat dengan aktiviti otak. Terdapat juga banyak contoh tentang murid yang agak lambat untuk memberi pendapat, lambat membaca, dan cepat rupa tentang apa yang disampaikan oleh guru atau apa yang diajar oleh guru. Masalah-masalah ini boleh berlaku mungkin disebabkan olek keturunan, kelahiran abnormal, kerosakan pada otak mahupun malnutirisi.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


Bagi Chi Yin dan Le Hang berdua ini, faktor IQ mereka agak lambat dan mereka akan cepat rupa tentang apa yang disampaikan oleh guru mereka. Guru mereka terpaksa mengulangi beberapa kali bagi soalan yang sama apabila hendak menanya mereka soalan. Masalah yang berlaku pada mereka berdua ini mungkin daripada keturunan.

7.1.3 Faktor Mental Masalah pembelajaran murid dapat diperhatikan melalui tanda- tanda ini. Contohnya: jangka masa memberi penumpuan atau perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat. Kedua adalah murid tidak boleh menginat turutan, misalnya tidak boleh menghafal sifir darab. Ketiga adalah murid tidak mengikut pengajaran guru dalam kelas biasa, kebolehan memahami konsep dan menguasai kemahiran adalah terhad dan lemah. Selain itu, pemulihan hanya boleh diberikan oleh murid yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat, bantuan daripada guru khas sangat diperlukan. Bagi Chi Yin dan Le Hang berdua ini, semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, mereka berdua ini tidak boleh memberi tumpuan yang lama, mereka mengambil tumpuan agar dalam masa lima belas minit sahaja. Mereka suka menanya soalan yang tidak berkenaan kepada guru. Kemahiran menguasai sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran adalah terhad dan lemah.

7.1.4 Faktor Fizikal Bagi murid yang kekurangan zat makanan, mereka akan merasa cepat letih dan ini akan menyebabkan mereka tidak berupaya untuk memberikan tumpuan terhadap pelajarannya. Bagi murid yang tidak sihat, mereka akan sering mengambil cuti sakit dan ini menyebabkan pelajaran mereka terganggu. Mereka berdua mungkin kekurangan makanan kerana mereka berdua akan berasa cepat letih. Mereka selalu mengantuk semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka kekurangan zat makanan mungkin tidak mampu

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


untuk membeli vitamin. Mereka berdua juga sering mengambil cuti sakit dan badannya kurang sihat dan sering demam, selsema dan batuk. Pencapaian setiap murid adalah berbeza, bergantung kepada kebolehan, susuk fizikal, kepandaian, minat dan juga kemahiran mereka. Ada sebilangan murid yang mampu menyerap maklumat dan pengetahuan dengan cepat, malah ada juga murid yang menyerap konsep dan kemahiran dengan lambat selepas aktiviti pemulihan dijalankan. Ada sebilangan pelajar yang masih tidak dapat menguasai apa yang diajar walaupun guru telah mengajar beberapa kali tentang kemahiran yang sama. Chi Yin dan Le Hang memang benar-benar manghadapi masalah pembelajaran dan mereka ini memerlukan bantuan supaya menjadikan pembelajaran mereka dengan lebih bermakna dan lebih menarik. Saya haruslah memberi perhatian yang lebih banyak supaya mereka mampu terlibat secara aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh saya supaya pengajaran dan pembelajaran saya dicapai dan dijalankan dengan lancar. Sebelum saya meluangkan masa untuk menyediakan aktiviti ini,saya haruslah mengalisis dan memahami faktor-faktor yang dapat menghalang pembelajaran mereka.

8.0 Rancangan Pengajaran Harian Rancangan Pengajaran Harian adalah satu rekod khas yang disediakan. Rancangan harian perlu disediakan dengan lebih awal oleh seseorang guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan harian ini sangat penting dan sangat berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam sesebuah kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

Rancangan Pengajaran Harian

Hari: Ahad Tarikh: 4.11.2012 Mata pelajaran: Matematik Kelas: Empat Masa: 9:15a.m. 10:15a.m. Tajuk : Operasi Tambah Dalam Linkungan Sepuluh. Objektif : Murid dapat menulis ayat berpandukan gambar. Kemahiran : -Mengenalkan konsep tambah. -Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan. -Melengkapkan ayat matematik bagai operasi tambah yang melibatkan nombor hingga 10. -Menambah secara sepontah fakta asas tambah yang melibatkan nombor hingga 10. Masa Set Induksi (5 minit) Aktiviti 1.Guru mengedarkan kertas lukisan kepada setiap murid. 2. Guru membimbing murid melukis tiga ekor ikan dan dua ekor udang yang terdapat dalam kolam. Bahan/ Alatan Kertas lukisan Pensel

3. Guru menanya soalan kepada murid.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


- Berapa ekor binatang yang telah adik bela? Langkah 1 (10 minit) 1. Guru memaparkan kad. ** *** Pembilang. Kad angka.

2. Guru membimbing murid menyatakan bilangan benda dalam kumpulan. ** ***

***** 3. Murid menyatakan dua kumpulan pembilang dan menyatakan bilangan benda kesemuanya. ** *** 2 3 ***** 5 4. Guru membimbing murid membina ayat matematik bagi proses penyatuan. ** ***

***** ( 2 ) tambah ( 3 ) sama dengan 5 Langkah 2 (10 minit) 1. Guru memperkenalkan simbol tambah(+) san simbol sama dengan(=) dalam ayat matematik. + Tambah

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


= Sama dengan 2. Guru memaparkan kad. 2 = 3 + 5 3. Guru membimbing murid menyusun kad itu mengikut urutan berpandukan gambar. ** 2 + *** 3 = 5

4. Murid menyusun. 5. Murid membaca ayat tersebut sekali lagi. Langkah 3 (10 minit) 1. Guru menyuruh murid melengkapkan ayat matematik operasi tambah. 2+3=( )

2. Guru membantu. 3. Guru memberi 5 solan kepada murid dan sambil membimbing mereka. (a) 2 + 4 = ( (b) 3 + 1 = ( (c) 1 + 0 = ( (d) 4 + 3 = ( (e) 5 + 2 = ( Langkah 4 (20 minit) ) ) ) ) ) Kertas ujian

1. Guru memberi latihan dalam kumpulan. 2. Guru membimbing. 3. Guru membincang jawapan bersama murid. 1. Guru menanya satu soalan sebagai penutup.

Penutup (5 minit)

Kad simbol (+), (=)

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


Contoh: David memasukkan 2 biji limau ke dalam bakul. Leong masukkan 3 biji lagi. Berapa biji limau semuanya ? Jawapan: 2 + 3 = 5

9.0 Refleksi Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran yang dirancang oleh saya ini kurang memuaskan. Pada bahagian set induksi, semasasaya mengedarkan kertas lukisan kepada setiap murid, murid berasa amat hairan dan berasa ingin tahu mengapa saya mengedarkan kertas lukisan. Selepas saya mengedarkan kertas lukisan, saya membimbing murid

melukis ikan dan dua udang yang terdapat dalam kolam. Meraka berasa amat gembira dan saya dapat melihat berbagai-bagai corak ikan yang telah mereka lukis. Apabila mereka melihat kawan sebelah melukis ikan, mereka ketawa sesame sendiri, di sini saya dapat melihat muridnya suka melukis dan mereka juga dapat melukis dengan apa yang difikirkan dan saya juga berasa amat gembira. Tentang langkah satu, semasa saya memaparkan kad. Saya membimbing murid menyatakan bilangan benda dalam kumpulan. Murid menyatakan dua kumpulan pembilang dan menyatakan bilangan benda kesemuanya. Saya membimbing murid

membina ayat matematik bagi proses penyatuan. Di sinilah, murid menghadapi masalah membina ayat matematik berpandukan gambar. Mereka sering menyusun nombor tidak mengikut urutan. Tentang langkah dua, guru memperkenalkan tentang simbol tambah (+) dan simbol sama dengan (=) dalam ayat matematik kepada Chi Yin dan Le Hang . Mereka telah mengenali simbol ini. Tentang langkah tiga dan empat, guru menyuruh murid membuat latihan operasi tambah dalam kumpulan. Walaupun murid tidak dapat menguasai, tetapi mereka sangat

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


bekerjasama . Saya terpaksa mengulangi tajuk ini beberapa kali dan membimbing mereka. Saya memberi satu soalan sebagai penutup bagi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya mendapati murid masih tidak dapat menguasai kemahiran ini. Saya terpaksa mengulangi kemahiran ini pada bila-bila masa.

10.0 Halangan Terhadap Pendidikan Pemulihan Matematik Setiap orang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran atau kemahiran kepada murid. Amat jarang kedapatan di kalangan guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah pembelajaran matematik di dalam kelas pemulihan.

10.1 Guru Tidak Meminat Untuk Mengajar Pemulihan Guru tidak berminat untuk mengajar pemulihan. Hal ini mungkin kerana guru terpaksa untuk mengajar pemulihan juga.Guru tersebut akan mengajar sambil lewa kerana mereka menganggap mengajar pemulihan amat membosankan. Maka murid tersebut akan berasa tidak ingin belajar kerana guru juga mempunyai sikap sambil lewa.

10.2 Tidak Menjalankan Ujian Diagnostik Guru pemulihan tidak menjalankan Ujian Diagnostik Matematik. Ujian Diagnostik merupakan ujian yang terpenting dalam Program Pemulihan. Ujian inin dpaat membantu guru mengetahui atau mengenalpasti kelemahan murid. Sekiranya guru tidak menjalankan ujian ini, guru tidak dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


10.3 Punca Masalah kepada Penguasaan Dan Pembelajaran Punca masalah kepada peguasaan dan pembelajaran Matematik dalam pendidikan Pemulihan Khas ialah penggunaan kaedah dan strategi pengajaran yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat. Guru tidak merujuk kepada sukatan pembelajaran semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

11.0 Kekuatan Program Pemulihan 11.1 Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Program Pemulihan Guru haruslah memupuk muridnya menyelesaikan Masalah Matematik. Guru haruslah menjalankan aktiviti komunikasi Matematik bersama murid-muridnya. Selain itu, murid perlu kaitan matematik dalam kehidupa harian mereka. Aplikasikan Teknologi dalam matematik dan penaakulan Matematik.

11.2 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pengguaan bahan bantu megajar dalam Program Pemulihan dapat membantu para guru menyelesaikan masalah penguasaan matematik di kalangan murid dan dapat menarik minat murid supaya minat untuk belajar. Selain itu, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik hati minat untuk terus belajar.

11.3 Menguasai Kemahiran Asas Kemahiran asas sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana murid dapat menyelesaikan masalah harian dengan menggunakan kemahiran asas ini.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


12.0 Cadangan-cadangan Untuk Penambahbaikan Program Pemulihan 12.1 Pendekatan Berpusatkan Murid Dalam pendekatan ini, guru memberi peluang untuk bersoal jawab bersama murid. Murid diberi peluang untuk berbincang dan berinteraksi dengan rakan. Murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif semasa menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan guru perlu memberi galakkan kepada murid supaya terus berusaha lagi.

12.2 Permainan Matematik Permainan Matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan oleh murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Melalui permainan, murid dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat murid terhadap matematik. Selain itu, murid juga tidak merasa bosan ketika pembelajara dijalankan. Murid akan lebih minat untuk terus belajar.

12.3 Pendekatan Pemusatan Bahan Penyampaian pengajaran dan pembelajaran haruslah disertai dengan penggunaan bahan untuk memperkembangkan aras pemikiran murid.

12.4 Membuat Analisis Masalah Pembelajaran Matematik Guru matematik akan berhadapan dengan masalah murid yang mengalami dan memerlukan pemulihan. Guru haruslah membuat analisis selepas pengajaran dijalankan supaya mengetahui pencapaian murid.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


Penutup Program pemulihan sangat penting untuk membantu seseorang murid yang lemah. Guru perlu menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti yang dipilih oleh guru mesti menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Guru haruslah merancang aktiviti mengajar dengan berkesan dan teknik yang digunakan haruslah sesuai dengan pelajar. Pemilihan strategi secara bijaksana dapat menjamin keliciran serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek dan tajuk. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang kepada pelajar terlibat secara aktif dan tidak berasa bosan apabila guru mengajar. Oleh yang demikian, pemilihan kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Guru haruslah mengalakkan murid mempelajari sesuatu mengikut pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Murid akan merasa seronok semasa menjalankan ulangkaji, aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION


Rujukan Kamus

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga(1994) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Website

pengayaan-dan-pemulihan (http://mhdamin2011.blogspot.com/2012/08/11 November 2012)

Pemulihan-Dan-Pengayaan (http://id.scribd.com/doc/57290287/11 November 2012)

pembelajaran-Khas-Matematik-Pemulihan( http://id.scribd.com/doc/22594101/11 November 2012) pemulihan-matematik.(http://treebuilder.blogspot.com/2011/06/11 November 2012)

strategi-pengajaran-dan pembelajaran(.http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/ 11 November 2012)

Anda mungkin juga menyukai